Monday, June 20, 2011

Akhirnya..Aku Pulang


Hari sebelumnya

HARI KE 11

14/6/2011. Selasa.

Yay! Hari ini balik.

Seawal 4.40 pagi waktu tempatan aku dah set kan jam loceng kat talipon bimbit. Berbunyi saja aku bingkas bangun. Terus mandi dah bersiap.
Selesai menguruskan diri, kami bersedia untuk bergerak keluar tapi sebelum tu, aku buat pemeriksaan akhir. Mana tau ada yang tertinggal. Ok clear !

Let's gone!

Turun saja di lobi, kelihatan pemilik hotel memang dah bangun. Woish. Jam 5 pagi tu. Kami pulangkan kunci dan passport kami dikembalikan.

Haaa. At last! I'm coming home.
Keluar dari pintu hotel, mata tercari-cari sekiranya ada teksi. Menurut  Bro Fifish pagi-pagi lah teksi banyak. Lebih-lebih lagi di depan stesen keretapi. Ok jom kita berjalan ke sana. Sambil-sambil tu menoleh jugak ke belakang manalah tahu ada teksi. Yeah, ada sebuah teksi kosong, terus kami tahan dan mintak dia hantar ke lapangan terbang Noi Bai.
Tambangnya 300,000 vnd, lebih kurang RM45. Boleh la. Janji kami nak sampai segera di lapangan terbang sebab perjalanan ke sana ambil masa 45 minit. Jauh jugak la. Harap tak jam.

Masuk saja dalam teksi aku tengok ada meter. Cis! nyesal tanya harga.

Teksi dipandu laju skali. Macam biasa hon akan sentiasa dibunyikan. Hohoho time ni tak apa. Aku rela dia bunyikan hon banyak mana sekali pun. Asal aku cepat sampai. Sesekali aku menjeling ke arah meter. Nilai sentiasa menaik dan menaik. Hingga ke angka 200,000 vnd. Lokasi dah dekat. hrm..
Bila sampai airport aku tengok harga tak la cecah 300,000 vnd. Hrmm ok la. Pasang niat 'menderma'. Ku keluarkan duit 200,000 vnd dan baki 100,000 vnd Bro Fifish yg settlekan. Ahhh malas nak berkira-kira. Janji aku nak balik cepat.

Aku risau sebab tempahan tiket melalui atas talian sahaja. Tak ada sebarang rujukan. Nanti tak pasal-pasal nama tak de dalam senarai tempahan. Wat to do meh? Segera mencari kaunter. Ala, pagi-pagi lagi ni kaunter belom buka lagi. 
Kalau macam tu jom kita minum dulu ! yeah!

Selesai menghabiskan air coklat ais dan kek, kami bergerak ke kaunter Air Asia. Baru nak buka ? alahai.
I'm waiting again & again. Hurm

Tak sabar nak check in. Cepat la, cepat la.
Tiba-tiba teringat pesan Wak Jan , '' duit VnD kena habiskan sebab nanti tak ada nilai bila nak tukar balik'' wah apa lagi. Let's gone shopping. Dengan sedikit baki matawang vnDong. Apa yang dapat aku beli ? ceh!

Masa tiba, jom masuk ke pintu pelepasan. Lepas tu kena beratur. Lepas tu cari no kerusi. Wah, duduk tepi tingkap lagi. Menarik, tapi malas la tengok luar sebab aku mengantuk dan letih. Nak rehatkan minda dan tenang kan diri sahaja. Phew! lega dah naik kapal terbang. 3 jam lagi aku akan sampai ke TANAH TUMPAH DARAH KU.

* KU LELAPKAN MATA UNTUK SEKETIKA.

Setibanya di lapangan terbang LCCT. Perasaan gembira tiada terperi. Nak balik nak balik.
talipon bimbit ku 'on ' kan...tett...tett...tett...oit..banyaknya sms masuk. Adoiiii. Sabor jela.

Ok ke mana lepas ni ? Jom pegi makan. Nak makan nasi, nak makan nasi ! Makan kat KL Sentral la murah sikit. jadi kami naik bas dengan harga RM9. Padahal sebelah kaunter tu harga cuma RM8. Cit! apa daaa.

Dalam bas seronok tengok pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Ahhh. amannya dari  sebarang bunyi. Tersenyum girang. Bertuahnya lahai aku lahir dan hidup di bumi Malaysia. Infrasruktur dia tersusun. bersistematik, wallah wallahhh. Best sunggoh. Apa lagi yang aku nak ?

Sesampai sahaja kat KL Sentral kami terus mencari  food court atau org melayu panggil 'medan selera'. Kaki pantas melangkah tercari-cari lokasinya, hingga terpaksa bertanya dengan  seorang guard. Maklum lah, tak pernah makan kat sana. Naik ke tingkat 3 dan..

Bro, Tun nak makan nasi campur.  Mata bersinar-sinar lihat pelbagai lauk yang terhidang. Pilih, pilih, nasi (penuh) ikan goreng, sambal goreng, ikan bilis dengan petai, bebola daging dan sedikit sayur kacang panjang goreng. Air tembikai ! Waduhhh, dengan nikmat makan guna tangan, seolah-olah bertahun-tahun tak jumpa nasi. Aku tak tgok kiri kanan. Lantak la orang keliling nak kata aku pelahap ke, gelojoh ke, aku tak peduli, aku nak penuhkan perut aku yang 9 hari tak makan nasi dengan sempurna.

Bro Fifish makan apa ? erkk. Aku perasan dia ambil masak lemak pucuk ubi, sambal telur puyuh, air teh tarik kurang manis, lain-lain tak perasan pulak dan aku pasti dia pun sedang menikmati keenakan masakan Melayu. Burbbb! Alhamdulillah.

Terbaik ah !
Lepas makan kami mula menuju ke haluan masing-masing. Aku naik lrt putra. Bro Fifish naik komuter. Kami berpisah di KL Sentral.

Berjabat tangan sambil mengucapkan TERIMA KASIH, moga bertemu lagi di lain kembaraan. Insyallah.
Adios !

Tamat lah kesah perjalanan aku di negara orang. Mana-mana yang kurang, Bro Fifish akan tambahkan dlm travelogue  beliau nanti.

Sehingga berjumpa lagi. Daa...

T A M A T

Soping Kasi Perabih VDong

Hari sebelumnya

HARI KE 10

13/6/2011 Isnin.

Seperti pagi semalam, aku terjaga bila terdengar bunyi hon keretapi. Aku beranggapan yang Bro Fifish akan sampai tak lama lagi. Jam menunjukkan sekitar 4 pagi. Okeh, bangun la. Mandi bersihkan diri. Selesai menguruskan diri, aku terus berkemas-kemas barang yang bersepah, mana tau plan baru akan dibuat bila Bro Fifish sampai..

Betul tekaan aku. Bunyi ketukan pintu bilik. Bila aku buka. Tgok Bro Fifish sedang memikul 2 buah bag yang besar dan berat. Alahai. Bag kami yang kami simpan kat agensi. Aku terus turunkan bag aku dari bahu Bro Fifish. Serba salah jugak menyusahkan dia.

Aku bagi Bro Fifish rehat dahulu. Apa makanan yang ada, aku bagi  dia makan. Apa yang ada ? Biskut kering dengan keropok kentang sahaja. Owh ada, ada aku belikan air teh jasmin. Boleh la kan. Kasi tenang sikit adrenalin tu. 

Bila dah tenang, baru aku ceritakan maklumat yang dia suruh aku cari tu. Bla bla bla. Terus dia ajak pergi internet kafe. Oit! pepagi buta mana kedai internet buka. Nanti la Bro! Isk.

Okeh, jom carik sarapan jom. Apa yang boleh dimakan kat sini melainkan roti. Ah roti pun roti lah. Nanti cari kopi yang best kat stesen keretapi. Maggie pun ada tinggal sebungkus dari bag Bro Fifish kan? Cun ah!
Pagi tu kami keluar jalan-jalan cari pasal dengan kata lain cari sarapan. Sambil-sambil tu Bro Fifish tangkap gambo aktiviti masyarakat Viet Nam di waktu pagi. Ada yang menjual, ada yang membeli , ada yang berbasikal. Ramai juga yang bermotor. Kami berjalan ke serata ceruk dan lorong. Tiba-tiba hujan turun. Owhh berraq! mana satu laluan keluar ni ? sume lorong-lorong kecil.

