Hari kedua : 104km
Sabak Bernam - Menara Condong Teluk Intan : 48km
Dari Sabak Bernam akan melalui jalan yang lurus, terbuka luas terbentang lagi membosankan menuju ke Hutan Melintang. Belum dikira tolak dan campur dengan panas berdenting tong, kepala angin yang menolak-nolak seolah-olah terasa tayar basikal kita pancit. Laluan ini yang aku ceritakan pada blog sebelum ni, kita dapat elak jika kita potong laluan dengan menaiki feri. Ha,bijak tak aku ? Ahaks.
Tempat menarik :
- Masjid lama Batak Rabit. Tepi jalan ja sebelum masuk pekan Teluk Intan. Siapa peminat sejarah
boleh la berhenti untuk melihat-lihat seni ukirnya. Ataupun berhenti untuk tunaikan solat
Dhuha.
- Balai Polis lama
- Menara Condong
- Batu Tenggek ( memorial perang) Oih, batu ni hidup oo.. species megalith kot.
- Bangunan lama Mahkamah
Sekiranya tak jumpa tanya la makcik peniaga kat gerai-gerai tepi jalan tu ke, apek kedai kopi ke.
Bukan kena bayar pun. Ha malas ? malas ?
Lepas pusing-pusing, jom kita naik feri lagi nak tak ?
Loc GPS : 4°01'29.9"N 101°01'00.1"E
Loc GPS Jeti Kg Cina yang bertanda anak panah : 4°01'24.1"N 101°00'50.1"E
Jeti Kg Cina - Setiawan : 56km
Dari jeti tu akan tembus ke simpang keluar Sungai Ranggam- Setiawan sejauh 20km. Dah jimat 6km jika lalu jalan luar. Bijak tak aku ? hehe
Bila dah masuk jalanraya no [5] , kira dah berada di jalan yang benar la. Di tepi jalan ada gerai menjual air nira dingin. Jangan lepaskan peluang menikmatinya untuk menghilangkan rasa dahaga. Sekali gus memberi tenaga tambahan kerana gula dalam air nira tu memang dah-syat. Lagi pula, air nira ni menyejukkan badan dan mengelakkan kita dari dehidrasi. Tahukah korang, sepanjang pengembaraan aku selama 23 hari pusing Semenanjung, aku banyak minum air nira a.k.a tuak dan buah tembikai. Buah tembikai tu aku beli sebiji sekaligus. Angkut letak kat rack belakang. Benda alah tu ja aku telan hari-hari. Alhamdulillah, syukur pada Allah steady ja antibodi aku. Bila hari-hari kayuh tak lalu nak makan nasi atau makanan yang berat. Lebih kepada air ja. Owh lagi satu air yang selalu aku 'order', teh O' ais + ais kosong. Hehehe. Minum sampai beku otak. Auch !
- Lekir, ada Ladang Anggur Saloma, 400 meter ja dari simpang. Ada ladang anggur kat sini ? Ha la
aku pun baru tahu bila asyik menatap Mr. Google Map. Alang-alang dah lalu elok la singgah.
Dapat gak tambah cerita korang nanti.
- Watt Sitawanaram, Kg Koh. Tetiba ja ada temple Siam kat sini kan ?
- Kg Koh ni tempat kelahiran Chin Peng. Ada tau ka ?
No 36, rumah kedai dua tingkat dulu menjual basikal di Kg Koh. Siapa rajin cari lah. Aku dulu lalu ja, masa tu tak tau lagi alamat rumah.
Tempat bermalam aku pilih Masjid An- Nasyriah. Sebab dah nak masuk waktu maghrib jadi tiada kuasa aku nak mencari-cari tempat lain lagi. Minta izin dan diberi tumpang tidur, aku memilih untuk pasang khemah kat garaj kereta. Tak boleh tidur, panas dalam khemah. Bila buka pintu khemah nyamuk pulak masuk. Mamai sampai ke pagi. weong kepala otak aku. Hoih !
Pasal tu aku suka tidur dalam hammock berkelambu. Nyaman !
Oke sambung lagi.. Klik di sini
---------------
Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik,kan ?
Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Ni kawasan kebun pisang dan sawah padi taw. Ayok !
Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.
Nota kuku kaki : Terima kasih buat Ija Zahri dan Wak Rahim kerana menunjukkan laluan 'rare' ini. Terasa seolah-olah masih berada di zaman lampau. Aku suka !
*A traveler, mender a broken heart*
No comments:
Post a Comment