Friday, January 24, 2020

KEMBARA RIDE HALA TUJU KE HATI AWAK 0.4

Ride Menembus Mimpi
22 hb Jun - 7 hb Julai 2019

Selasa, 2 hb Julai
Semasa Kak Norela memulangkan semula kunci, cadar, sarung bantal dan selimut, staf yang bertugas ada bertanya; "semua ok ke , tak ada apa-apa yang berlaku ?"
Kak Norela jawab, ok ja tak ada masalah pun.


Hrm, rasanya mereka maksudkan gangguan  agaknya. Hallah, hallah..kalau dah letih apa dikesahkan semua gangguan makhluk halus tu. Selamba ja bangun pukul 3 pagi ke tandas sorang-sorang. Memang la seluruh bangunan asrama tu kosong. Bilik kami pun hujung sekali. Jauh dari pejabat. Tapi entah lah. Biasa ja sebab allah tak izinkan hijab kami dibuka. Jadi tak ada la.

Masjid Lapan Kubah (Masjid Russia)

Masjid ni terletak tak jauh dari Kompleks Rakan Muda, hanya 8 km sahaja. Bila terpandang sahaja kubah masjid ni rasa seronok sangat sebab kubahnya berwarna warni. Dah macam lolipop.


Penarek
Kampung Mangkuk

Kali kedua aku ke sini. Kali ini nak mencari lokasi filem Pulang. Banyak yang sudah hilang, terutama pokok kelapa tempat buaian digantung. Pokok kelapa tu dah tumbang. Jeti kayu pun dah lama tak ada. Diganti dengan jeti platform besi.


Seberang Takir
Kampung Padang Takir

Untuk hari ke -11 ni, kami menumpang tidur di rumah saudara Anje setelah dipujuk-pujuk minta kita bermalam dirumahnya juga. Padahal kami sampai awal. Untuk memberi kegembiraan pada tuan rumah, kami pun bersetuju untuk bermalam di situ. Kami solat zohor dan berehat sebentar.  Tidak disangka-sangka, Wana dan Kak Norela pula ambil keputusan  tidak mahu meneruskan perjalanan. Katanya sakit pinggang dan letih. Jadi petang tu kami pergi cari tiket bas ke Kuala Lumpur.
Tiket bas jam 9 malam, jadi ada banyak masa lagi, apalagi terus ronda bandar Kuala Terengganu la.

Jambatan Pulau Sekati
Jambatan ini juga mungkin tinggal kenangan bila jambatan baharu yang menghubungkan tanah besar dengan Pulau Sekati beroperasi sepenuhnya.


Kenapa dinamakan Sekati ?


Menurut kawan aku yang lahir di sini, katanya  ia bersempena dengan hadiah Emas Sekati ( -+ 600 gram) yang ditawarkan Sultan Trengganu dan Sultan Kelantan kepada Raja Chulan untuk menyabung ayam. Pulau ni la lokasi menyabung ayam. Itu lah cerita dari buku sejarah tingkatan 3 dulu.

Masjid Kristal




Muzium Negeri Terengganu.




Kampung Cina
Sejarah  tentang kampung cina boleh baca di sini 👉Kampung Cina. Di sini banyak lukisan mural yang dilukis pada dinding bangunan lama. Lukisannya berserakan, perlu ada masa yang panjang untuk mencari kesemua lukisan tersebut.


Jika malas untuk mencari, boleh menggunakan perkhidmatan beca. Tukang beca akan membawa anda ke semua lokasi mural yang menarik dengan pakej yang tertentu.




Pasar Payang
Kami mengabadikan kenangan di pintu masuk pasar Payang sebelum ia hilang ditelan pembangunan kelak.



Pasar Payang yang baharu. Di sinilah semua peniaga akan dipindahkan. 


Dataran Pesisir Payang, tempat yang baru dibangunkan. Dari sini kita boleh nampak pemandangan Jambatan Angkat. 