Kami main redah sahaja ikut jalan yang  banyak motor atau kereta lalu. Akhirnya sampai di jalan utama. Pheww! Hujan dah berenti. Balik ke bilik dulu untuk isi perut yang kebuluran. Sambil makan sambil berbincang apa tindakan selanjutnya. Tiada tindakan baru selain nak pergi layari internet. Owh ok ! jom.

Turun lagi dari tingkat 5. Menuju ke kedai internet. Kedai yang sentiasa penuh dengan pengunjung muda. Semuanya  leka main games. Kami masuk dan buat macam itu negara kami. Hehe.
Bro Fifish mula leka dengan aktiviti dia mencari tiket penerbangan. Aku leka masuk facebook. Ye la nak hantar laporan. Lama jugak la mengadap komputer tu. Setelah selesai urusan tiket  kami pun nak balik. Owh tiket flight kami amik Air Asia dan harga dia lebih mahal dari tiket Viet Nam Airline. Huh!
( saat-saat terdesak tak boleh nak merungut ) huh! huh! huh!
Part yang best bila Bro Fifish ajar untuk log out dari  komputer. Konon nak mengelakkan dari sebarang pengodam. Akhirnya kena marah dengan pemilik kedai Internet tu sebab  kiraan tempoh menggunakan internet ada tertulis kat screen. Kalau dah off canne nak kira ? Merungut-rungut wanita tu. Aku perlahan-lahan angkat kaki blah. Gasak ! larikk.

Balik ke hotel semula, untuk merangka perjalanan seterusnya. Tiket flight dapat beli pada pukul  9 pagi. Dah tak ingat. Jadi, samada nak tidur satu malam lagi kat sini atau mula bergerak ke Airport.
Bro Fifish mencadangkan kami tidur satu malam lagi kat hotel tu dan esok pagi, seawal 5 pagi kami dah bergerak keluar dari hotel. Okeh, kena setuju, sebab kalau nak bermalam dekat kawasan airport dah tentu mahal.
Petang tu, Bro Fifish bayar lagi 280,000 vnd kat pemilik hotel tu.

Masa untuk menghabiskan matawang VnDong~wee

Petang tu kami keluar lagi. Jalan-jalan carik bahan dan pemandangan yang cantik. Tak perasan TER lalu la dekat gerai-gerai yang jual barang outdoor. Baju-baju uniform, kasut topi dan macam-macam lagi.

Sedang mata memerhatikan bermacam-macam barang, aku ternampak hammock yang macam member aku pakai. Terpanggil untuk aku bertanya kan harga. Ada yang 400,000 vnd  tapi Bro Fifish suruh survey lagi. Sampai 1 kedai tu dia cuma jual 350,000 vnd. Tapi telah ditawar oleh Bro Fifish mintak harga 300,000 vnd ja. Dan peniaga itu bersetuju, maka kami beli 2.

Penat berjalan kami berhenti minum kopi di stesen keretapi, sedap la pulak. 

Lepas minum, kami terus merayau kat sebelah restoren macam McD ( kalau kat MY la ) tapi kat Ha Noi nama dia LOTTERIA. Terpampang di dinding cermin gambar aiskrim ala-ala Mc flurr @ slurrpy. Sebelum ni tengok sekilas dan sekelip mata ja. Entah hari-hari akhir ni gatal pulak nak pergi tengok dan tenung lelama. Harga, eh mampu beli ni 18,000 vnd. Macam sedap sahaja. Nak ke tak nak ? nak ke tak nak ? Bro Fifish dah mula tolak-tolak aku suruh pergi usha. Owh ok la. Jom masuk.

Tengok kat menu, hrm, burger daging, burger ayam, bla bla bla uhhh semua tak boleh makan, tapi Bro Fifish ternampak Srimp burger. AHAH! he ordered 1, beside aiskrim secawan. Pergghh! Aku makan ais krim dulu. Bila tengok dia makan macam sedap ja, aku pun bingkas bangun untuk order satu. Sedang elok aku nak order. Bro Fifish mintak orderkan lagi 2 burger srimp tu. Take away ya ! Mak aihhh!! ni org ke hantu raya yang makan ? wakakakaka. ~ Lecce la lu sis !

Ha, apa lagi nak beli. Hrm, teringin nak makan buah laici pulak dan buah mangga dan tembikai erkkk tembikai dah makan dah hari tu. Kensel ! Okeh jom jalan-jalan cari, hari dah menjelang senja. Ada ke orang jual buah-buahan lagi. Kalau dah namanya rezeki. 

Kami pulang ke hotel dengan bermacam-macam  hidangan.

Bercerita tentang burger udang ni, rasanya memang  betul-betul sedap. Kalau di MY udang dia akan dikisar halus kan ? tapi yang ni, udang dia seekor-seekor. Bila gigit tengok . Uih, udang seketol. Memang yummy, memang juicy. Burrbb! oopss! Patut la Bro Fifish beli sampai 3. Siap simpan lagi untuk sarapan pagi. Bukan setakat tu ja, siap warning kat aku, jangan curi makan burger dia tu. haha

Lepas makan Bro Fifish nak layan internet lagi. Rajin la dia naik turun tingkat 5 hotel ni. Aku malas, mau tidur. Ok Adios!

Zasstttt...Zzzz...

bersambung

Jiwa Kacau


Hari sebelumnya

HARI KE 9

12/6/2011  Ahad.

Tooonnnn tooonnnn ! Aku terjaga bila dengar bunyi keretapi. Uuhhh. Bro Fifish dah sampai agaknya di Sa Pa. Harap dia cepat-cepat selesaikan urusan kat sana.

Malasnya nak bangun, tapi perut lapar kena cari makan juga. Aduihhh. Duit cuma ada 300,000 vnd. Itu duit yang Bro Fifish bekalkan sementara belum dapat tukar kat money changer. Tak apa lah. Cepat-cepat bersiap  dan  cuba tanya pada pemilik hotel ni. Bingkas bangun dan bersihkan diri. Cuaca kat Ha Noi berbeza dari Sa Pa. Bahang dia mak aih. Keluar sahaja dari bilik rasa berbahang dan berpeluh. Terus turun dan tanya pada budak lelaki cucu kepada tuan hotel tu. 'Where can I find a money changer ?'' sambil menunjuk duit MYR dan VND. Lama jugak la dia nak faham apa maksud aku. Lepas tu dia panggilkan teksi motor suruh bawa aku ke tempat pengurup wang dan bayaran untuk teksi motor 30,000 vnd kira-kira rm 4.50 la.

Ishh, aku naik motor dengan orang Viet Nam. Biar betul. Ahhh belasah janji dia boleh bawa aku kat tempat tu dengan selamat pergi dan balik. Motor terus memecut dengan laju nya menyelusuri lorong-lorong yang sempit dan penuh kenderaan. Kerap kali juga hon  dibunyikan bertalu-talu. Alamak. Bingitnya. Tak sampai 5 minit dah sampai depan kedai tukaran matawang.

Aku turun dan pesan kat pemandu motor tu supaya tunggu sampai aku selesai. hehehehe ( kes takot dan tak tahu nak balik hotel semula ) Masuk sahaja kedai tu, seorang lelaki terus tanya "Malay ? " aku cuma angguk kan kepala dan hulurkan duit RM200 untuk aku tukar kepada VND  Urusan pertukaran tak sampai 3 minit, aku dpt wang sebanyak 1,300.0000 (eh betul ke jumlah 0 tu) dalam perkataan 1 juta 3 ratus vnd.
Terus pakai helmet semula dan bonceng pulang ke hotel.

Selesai 1 masalah. Lepas ni apa ? Owh nak tanya tiket penerbangan. Hrm, kat mana cyber cafe ea. Aku pergi jumpa semula dengan budak lelaki penjaga hotel tu mintak dia tunjukkan kat mana ' internet ' . Lokasi di lorong kecil di sebelah banggunan hotel tu. Ok jumpa dah. Mula-mula kena tanya sejam dia cas berapa. Jawapannya 4,000. ok  ON!

