Monday, September 18, 2017

7 Hari Bersamamu

Ketik di Permulaan cerita.

Lepas aku keluar dari rumah kenalan Hmong aku tu, cepat-cepat aku dapatkan motorsikal aku kembali yang aku parkir di tepi jalan, bimbang barang-barang hilang pulak. Huhu. Aku ucapkan terima kasih pada tiga wanita Hmong yang sudi menunjukkan rumah orang yang aku cari.

Sampai sahaja di simpang jalan utama, Shila, Jura dan Norela dah menunggu. Maaf, lama sikit kat atas tadi. Oke jom !. 
Berhenti sekejap kat lokasi tumpuan pelancong ni, saja buat syarat sudah sampai. Maaf lah aku tak bawak pergi jalan-jalan ke kawasan tasik di Sapa sebab tengok keadaan cuaca pun dan gelap. Elok teruskan perjalanan ke Lao Cai sebab nak beli tiket keretapi untuk motor dahulu.


Gigih aku berhenti kat batu ni. Nak bagi kakak aku satu kenangan yang dia tak akan lupa kerana telah sampai ke sini tanpa pernah bermimpi.


Dari Sapa ke Lao Cai cuma 35km sahaja, tapi isi minyak sampai 2 liter. Memang mendapat lah nanti masa kat stesen keretapi. Huhu. Dipertengahan jalan hujan renyai. ketika itu memang laluan macam ular kena palu menuruni gunung yang tinggi. Memang perlu lebih berhati-hati untuk memastikan keadaan jalanraya selamat dari batu-batu kecil, pasir ketika selekoh.
Dalam pada itu sempat melihat aktiviti ***** kerbau oleh masyarakat Hmong di tepi jalan. Caranya dengan mencucuk urat leher untuk mengeluarkan darah dahulu. Dimana darah kerbau tersebut akan ditadah ke dalam besen. Bila darah sudah kering, baru kerbau itu dilapah.
Aku memang tak sampai hati nak tengok, cuma rakamkan sahaja tanpa melihat. Lepas kerbau tu tumbang, aku pun cepat-cepat beredar sebelum hujan makin lebat.



Sekitar jam 12 tengahari waktu tempatan, kami sampai di bandar Lao Cai dan terus menuju ke Stesen Keretapi Lao Cai. Bertanyakan tentang tiket untuk motorsikal. Katanya datang semula jam 5 petang. Pulak dah. 
Apa nak buat ni ? Oke, kita ambik wuduk siap-siap kat toilet stesen ni, kemudian kita cari la mana-mana taman yang strategik dan selamat untuk kita solat. Dipersetujui.

Dalam kepala otak aku memang nak cari pintu sempadan China. Saja nak tengok. lagipun bukan jauh sangat dari stesen keretapi, 2 km ja. Pusing punya pusing nampak lah satu taman kecil, banyak pokok-pokok.



Setelah diperiksa, lokasi ini memang strategik untuk buat tempat solat. Carikan arah kiblat dan solat bergilir-gilir. Dua orang solat, dua orang memerhatikan keselamatan keadaan. Berdebar jugak lah bimbang kena halau. Tengok-tengok jugak kawasan keliling manalah tau ada cctv. Ngee !
Sambil nak menunggu sehingga ke pukul 5 petang, duduk lah mereput di tepi sempadan. Mujur ada wifi percuma dengan kelajuan yang mengkagumkan. Diulangi, tanpa kata laluan.



Pintu Sempadan Antara Bangsa Lao Cai.


Jabatan Kastam di Wilayah Lao Cai - Pasukan kawalan Kastam.


Inilah laluan keretapi yang menghubungkan antara Lao Cai ke Kunming dengan jarak lebih kurang 410km .


Sungai Merah ( Red River) yang membataskan antara negara Vietnam ( Lao Cai) dan negara China ( Hekou)



Tiba-tiba perut lapar pulak. Singgah lah tepi sungai, makan buah-buahan dan roti sambil melihat arus trafik dan kehidupan masyarakat di sini. Macam-macam gaya boleh tengok orang-orang Vn menunggang motorsikal. Ada yang bersila panggung sambil memulas throtle, ada yang kayuh basikal dengan tenang tengah jalan. Motor, kereta dan kenderaan besar takde pulak hon-hon marah ke si pengayuh basikal. Selagi ada ruang, mereka akan elak untuk meneruskan perjalanan.


Kawasan persekitaran memang bersih. Tak nampak pulak tong-tong sampah disediakan. Cuma kat pagar batu tu adalah terbau hancing. 


