AKU DENGAR, AKU DATANG, AKU TENGOK
DAN
AKU CUBA FAHAM
Baca cerita sebelumnya di M E L A K A
Dari Laman Tiga Budaya, aku masuk melalui pintu sempadan Asahan / Bekoh sebab itu yang paling hampir dengan Gunung Ledang. Kemudian, singgah makan tengahari di restoren D' Ledang pekena asam pedas Johor dulu.
Ok, asam pedas Johor is done ✅
Gunung Ledang
Tujuan aku ke sini cuma nak ambil gambar kat pintu gerbang ni je. Sebab pemandangannya menarik. Aku cuba juga nak masuk ke kawasan taman negara, tapi pintu masuk ditutup sebab ada program sedang dijalankan.
Dahulu kala pernah lah datang mandi air terjun di sini, cuma tak mendaki hingga ke puncak. Mungkin sekarang dah semakin cantik keadaan di air terjunnya.
Muar Street Art
Lukisan mural di sini banyak, cuma aku malas nak mencari dari satu lorong ke lorong yang lain. Biasa lah, bila dah petang, badan pun dah letih, penyakit MALAS pun mula hinggap.
Otak aku cuma fikir nak mencari lokasi untuk bermalam saja.
Hotel 57
Baru aku tahu kenapa nama hotel ni 57, ia di sebabkan harga untuk satu bilik berharga rm57 sahaja. Boleh lah, tempat untuk berehat dan membersihkan diri untuk satu malam.
Memang letih lah, sebab kebanyakkan hotel yang aku tempah semuanya di tingkat atas. Teruk jugak nak bawa semua beg dan barang- barang aku naik turun. Selepas ini jika aku mengembara, aku bawa beg kecil dan bawa barang yang perlu sahaja.
HARI 4
AHAD, 6.3.2022
Batu Pahat
Aku sampai di Batu Pahat agak awal juga, jadi aku gunakan masa itu untuk meronda-ronda sambil mencari makan.
Aku bawa si abang ke monumen batu yang dipahat. Ianya lambang asal usul bandar ini supaya dia tahu sejarah. Menurut lagenda, setelah tentera Siam kalah menyerang Melaka, mereka berundur kemudian berhenti di Minyak Beku. Untuk mendapatkan sumber air, mereka memahat batu untuk mendapatkan air.
Sebelum itu, Batu Pahat dikenali dengan nama Penggaram, yang bermaksud bandar pembuat garam dan terkenal dengan penghasilan ikan masin.
Dibina pada tahun 1913 hingga kini aku kira -kira dah berumur 109 tahun. Sebelum dijadikan bangunan Persatuan Sejarah, ia bangunan apa ya ?
Minyak Beku
Dulu masa aku datang ke sini, keadaannya sepi dan terpinggir tapi sekarang bila MDBP dah mengubah suai keadaan persekitaran, nah ! Meriah dan ceria. Siap ada tapak perkhemahan.
Yang menjadi pertanyaan aku adalah, pada siapa kita nak mintak keizinan untuk berkhemah ? Tiada nombor untuk dihubungi pun di papan tanda. Cuma ada sebuah balai polis kecil di sebelah tapak khemah. Adakah kita kena minta permit di balai polis ?
Rumah Api Bukit Segenting
Rumah api ini telah dihadiahkan oleh The Malacca Strait Council Japan kepada kerajaan Malaysia untuk keselamatan pelayaran di Selat Melaka.
Laluan menuju ke rumah api ni memang curam dan mendongak, jika tidak berhati- hati, pasti menggelongsor. Begitu juga dengan si Abang, aku lupa nak pesan supaya guna gear 1, tiba- tiba aku pandang cermin sisi tak nampak dia. Terus aku berhentikan motor, parkir dan berlari turun. Wei cemas wei, anak aku tu.. tengok- tengok dia sedang menolak motor sambil mendaki. Adoii..ghisau !
Pantai Rekriasi Bukit Tanjung
Aku tak pernah tahu ada tempat rekriasi kat sini, asal ada papantanda saja aku redah.
Tanah Perkuburan Bukit Tanjung Labuh
Di sini juga terletak tanah perkuburan lama yang bertarikh 1855-1928. Generasi pertama yang membuka Kampung Tanjung Labuh sekitar tahun masehi 1850'an.
Warung Tok ki
Ni pun kedai makan viral. Gigih betul aku mencari-cari, masuk sampai ke dalam ceruk kampung.
Rezeki hari itu, dapatlah bertemu dengan pemilik warung tersebut. Perniagaan yang diusahakan seorang atuk dan dibantu bersama dengan anak cucunya.