Aku pun mula la masuk ke Viet Nam Airline. Survey harga dan waktu.

RM1,433 untuk 2 org. Time : 6.30 pagi. Hari Isnin. Ok aku catit dalam buku.
Selesai memeriksa, aku cuba daftar masuk ke Facebook,Yahoo mail. Mak aihhh kenapa tak boleh ni. Aku cuba berkali-kali. Banyak sangat peraturannya. Akhirnya lepas juga. Alhamdulillah. Dapat lah sampaikan perkhabaran aku dari Ha Noi..

Menjeling jam di bawah screen komputer. Hampir pukul 12pm. Alamak, masa untuk keluar hotel. Macamana ni, Bro Fifish tak tahu balik bila dan pukul berapa. Okeh tak pe. Aku bayar lagi untuk satu malam. Sebelum balik ke hotel aku beli barang-barang makanan dan air untuk keperluan aku sepanjang duduk dalam bilik. Aku tak suka nak keluar tak tentu pasal. Baik duduk dendiam tengok tv.~ Mengelak dari sebarang permasalahan.

Sampai hotel aku terus bayar 280,000 vnd lagi. Satu malam lagi aku kena duduk sendirian di Ha Noi. Arrhhh ! apa nak buat. Rugi masa dah ni. Patutnya dah sampai MY. Sadisnya. Menjelang petang, aku paksakan diri aku untuk membuat panggilan ke Sa Pa sebab aku memang payah nak bercakap atau nak buat panggilan. Aku turun ke lobi. Aku tanya pada budak penjaga hotel. Boleh tak buat panggilan guna talipon dia, dan berapa per minit dia cas ?

Sah, dia tak faham apa yang aku maksudkan, tapi nenek dia faham. Dia keluarkan talipon bimbit dan beri pada aku untuk digunakan. Setelah mendail no, aku dapat bercakap dengan pemilik agensi. Terus bertanya kan tentang Bro Fifish. Bila dia akan bertolak dari Sa Pa dan jawapan yang aku terima. "8:00pm." aiyak!
Maknanya esok pagi la dia akan sampai. Aduh, gawat nih !! Setelah menamatkan panggilan aku terus bayar bil talipon tu. Kemudian terus naik semula ke bilik.

Sambil makan kerepek kentang yang diimport dari MY( barangan MY terjual di Ha Noi daa ) aku berfikir, bila aku nak balik ni ? sekolah dah mula. Adoi. Anak aku tak sekolah lah. Huh! tak mahu fikir panjang-panjang, nanti bikin aku stress. Tak apa, jangan fikir yang kat MY. Fikir kan tentang diri sendiri yang masih belum lepas lagi ni. Tiket untuk pulang tak beli lagi. Bro Fifish pun tak sampai lagi. Wahhhh fikiran-fikiran jahat sudah datang mengganggu. Andai kata begini ? andai kata begitu ? hohohoho sangat JAHAT !! Syuhh! syuhhh!

Malam itu aku cuba untuk lelapkan mata. Cuba dan terus mencuba.

Hrmmm. Zzz.

Sendirian di Hanoi


Hari sebelumnya

HARI KE 8

Sabtu . 11/6/2011

Hah ! 2 hari terakhir adalah hari-hari kecederaan. Sepatutnya kami dah ada kat Hanoi berjimba-jimba dan membeli belah menghabiskan matawang VnDong tapi, arrggh !
Hakikatnya,
Masih di depan kedai menunggu hujan berhenti. Malam tu rasanya dapat lelap 5- 10 minit. Mungkin ! Sebab tak selesa dengan keadaan badan yang basah kuyup. Macamana nak tidur. Duduk berlutut pulak tu, kebas kaki.
Bila lihat hari dah cerah. Bro Fifish ajak teruskan perjalanan. Walau pun hujan masih turun tapi kami terpaksa redah. Hari ini mesti sampai ke Hanoi. Tidak boleh tidak ! MESTI.

Masih memandu dengan perlahan kerana pagi-pagi suhu sangat sejuk di pergunungan. Melalui bandar Cao Bang, kemudian pekan-pekan kecil yang namanya aku dah tak ingat. Bac Kan, seterusnya Thai Nguyen. Dalam pada membonceng, aku sempat terlelap berkali-kali. Aduiih. Ngantuk punya pasal. Bila Bro Fifish panggil untuk menunjukkan pemandangan indah, " Tun, tgok tu ! Aku tersentap terkial-kial sambil jawab ''mana..mana..?''  Dan-dan tu kena kutuk.''Oi, tido ke ?!! Sorry ah Bro.

Teringat aku pasal tertidur atas motor, tak silap hari ke 7,  waktu malam. Kami lalu di kawasan pekan kecil. Aku memang dah khayal, bercadang-cadang nak lelap kan mata. Tiba-tiba entah mana datangnya anjing galak menyalak-nyalak. Kemudian kejar motor kami. Aku terkejut, terus  angkat kaki takut kena gigit anjing. Bro Fifish terus pecut laju. Cit. Berderau darah aku langsung celik mata tak jadi tidur langsung. Gonjolnyer hanjin!!

Cuaca bertukar cerah dan panas. Kami melalui kawasan sawah padi yang terbentang luas. Di kanan ada 2 , 3 buah gerai menjual jagung. Aku teringin nak makan jagung bakar. Bila nampak ja aku cakap kat Bro Fifish.
Bro, jagung jagung berhenti jom. Nak makan la. Aku tersengeh-tersengeh harap ihsan dari dia.
Bro Fifish memberhentikan motor. Aku terus turun dan bertanyakan kalau-kalau ada menjual jagung bakar. Ternyata tiada, hanya jagung rebus sahaja. Hok allohh! Tak apa lah. Dah berhenti, tak kan nak pergi pulak.

gadis penjual jagung



Sambil makan, sambil memerhatikan pemandangan sekeliling. Bro Fifish mula nak menembak. Ok take your time bro.Aku nak makan jagung puas-puas. Sedang asyik makan dan menangkap gambar datang la seorang lelaki ni.


Dia berkenan benar bila tengok kami mengeluarkan camera, apalagi bila Bro Fifish menggunakan tripod dan lense yang besar. Riak wajah macam nak tau kami dari  mana. Kami cuma cakap  " We from Malay, Viet Nam is beautiful..'' Entah kenapa baik sangat hati dia belanja kami makan jagung. Hahaha. Orang memberi kami menerima.
Dia bagi jagung, aku tangkap gambo dia, lepas tangkap aku tunjukkan pada dia. waaaa. He very happy lor.
Hehe ok la tu.

Berbalik pada pemanduan Bro Fifish hari tu. Aku tau dia letih. Bila aku tengok keadaan jalan dah ok, aku minta nak bawa motor. Bio Bro Fifish membonceng pulak. Maka aku pun bawa motor macam biasa. Kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Hingga nak masuk ke bandar Hanoi. Kenderaan makin banyak dan berlumba-lumba. Bukan setakat itu sahaja, siap dengan bunyi hon yang tak putus-putus. Aku yang memandu ni rasa sangat tertekan. Dah la jalan kecil, ada hati nak potong cilok-cilok. Adoi, yang tak boleh blah tu bila dia bunyikkan hon. Argh!! Kalau kat MY ni memang sah kena maki hamun. Ikut suka suki dia ja nak jalan, nak potong dan nak bunyikkan hon. Grr! Bukan takat arah yang sama, arah bertentangan pun sama. Kadang aku terpaksa masuk ke bahu jalan gara-gara lori hantu dah dekat dari arah hadapan nak memotong.

Huhu nyawa, nyawa, mintak nyawaaa. Aku rasa nak campak ja motor tu dengan serta merta.  Rasa dah tak mahu bawa motor lagi. Betul la, keadaan trafik dan jalan raya kat Viet Nam, teruk, bersimpang siur. Nak  u-turn, nak benti, ikut suka ja.
Bunyi hon tu seolah-olah nak bagitau ' ketepi-ketepi aku nak lalu ' dorang tak kira, itu jalan dia ke tidak. Yang penting dorang nak jalan gak. Lagi satu, kalau kita melintas, jangan cuba nak teragak-agak. Lintas ja terus sebab dorang takkan langgar punya. Berbanding kat MY, kita yang nak melintas kena dahulukan kenderaan yang lalu di hadapan tapi kat sini, kenderaan akan dahulukan orang yang nak melintas. Erkk agak-agak korang paham tak ?

