Friday, September 18, 2015

El- Fateh [ Sang Penakluk ]

Sesungguhnya jiwa aku lebih tergoda kepada pengembaraan dan penjelajahan. Tak kira di dalam negara atau luar negara. Yang pastinya tempat itu mesti luarbiasa indah, kurang dikunjungi umat manusia serta aku mampu membiayainya.
Nah ! dulu aku pernah merasa kecewa, geram dan marah gara-gara ditipu oleh 'scammers' pengangkutan awam di Cambodia dan Laos. Sejak hari itu aku bertekad untuk mencari cara lain untuk mengembara dengan tenang dan murah, aku yakin cara itu pasti akan memberi aku lebih banyak kepuasan.

BASIKAL ?
Ya, aku pilih basikal sebagai alat pengangkutan kembara aku yang baharu. Ia lebih murah dan mudah. Hampir 3 tahun aku mengembara dengan basikal yang aku beli secara ansuran. Ianya hanya basikal 'secondhand', walaupun begitu ia amat teguh, kukuh dan gagah perkasa. 'Red Arian' telah menemani aku mengembara beribu-ribu kilometer di dalam dan di luar negara. Aku senang sekali.

Cuma, tidak semua tempat yang mampu Red Arian bawa aku.

 [[PAUSE]]

Whoops ! He he he.. Oklah aku mengaku; Tak semua tempat yang aku mampu bawa Red Arian menjelajah. Kuderat aku tak bisa dikekalkan seperti 20 tahun yang lalu. Superman juga bisa capek dong !
Dalam sesuatu perjalanan, kerapkali juga aku berjumpa dengan lokasi yang menarik dan unik, akan tetapi ia digagalkan dengan jumlah jarak yang buat aku berfikir 365x untuk pergi. Itu belum campur lagi dengan bentuk rupa buminya. Akhirnya, aku hanya mampu tengok  papantanda tersebut dengan hati yang berbuku kerana kembara aku terikat dengan waktu. 

[[MENGELUH]]

Sekali lagi aku berfikir. Ah ! tak boleh jadi. Aku mesti mencari sesuatu kenderaan yang sederhana laju, yang mudah dikenderai dan boleh digunakan dalam apa juga keadaan. 

Ahah ! 
MOTOSIKAL..
Sejak hari itu, aku banyak meng'google' tentang motor yang aku mampu miliki. Bukan itu saja, aku juga kerap meminta pendapat dan nasihat dari sahabat handai mengenai motor tertentu. Dalam diam aku berusaha mengumpul duit dengan membuat dan menjual kuih raya. Memang raya tahun 2015 aku gigih menyiapkan pesanan kuih raya yang telah ditempah pelanggan. Walhal, awal tahunnya aku dah buat kenyataan yang aku tak akan buat kuih lagi. Tidak akan mengambil sebarang tempahan. Ahaks, Gelihati pulak bila 'baling  belakang' pasal hal ni. 
Setelah bercekang mata mengumpul duit, aku pun mula melayari halaman 'mudah dot com dot my'. Setiap hari melihat motor-motor yang diiklankan. Harganya juga aku bandingkan. Akhirnya, bila keyakinan sudah diparas paling tinggi, aku pun ' press the button'.

 [[ BINGGO ]]

Melalui seorang sahabat, aku minta bantuan untuk menguruskan pembelian. Urusan pembelian berjalan dengan begitu pantas. Dalam tempoh 1 malam ja motor itu sudah dibeli. Aku macam tak percaya yang aku sudah membeli sebuah motor 100% secara tunai dengan hasil keringat , kuderat dan urat saraf aku. Phews ! 

TERIMA KASIH SAHABAT.

OK. Motor sudah di tangan. Langkah seterusnya yang perlu aku lakukan untuk membolehkan menunggang Sidia mengikut undang-undang negara MY adalah memiliki lesen motosikal. 
Baiklah, aktiviti mengembara aku dibekukan buat sementara untuk mengumpul dana buat bayar yuran memandu pulak. Heh heh heh.

Pada tanggal 17hb September 2015, aku telah berjaya mengharungi ujian undang-undang oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan). Walaupun malam sebelumnya aku tak lena tidur kerana terlalu cemas. Lecce ! Paling 'best' bila Allah mendatangkan hujan yang lebat sampai trek latihan penuh dengan air. Aku rasa gigil yang berganda. Dengan sejuknya, dengan rasa nak terkucilnya. Nak pergi tandas nanti nama dipanggil pulak. Nak tak nak ku tahankan jugak. Ustaz kata, masa hujan adalah waktu doa yang mustajab. apalagi, aku pun doa sungguh- sungguh. Ngee !

Doa tak putus aku adalah, jangan lah Allah lupakan aku untuk buat semua 'step' yang telah diajar. 
Uhh, gelabah punya pasal ada jugak yang lupa. Hampeh. Walaubagaimana pun, bila aku dapat keputusan ujian dari pihak JPJ, dapat la markah 35/40 dan 37/40. Aku tak semak pulak markah tu dari bahagian yang mana. Yang aku tenung adalah petak [ LULUS ]. 

Warghh.. hilang segala rasa rama-rama dalam perut aku ni. Terasa nak sengeh ja.

 [[ SENGEH ]]

~Syukur Alhamdulillah ~
~TERIMA KASIH ALLAH ~

Nah !
Raksaksa sudah dipelukan, LESEN sudah digenggam, apa tunggu lagi. Mulakan lah aksi bersama teman baru tu EL~FATEH.

Errkk..jap jap.. Kena kumpul duit lagi lah untuk buat belanja dalam perjalanan pulak. 
HA HA HA HA.. Aku bukan orang kaya, petik ja dapat. Nampak ja macam mewah. Itu semua hasil menyimpan sikit- sikit. Time tak ada duit, aku duduk rumah diam-diam sambil mengkaji lokasi baru, laluan yang 'rare' serta mengira jumlah belanja yang diperlukan. Cukup masa, cukup duit, yeahh off to go and GET LOST !

Perkenalkan partner in crime aku yang terkini ;
Aku namakan EL~Fateh ( Sang Penakluk ) .
Mudah mudahan, kali ini raksaksa tunggangan aku dapat membawa aku dengan lebih jauh lagi serta memberi aku kepuasan penjelajahan ditahap tertinggi.

Honda Ex5 High Power (secondhand)
Pesanan kaseh sayang aku :
Kalau kita nak mengembara jangan harap orang suap. Walaupun ada orang yang sudi nak suap, kita MESTI kena buat juga kajian tentang lokasi, laluan, adat budaya setempat, jumlah belanja duit poket mengikut keperluan diri sendiri. Ini pengembaraan kita, ini pengalaman kita, maka kitalah yang harus melakarkanya sendiri. Bukan orang lain.

 GOT IT ?


No comments:

Post a Comment