Aku nak berkongsi cerita tentang trip aku berhari raya di luar negeri tempohari. Kalau ikut hukum adat melayu dah kena kecam dah ni, hari raya mesti balik kampung, hari raya mesti beraya dengan family di kampung dan bla bla bla. Ikut hukum adat aku pulak, ada aku kesah ? Aku mana ada kampung !
Sebelum ni pun aku pernah berhari raya Aidil Adha di luar negara, nun terbang ke Hanoi. Tak ada apa yang perlu dimusykilkan, masa tu sahaja ada cuti panjang, tiket flight murah dan musim yang sesuai untuk ke sana. Status Jomblo happy, apa ada hal.
Aku pernah bercita-cita untuk mengembara bersama anak-anak aku, nak bagi mereka rasa macamana aku rasa. Nak ke luar negara belum mampu lagi, jadi bawa je la dulu dalam negeri. Aku rasa inilah masanya.
Yeee hahhh!
Ini pun gara-gara anak aku yang sulong tak dapat pulang beraya, kerana dia baru memulakan pekerjaannya di Langkawi. (*Terima kasih sahabat kerana memberikan dia peluang pekerjaan*)
Alhamdulillah, dengan asbab itu aku terus merangka satu perjalanan setelah mengira cuti anak-anak yang lain.
Memandangkan anak aku tak balik beraya, aku pun sebok la bawak bekal serunding, kuih, kerepek dan biskut raya kegemaran Si Abang. Beg kuih lagi besar dari beg baju. Kini baru aku rasa perasaan seorang emak bila datang ke rumah anaknya mesti bawak segala macam makanan yang ada. Sanggup tak makan semata-mata nak tinggalkan untuk anak. Huh, ternyata tua sudah aku ni.
Aku tetapkan bajet untuk 3 hari 2 malam seramai 4 orang + 1 dalam RM1.5k tak leh lebih tapi lagi kurang lebih bagus. Memandangkan musim cuti sekolah + perayaan, maka semua kos perkhidmatan naik mendadak.
28hb Jun 2017
Rabu
Perjalanan bas Ekpress Sani pada jam 10 malam. Harga biasa RM54, oleh kerana cuti hari raya semua syarikat bas ekpress menaikkan harga sebanyak rm4. Harga seorang rm58.90 x 4 = ?
Dari rumah nak ke Klang Sentral pun satu hal gak, terpaksa minta bantuan King untuk hantar aku anak beranak ke terminal bas.
Grabcar baru RM25. Dari aku beri kat Grabcar baik aku beri kat kawan-kawan aku. Korang ingat King nak ambik duit upah aku bagi ? memang tak lah. Tapi bila aku cakap, "aku ni nak bermusafir King, adab sebelum musafir kena bersedekah. Mudah-mudahan dengan kebaikan bersedekah Allah permudahkan perjalanan aku nanti. Ambik lah King. Aku pun akan selalu nak mintak bantuan ko ni. Tak syok la tolong kosong."
Krik krik krik !
Wee ~
29hb Jun 2017
KHAMIS
Alhamdulillah sepanjang perjalanan baik-baik sahaja, walau sebelum ni aku dengar banyak komentar tentang prestasi kurang menarik tentang Sani Express. Sebelum turun aku pesan kat semua anak-anak aku ucapkan terima kasih kat abang pemandu bas tu ya.
Baik mak !
Sampai di stesen bas Kuala Perlis jam 5.50 pagi. Memang ngam-ngam waktu solat subuh.
Kita nak ke mana ni mak ?
Masjid !
Ok lets' do the solah first !
Dalam perjalanan ke masjid melintas di hadapan kaunter tiket feri. Ramai makcik, pakcik, kakak, abang yang nak masuk ke Langkawi sedang beratur untuk membeli tiket feri, padahal azan subuh sedang dilaungkan. Ehem ! ehem !
Sesungguhnya, tak akan habis tiket di kaunter.
Usai solat subuh, aku terus membeli tiket feri. RM18x4 = ?
Kaunter Feri Dragon Star ni agak jauh dari kaunter yang lain. Aku tengok tak ramai orang pun. Tanya harga sama ja. Tapi kenapa orang ramai berebut-rebut membeli kat kaunter belah sana. Mungkin mereka berebut nak naik feri yang pertama kot. Tak sabar nak masuk ke Langkawi la tu.