Sampai di pinggir bandar Hanoi, Bro Fifish suruh berhenti sekejap. Dia pun stress jugak membonceng. Stress dengan keadaan trafik. Kepala dia dah sakit berdenyut asyik dengar bunyi hon ja. Huhu, sambil makan jagung sponser yg dibahagi 2, kami duduk kat tepi jalanraya sambil layan panorama gelagat pemandu-pemandu kat Viet Nam. Ish..ish..ish. Pelik jugak.Walau memandu cara macam tu. Takde kemalangan pula. Kalau ada kemalangan  pun cuma lori trailer terbalik masa nak lalu selekoh tajam. Yang mengakibatkan nyawa tak nampak pula.
Hairan tapi benar.

Bila dah tenang. Aku mintak Bro Fifish yang bawa motor. Aku dah takut. Sekarang matlamat kami nak cari stesen keretapi Ga Ha Noi sebab nak pulangkan balik motor ni melalui pengangkutan keretapi. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga.

Bermula lah keadaan yang sangat tegang.
Aku ambik keputusan untuk tidak mengikut ke Sa Pa atas sebab nak mengurangkan kos tambang keretapi. Jadi bro Fifish agak sebok dan tegang untuk menguruskan situasi ni. Nak menguruskan motor di stesen barang, kemudian nak mencari tiket sama waktu perjalanan dengan motor. Itu belum kira acara tolak menolak, antara stesen A dengan stesen B. Masalah komunikasi lagi dengan petugas-petugas stesen. Hoh sangat MENYAKITKAN HATI. Itu belum nak mencarikan bilik untuk aku bermalam. Haiyohh ! Ketika itu hari makin gelap. Memang Bro Fifish terkejar-kejar.

Bilik dah dapat dengan harga 280,000vnd. Tiket Bro Fifish ke Lao Cai pukol 10:00 malam waktu tempatan. Dan aku harap dia akan berpatah balik keesokan harinya menaiki train pagi atau petang. Sementara Bro Fifish pergi menguruskan pasal motor. Aku di bilik membersihkan diri. Perut dah lapar, yang ada cuma maggie sebungkus yang tinggal. Hrmm, tak apa lah..aku bancuh dan  isi air banyak-banyak. Sedang aku makan, aku teringat kat Bro Fifish. Patut la dia tension, perut tengah lapar tu. Mana tak marah. Ok tak apa lah aku makan separuh, lagi separuh tinggalkan dia.

Tak lama selepas itu dengar suara Bro Fifish memanggil, aku cepat-cepat buka pintu. Dia tengah marah tu...Bla..bla..bla...dia meluahkan kemarahan dan tak puas hati pada perkhidmatan keretapi. Aku diam je la sebab aku tau dia tengah lapar dan letih.

Aku memintas.
'' Err, Bro nak maggie ? makan dulu meh. NgEE (aku tersengeh) terus aku hulurkan bekas maggie tu.
'' Tun tak makan ke ? eh dah dah makan dah separuh. Tak apa la bro makan la, nanti nak jalan jauh.
Ternyata dia mmg lapar. Huhu. Kesian dia.

Pukol 9:00 malam aku teman Bro Fifish pergi ke stesen keretapi. Duduk sekejap minum-minum kemudian Bro Fifish suruh aku balik bilik. Owh ok ! Sebenarnya aku cuak jalan memalam ni. Mata dah la silau dan rabun. Negara orang pulak tu. Hotel pun aku tak ingat macamana bentuk nya. Dah la passport pihak hotel yang pegang, yang ada kat aku hanya kunci bilik yang ada alamat hotel tu. 
Okeh, be cool. Buat-buat bertenang dan berlagak macam tahu. Aku terus berjalan mengikut tanda-tanda yang aku ingat. Sampai kawasan hotel aku perhatikan nama hotel yang tertera kat kunci tu. Phew! jumpa pun terus naik tingkat 5. Tinggi nya. Lengoh..lengoh.. mencungap mak nyah!!!

Okeh dah sampai kat bilik, aku rehat puas-puas tapi sebelum tu kena ingat balik, apa yang Bro Fifish suruh aku buat.
1. Kena cari money changer
2. Kena survey tiket flight kat internet
3. Call agency kat Sa Pa esok.

Hrmm. No 2 boleh buat. No 1 dan 3, ermm. Macamana ? Ah ! kena cari cara juga, kalau tak buat nanti pasti kena marah dengan Bro Fifish ~> HAPRAK!! 

Untuk malam ni biar aku tidur dulu. Tv aku pasang untuk jadi peneman. 

Hrmm. Zzzz....

Bersambung

Sunday, June 19, 2011

Alang - Alang Menyeluk Pekasam

BABE LAKE - CAO BANG

Hari sebelum

HARI KE 7
Jumaat.10/6/2011.

Seperti biasa pagi-pagi lagi kami dah bangun, bersihkan diri dan berkemas-kemas untuk teruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 5 pagi, kami keluar dari hotel. Pintu memang telah dibuka oleh pemiliknya, passport sudah dikembalikan kepada kami. Ayuh kita.

Motorsikal dalam keadaan baik, minyak pun cukup untuk sampai ke Cao Bang. Okeh ! Let's gone.
Menyelusuri jalan-jalan kampung, jalan kuari LAGI. Hrmm. Kebas pungkok. Hati sentiasa bimbang dengan keadaan tayar motor yang dah  masuk 3 hari kami lanyak dia kaw-kaw punya. Aduhhh, jangan la dia pecah atau bocor di tengah kuari ni. Tak ada siapa yang akan tolong punya lah. Pekan dan bandar punya lah jauh.


Setelah berjam-jam atas motor, kami ambik keputusan untuk berhenti rehat kejap. Lagi pun belum bersarapan lagi. Memerhatikan tempat yang sesuai untuk berhenti, terlihat ada anak sungai yang mengalir di kiri jalan. Cun ah!

Parkir motor, kemudian terus keluarkan barang-barng yang nak dimasak. MAGGIE aje.
Bro Fifish mula mencari kayu, nak cari kayuu, nak carik kayu, nak carik kayuu. Sedang Bro Fifish menyalakan api,tetiba datang la beberapa orang pekerja kuari. Dorang macam pelik ja tengok kami  masak guna kayu api kat tepi jalan. Mungkin dorang tertanya-tanya kami ni dari mana,  aku pun terus tunjuk peta. Bagitau kami dari mana dan nak ke mana. Mereka hanya menganggukkan kepala.


Perut sudah terisi, badan sudah kembali bertenaga. Pandang ke langit aku lihat awan kelihatan redup. Uhh! jangan la hujan. Teruk la nanti. Cepat-cepat aku kemas barang. Aku maklumkan pada  Bro Fifish kena gerak cepat, bimbang hujan dan trek akan jadi lebih teruk.
Sebelum bergerak, kena cari air bersih untuk buat minum. Bekalan minuman sudah kehabisan. Anak sungai tadi tahap kualiti airnya tidak begitu bagus sebab menurut Bro Fifish di laluan anak sungai tu ada sawah padi, dan semestinya lah ada kerbau. Hrm lu fikir sendiri la.

Jauh lagi ke ni, penat la naik motor. Adoii. Yang membonceng penat, yang memandu lagi berganda-ganda penat. Dengan kulit tangan terbakar. Takpe Bro, lepas ni aku pula bawak motor.

Aku bawak motor ? Owh yeah! Jangan tak percaya. Kat sini tak pe, polis dia tak periksa lesen memandu. Asal pakai topi keledar dah kira lepas. Agaknya lah.!

Selepas 2 1/2 hari Bro Fifish memandu, kini tiba lah giliran aku. Memandangkan aku wanita yang kecik dan tak berapa kuat sangat jadi aku bawak motor kat jalan utama yang cukup elok sahaja. Jalanraya dia bertarmac, tak macam sebelum nya. Ok, pemanduan di lereng gunung, selekoh tajam mmg tal boleh dikira, macam biasa, asal sampai kat selekoh, kita perlu membunyikan hon motor berkali-kali..Pinnn..pinn!

