Sunday, May 4, 2014

Basikal naik Keretapi


Stesyen ke stesyen

Pengembaraan aku kali ni akan bermula di utara Semenanjung. Justeru itu aku mesti menghantar  basikal aku ke lokasi tersebut seminggu awal dari hari kejadian. Di mana dan bagaimana prosesnya ? Nah! sila baca hingga habis.


Urusan penghantaran dilakukan di Stesyen keretapi Kuala Lumpur. Berhati-hati bila meletak kereta di ruang meletak kereta di sini kerana kelihatan seperti percuma, tetapi sebenarnya tidak. Waktu keluar, kita akan dikenakan bayaran mengikut 'agak'kan masa penjaga tiket. Contoh pertanyaan si penjaga tiket : 'masuk tadi pukul berapa ? Nampak tadi macam pukul 10:00.' 
#Cara terbaik, catit pukul berapa kita sampai siap-siap untuk rujukan. Nanti senang kira. Tak de lah kena bayar lebih.


Ini kadar penghantaran bagi motor dan basikal ke setiap stesyen di semenanjung. Tak kira dekat atau jauh, harganya sama. Untuk basikal dikenakan harga RM25.


Waktu urusan seperti dalam gambar di bawah.



Di kaunter, kita perlu mengisi borang penghantaran seperti yang ditunjukkan. Tulis dengan jelas dan kemas. Boleh guna 1 borang untuk semua basikal yang hendak dihantar. Jadi tak perlulah isi banyak-banyak borang untuk setiap basikal. Leceh.


Kemudian pegawai kaunter akan keluar memeriksa basikal kita untuk memastikan kesahihan rupa bentuk basikal yang hendak kita hantar itu.


Pelekat ni akan ditampal di tempat duduk basikal sebagai tanda rujukan.


Dua orang model sedang menunjuk cara-cara menampal pelekat pada basikal.


Nah ! selesai urusan penghantaran basikal ku ke utara Semenanjung. Tempoh masa untuk sampai bergantung kepada keretapi yang menghala ke setiap lokasi. Kerana hanya beberapa buah gerabak barang saja yang disambung kepada keretapi penumpang. Anggarkan saja selama 2 hari bekerja barulah barang sampai. Kadang-kadang tak tentu juga, jika hantar hari ni ,esok dah sampai. Bila basikal dah sampai pihak KTMB akan menghubungi kita memaklumkan sudah sampai. Jika lewat mengambil basikal, RM2.50 akan dikenakan untuk 1 hari kos penyimpanan.

3 buah basikal Bridgestone akan beraksi.

Ini lah gerabak barang yang akan membawa basikal aku mengembara nanti.  Lepas selesai menguruskan perjalanan basikal, jangan lupa menguruskan perjalanan diri sendiri pulak. Sila beli tiket keretapi di kaunter tiket di sebelah dalam bangunan. Ala, tempat orang beli tiket komuter atau ETS lah. Tak perlu nak ke KL Sentral  jauh-jauh tu. Beli kat situ je. Mudah bukan ?


Sekian dulu untuk kali ini, di lain masa aku akan tunjukkan cara membawa basikal naik kapal terbang pulak. ~wee

* NOTA KAKI *

Aku harap sangat pengurus besar KTM boleh mengadakan perkhidmatan penghantaran basikal sekali dengan penumpang pada masa yang sama. Maksudnya ; memberi kemudahan perkhidmatan untuk para pengembara berbasikal. Aku amat pasti ia akan mendapat sambutan hangat daripada rakyat tempatan dan luar negara dengan perkhidmatan mesra pengguna yang dilaksanakan oleh pengurusan KTMB. Aku berkata berdasarkan pengalaman penghantaran motosikal dari Hanoi ke Sapa, Vietnam. Walau agak rumit sedikit ( bahasa komunikasi) hingga menimbulkan stress, tetapi motosikal dan penumpang boleh je jalan serentak. Kata negara maju, takkan itu pun tak boleh buat ?