Aku beli tiket feri ni pun sebab aku tengok masa bertolak jam 7:15 pagi sebab aku nak bersarapan dahulu di sini. Isi perut kenyang-kenyang. Kat belah Kuah mana nak cari kedai makan yang beroperasi dalam minggu perayaan ni. Bijak tak Cik Tun berfikiran jauh sampai ke Kuah nun ? Hehehe.
Feri memulakan perjalanan jam 7.20 pagi. Nah ! dapat feri yang ekslusif. Tak perlu bersesak-sesak dan berhimpit-himpit untuk naik. Banyak kerusi kosong. Ahh selesanya. (*nampak tak Allah permudahkan perjalanan?)
Tengok cara pemakaian yang aku ajar kat dorang. Simple sudah. Aku cakap, kita nak mengembara bukan melancong. Pakai baju yang ada, takde siapa nak tengok awak pakai baju brand apa bla bla bla. Duit simpan buat belanja pergi mengembara nanti. Si adik, konon nak study, usung buku sampai Langkawi. Sudahnya buku tetap dalam bag tak keluar-keluar sampai balik.
Sampai di terminal feri Kuah aku terus menalipon pengusaha kereta sewa. Aku dah tempah awal seminggu sebelum hari kejadian. Untuk harga kereta viva auto aku dapat rm80 sehari. Aku sewa selama 3 hari = 72 jam. Harga sewa diluar cuti perayaan rm60 sehari. Viva manual rm50. Aku nak sewa kereta kancil ja, tapi takde pulak. Viva manual pun dah habis orang sewa. Nak tak nak terima sahaja viva auto putih tu. Gagaga.
Dalam list harga "peak season" rm100 tapi aku dapat rm80. Uhf wow, Alhamdulillah.
Aku cari kat google ja servis kereta sewa. Bang Chik kereta sewa. Pengurusannya mudah, wassap ja. maklumkan tarikh, berapa hari nak sewa, jenis kereta, jika setuju bank in kan wang deposit rm50. Selesai ! Berminat boleh klik di sini
Penghantaran kereta dibuat di hadapan laluan pintu masuk terminal feri. Berikan no booking, buat pembayaran penuh kemudian kunci pun diberi. Wang deposit akan dikembalikan ketika kita memulangkan kereta kelak. Urusan ditepi jalan sahaja. Owh, #stresdokatahpalo ! Tapi aku dah pesan kat anak-anak aku suruh dorang periksa keliling badan kereta ketika aku sedang berurusan, perhatikan ada calar teruk ,rosak atau sesuatu yang pelik dibadan kereta.
Kunci kereta bertukar tangan. Ting ! ting !
Lama tak pandu kereta. Kekok sudah.
Semua dah selesai, okey sedia, jom kita cari abang !
Bab ni memang kelakar. Kalau nak ikut papan tanda yang ada kat MY ni memang sesat barat. Terpaksa guna google map. Bukan tak pernah pergi Langkawi, pernah. Tapi tu 7 tahun yang lepas. Yang terbaru pun 5 tahun yang lepas. Itu pun ikut orang. Sekarang ni aku yang pandu kereta sendiri menggagau cari jalan ke Pantai Cenang amik jalan tengah nun pergi sampai ke Air Hangat. Owh, #stresdokatahpalo !
Selama 3 hari ni puas aku tawaf satu Pulau Langkawi ni. Ikut jalan yang sama dua tiga kali. Sikit lagi nak qatam. Lagi bila masuk kawasan Pantai Cenang, 2km cuma jalan sehala. Silap kalo, kena la tawaf lagi. Lain kali pergi, aku dah mahir dah pandu kereta/motor kat Langkawi ni. Pusing ikut mana pun tetap akan ada dalam Pulau Langkawi. Kau tak akan tembus ke Pulau Tuba punya. Ha ha ha.