Memang seronok bawa motor laju-laju, pulas ja sampai  habis. Meter motor pun tak bergerak. Lebih 120 kmsj. Woo kat MY pun tak buat macam tu. Turun gunung dengan kelajuan maxima. Perlahan bila nak sampai selekoh. Bro Fifish bonceng kat belakang. Katanya dia nak relak, tapi tgok aku bawa motor macam tu, dia tak jadi  nak relak. Dia kena jadi co- pilot bagi amaran. Hahahha.

Puas betul merempit. Rasanya azab melalui jalan yang teruk dah habis. Hati mulai lega bila terpandang kan pemandangan yang unik.




Menurut papan tanda arah, lokasi yang kami nak tuju ni dah tak jauh dah. Melihatkan keadaan gunung-gunung dia yang berbentuk kon, memang sangat menarik. Aku terus memandu mengikut jalan kampung yang tak berturap.
Berhenti sebentar untuk rakam gambar pemandangan ni.



Hari makin petang, kat sini pukul 5 dah macam pukul 7 petang. Lokasi tujuan kami belum jumpa lagi. Tak boleh jadi ni, kena cepat bergerak sebelum hari mulai malam, Tun start enjin motor dan terus memandu mengikut peta dan ikut tanda arah yg ada. Kalo x yakin, tanya penduduk setempat. Pandu punya pandu punya pandu, sampai la kat komplex kastam di sempadan. Kalau jalan terus masuk China. Jadi mana jalannya ? Kena lah Bro Fifish pergi tanya kat pejabat kastam tu. Maklumatnya, amik simpang kanan dan terus ja.

Masing-masing terasa debarannya. Bro! suspen tak ? hehehe. Dah dekat ni. Wooo mestilah, jawab Bro Fifish.

Hik..hik..hik...aku teruskan pemanduan hingga ke hujung. Pandang ke kiri maka terlihat la ianya dari jauh. wawoooo cun cun!

Berhenti di pintu masuk, Bro Fifish segera pergi mendapatkan maklumat. Bertanya kepada pegawai kastam dan pegawai tu mintak nak tengok passport. Setelah diperiksa, dia suruh kami membeli tiket. Tiket berharga 15,000 vnd. Ala, kaunter tiket dia sama ja macam dalam gambar tu, ada payung kerusi dan meja. 

Bila dah ada tiket , kami pun cepat-cepat lah masuk. Hey hey tak sabar  nak pergi dekat. Woo. Terpegun nya..

Detian Waterfall
Ban Gioc Waterfall
Kami sudah berjaya !
puas hati
tiada terkata..
Entah. Tak tau nak kata apa. Dah jadi cam org BENGONG. Pandang ja, tangkap gambar. Tengok kiri klik, tengok kanan klik, klik! klik! Memang tak ingat penat ke lapar ke. Lagi-lagi langsung tak ingat nak tiruk. Menakjubkan.
Terpaku.

Sayangnya kami di situ tak lama sebab hari semakin gelap. Terpaksa bergerak pulang ke Hanoi. Hanoi ? Adei. Kali ni Bro Fifish yang bawa motor sebab waktu malam aku tak berapa cargas. RABUN dan SILAU. Boleh la ea Bro.

Memandu di waktu malam amatlah merbahaya kerana laluan itu adalah laluan lori kontena yang ingin melepasi sempadan ke China. Cuba bayang. Laluan kampung bertanah merah, dengan lori kontena sebiji kepala transformer. Bertayar lapan berselisih dengan motor honda yang kecik kenot. Siapa yang perlu mengelak ? Huhu ngeri. Dah la jalan macam tu, selekoh  tak terkira. Aduhhh terhegeh-hegeh la Bro Fifish bawa motor tu. Asal nampak lampu ja. Aku dah teriak. Bro ! transformer transformer, ketepi ketepi !

Phew ! dengan debu tanah merah yang memenuhi ruang pandangan. Bahaya sungguh !

Lalu di pekan kecil, Bro Fifish nak berhenti rehat kejap. Singgah di kedai runcit untuk membeli air minuman.
Aku pun ambik kesempatan untuk pergi ke toilet. Dengan sopan aku meminta izin pada pemilik kedai dan dia dengan terbuka hati menunjukkan tandas di bahagian dapurnya.

Huhu. Bila buka ja pintu dapur, berdezut idung aku terbau. Ya ampunn ! punya lah busuk gile gaban. Hampir nak muntah tapi ku tahan kan jua. Adehhh,.lagi la aku terkejut bila dengar suara mendengus Si Oink..! oink! oink! Alamak kandang babi kat sebelah tandas la. Adoi. Aku paksakan diri untuk meneruskan hajat sebab perjalanan masih jauh ,tiada tempat lain lagi untuk berhenti. Ku tarik nafas sedalam dalamnya dan tandas. Waktu tu suara babi masih memekik-mekik kat sebelah aku ja. Cepat2-cepat aku sudahkan keperluan aku.
Sampai ja kat luar kedai baru aku tarik nafas. Eerm aaahh. Aku tersengeh-sengeh kat Bro Fifish sebab giliran Bro Fifish pula pergi tandas. Haha.

Lepas semua selesai, Bro Fifish terus memandu dalam keadaan gelap dan sesekali bunyi dentuman guruh. Ahhh sudah ! Hujan mulai turun. Di ketinggian gunung tu dengan hujan, dengan angin, dengan sejuk. Wat to do meh ? Terus kan pemanduan tetapi sangat perlahan.Turun gunung berselisih dengan transformer, terpaksa berhenti di bahu jalan. Hujan makin lebat. Akhirnya Bro Fifish terpaksa berhenti kat sebuah kedai. Diperhati keadaan sekeliling tiada anjing, baru masuk berteduh.
Malam tu kami tidur kat depan kedai, dengan baju basah, jaket basah, perut lapar, yang ada biskut kering dan air ja. Pergghh! gigil tak boleh cakap. Masing-masing tidur duduk berlutut. Hujan terus turun dengan lebat. Huh!

Tidur-tidur ayam ja, ayam pun tak tidur macam tu daa...

Okeh, tunggu siang.

 bersambung

Saturday, June 18, 2011

Melewati Hari Kecederaan


Hari sebelum

HARI KE 6

9/6/2011.Khamis.

Argh. Satu hari lagi entah di mana.

Keletihan. Dengan keadaan badan yang melekit-lekit, aku jadi rimas. Orang kampung dah mula keluar bekerja. Ada juga yang memandang penuh curiga. Aduh ! kita kena patah balik la. Bekalan petrol kita pun makin kurang kata Bro Fifish. Lagi pun kita dah menggunakan masa kecederaan kita dah ni.
Bro Fifish mula hidupkan enjin motor, bersedia untuk menyambung perjalanan yang terhenti semalam. Motor terus dipandu melalui jalan-jalan kampung yang setengah nya berturap, setengah nya tidak.
Aduih aduih! Bila tayar langgar lubang aku akan berbunyi, jadi korang faham sendiri lah betapa siksanya keadaan itu.

Entah macamana lagi route yang akan kami tempuh hari ini, jauh lagi rasanya. Hentian pertama kena cari kedai jual petrol dulu. Pagi-pagi jam 5, harap ada la yang dah buka kedai. Di hujung sana ternampak sebuah kedai yang pasti, pemiliknya sedang sebuk mengeluarkan barang-barang jualan. Aku ternampak tangki petrol. Ahah ! Bro, kedai tu da jual petrol la. Berhenti berhenti !

Bila sampai, aku terus turun dan bertanyakan tentang petrol. Macamana aku tanya ? heheh dah pasti la guna bahasa isyarat. Tunjuk tong petrol, tunjuk motor. Pasti dorang faham lah. Kemudian tunjuk jumlah liter yang kita nak, guna jari, 2 ke 3 ke . Nanti dorang pump la minyak ikut sukatan yang kita minta. Tiba masa nak bayar, samada aku bagi  pen dan kertas minta dorang tulis atau dorang tunjuk guna kalkulator atau pun tunjuk dengan nilai duit dorang. Mudah bukan ?