Menu-menu kat sini menggunakan perkataan "bandar" dan "kampung". Contoh ; lontong goreng bandar. Maknanya kepedasannya sedang-sedang saja. Kalau lontong goreng kampung, oke ini pedas tahap maksimum. Korang boleh datang cuba menu-menu yang ada.
Kerana menu inilah aku sanggup datang.
Lontong goreng udang. Apa yang aku boleh komen, S E D A P !
Aku macam biasa, kalau di antara sarapan pagi dan makan tengahari, tekak dan perut aku dah mula keliru, nak makan apa eh? Pada akhirnya aku pilih roti bakar telur goyang je. Lontong goreng aku dah pesan, tapi makan sikit ja. Si abanglah yang jadi tukang habiskan makanan.
Kembara di waktu pesta bendera macam ini lah keadaannya.
Kukup
Aku tunjukkan pada si abang jalan keluar negara jiran yang ada di negeri Johor. Biar dia tahu, bukan di Kedah, Kelantan dan Perlis ja boleh kita boleh ziarah jiran-jiran.
Tanjung Piai
Titik paling hujung di Semenanjung Malaysia dan menjadi salah satu dari 5 tapak RAMSAR.
Sampai pun.
Tahun 2013, tempat ni sangat besar. Oleh kerana ombak kuat sangat, telah menghakis pelantar yang besar tu, akhirnya pelantar tugu globe ni tinggal kecik kenot ja.
Johor Baharu
Jalan-jalan ternampak gerbang mahkota ni, ingatkan nak pergi bergambar di bawah gerbang, tapi ternampak ada pengawal berdiri depan pagar, terus aku patah balik. Sebelum kena halau baik jangan dekat.
Aku bermalam di Hotel Golden Leaf Butique. Risau jugak masa nak mencari hotel yang murah di sekitar Johor Baharu ni. Dah tentu-tentu mahal. Cari punya cari akhirnya dapat dengan harga rm52. Alhamdulillah.
Hari 5
ISNIN, 7.3.2022
Salahuddin Bakery
Demi untuk mngimbau kembali zaman kanak-kanak, aku mencari kedai roti dapur kayu. Masa aku sampai tak ramai orang lagi, bila aku nak keluar baru nampak ramai yang sedang beratur.
Pusing-pusing bandar, jam menunjukkan sudah hampir pukul 11 tengahari. Menurut komen-komen pelanggan, katanya nasi beriani di kedai ni sedap. jadi aku pun mencari. Bila aku sampai, kuah daging lembu dan kambing dah habis. Yang tinggal daging ayam sahaja.
Popular dengan udang karang (lobster) tapi aku tak terasa nak makan, sebab tahu harganya sangat mahal.
Tinggalan jeti tempat nelayan dan penduduk tempatan memunggah barang-barang.
Hari ke lima aku memilih berkhemah di sini. Suasana nya aman, bersih dan harga untuk satu malam cuma rm20 untuk 2 orang. Tandas dan sinki disediakan. Pada aku kemsait inilah paling bagus.
Menu untuk makan malam, roti cicah dengan sup cendawan.
Suasana yang ku idamkan.
HARI 6
SELASA, 8.3.2022
Titik Hujung Paling Timur, Tanjung Penyusup
HARI 7
RABU, 9.3.2022
Citarasa D'Nazril Belangkas
AKu tak pernah makan telur belangkas, jadi kali ini aku nak mencuba. Alhamdulillah tak mabuk .
Dataran Monumen Mersing
Di sepanjang pantai Johor ni banyak kemsait yang tumbuh macam cendawan, tapi aku memilih yang murah dan mempunyai pemandangan yang cantik. Seorang cuma rm8. Tandas banyak dan selesa.
Yang menariknya, hanya aku anak beranak je berkhemah kat situ. Lokasi kemsait ni pulak jauh di hujung, dah lah hutan belakang tu. Kalau nak ikut memang seram lah. Angin bertiup kuat sampai terangkat-angkat atap zink. Bila kau mandi sorang-sorang ja dalam bilik air yang besar tu. Sesekali pagar besi berbunyi kuat TAM ! akibat dihentam angin. Malam- malam nak pergi tandas, ko sorang saja dalam tu.
Kau rasa ?
Hari 8
Khamis, 10.3.22
Selamat pagi !
Aku kembali menginap di hotel ini. Ye lah murah kan rm53 je.
Setelah 6 hari di negeri Johor, tiba lah masa untuk kami memasuki negeri Pahang pula.
Jom hogoh P A H A N G hogoh !