Selepas jemput abang di tempat kerja dia, terus dia bawa balik ke rumah yang dia sewa. Memang saja aku nak tengok rumah sewa dia macamana. Itu tujuan sebenar aku datang ke Langkawi. Punya la berpusing-pusing masuk lorong kawasan kampung. Jenuh aku nak hafal jalan masuk. Rumahnya macam chalet berkembar. Berhadapan dengan kediaman tuan rumah tu. Bila aku dah puas hati, baru ajak pergi cari makan.
Ocey, aku teringin nak makan laksa ikan sekoq. Jom cari !
Orait ! dapat rasa dah.
Untuk trip ni, aku memang dah rangka semua aktiviti selama 3 hari. Jadi aku tak akan sia-siakan waktu yang ada. Pertama sekali aku nak cari maqam purba. Lokasinya terletak berhampiran dengan Masjid Al Jamiul Qadim, ada lorong kecil sebelah tempat parkir, masuk hingga jumpa maqam ni yang terletak berhadapan dengan rumah orang.
Lokasi kedua, aku nak cari tempat rekriasi Lubuk Semilang. Air terjun Temurun dan Air terjun Durian Perangin memang aku tak pergi lah. Aku cuma nak pergi kawasan yang tak perlukan meredah denai. Turun kereta dah sampai tepi sungai. Aci ?
Tempat ni agak terpencil, kurang pengunjung. Air sungainya pun macam sedih ja. Mungkin bergantung pada sumbangan limpahan air hujan. Sesuai sangat bagi keluarga yang ada anak-anak kecil berkelah. Sebab air nya paras pinggang bayi umur setahun.
Memandangkan air sungainya yang lesu, nafsu aku pun terus terbantut nak terus meneroka hingga ke dalam. Alah, buat syarat sampai sudah. Ada rezeki, lain kali aku teroka lagi. Bawak budak-budak ni leceh. Macam-macam perangai. Riak muka pun aku dah tau dorang tak suka, tak selesa, malas dan letih.
Macamana tau ?
Ala, aku kan emak !
Aku pening memikirkan tiba-tiba ada perkampungan buku tengah hutan rimba ni. Ia bersebelahan dengan taman rekreasi Lubok Semilang. Tempat ini masih dalam pembinaan, kita tunggu dia siap. Masuk kena bayar atau percuma. Apa pengisian yang kita boleh dapat jika mengunjungi perkampungan ini. Pada aku , tarikan yang ada kat sini adalah banyak betul burung enggang yang bertenggek kat dahan pokok di kawasan parkir kereta. Baru nak ambil gambar dia dah terbang.
Ocey, lain kali kita ke sini lagi.
Cuaca di Langkawi ni tak menentu. Di bahagian pantai elok ja cerah panas lit-lit. Masuk ja di bahagian tengah menuju ke Gunung Raya, hujan rintik tapi tak lebat. Sudahnya nampak mendung dan berkabus tebal. Walau aku tahu takkan nampak pemandangan satu apa pun, aku tetap pergi naik hingga ke puncak. Biar budak-budak ni tahu, dan boleh bercerita bila orang bertanya nanti. Si Abang kena lah tahu bentuk dan lokasi percutian menarik di Langkawi sebab kerjanya memang sentiasa berhadapan dengan pelancong. Si kakak pulak memang dalam bidang pelancongan dan pengembaraan wajib tahu tu.
Ok, sekarang jalan ni korang yang punya.
Bangun ! bangun ! Jom ambik gambar sebelum hujan lebat. Pemandangan cantik ni !
Ni sebab hujan ja, kalau cuaca cerah pemandangan dia macam kat Koh Phi Phi. Koh ! Koh ! Koh !
Cantik kawasan Jeti Telok Baru ni. Banyak bot-bot nelayan dan bot perkhidmatan 'pulau lompat-lompat' berlabuh menambahkan lagi kecantikan pemandangan di sini. Kalau dari Pantai Cenang, akan tempuh Pantai Tengah dahulu kemudian baru jumpa jeti ni. Cuma aku tak pergi lagi Pantai Tengah sebab perut dah lapar nak balik cepat cari kedai makan ja. Lain kali lah !
30hb Jun 2017
JUMAAT
Cadangan hari ni nak berphotoshoot di puncak Gunung Mat Chincang.
Arahan dari mak dia ;
"semua kena pakai baju kurung/melayu."
Ada bantahan ?
Baik mak !