Selesai mengisi minyak, perjalanan diteruskan. Pagi tu aku tak ingat samada kami bersarapan atau tidak, ada kot. Biskut dan air jus oren. Owh ! ada lebihan roti perancis makan bersama serunding. Pun boleh lah ! janji perut berlapik tak kosong.

Yeah. Perjalanan hari ini la yang paling teruk sekali. Dengan bentuk muka bumi dan kerja-kerja pembukaan tanah untuk dibuat jalan, ada setengah jalan sedang dibaik pulih, ada jugak pembinaan jambatan. Bila dah bina jambatan, laluan alternatif dia, mak oiii. Mmg tengok mcm dah tak de jalan dah.


Banyak lagi gambar-gambar laluan yang aku ambil menggunakan camera kompak Bro Fifish. Bukan setakat yang mcm ni ja, jalan baru nak buat dengan lori batu sedang menurunkan batu-batu kerikil, tiada ruang untuk kami lalu terpaksa lah menyelit dicelah-celah lori. Dengan jalan yang tidak rata penuh dengan batu-batu kerikil yang tajam. Pergghh! hati sentiasa bimbang dengan keadaan tayar, takut pecah atau pancit akan bertambah lagi la masalah yang kami akan hadapi. Cuba bayangkan ce bayangkan uhh scary dowhhh.

hrm
manual
baru nak buat jalan ?
kalau lah tayar bocor...
Sepanjang perjalanan melalui jalan yang baru nak dibina., ku lihat, semuanya dilakukan dengan manual. Dari meratakan tanah, meratakan batu kerikil. Semuanya dibuat dengan tangan. Woo, memang buruh kasar betul, bukan itu saja. Golongan wanita pun sama taraf buat kerja-kerja berat macam tu. Fuyoooh! Kalo lelaki angkat kayu, wanita dia pun angkat kayu, angkat bajak, mencangkul, angkat tanah. Pendekkata semualah wanita Viet Nam  mampu buat. Kita kat MY pun tak mampu buat cenggitu.

Jauh jugak kami bermotor, hingga tiba 1 kawasan kampung. Di mana pembinaan jambatan baru sedang giat dibina. Tiada jalan lain yang kami nampak kecuali 1 jambatan yang diperbuat dari buluh. Erm. Canne ea rupa dia ? Mereka menyusun buluh-buluh, ditengah ada 2 keping papan, terletak ja atas air sungai. Wlu air sungai tak dalam, tapi agak deras jugak la. So, aku kena turun dari motor. Hanya Bro Fifish yang akan kendalikan motor untuk menyemberang. Sangat menarik ketika ini, aku keluarkan  kamera kompak dan mula merakam.Yay ! seronoknya pengalaman ni..


Tiba di seberang sungai ada tol la pulak. Cit! aku tengok semua orang bayar 2,000vnd pada penjaga tol tu tapi aku tak ada duit kecil hanya ada 5,000vnd ja. Aku bagi la ingat dia nak pulangkan baki tapi dia cuma angguk-anggukkan kepala tanda selesai. Huh! Aku pandang Bro Fifish dengan muka tak puas hati. Kena lagi. Grrr.

Bab kena paw tak habis setakat tu, ada lagi sekali. Seingat aku masa hari ke 5, time tu memang dah trengah malam. Kami terus memandu sampai nak masuk 1 kawasan kampung. Ada la pulak pondok sekatan. Ramai jugak la anak muda berkumpul kat situ. Aku pun turun, konon-konon nak tanya jalan la, kemudian dia mintak duit dalam hati aku cakap aduhhh. Kena lagi, duit dah la tak ada, dia mintak agak banyak juga la. Aku pun tak ingat berapa. Dah engah malam keadaan gelap jadi aku tak nampak berapa yang aku bagi. Aku cakap duit cuma ada banyak tu ja. Ada seorang pemuda cuma anggukkan kepala tanya 'ok'. Baru dorang bg kami lalu.

Aku suruhh Bro Fifish cepat-cepat hidupkan enjin  motor dan pergi seberapa pantas. Pastu laluan yg kami lalu tu salah pulak tu. Aduh. Terpaksa patah balik. Adoii. Tengah malam masih memandu. Gila ah !

Ok sambung balik cerita, setelah mengharungi kepayahan melalui trek yang hancur, mendaki gunung yg tinggi dan curam, sampai motor pun tergolek dengan aku sekali jatuh terduduk. ADOI ! maka kami sampai la kat pintu masuk Babe lake . Bro Fifish memberhentikan motor. Alamak ! kenapa sampai kat sini. Kata lalu ja, tapi tengok dah sampai hujung. Pasti dah tak de jalan dah.

Tak semena-mena datang seorang lelaki. Kami pun tanya la arah. Nasib baik la lelaki tu fasih berbahasa Inggeris. Dia perkenalkan diri sebagai pemilik agensi pelancongan di kawasan tu. Dia ajak kami menginap di tempat dia atas alasan perjalanan nak ke Cao Bang dan Ban Gioc makan masa agak jauh juga. Sedangkan waktu itu hari makin gelap. Mustahil untuk kami nak berpatah balik. Bro Fifish tanya pendapat aku sebab ikut kepala dia nak teruskan perjalanan patah balik, aku pulak rasa dah tak larat lagi nak duduk atas motor. Kebas pungkok aku.  Kami bincang balik, kira tolak campur bahagi. Akhirnya ambil keputusan bermalam  kat situ. Haa. Lega !

Sebelum hari gelap kami disyorkan untuk pergi melawat Babe Lake. Owh ok ! hidupkan enjin motor dan vromm. Takla jauh sangat. 2 km ja nak sampai ke tepi tasik tu.


Hrmm. Agak menarik jugak tempat tu. Ada bot tambang untuk mengelilingi tasik, tapi kami tak berminat nak menjelajah lokasi ni, sebab bukan jadi keutamaan pun.

Eh jap jap, tunggu Bro Fifish layan menembak kejap.


Okeh..selesai semua..kami pun dah rasa sangat lapar dan letih mau balik. Dalam perjalanan balik ke homestay, tetiba Bro Fifish perlahankan motor, katanya ada sesuatu yang tak kena. Periksa balik, tengok tayar PANCIT!

Aduihhh ! 2 km nak kena jalan.  Pujuk hati ' mujur la dia buat sakit kat sini, katakan lah kalau dia sakit kat tengah gunung tadi. Apa cerita ? ce crite ce crite. Hrm  tolak pun tolak la. Perlahan-lahan sudah la, tak lah jauh sangat. 2 kilomit ja. Dengan keletihan Bro Fifish pun tolak la motor tu sampai ke tempat  penginapan kami. Aku ikut berjalan dari belakang. Sampai ja, terus bagitahu pemilik homestay tu kat mana kedai tukar tayar kemudian dia pun bawa la malam tu jugak.

Aku : aduhhh! duit lagi (geleng pala)

Aku terus naik ke bilik, bersihkan diri sambil menunggu Bro Fifish balik dari bengkel. Letihnya lahai.
Tak lama tu, Bro Fifish pun balik dan dia bersihkan diri kemudian kami turun makan malam yang disediakan oleh pemilik rumah inap. Menunya nasi , telur dadar dan sayur. Hrm sayur apa tu ea? tengok cam hirisan bawang besar yang warna putih tu, tapi tak ada rasa bawang. Agaknya rebung kot. Tapi  mmg sedap. Aku makan agak banyak juga. Itu pun sebab ada saki baki serunding daging yang aku sentiasa bawa, sampai la satu ketika bila aku tambah nasi buat kali ke 3..tengah syok makan tiba-tiba aku terhenti. Huhu. Ala, ada kelkatu la pulak dalam sayur ni. Cit..! cit! cit.! Potong !! terus aku minum air dan basuh tangan.

Bro,Tun nak naik tidur la sebab masa tu tengok Bro Fifish tengah bersembang dengan tuan rumah tu. Ada juga ura-ura nak mintak tukar duit kami yang hampir habis. Alhamdulillah dapat tukar rm100. Lepas bayar harga makanan. Aku pun naik bilik. Tak bo;eh tahan la letih sangat. Set jam kol 4.30 pagi, beg dah sedia berkemas. Esok pagi-pagi kami akan keluar meneruskan perjalanan.

Malam berlalu dengan begitu pantas...Zzz  Zzzzz..

akan  bersambung lagi dan lagi.