Jambatan Angkat

Kenapa namanya ada perkataan 'angkat', rupanya dibahagian tengah jambatan tu boleh diangkat untuk laluan kapal-kapal besar.




Sekitar jam 6 petang, aku pun memanggil perkhidmatan Grab untuk menghantar Kak Norela dan anaknya ke stesen bas. Masa untuk berpisah.


Ingat nak hantar Kak Norela naik motorsikal tapi badan dah letih sangat. Solusinya, Grab je la. Jimat dan mudah. Selamat pulang. Hati-hati di jalanan.

Total ride : -+ 150 km

Rabu, 3 hb Julai

Kini kami tinggal berdua untuk meneruskan perjalanan ke 4 buah negeri dan sebuah negara lagi. Pagi ini hujan turun, maka terpaksa menunggang motorsikal dengan lebih waspada. Teeima kasih tuan rumah kerana berbesar hati menumpangkan kami bermalam. Mudah mudahan allah lapangkan lagi rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. 


Rhu Muda

Terkenang memori lama, aku pernah berhenti di kedai keropok lekor di tepi jalan. Aku ternampak papan nama kedai Marissa no 1 Kedai Hijau. Ya, kedai ini lah yang aku selalu berhenti untuk membeli keropok lekor rebus.

Eh, nak berhenti lagi lah. Anje pun oke ja. Lama tak makan keropok lekor original dari Trengganu. Sudahnya dengan keropok kering berbungkus-bungkus kami beli. Lupa diri la tu. Kita naik motorsikal ya, bukan naik kereta. Dah serupa benggali jual roti, bergantung-gantung.
Gambar untuk kembara kali ni di kedai Marissa aku tak ambik sebab lencun kebasahan. Gajet semua simpan dalam plastik.

Jambatan Kayu Pulau Kerengga

Sebenarnya tiada lah menarik pun jambatan ni, cumanya aku memang sukakan jambatan. Jambatan ini melintasi sungai kecil menuju ke pantai. Pemandangannya menarik. Itu ja.


Hutan Simpan Kekal Paya Gelam

Jumpa semula lokasi yang rare pada pandangan aku. Suasana dia agak menyeramkan, tapi damai.



Terlintas juga di fikiran, katakanlah sedang leka mengambil gambar, tiba-tiba ada buaya menyerang dari dalam paya, zassst ! Imaginasi aku ganas tak ?
Semoga perkataan Kekal akan terus dilestarikan

Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang


Pantai dan batuan di sini memang unikSetiap kali lalu, aku mesti singgah untuk merakamkan pemandangan.






Rantau Abang
Kami hanya berhenti untuk bergambar di  batu tanda sahaja kerana hujan masih tidak berhenti.


Jalan Pantai Sura

Saja lalu kat jalan pantai, nak menikmati pemandangan di waktu pagi. Terjumpa pulak kawasan pokok-pokok rhu. Macam cantik ja.


Pantai Kemasik


Pantai ni sentiasa menjadi lokasi yang terindah bagi aku. Cadangnya nak jadikan lokasi untuk bermalam. Tapi kerana jaraknya terlalu dekat, maka aku terpaksa ubah jarak ke lokasi berikutnya.



Masjid Kampung Tuan, Chukai



Dibina pada tahun 1830 oleh seorang guru agama yang bernama Syed Abdul Rahman Abdul Samad, berasal dari Pattani. Di atas bumbung diletakkan replika buah butung @ tunjuk langit yang diperbuat dari tembaga. Difahamkan, replika buah butung dibuat untuk diletakkan di masjid Keresek. Malangnya pembinaan masjid Keresek tergendala lalu dibawa dan diletakkan di atas masjid ini.



Cherating
Saja lalu, nak tengok suasana di pantai Cherating. Tidak lah semeriah  ketika zaman 90 an. Kini makin sepi. Ada juga nampak hotel yang dah terbiar sepi.


Sungai Karang Darat, Beserah.

Macam biasa, asal singgah menziarah rumah saudara Anje, mesti dorang suruh bermalam. Pucuk dicita ulam mendatang. Tapi esok teruk sikit la kena tambah jarak ke lokasi seterusnya.