Selepas subuh semua sudah siap siaga. Pagi ni mak nak bersarapan kat kedai Nasi Dagang Pak Malau. Jom cari!
Ada la dalam 10km jarak dari bilik sewa, sampai-sampai ja tengok kedainya tutup. Kecewa dan kempunanyew. Masih cuti berhari raya Pak Malau ni. Tiada rezeki kali ni. Macam dia suruh aku datang lagi ja. Cit !
Misi mencari sarapan hingga ke Maqam Mahsuri. Kedai makan semua jenis masakan berat. Waduh, pagi-pagi makan nasi campur mana lalu. Kalau kayuh basikal boleh lah. Ini duduk dalam kereta saja. mana maunya.
Kalau kita lalu ikut route 120 Jalan Makam Mahsuri, pemandangannya sungguh memukau. Kiri kanan hamparan sawah padi berdindingkan gunung ganang. Aku berhentikan kereta di tepi jalan dan halau semua anak aku keluar kereta. Pergi amik gambar cepat ! Cuaca tengah cantik tu.
Tengok tu beria-ria macik tu berbaju kurung tengah-tengah jalan.
Terjumpa pulak dengan papan tanda ni. Terkilan juga kerana hanya papantanda yang dipacak tanpa ada bukti walau sedikit cebisan bentuk jalanraya yang dikatakan dibuat menggunakan batu marmar.
Buat lah sikit sebuah replika ke, foto-foto tentang sejarah pembinaan jalan tu ke atau apa sahaja yang memboleh kan para pelancong menghargai peninggalan-peninggalan yang diceritakan. Haiyoh !
Jalan tar sebelah tu pun dah mengerutu merekah. Aku cuma mampu berkrik ! krik! krik!.
Terus kan pencarian hingga nampak papantanda tulisan nasi lemak. Ok yang ni boleh la kot. Berhenti sarapan dulu. Bila nasi lemak dihidangkan ku lihat kok warnanya hijau ?
Si abang cakap; mak ! nasi lemak kat Langkawi ni semua warna hijau lah mak.
Erk ! iye ke ? Ah makan je la. janji boleh alas perut.
Harga standard makanan + minuman di Langkawi untuk 5 orang bermula dari RM34 hingga RM38. Menu nasi goreng2 ja.
Lokasi seterusnya adalah 'Cable Car'.
Harga tiket RM40 x 5 = ?
Nak beli tiket kena tunjuk MYcard, kemudian dia akan beri tag untuk dipasangkan di tangan.
Setiap kali nak masuk ke setiap stesen kita akan diminta untuk bergambar dahulu. Kadang macam dipaksa-paksa pulak. Aku tahu sebab apa, pasal tu aku menolak untuk bergambar di semua stesen. Sebuah frame gambar kita yang di crop + tepek berlatarbelakangkan pemandangan cable car serta dibingkaikan berharga dalam RM30-+. Itu pun kalau aku tak silap dengar. Maaflah aku bukan tak mahu beri sokongan pendapatan tambahan untuk kemajuan 'cable car' ni, cumanya bajet aku tak membenarkan aku berlebih-lebihan. Nanti tak balik rumah pulak akibat kehabisan wang. Beli tiket ni pun dah kira membantu la kan kan kan.
Kemuncak kegembiraan aku sudah tiba. Yay ! dapat bawak anak-anak aku naik kereta kabel.
Punya kerek lah mak dia suruh sarung baju melayu dalam tu. Lepas tu posing. Bergoyang-goyang cable car tu. Gila punya kerja.
Cepat lah ! cepat lah view cantik tu !
Muka si Angah bukan muka terpaksa, tapi kerana dia gayat. Wah ! selama 20 tahun, baru hari tu aku tahu yang dia seorang yang gayat pada ketinggian. Dalam cable car jugak lah baru dia buka cerita kisah dia dari sekolah rendah memang takut pada ketinggian. Kelas kat tingkat 3 pun dia takut nak naik. Nak lalu jambatan depan rumah aku pun dia takut. Sadis betul lah. Aku sebagai emak pun tak tahu. Apada, kata EMAK ! Lecce la lu.