Letak ja pala aku terus hanyut...ZZZzzzz

Sa Pa ke Cao Bang : Trek Sondol


Hari sebelum

HARI KE 5

8/6/2011. Rabu.

Celik- celik mata pagi tu, idea sudah mari.
Erk bro!! kita pergi naik motor je la. Dekat sikit tengok dalam peta, agensi tu pun cakap dekat sikit dari Hanoi. Amacam ?

Bro Fifish berkira-kira nak patah balik ke Hanoi disebabkan masalah tukaran wang. Ada juga dia kata nak tangguhkan ekspedisi Ban Gioc. Buat lain kali ja. Tapi aku, hrm. Sedikit kecewa dengan cadangan tu. Seboleh-bolehnya nak teruskan juga. Alang-alang dah sampai, tak kan tak nak buat . Dan aku pun belum tentu dapat ke luar negara lagi. Malas la nak pergi Viet Nam lagi. Pergi tempat lain la pulak. Kan ?

Bincang punya bincang, kira wang tunai yang ada, tolak campur dengan kos minyak. Akhirnya Bro Fifish bersetuju nak lakukan perjalanan bermotor. Phew.! Terima kasih bro. Hargai sangat.
Lepas mandi, keluar cari sarapan. Beli roti je makan dengan ayam tandoori baki tapau malam semalam punya. Ada air panas bancuh mee maggie SEDAP, buat kuah banyak-banyak. Jimat kos. Terbaik. 

Okey sudah kenyang. So let's gone to agency.

Auberg Dang Trung : the best in services

Oihh. Pagi-pagi lagi dah buka kedai. Cargas la dorang. Bagus. Kami pun suarakan hasrat  nak sewa motorsikal untuk 2 hari.

Sehari dia ambil 160,000 vnd x 2 = 360,000vnd = RM23.66 x 2 = RM47.32 . Okeh cantik.
Minyak isi penuh dalam4 liter = 88,000 vnd ( rm13 )
Minyak spare 5 liter = 110,000 vnd ( rm16.27 )
Peta dia dah belikan. Route pun dia dah tanda. jadi apa lagi ?


10:27 pagi waktu tempatan ~ Yay ! Kami berkembara dengan motorsikal. lalalala. Berpandukan peta, kami memulakan perjalanan. Vroom vrommm ! Satu persatu daerah kami lalu, bergunung-gunung kami daki, naik turun, bila jumpa selekoh ja, pinnn..pinnn. Kejap-kejap bunyi pinn pinn. Bila penat kami berhenti.


Hari pertama, Bro Fifish yang bawa motor, aku membonceng ja. Rasa jugak la jauh nya. Pelik, apasal tak sampai-sampai. Asal jumpa simpang ja benti tanya penduduk tempatan. Yang bagusnya dorang tunjuk jalan yang betul. Jadi kami ikut saja la. Bila minyak dah nak habis. Cepat-cepat tambah yang baru. Sepanjang perjalanan tu kami tak rasa lapar langsung. Tak ingat nak makan. Bro Fifish terus memandu sampai ke malam.


Hingga ke pukul 12 malam, semua orang sudah tidur. Bro Fifish masih memandu. Sampai di persimpangan, kami dah buntu mana satu jalan yang nak diambil. Memang berdoa harap-harap lalu la kereta, lori atau motor, biar senang kami nak bertanya arah. Tah masuk ceruk kampung mana tah. kami redah ja hingga dah pukul 3 pagi. Akhirnya, Bro Fifish ambik keputusan berhenti bermalam di sebuah dewan. Hujan gerimis mulai turun.

Bro Fifish memeriksa keadaan sekeliling. Terasa selamat maka dia mula menyusun kerusi untuk buat pengadang takut lembu atau anjing datang mengganggu. Maka , pagi tu aku tidur beralas kan kertas peta yang hampir lunyai. Dapat 2 3 jam lelapkan mata pun tak pe la, sekurang-kurangnya dapat luruskan tulang belakang yang seharian duduk di atas motor.

..Zzzz...

Berjaya ke Puncak Gunung Fan Xi Pan


Hari sebelum,

HARI KE 4

7/6/2011.Selasa.

Entah pukul berapa dah, tak tahu sebab gelap gelita ja. Aku masih cuba memaksa untuk lelapkan mata barang sejam dua tapi gagal. Bingkas bangun bersiap untuk perjalanan seterusnya menuju puncak. Sengsara nya bila nak tukar baju treking, dah la basah sejuk pulak tu. Adeih adeihhh.1, 2, 3 sarung!!!  arghh!

Setelah bersarapan, kami memulakan pendakian dalam hujan renyai. 'Alah Tun, mcm tak biasa' bisik hati besar. Ceh, motivasi terkini la gamaknya. Ahhh aku boleh ! boleh.! Walaupun malam tadi tak dapat tidur. Harap-harap kepala tak pening. Let's gone babeh.

Jalan punya jalan dan jalan lagi. Sepanjang jalan hanya pokok buluh kecik ja kelihatan. Terdapat kesan rebung yang telah dipotong, mungkin aktiviti penduduk tempatan yang mengutip hasil hutan buat jualan untuk ikhtiar hidup. Ada juga najis lembu yang bersepah-sepah di laluan trek. Isk iskk kat MY najis gajah. Kat sini lembu pun mendaki gunung. hue hue hue. Betapa gagahnya lembu-lembu di sini.

Trek berubah ubah. Kejap berbatuan, kejap meniti akar pokok. Tapi memang menaik menaik dan menaik. Kemudiann menurun menurun menurun. Curam gila trek berbatu dia. Sayang seribu kali sayang, pemandangan dilitupi kabus tebal. 1 hapa tak nampak. Memang 1 kerugian la. Sampai di trek yg berpagar, helaan napas dirasanyakan makin sukar. Helaan napas pendek-pendek. hidung mulai sejuk dan berair. Argh gangguan betol la. Bila nak sampai ni.

Suatu ketika jurupandu berhenti. Tetiba Bro Fifish menunjukkan sesuatu. Aiyak! Gelinya. Cacing rasaksa warna merah jambu. Yucks! Disuruh aku pegang. Owh tidak! Eiiiuuu. Aku geli. " Tak pe Bro, biar Tun ambik gambar Bro bersama beliau ja"  Jalan ke depan sikit jumpa lagi cacing rasaksa tu lagi. Tapi kali ni warna biru pulak di celah batu. Hahahaha sangat menarik. Aku rasa haiwan liar yang tinggal di dalam hutan Viet Nam cuma yang kecik-kecik macam cacing je kot. Badak, gajah, rimau ,tapir dan lain-lain semua dah pupus akibat penebangan hutan dengan suka suki. Harap taman negara ni ja yg kekal, itu pun tak tahu untuk berapa tahun lagi.

cacing besar punya !
Sampai di tanah lapang, keadaanya sama seperti Kem Botak di Gunung Tahan. Nun di sana nampak puncak. Wah! hati berbunga-bunga, terasa seolah-olah puncak dah tak jauh. Ewah, suka benar rasanya. Bila jalan sikit ke depan, lalu di sebalik lereng terpampang  lagi puncak yang lebih tinggi. Aik ? Ahh sudah, mental menjadi calar. Nak kira ada la 3 kali mental aku calar balar dek kerana puncak tipu. Hampir hancur berkecai semangat ni. Adoi. Sabo je la.

Ku teruskan juga berjalan pelahan-lahan, sayup-sayup kedengaran suara orang bercakap-cakap. Eh! cam dah sampai ja.~wee. Cepat Tun cepat !! Bro Fifish ku tinggalkan di belakang. Hehehe, sori bro, aku dah x larat ni, nak carik tempat landing dengan segera. Semakin dekat semakin berat ja kaki aku nak melangkah. Uocchhh ! lagi sikit ja ni lagi, lagi sikit dan akhir nya.

Teng..tenenggg..tenenggg !

Tadaa! Nampak dah batu tanda 3 segi terpatri di atas batu. Angin kuat bertiup, rasa macam aku boleh diterbangkan dek angin yang kuat. Gigill jangan cakap la, tahap parkinson dah. Bro Fifish segera mengeluarkan camera, aku seperti biasa bersedia nak posing ja. Haha ,nak layan view pun macam tak berselera sebab semua  putih umpama aku di surga. Owh tidak. Di sini kabus, di sana kabus, di mana-mana saja kabus. Potong !