Sekitar jam 4 .30 petang, kami pun mula bergerak menuju ke stesyen keretapi semula. Kami diarahkan membawa motor ke pejabat belakang. Tiket keretapi kami tak sama dengan tiket untuk motorsikal. Jadi motorsikal akan dihantar dahulu menaiki keretapi SP2 jam 20:15 malam. Setengah jam awal dari keretapi kami.


Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Apabila minyak motor akan disedut sekering-keringnya. Sebuah motor 2 liter, kalau dah dua motor dapat 4 liter. Percuma kami menderma. Mari kita lihat cara dan teknik mereka menyedut minyak dari tangki. Hanya menggunakan 2 buah botol mineral dan satu tiub getah dalam setengah meter. Tiub dimasukkan hingga ke dasar tangki, hujung tiub yang lagi satu dimasukkan ke dalam botol sambil tangan mengenggam menutup mulut botol supaya kedap udara. kemudian memicit perut botol seperti mengepam. Nah ! minyak dengan lembut mengalir keluar melalui tiup dan memenuhi botol kosong. Boleh dicobak !


Cantik dah stesen keretapi kat Vn ni. Besar, canggih, bersih dan yang paling kagum, capaian internetnya sangat laju dengan wifi percuma tanpa kata laluan. Ehem. Yang paling menggembirakan aku adalah, tandasnya sudah berubah 360 darjah. Dulu punya tandas di tempat awam contoh di pasar, stesen bas atau stesen keretapi, kus semangat. Kau masuk ja, mesti kau keluar balik. Hahaha. Jenis duduk mencangkung dengan dinding penghadang setinggi lutut dan terbuka. Boleh jeling jiran sebelah buat apa. Tak de air cuma tisu dan tong sampah.
Kau rasa ?
Rasa nak muntah hijau keluar isi perut.


Betul-betul suka lah. Nampak perubahan besar. Mungkin sikit lagi mereka akan jadi macam Thailand menjadikan pelancongan suatu industri yang menguntungkan. Bab internet dan wifi memang dah sama level. Semua cafe, hotel dan guesthouse ada wifi walau pun kat ceruk kampung pendalaman.



Ini tiket dan resit untuk motorsikal. RM44


Untuk tiket keretapi, kami meminta pengurus hotel Green Valley yang belikan melalui atas talian. Aku tanya harganya berapa dahulu, kerana nak memastikan harga yang ditawarkan mampu bayar. Bila pengurus hotel tu kata $22 dolar =RM92, aku rasa macam nak melompat ke langit ja. Senarai harga yang aku tengok di internet  bermula dari $34- $36. Ada juga yang cecah $40. memang bersyukur sangat. Terus aku setuju untuk beli.
Satu kabin 4 orang.


Kabin dilengkapi dengan lampu tidur, tv, penghawa dingin, meja makan, plug pengecas, bantal dan selimut tebal. Air mineral akan diberikan oleh pramugari ketika keretapi mula bergerak serta memberi pesanan untuk mengunci kabin untuk keselamatan. Malam itu tidur dengan lena dan nyenyak kerana dibuai oleh ayunan keretapi ke kiri dan ke kanan. 


Bila hampir sampai ke stesen keretapi Hanoi, pintu kabin akan diketuk supaya kita bangun dan bersedia untuk turun.

Di sini berlaku lagi insiden yang sepatutunya tidak berlaku, di mana kebiasaan kalau kita membawa motorsikal, sejurus sahaja kita turun dari keretapi terus kita ambil motorsikal kita di gerabak belakang.
Yang macik-macik ni pulak, dah turun nak pergi tandas lah, gosok gigi lah cuci muka lah. Akibatnya hampir sejam lebih motorsikal tersadai depan koc SP2.

WC ertinya Water Closet merujuk kepada tandas atau bilik air. Tapi kalau bahasa Vn korang cakap lah " phong ve sinh ". Kalau tak reti sebut, tulis dan tunjuk.



Masa kami sampai kat terminal  SP2, dari jauh dah nampak motorsikal, tapi tak nampak penjaganya. Sampai-sampai dah kena sergah dengan pekerja keretapi tu. Dengan muka marah sebab terpaksa menunggu kami mengambil motorsikal sebelum dia balik rumah.
Aduhai, mintak maaflah. Kerana kami lambat ambik. Hihihi..
Dia mintak 50kvnd = Rm9.72 sebagai bayaran untuk masa menunggu dia yang dah terbuang. Oke la oke la..
Setiausahaaaa.. bayar je la. Kita yang salah. Huhuhu..
Lepas beri duit, dia terus keluarkan bag tarik dia dalam gerabak, kunci dan terus pergi.
Oo dia pekerja bahagian gerabak barang. Bagus eh, berdedikasi menunggu sehingga motorsikal diambil pemilik.