Moral of the story, walaupun kau emak, janganlah kata yang kita kenal 100% tentang anak tu. Setiap anak tu lain-lain perangai. Dan dorang tak akan cerita hal peribadi dorang kat kita. Lebih suka simpan sendiri. Kalau cerita pun kat adik beradik dan kawan-kawan terdekat. Jadi jika kita dengar berita tentang keadaan anak yang di luar dari acuan kita, buat-buat bertenang. Istighfar. Banyak-banyak berdoa kat Allah, mintak Allah pegang hati anak kita tu dengan penuh kasih sayang. DIA sahaja yang boleh jaga anak-anak kita.
Seingat aku dulu tak de bayaran.
Dulu tu bila ?
Dulu tu lebih kurang 10 tahun lepas. Ha ha ha.
Ada dua pilihan;
1. Laluan cepat dengan menaiki lift dengan harga tiket rm15 seorang.
2. Laluan denai hutan dengan harga rm5x5= ?
Kerna terpaksa. Hadap jugak lah. Mujur lalu bawah rimbunan pokok, nyaman dan sejuk ja. Tak de lah kuyup dengan peluh. Nak photoshoot raya konon ! Rasakan.
Apa lagi ada kat atas ni ?
Ada cafe, ada sudut laluan yang dipenuhi dengan kunci. Konon-konon "kau kunci chentaku dalam hatimu". So manis, tahap potong kaki.
Yang paling penting mesti ada tandas.
harga makanan paling murah rm5 |
Jaga kebersihan juga tau, sisa makanan jangan suka suki campak ke gaung. Tong-tong sampah banyak disediakan. Jadi tiada alasan lagi.
Cas parkir kereta RM4. Tak pasti ikut jam atau harga standard. Sebab kadnya putih kosong ja.
Aku sambung perjalanan jam 14:00 setelah menyelesaikan urusan wajib.
Ke mana pulak ni mak ?
Jom terjah sampai jumpa jalan mati. Ke Datai pulak.
Di situlah lokasi Pantai Pasir Tengkorak, kemudian Air Terjun Temurun tapi aku tak turun pun, terus ja hingga jumpa Air Terjun Langkawi.
Uff waw ! terkejut aku. Dulu air terjun cuma ada kat sebelah terowong ja, sekarang dia sudah bertambah besar. Hidup dan membesar jugak air terjun ni ya.
Di Air Terjun Langkawi ni, rajin pulak aku naik mendaki tangga hingga ke puncak. Nak tengok mana puncanya air tu datang. Gigih !
Dari atas bukit, aku boleh nampak Pulau Tarutao, kot la. Dalam peta pun aku tengok Pulau Tarutao dekat ja dengan Pulau Langkawi. Betul lah tu.
Okey ! Kita pusing balik. Aku sebenarnya nak cari Teluk Datai, tapi tak berapa pasti simpang yang mana. Ada satu simpang tu macam seram ja nak terjah. Sekarang aku pasti itulah jalannya.Trapapa. Esok masih ada. Insya Allah.
Perjalanan diteruskan untuk pergi ke setiap pantai yang ada di Pulau Langkawi. Berhenti sebentar di Taman Awam Teluk Yu. Ianya berada di tepi jalan sahaja. Pantainya agak terhakis menyebabkan pelantar untuk pengunjung berhenti rehat pecah dan rebak. Paksa budak-budak semua turun tengok keadaan sekitar. Sekejap ja, kemudian masing-masing masuk ke dalam kereta semula.
Aku tak jumpa Pantai Pasir Hitam sebab otak sedang fokus ke Pantai Tanjung Rhu. Jumpa bulatan pusingan ambil laluan pukul 9. Bila aku tengok peta google semula ada satu simpang sebelum bulatan. Hok aloh !
Aku suka pemandangan di Pantai Tanjung Rhu, orang pun tak ramai. Berkhemah kat sini memang asyik. Pacak khemah bawah pokok rhu, pintu khemah mengadap laut. Pasang unggun api tepi khemah. Wuuu..hanya terdengar hempasan ombak di pantai sepanjang malam. Keesokan pagi, bangun tidur, buka pintu khemah pemandangan dia.Takjub !