Masing-masing teruja dengan kejayaan itu, sampai terlupa aku nak ucap TAHNIAH pada Bro Fifish. Eh! aku ada cakap ke? Hrmm rasanya aku cakap kat mat saleh tu ja. Ehek. (mesti Bro Fifish kutuk aku : lecce la lu sis) hahahaha.

3143m Indochina peak @ 8:20 am

Aku rasa tak sampai 10 minit kami berada di puncak, bergambar lebih kurang kemudian mula turun balik. Cis! camtu ja ? Hrmm ok la. Bukan boleh tengok pemandangan pun jadi boleh la tu kan.
Perjalanan turun pada aku, ok la. Champion gak la dengan kasut getah terbaik dan teragong 'cap bowling' memang tk boleh dinafikan kehebatannya. Laju ja langkah aku. Kih..kih..kih. Mat saleh tu terkial-kial la nak pijak batu-batu menuruni laluan curam. Ok adioss! berdesup aku pecut. Bro Fifish ikut dari belakang.
Yang buat mat saleh tu perlahan bila kaki dia cedera. Mana tak nya. Langkah tak betul dan dia terus lompat bila nak turun, memang lah terkesan pada lutut.

Ahh aku tak nak tau dah semua tu. Apa yan aku fikir sekarang ni aku nak segera turun. Cepat la, cepat la. Aku nak balik tidur. Makanan pun dah habis, air lagi la dah kering. Aduh, lapar. Kepala dah pening ni. Jauh lagi tu, dalam bag cuma ada snack yang Bro Fifish beri. Itu saja yang tinggal. Tekak kering sangat.

Aku gagahkan jugak. Seret kaki yang makin lemah. Aduu duuu. laparnya.
Bro Fifish bagi tips : cuba lihat pokok-pokok yang berwarna hijau, ia akan membuatkan minda kita jadi segar.
Erk ! ermm. Rasanya minda aku tak la segar cuma leka ja ngan panorama hijau tu. Bila leka jadi lupa akan kelaparan. Ahh itu pun boleh la !

Dalam perjalanan menuruni gunung, cuaca sangat bagus dan cantik. Bro Fifish ambil pluang untuk merakamkan pemandangan sekeliling gunung tu. klik! klik! klik! wahhh. Aku pun terkial-kial mengeluarkan kamera yang berkepuk dalam beg. Aku tak ambil gambar pemandangan, tapi aku rakam gambar orang yang ada dalam pemandangan tu. Haa. lagi dramatik, pasal tu gambar-gambar aku kurang. Gambar org lain ja yang banyak.

red spot
Guide and Canadian

take a deep breath
Rasanya lepas turun dari puncak tak ada apa yang menarik sangat, hanya layan pemandangan kejap ada kejap tak ada. Rasa malas dah nak berjalan. Bro Fifish pujuk suruh bertahan sikit aje lagi. Tak jauh dah. Alah! Malasnya la nak jalan lagi.

Okeh la aku pendekkan terus cerita perjalanan turun. Semuanya ok dan biasa-biasa saja, yang paling ok bila guide boleh buat panggilan talipon di setiap trek. Kejap-kejap bunyi talipon. Tengah hutan, tengah gunung ganang tu pun ada coverage. Viet Nam bagus la dia punya coverage. Kagum betol la, mana ceruk pun boleh buat panggilan.

Bila dah sampai di pejabat perhutanan, aku terus bersihkan kasut, maklum lah nak naik kenderaan. tak kan kotor-kotor pulak. Masa tu mmg dah sehabis letih. Terus naik van dan terus ke Sa Pa.

Sampai di agensi, kami ambil beg yang kami tumpangkan selama sehari dan terus cari hotel. Bermula lah masalah tukaran wang asing.

Aduh! duit MY banyak tapi tak laku. Wat to do meh? ha? ha? tell me tell me? Bro Fifish keluar masuk bank, cuba tanya mana tau boleh tukar tapi hampa. Aku lagi la buntu bukan tau apa pun, tau mengikut saja.  Dalam kepala otak aku cuma ingat kat Mat Saleh Kanada tu ja, sebab dia dah tinggal Vietnam lama, jadi entu lah  banyak duit Dong. Tapi Bro Fifish tak yakin sangat yang mamat tu boleh tolong. Hrm. Aku dah hilang punca.

Mungkin dah rezeki, Bro Fifish cuba gak tanya kat dia. Alhamdullilah dia paham dan sudi ambil duit MYR kita untuk tukar dengan Dong itu pun dengan jaminan yang ringgit memang tinggi nilainya. Bro Fifish siap tunjuk kat internet website tukaran wang kat mamat tu. Nampaknya  dia yakin dan kami sudah mempunyai duit untuk belanja, kemudian dia beri cadangan supaya gunakan  kad kredit bila kat restoren atau hotel. Owh ok !! hampir terlupa pulak. Nanti kami akan cuba.~Syukur.

Okeh. masalah sudah  selesai, buat masa tu je la sebab kami memerlukan lebih banyak Dong untuk meneruskan perjalanan. Sedangkan di Sa Pa, tiada kedai pengurup wang yang nak ambil nilai matawang MY. Kalau ada pun di Hanoi. Takkan nak patah balik, jauh. Malam tu atas bantuan pemilik agensi, dia mintak tolong kawan dia supaya terima tukaran wang melalui kad kredit. Yes ! boleh. Lepas lah untuk buat bayar sewa hotel untuk malam itu.

Setelah naik ke bilik, masing-masing membersihkan diri. Berkemas-kemas baju yang nak dibawa untuk ekspedisi seterus nya. Misi menjejak Ban Gioc Waterfall pulak. Tiba-tiba pintu bilik diketuk orang.
Rupanya Serge datang melawat. Wah, riuh rendah dibuatnya. Tak sangka dia datang mencari kami kat hotel sebab sebelum tu Bro Fifish dah pesan, suruh keluar dari perkampungan Hmong dan tinggal di hotel tapi dorang menolak. Seronok katanya hidup kat sana dan keluarga Hmong tu sangat baik.

Serge tiba-tiba hulurkan duit kat aku, katanya dia pulangkan duit sewa motor  yang aku bayarkan dulu. Baik budi jugak anak omputih ni. Sembang-sembang lebih kurang kemudian terus pelawa dia ikut kami pergi ke Ban Gioc. Serge macam nak ikut tapi dia kena tanya Martin dulu. Dia kata, kalau  tak muncul, kira dorang tak ikot la. Tak lama lepas tu Serge mintak diri sebab bapak angkat dia (Hmong people) dah tunggu kat luar hotel.

Malam tu lepas  mandi, kami kena pegi cari makan, lapar sudah. Memang nak kena cari nasi. Jalan punya jalan ternampak la Bombay Restaurant. Wahh ini mesti halal food. So lets gone
!
Tanya dulu kalau dia terima kredit kad. Jawapannya YES! maka oke la, kami pesan la nasi briyani kambing dan briyani ayam. Uhf ! makan mewah tu tak berhengat.

Big water                                                              1.50
Banana lassi                                                          2.50
Watermelon juice                                                  2.00
Chicken Briyani                                                    5.50
Tandoori roti (xceli kami oder ayam)                     1.00
Lamb briyani                                                         7.00
                                                                           $19.50 
                                                                         = 429,000.00 vnd
                                                                         = 59.44 MYR

Pergghhh. Makan malam kami yang paling mahal dari segala hari. Cit cit..!!

Bila part nak bayar jadi lagi masalah. Bila swipe card dia kata akaun kosong. Erkk! guna 2 kad masih tak jalan waduhhh. Bikin ribut ni. Bro Fifish dah naik hangin. Gulp!! Apa yang perlu aku buat adalah. SILENT! that better. Syhh.
Ingat tak nak la guna tunai yang ada, tapi terpaksa guna juga sebab kad kredit tak lepas. huh!

Selesai bil makan malam, kami balik hotel ke semula. Fikirkan  perjalanan seterusnya.
~>> ESOK ke Cao Bang. Zaasssttt..

Zzzz...zzzz...