Thursday, July 23, 2015

Seni Anyaman Asli Mahmeri

Dulu, aku pernah menghadiri upacara keraian di perkampungan orang asli Pulau Carey. Orang asli ni mempunyai adat budaya dan seni yang halus. Cuma kita ni yang tak berapa nak menghargai kesenian yang mereka miliki. Aku tak tau sangat tentang adat mereka, cuma apa yang aku lihat ketika itu, di sepanjang jalan masuk ke perkampungan mereka, akan dicacakkan anyaman-anyaman yang diperbuat dari daun kelapa. Pelbagai bentuk dan motif disisipkan di situ.

Aku ni yang memang minat dengan seni anyaman, bila tengok banyak sangat dah jadi tak keruan. Gila meroyan kau. Kiri kanan penuh dengan anyaman yang kalau nak dikira tak tercapai dek akal aku mampu buat.
Aku bertekad, sehabis acara keraian nanti aku akan kutip semuanya. ngeh..ngeh..ngeh. Sebelum tu, aku pergi melihat acara tarian oleh anak-anak dara orang asli. Lagi lah berbunga-bunga mata aku tengok kostum yang dipakai. Anyaman untuk diletakkan di kepala, baju dan skirt. Tak ketinggalan juga untuk sanggol siap kuntuman bunga lagi. Semuanya dari anyaman daun kelapa. Memang asyik !

Usai acara keraian, aku kelam kabut keluar untuk mengutip semua anyaman daun di sepanjang jalan. Puas hati, dapat pun. Hajat aku, konon-konon nak belajar dengan orang asli di situ. Ada bengkel belajar menganyam tetapi untuk belajar saja harganya ratus-ratus ringgit. Gulps ! Gila mahal.

Dah bertahun jugak aku simpan  jambangan anyaman ni. Ingat ada masa nak gak belajar sendiri pelahan-lahan. Harap daun-daun ni tak mereput dan rosak.


















Ada sesiapa yang mahir menganyam motif-motif seperti gambar ni ? Ok la..paling cikai pun ada yang tau anyam kelongsong ketupat ? bentuk bawang, bentuk kerbau, satay dan macam-macam lagi kat luar tu. Aku cuma tau anyam ketupat bawang dan yang biasa tu je. Boleh la kannn dari langsung tak tau apa-apa. Rugi oi..!
Cukup setakat ni ja gambar-gambar yang sempat aku simpan untuk dijadikan memori. Sekurang-kurangnya ada gak sesuatu yang boleh dijadikan sejarah bila dah pupus nanti.


Bunga Daun Pandan

Sebenarnya dah lama aku nak buat sesuatu dengan daun pandan yang tumbuh gebu dan segar  di belakang rumah. Puas dah aku ambik daunnya digunakan untuk ditambah dalam masakan, guna untuk mewangikan ruang dalam peti sejuk aku. Tapi dia makin tumbuh lebih lebat, hijau, besar-besar dan tinggi.
Pagi tadi bila aku buka pintu aku nampak pokok pandan aku dah tumbang akibat terlalu berat. Alahai sayangnya. Sebelum ia menjadi tempat permainan "hide n seek'' kucing-kucing aku, aku pun ambil sebanyak yang boleh untuk aku jadikan sesuatu.




Aku teringat masa aku mengembara ke Thailand, sewaktu aku makan malam di sebuah restoren ada sejambak bunga yang diletakkan di atas meja. Aku belek, aku tenung dan aku cium.. eh ehh..daun pandan ke ? Memang aku tertarik, sungguh. Dalam hati aku bertekad akan buat sama macam yang aku tengok tu. Bila ? ya entah ! Ahaks.

Kini, bila masa aku terlalu banyak disebabkan kecewa tak dapat nak mengembara mengikut perancangan yang telah lama aku buat. Owh LH ! buat hati aku haru biru. Maka aku dah tak ada hati lagi nak mengadap lap top atau dengan kata lain membaca peta. Justeru, hari-hari indah, aku penuh kan dengan buat hal-hal yang tak pernah aku buat selama hidup, seperti melayan kucing-kucing, bagi makan bagi mandi, bersihkan pee-pee dan poo-poo dorang. Haish ! Buat entah hapa-hapa kuih , kek dan puding..asal jadi. Sedap x sedap belakang cerita. yang pastinya mesti habis.

Yang terkini, ni hah ! BUNGA DAUN PANDAN.


Boleh la kan.. asal ada bentuk. Wangi pun wangi, boleh halau lalat.  Tuturial untuk membuat bunga daun pandan ni boleh lah lihat di dalam U-tube. Senang ja, main pintal-pintal ja..kemudian ikat dengan benang supaya kelopaknya tak terlucut.


Kini tertunai sudah cita-cita kecil aku. Ok lepas ni apa lak aku nak buat ? Owh yeah. Nexttt !!!..