Nak di jadikan cerita, balik dari Pantai Tanjung Rhu, dah sampai pun ke Pantai Chenang, boleh pulak teringat yang aku tak jumpa lagi Pantai Kok. Cari kat google map kat mana lokasi sebenarnya. Rupa-rupanya terselit sebelum simpang jalan ke 'Skycab'. Hrm, gigih memandu terus ikut jalan Pantai Kok untuk kali yang ke 5. Mencari berpusing-pusing, patut tak jumpa kawasannya berpagar dalam kawasan pembinaan. Huh.
Lepak sekejap tepi Pantai Kok sambil makan pasemboq dan air cincau.
Sama juga dengan rumah api yang nampak dari Pantai Kok. Jenuh mencari jalan kerana laluannya agak tersorok. Redah jugak cari sampai jumpa. Heh.
Itu sahaja lokasi yang aku pergi.
Yang lain-lain ?
Malas.
1hb Julai 2017
Sabtu
Hari ni Si Abang dah mula bekerja. Hari ni juga aku akan keluar dari pulau. Janji pulangkan kereta jam 17:00 di jeti. Hrm apa nak buat hari ni ?
Keluar cari sarapan dulu la. Tu dia sampai ke Kuala Teriang. Konon semalam nampak satu kedai jual roti canai. Cari-cari tak jumpa pulak, nak tak nak nampak kedai nasi lemak berhenti je la. Pesan la nasi lemak 4, eh terlupa tambah 1 lagi. Harganya satu set ( nasi + ayam goreng + telur rebus sebiji) RM5.
Aku ok ja la. Tengok nasinya macam nasi minyak ja. Aduh ! memang kejutan budaya aku kat sini.
Kedai baru buka, ayam pun baru nak goreng jadi cuma dapat 3 ketul ayam ja. Ah bole la bole la. Aku malas nak tunggu lama-lama. Lapar sudah. Total cuma bayar RM20 ja. Dalam kereta baru aku teringat. Kenapa aku beli sampai 5, bukan ke aku cuma 4 orang ja. Ouhh, aku terkira untuk Si Abang sekali rupanya. Terpaksalah hantar sebungkus ke dia.
Okey ada peluang aku nak tengok camana Si Abg buat kerja. Tengok dia dari jauh, sedang menolak treler naik ke pantai. Berhuhu dalam hati. Aku tak nak kacau waktu dia sedang bekerja, cuma pesan pada kawannya mintak berikan nasi tu kat dia. Lepas tu aku beredar cepat-cepat. Zaassst ! Plink ! Hilang dari pandangan.
Lepas bersarapan, aku kemaskan semula rumah tu, basuh baju Si Abang yang kotor, sapu sampah. Jangan ada sikit pun habuk. Masa tu baru aku rasa, macam ni la perasaan mak Si Sudin bila datang ke rumah sewa Sudin, Ajis dan Ramlee. Kalau boleh semua baju kotor dia nak basuh.
Sekitar jam 1400, aku kerah budak-budak tu masukkan beg ke dalam bonet kereta. Bilik dah kemas tersusun rapi. Bila aku nak masuk ke dalam kereta, ternampak tuan rumah sedang duduk di laman. Terdetik hati nak jumpa dulu, perkenalkan diri, sekurang-kurangnya boleh juga dia jenguk-jenguk kan anak aku nanti. Kena lah beradab, jangan sombong.
Aku beri salam, terus perkenalkan diri,
" Saya mak ******, ni tuan rumah ya ? Terima kasih beri anak saya sewa bilik ni.
" La, emak dia ke, ingatkan dia bawa kawan-kawan datang."
Dan aku rasa macam what ???!! DANG !
Aku masih tak boleh lupa pada ayat, "ingatkan bawak kawan-kawan dia". Aku takut oo. Manalah tahu, aku tak bagi cukup didikan agama ja. Uhf ! Ngeri !
Ya, salah aku, sebab tak perkenalkan diri ketika mula-mula sampai. Kan dah mendapat. Lain kali kena beringat naaa !
Aku selalu pesan kat Si Abang, jangan buat perangai yang bukan-bukan, nak berkawan boleh tapi jangan sampai mengikut. Kesian kat mak ni !
