Tuesday, May 10, 2016

B A L I N G B E L A K A N G

Tahun 2011 BULAN JUN


Ekspedisi aku menaiki motor yang pertama di negara Vietnam. Tak buat kajian, main redah ja. Tiada GPS cuma guna peta kertas berharga $1. Rujukan hanya dilakukan dengan tulisan tangan nama-nama pekan/bandar yang akan ditempuh nanti dan ia ditulis oleh pemilik kedai yang menyewakan motorsikal.


Atas kertas nampak macam dekat tapi bila di lapangan sebenar. Nah ! Rasakan. Entah mana ceruk lorong jalan kampung semua diredah.


Hari pertama jarak perjalanan mungkin cecah lebih 200 km sebab berhenti rehat jam 1 pagi. Itu pun tersesat masuk dalam kampung mana tah. Tidur di dewan orang ramai yang uzur dan terbiar. Aku cuma dapat tidur- tidur ayam dalam 3 jam. Hari pertamalah banyak pengalaman yang aku dapat. Dua kali kena 'paw'.


Kali pertama bila menyeberang jambatan buluh. Hujung jambatan ada pos pengawal mengutip duit. Orang lain bagi 2000vnd (30sen), aku bagi 5000vnd(75sen) konon-konon nanti dipulangkan baki tapi dia buat dek ja. Cit !


Kali kedua, ketika masing-masing dah hilang punca, tak tau nak ke mana jadi bawa saja motor ikut jalan tarmac. Sampai jam dah pukul 12 malam, memang dah tak ada kenderaan yang lalu. Sekonyong-konyong lalu dua orang pemuda menaiki motor. Dari gerak gaya memang sah tengah mabuk. Nekad bertanya juga arah jalan. Dia tunjuk jalan betul cuma aku tak berapa yakin, jadi memandai-mandai melencong sampai nak masuk satu kampung yang berpalang buluh merentangi jalan. Di situ ada 5 ke 6 orang lelaki  sedang galak mengawal. Tengah malam tiba-tiba ditahan mintak duit. Nak tak nak bagi jugak la duit yang ada. Dah la negara orang, bahasa yang berbeza, nak berkomunikasi pun payah. Bahasa badan je la menjadi perantara. Lagi haru bila jalan tu jalan yang salah. Kena patah balik keluar tengah-tengah malam. Bila lalu kat palang buluh tu cepat-cepat pulas 'throttle' laju-laju. Tu yang lajak sampai masuk kampung lain dan tidur di dewan. Rasakan.

Hari kedua pukul 5 pagi dah bangun dan mula bergerak sebab orang Vietnam turun ke sawah pukul 5 pagi. Perjalanan makin dahsyat. Laluan baru ditarah dan baru diletak batu kerikil.  Motorsikal dihalakan mengikut jalan utama. Jalan utama dengan jalan kampung sama ja.



Kerana dari semalam dan malamnya tak makan, perut dah betul-betul lapar, jadi ambil keputusan berhenti kat tempat pembinaan dan mula masak maggie mengunakan kayu api.





Berada di tengah-tengah gunung ganang sedikit sebanyak timbul rasa cuak dan bimbang jika berlaku kerosakan pada tayar motor. Lepas siap membasuh mess-tin, perjalanan diteruskan semula. Naik gunung turun gunung, tiba-tiba terjumpa dengan jalan yang begini. Kus semangat ! nak patah balik memang tak akan punya lah sebab dah terlalu jauh. Nak tak nak hadap jugak lah perlahan-lahan.


Sampai pukul 6 petang masih melayan trek tanah merah. Mujur hari tak hujan. Kalauuu lah hujan.. berhuhu je la.


Hampir jam 7 petang sampai di pintu masuk Taman Negara Babe Lake. Eh, kenapa sampai sini pulak ? Bukan cuma lalu saja ke ? ni mesti sesat lagi.

pintu masuk dah berwajah baru (sumber internet)
Oleh kerana sudah hampir malam ditambah dengan tayar motor pancit, nak tak nak terpaksa juga bermalam di situ. Tak ingat nama homestaynya tapi ia terletak di sebelah pintu masuk Babe Lake

credit to Mr. Đăng Định (Panoramio)
credit to Mr. Nguyen Thanh Son (Panoramio)
Masih boleh ingat  lagi biliknya yang sangat kecil, cuma ada katil ja seperti dalam gambar di bawah. Nak mandi bilik air kat luar. Badan dah penat, semua tu dah tak kisah, asal dapat tidur dan berehat, kerana perjalanan masih jauh lagi.

sumber dari internet
Owh lupa nak tunjuk gambar pemandangan di Babe Lake. Gambar agak gelap sebab sampai situ pun dan jam 7 petang.



Akhir sekali kenangan merempat yang paling tak dapat dilupakan ketika balik dari air terjun Ban Gioc menuju ke Hanoi. Hujan lebat tahap mencurah-curah. Utara Vietnam kalau hujan memang sejuk hingga ke tulang. Jadi dengan keadaan jalan tanah merah, lecah dan kenderaan kontena yang besar- besar pun ikut laluan yang sama kerana terdapat pintu sempadan di kawasan ni. Keputusan segera diambil kerana terasa tidak selamat untuk meneruskan perjalanan pada malam tersebut. Ternampak lah sebuah kedai yang bentuknya lebih kurang dengan gambar di bawah ni. Cepat-cepat sorong motorsikal masuk untuk berteduh. Aku terpaksa duduk mencangkung kat tempat anak panah tu. Nak duduk, nanti seluar lagi basah atas tanah merah tu. Sekali lagi kena tidur cara ayam. Jaket tak de baju hujan pun tak de. Menggigil sepanjang malam menanti hujan reda.


Banyak lagi kisah perjalanan yang mencabar dan perit tetapi menjadi manis untuk dikenang. Rindu sangat nak ulangi perjalanan macam ni. Terasa nak kembali untuk menjejak laluan ini semula. Bertabahlah wahai hati yang mulai tenang. ~ dodoi