Laluan keluar. Jalan sampai hujung kemudian belok kanan dan naik ke platform sebelah, jalan terus sahaja hingga nampak pintu keluar belah kiri. Kalau sesat tanya orang. Hahaha.


Ke mana ke kita ? nak check in pukul 12, sekarang baru pukul 6 pagi. Jom je lah ke Masjid Al- Noor. Mandi dan rehat sekejap kat situ. Boleh pulak terlupa nak isi minyak. Nasib lah.
Kami sampai depan masjid betul-betul ketika penjaganya baru sampai. Alhamdulillah, dia buka kan pintu untuk beri kami masuk.



Pokok belimbing tengah halaman masjid. Tak de sapa kesah dia berbuah. Aku ja kesah nak ambik gambar.


Bila semua dah mandi dan berehat, mula rasa lapar. Pergi kat restoren sebelah, masih tutup. Buka jam 11 pagi nanti. mak ai lama lagi. Kena fikir cepat mana nak cari makan. Teringat yang ada satu hotel yang menyediakan makanan halal. Tetapkan di google carian, dan jumpa.
Ok let's go. On the bike !
Hidupkan enjin motor, sekali dia tak mau hidup da... minyak sudah kering. Kan dah kata. Shila punya motor masih boleh bergerak, minta dia pergi belikan minyak sebotol.
Tunggu punya tunggu punya tunggu tiba-tiba dia datang dengan teksi lah. Hahaha.

Kronologi tragedi;

Pertama, dalam perjalanan mencari stesen minyak, minyak motor dia pun kehabisan.
Kedua, Jura tahan teksi dan pergi ke stesen minyak beli minyak. Cuma dibenarkan beli sebotol sahaja. Patah balik ke lokasi Shila. Isi minyak separuh ke dalam tangki motor Shila dan kemudian Shila ikut teksi dari belakang hingga ke Masjid Al-Noor berpandukan gambar masjid..
Ketiga, sibuk-sibuk nak bercerita, helmet Jura tertinggal dalam teksi. Teng teng teng !
Ke empat, baki minyak separuh isi dalam tangki motor aku, baru boleh jalan.

Bagus, syabas dan tahniah Shila dan Jura. Kemahiran hidup yang spontan. Aku pun kalau cemas pun belum tentu boleh fikir macam tu.

Perut dah lapar sangat. Mencari Hotel Cosiana berpandukan peta google. Alhamdulilah jumpa. Nampak tanda halal di luar pintu hotel. Parkir motor, buka bag dan bawa masuk ke dalam hotel. Bahaya tinggal bag tanpa pemantauan.
Dari restoren dah boleh nampak stesen keretapi. Hanya berjalan kaki sahaja dah boleh makan makanan halal. Baru ku tahu.


Masuk sahaja di restoren terbau aroma yang enak. Diberitahu sarapan pagi secara buffet. Seorang $7 = RM30.
Aku tengok macam-macam ada. Nasi goreng ikan masin, ayam goreng, sayur goreng, pelbagai kek, perbagai roti, Vietnam mee sup, cereal, salad,jus oren, jus apple, buah-buahan, kopi dan teh. Owh banyaknya pilihan makanan. 


Baiklah, memandangkan esok dah nak balik. Duit kocek baru guna RM96 beli kasut. Ada lagi RM400. Maka, boleh saja lah. Dah ujung-ujung ni aku jadi orang kaya. Hehehe.


Di tahun 2011 dan tahun 2014, asal lalu ja tepi jalan aku nampak orang VN makan mee ni la. Sedapnya la aku tengok. Betul-betul teringin nak rasa. Akhirnya tercapai jugak anak tekak ni nak makan. Ada dua pilihan ; Pho Ga ( Ayam) dan Pho Bo (daging lembu). Sup dia nampak cair tapi cukup perencah dan rasa. Nak sedap tambah la cili api potong dan perahkan limau.


Ada juga khidmat penghantaran. Kalau kita tak duduk di hotel Cosiana, boleh ja pesan makanan dan minta dia hantarkan ke hotel tempat kita inap. Hotel ni dimiliki oleh rakyat MY.
Harga satu malam main ratus-ratus ringgit jugak la. Biasanya kalau pakej melancong ke Hanoi, mereka akan menginap di sini. Lebih mudah, pakej hotel dan makanan halal sekali.