Huhu.. dari sudut negatif memang rasa sentap sikit la. Aku pun tak salahkan dia bila berandaian begitu. Ye la, datang semuanya badan sama baya. Dah tu tak keluar-keluar duduk ja dalam bilik. Senyap ja. Tak dengar suara membebel. Siapalah yang tak berburuk sangka. Mohon Allah jauhkan segala fitnah. Aminnn.
* Dari sudut kebiasaan , sekali pandang pemakaian mak dia tak nampak macam mak-mak orang. Tiada beg tangan, tiada tumit tinggi, tiada baju peplums, tiada tudung jenama itik dan bla bla bla.
Cuma kasut sandle tapak hampir terkoyak, stokin polka dot, sling/backpack, tudung berkait, topi dan seluar kotak-kotak. Koh Koh Koh !
Kau rasa ?
Kita sambung semula cerita tadi. Lepas bersalam-salaman dengan tuan rumah, aku pun terus menuju ke Pantai Cenang, dengan harapan nak jumpa Si Abang sebelum balik. Dia tak ada pulak, kena jaga kat Danna Hotel. Keluar semua dan terus pandu ke arah jalan Pantai Kok. Bila dah sampai cuba talipon Si Abang, tak berjawab. Sedang bekerja la ni. macamana nak buat. Dah pukul 16:00, tinggal satu jam tempoh sewaan berakhir. Nampak satu lorong bertanah merah bersebelahan Hotel Danna. Macam boleh masuk ja. Ahaaa...
Dari jauh nampak Si Abang. Alhamdulillah dapat jumpa sebelum balik. Aku belikan dia dan kawannya roti sebab aku tau mesti dorang belum sempat makan lagi. Hrm.
"Pergi la, mak nak tengok abang buat kerja".
Akhirnya dapat jugak aku tengok dia beraksi. Ehem.
Masanya sudah tiba untuk aku beredar.
"Babai Abang ! Jaga diri elok-elok. Solat jangan tinggal, solat jangan lewat-lewatkan."
"Insya allah mak."
Arghh ada setengah jam ja lagi waktu tamat. F1 ke kita ?
Terlebih masa jugak. 17:30 sampai di terminal. Sebelum tu dah tanya pada Bang Chik jika terlewat sedikit ada kena bayar caj tambahan tak ? Dia kata tak de.
Phews !
Padahal RM10 caj untuk lewat satu jam.
Kru dari syarikat kereta sewa Bang Cik dah memang menunggu di terminal. Tunjukkan resit dan dia pulangkan semula deposit RM50. Kunci pun bertukar tangan semula. Syukur alhamdulillah.
Lepas ni nak buat apa mak ?
Owh nak pergi beli tiket feri ke Kuala Perlis dulu. Kalau sempat kita minum kat sini, kalau tak, kita makan malam terus kat Kuala Perlis.
Tiket feri jam 18:00 sudah di tangan, memang terus naik je la tak sempat nak minum dulu.
Sampai di terminal Kuala Perlis lagi beberapa minit nak masuk waktu maghrib. Eheh. Timing memang cantik lah. Sedang sibuk berkejar nak ke masjid tetiba ada terdengar suara orang memanggil, "Tun !"
Ha ? Sapa pulak tu ? Menoleh dan mencari.
Ingat sungguh-sungguh, 3 saat untuk buat pengecaman, Owh !
Ha ha ha. Bersungguh betul ya mencari. Padahal tak berjanji apa-apa pun.
Terima kasih sahabat, belanja makan dan beri buah tangan yang cukup banyak. Kita tak ada apa nak balas, hanya doa dari seorang musafir kepada sahabatnya agar diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan ketenangan hati. Aminn.
Tepat jam 22:00 bas yang ditunggu pun tiba. Seram pulak tengok rupa bentuk bas ekpress ni. Biasa kepala bas kan melengkung cantik ja tapi yang ni, bahagian atas kepala tu nampak bekas dibaiki semula dengan tampal rata. Rujuk gambar yang aku lukis. Haa, bahagian titik-titik tu tak ada macam tu la bentuk bahagian kepala bas tu. Berdoa tak putus aku sepanjang perjalanan. Dengan dia punya hayunan ke kiri ke kanan berbuai dalam hujan. Pendingin udara dia, jenis yang letak 1 kat tengah-tengah bas. Kerusi aku pulak betul-betul kat bawah tu. Kau rasa ?