Total ride : -+ 204 km

Khamis, 4 hb Julai
Jam 8 pagi kami mula keluar dari Beserah. Singgah ke Pantai Telok Cempedak sebentar. Saja ronda-ronda tengok pemandangan. Cantik dan bersih.

Kem PGA Galing
Terus teringat pada Abang kawasan Kuantan, Abang Zaini. Singgah kejap la jumpa dia.




Pantai Sepat

Aku teringat masa kembara basikal aku dulu. Kat pantai ni la aku berhenti berehat.
Rasa pewai sangat macam nak berhenti pasang khemah ja kat sini. Tapi memandangkan waktu masih awal, aku terpaksa teruskan kayuhan. 




Pekan




Muzium Pekan

Siapa pernah masuk dan melawat ke muzium ni ?

Bayaran masuk ialah RM4 untuk rakyat Pahang, RM5 bagi warganegara Malaysia dan RM15 bagi pelancong luar negara.

Kemudian dia bagi plastik untuk letak kasut kita. Maknanya, kita kena buka kasut ketika masuk ke ruangan pamiran. Kasut tu masukkan dlm plastik yg diberi tadi, kemudian jinjit la sepanjang melawat ke setiap galeri.

Kenapa kena bawa kasut sendiri ?
Sebab pintu masuk dan pintu keluar berlainan. Konsep 'jalan sehala'. Dalam tu ada mempamirkan pelbagai jenis senjata seperti keris, tombak ,lembing dan lain-lain. Busana tradisi orang Pahang pun ada selain itu ada diceritakan tentang  sejarah-sejarah  negeri Pahang.


Replika orang asli ini dibuat menggunakan kayu-kayu hanyut yang dilekatkan menggunakan gam sampan dan menjadi hiasan di halaman muzium ini. Ada juga beberapa replika haiwan seperti kuda, gajah dan bangau.




Kenapa tak ada gambar dalam muzium ?
Sebab tujuan asal nak mencari tandas sahaja. Jadi bag dan hp tinggal kat  motor ja.


Alang-alang dah depan meja kaunter terpaksa la hulur rm5. Konon-konon dapat la ke tandas dulu. Sampai ke sudah cari tandas tak jumpa2. Huh. Pilu.

Terjumpa mercu tanda baharu.



Kuala Rompin




Hari ini, kami perlu terus ke Masai. Kerana sudah berjanji dengan Katt untuk sampai ke sana pada 4hb. Walau hujan lebat sepanjang jalan dari Jemaluang hingga ke Kota Tinggi, perjalanan tetap diteruskan. Bimbang kemalaman pulak.

Tiba di Gunung Panti hujan tetap lebat. Dalam perjalanan aku nampak 5 buah kubu (pill box) tinggalan tentera British bertujuan untuk menyekat kemaraan dan serangan tentera Jepun ke atas Singapura melalui Tanah Melayu. Kubu inilah yang aku bercadang untuk merakamkan gambar pada kembara kali ini. Tapi apakan daya, hujan terlalu lebat hingga menyukarkan rakaman dibuat. Pandang dan simpan  dalam kotak minda saja la.

Baju hujan tak mampu menyekat air hujan yang lebat. Pantas menyerap masuk ke dalam baju. Lencun. Kesejukan yang teramat sangat memaksa  aku berhenti di stesen minyak. Menggigil terok.

Taman Permas Jaya

Sekitar jam 6 petang, baru sampai ke rumah Katt. Alhamdulillah.
Sepanjang jalan dari pagi banyak dugaan. Dengan angin yang kuat membuatkan motor yang dipandu terhoyong hayang ke tepi ke tengah. Kondisi jalan raya juga teruk, berlubang dan bertampal-tampal yang menyukarkan pemanduan. Lebih-lebih lagi ketika hujan. Bahaya sangat.
Esok masuk Temasek.

Total ride : -+ 345km