Kami datang pun waktu sarapan dah nak habis. Jadi di hujung-hujung ni mereka nak kemas makanan untuk tukar ke set makan tengahari. Nasi goreng ikan masin ada lebih dimasukkan dalam bekas plastik dan diberikan kepada kami untuk dibawa pulang. Ditanya lagi, nak ayam goreng lagi ke kalau nak kami goreng lagi ? nak popia lagi ke.? Nak kopi ? ooo cukup cukup. Senak dan mengah perut ni. Servis terbaik. Macik cukup suka.
Setelah kenyang, harga makanan pun dibayar, maka jom cari Railway Hamlet. Apa tu ? Itu adalah penempatan di laluan keretapi. Berpusing jugak lah hingga ke Old Quarter. Tak jumpa tanya orang. Paling senang tunjukkan sahaja gambar. 





Apa yang menariknya kat sini ? Yang menarik adalah saat keretapi lalu itu lah yang paling menarik untuk dirakam samada gambar atau video. Bagaimana kehidupan mereka sehari-hari boleh bertahan dengan bunyi dan gegaran. Tengok mereka tenang dan selesa sahaja. Buka pintu rumah nampak keretapi lalu.


Di Thailand ada Railway Market, di Vietnam ada Railway Hamlet. Di MY ? Krik ! krik !


Keretapi akan lalu mengikut waktu tertentu, ketika melaluinya keretapi akan membunyikan hon dengan pergerakan yang sangat perlahan. Jadi penduduk sekitar sudah biasa dan hadam akan jadual perjalanan keretapi setiap hari.



Tak sangka hotel yang aku tempah berdekatan dengan lokasi ini. Terdengar juga bunyi keretapi lalu, tapi apakan daya tak ada rezeki nak tengok.
Apt EZ Holidays Hotel ni aku tempah melalui Booking.com. Lokasinya agak tersorok, dan bangunannya lama jenis kolonial. Kami dapat bilik di tingkat 4 kalau aku tak silap. Tingginya nak oii. Semput macik-macik ni ha. Tapi bilik dia luas. Ada 2 katil bersaiz King, boleh lah untuk 4 orang, set kerusi, peti ais, tv lcd, wifi percuma dengan harga $18.20, tapi dia bagi RM75. Syukur.
Macam biasa, hujan hingga jam 4 petang. Peluang untuk berehat sebelum keluar untuk memulangkan motorsikal semula. Jarak dari hotel ke Phung's Motorbike cuma 800 meter dengan berjalan kaki dan 1.4km jika berkenderaan. 



Mr Phung agak sibuk melayan pelanggan dari Singapura. Tak pe biar dia selesaikan urusan dia dulu sebab kami memang ada urusan penting nak dibincangkan. Eheh.
Bila dah selesai aku terus menerangkan tentang helmet yang tertinggal dalam teksi. 
Adakah pemandu teksi akan memulangkan helmet tersebut kerana ada cop Phung Motorbike ?
Mr. Phung cuma mengelengkan kepala.
Owh Ok.
Berapakah harga yang perlu dibayar untuk membayar ganti rugi tersebut.
You can pay me $15 = RM62.
Mr. Phung sebenarnya yang menjual helmet ni. Banyak kedai motor yang beli daripada dia. Helmet ni best, ringan ja dok atas kepala. Lawa pulak tu. Aku asyik menimbang-nimbang, nak beli ke tak nak. Akhirnya aku tutupkan mata sahaja. Lecce nak bawak balik. Lain kali je la.



Sebelum minta diri, aku keluarkan sticker route 4 kebanggaan aku untuk ku berikan kepada Mr. Phung sebagai cenderahati dari aku. Ini je la route yang cantik yang boleh aku promosikan kepada para pengembara luar dan dalam negara. Memang lah tak setanding macam pemandangan kat Vn, tapi kena ingat route 4 ada GAJAH, GAJAH, GAJAH, GAJAH, TAPIR, HARIMAU, MONYET, UNGKA, BURUNG ENGGANG, LANDAK, ULAR, BIAWAK, BINTURUNG, KURA-KURA DAN BABI HUTAN. Haa..kat Vn mana ada semua tu. Langsung tak de, babi ngan kerbau banyak la. Ha ha ha. Kita kena BANGGA wo !
Peergh ! sticker pertama bergandingan dengan TripAdvisor.



Sebagai balasan, Mr. Phung berikan kepada aku peta Vietnam dan dia tunjukkan juga laluan yang menarik di Vn Utara. Sesungguhnya, kebanyakkan laluan yang dia tunjukkan tu aku dah pergi. Adalah sikit di sana dan di sini yang belum sampai. Ngeh ngeh ngeh. 


Terima kasih MR. Phung, sangat menghargainya.