Inilah akibatnya beli tiket melalui atas talian. Entah apa jenis bas dia akan beri pada kita. Harga tiket punya mahal dari bas yang ada wifi. Bila hari kejadian, dapat bas yang berusia berpuluh tahun.
Tawakkal tu'allah. Huhuhu.
Dengan kasih sayang Allah sampai jugak aku dan anak-anak ke Klang. Solat subuh dulu dan hantar mesej pada Anje pulak, mintak tolong dia jemput aku balik. Terima kasih Anje, sanggup datang jemput aku pagi-pagi buta.
Bahagia betul dikurniakan rezeki sahabat yang sanggup membantu. Terima kasih Allah.
Sampai depan rumah, modus operandi yang aku gunakan pada King aku buat pada Anje pulak. Krik ! krik ! krik !
~Aku kena menghargai penat lelah seorang sahabat.
Itu sahaja cerita aku kali ni. Dari hari aku sampai ke rumah, hingga ke saat aku menulis cerita ini aku masih demam + batuk+ selsema.
------------------------------
Ini catitan buku 555 aku untuk kos secara kasar perjalanan trip aku kali ni.
Tiket bas pergi : RM235.60
Tiket bas balik : RM240
Tiket feri pergi/balik : RM144
Sewa kereta : RM240
Minyak : RM60 (ada tinggal lagi 2 takuk, kira sedekah ja)
Cable car : RM225
Makan/minum+ air mineral : RM239.30
Parkir : RM4
Beli keperluan di bilik sewa si Abang: RM41
Lain-lain kos tersembunyi: RM65
Total : RM 1,493.90
Baki RM6.10
Mujur kos penginapan PERCUMA.
Tidak kalo, jangan mimpi la aku nak pergi Langkawi senang-senang macam tu ja. Gagaga.
Kalau kira pukul rata 3 hari 2 malam seorang punya kos RM375 (tanpa penginapan musim perayaan)
Kos sedap selesa dan hati tenang seseorang nak ke Langkawi mesti ada duit dalam tangan minima RM450. Okla bagi extra RM500. RM500 pun boleh shopping coklat kat HIG dua tiga peket.
Pergh, kosnya lagi mahal dari trip yang aku buat pergi Narathiwat yang hanya berjumlah RM350 selama 5 hari 4 malam.
Inikan MY. Mujur cukai pelancongan hanya dikenakan kepada orang-orang yang menginap di hotel 4, 5, 6 dan 7 bintang. Cukai tu pun bergantung kepada berapa banyak bintang pada hotel yang mereka inap. Banyak bintangnya, lagi besar lah caj nya. "Orang kaya pasti mereka mampu bayar" . Ni menteri pelancongan yang cakap ya dalam slot berita jam 8 malam baru-baru ni.
------------------------------------
Nota kepala lutut :
Aku cakap pada ;
Dik, nanti habis SPM sambung belajar kat Bosnia tau.
Kakak, kalau nak kerja pergi cari jauh-jauh sikit. Kakak bidang pelancongan dan pengembaraan kan ? Sabah/Serawak pun ok la.
Angah, try mintak kerja kat NG.
Agak-agak korang faham tak strategi minda jarak paling jauh aku ni ?
----------------
Eh tak kan lah tak membeli terus nak belah kot !
Ada, tapi itu guna duit raya masing-masing lah. Nak beli ? boleh. Sila keluarkan wang dari dompet sendiri. Biar dia tau betapa pedihnya hati itu bila melihat duit hasil kerja kuat kat bazaar ramadhan tempohari mengalir bagai air terjun Langkawi.
"Mak ! pedihnya hati tengok duit keluar." Haha. Aku gelakkan aja.
Inikan slot pembelajaran di universiti jalanan. Memang adakalanya, nampak mak dia paksa-paksa buat sesuatu. Mengarah itu ini, begitu begini. Adakalanya beri ruang berfikir sendiri. Biar dia belajar menimbang - nimbang hal yang buruk, hal yang baik, keperluan atau kehendak.
*Mak dia makan cheesecake sambil pegang tali layang-layang ja kaedahnya.
Okebai.
Ini Jomblo hepi.
~MISI TERLAKSANA~