Setelah selesai, kami pun minta diri untuk pergi membeli belah la kononya sambil mencari jalan pulang ke hotel. Nak cari kopi, tapi kedai yang jual kopi timbang terletak di kawasan Old Quaters. Ala jauh la pulak. Cuaca dah mendung dan rintik hujan dah terasa. Balik hotel je la. Bila dah balik hotel kena panjat tingkat 4. Lagi la menguatkan alasan untuk tidak keluar lagi. Nanti beli kat lapangan terbang sahaja sambil mengabiskan duit dong. 
Ok setuju ? Setuju. Jom tidur ! 
Dan malam pun berlalu bersama curahan hujan yang lebat hingga ke pagi.

Hari ke tujuh
Sabtu 9/9/17

Hari terakhir di bumi Vn. Hujan dari malam membawa hingga ke pagi. Sejak pandai menggunakan aplikasi Grabcar ni, hati dah tidak merasa cemas. Ke mana-mana ketik ja icon grabcar. Eceywah !
308vnd = RM56 termasuk cas masuk lapangan terbang rm20vnd, jumlah semuanya RM60.
Pemandu Grab ni memang cekap lah, walau lokasi di lorong-lorong sempit tetap dia jumpa. Setiap kali jumpa, mesti dorang pastikan nama aku ; Siti ? yeah it's me (sambil menyengeh).  Well, itulah nama yang senang sebut di seluruh dunia.



Perjalanan nak ke Lapangan Terbang Antarabagsa Noi Bai sejauh 25km dari hotel diiringi dengan kesejukan hujan. Sepanjang-panjang lebuhraya dari bandar Hanoi, aku lihat dinding lebuhraya, mereka hiasi dengan lukisan mural. Bukan lukisan biasa tau, tapi mereka menggunakan batu jubin mar-mar. Rajin, gigih dan sabarnya mereka menyusun satu persatu untuk membentuk setiap lukisan. Memang dah-syat !


Sampai di lapangan terbang, masih banyak masa lagi. Selesaikan urusan cop pasport dan bagasi, kemudian mari kita kira wang syarikat yang masih berbaki. Puan bendahari kata banyak lagi baki, mari kita minum kopi dan makan kek.

Dah beli kek, ada lagi baki. Apa nak buat ni ya ? oke jom kita jalan-jalan kat booth cenderahati. Ternampaklah penapis kopi. Amat molek jika dibelikan sorang satu sebagai cenderamata atas kejayaan kembara ni. 
Beli !
Harga kat luar tak sampai rm5. Masuk sini RM22. Ahh, tutup mata sajalah.




Dah beli pun masih ada baki. Wahh... ternyata jika berkongsi dalam pengembaraan banyak yang kita jimat.
Seandainya diperhalusi lagi pada perbelanjaan seorang termasuk tiket penerbangan pergi balik tanpa 'shopping' cuma RM1,000 selama 7 hari. Ini adalah perkiraan dalam pengembaraan aku. Kemungkinan ia tidak akan sama dengan pengembaraan korang ke lokasi yang sama dan dengan jumlah hari yang sama kerana tukaran wang kita sentiasa berubah setaip masa. Tapi sekurang-kurangnya dengan kaedah yang aku kongsikan ini dapat menjadi panduan bagaimana pengurusan wang dengan efisyen serta menjimatkan.



Jom tengok kopi yang terbaik sekali di Vn. Kopi yang terkenal adalah keluaran syarikat bernama Trung Nguyen.


Yang ini adalah kopi lejen terbaik sekali dan "limited edition". 225g sahaja berharga 1,480kvnd = RM272 (lebih kurang)
Apalah sebab mahal sangat tu eh. Sedap sangat ke ?


Tengok harga dia 250g 390kvnd = RM71. 


Wuuu halal!


G7 adalah kopi untuk golongan macam kita-kita ni. Keluaran dari syarikat yang sama. Level dia rendah la sikit.


Wah ! Vn pun ada serunding daging ? Ni tak halal ya.


Ini pula teh. Lihat kotak pembungkusnya, sangat menarik perhatian. Sekali pandang memang nampak ada kelas.


Okey lah nama dah dipanggil dari kaunter pintu pelepasan, kena gerak dulu. 



Awak kat mana ? awak kat mana tu ?


Kelihatan macik-macik mencari jalan pulang.



Masa untuk berpisah. Halalkan makan dan minum terlebih dan terkurang semasa 7 hari bersama mu. Moga bertemu dan bekerjasama dalam pengembaraan yang lain. Insya allah.




Cảm Ơn Bạn Rất Nhiều.