Saturday, February 11, 2017

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular - Day 4)


Cerita semalamnya

Masuk hari ke empat

Kuala Kurau - Pantai Merdeka, Kuala Muda : 111km


Keluar saja dari surau Ridwaniah, terus sahaja ikut laluan pesisir pantai. Laluan kampung bertanah merah dan berpasir, mungkin sekarang sudah dinaik taraf kepada jalan tarmac. Apa yang menarik sangat ikut jalan ni ? 
Hallahh..takde la menarik sangat pemandangan sawah bendang di kanan dan laut terbentang luas di sebelah kiri. Pandang kanan nampak petani sedang mengerjakan tanah sawah, cahaya matahari mengintai-intai di celah pelepah pokok kelapa. Terdengar jugak bunyi burung sedang berkicauan. Kabus di sana sini. Toleh kiri pulak nampak nelayan sedang menebar / menarik jala. Ala, tak menarik langsung. Lalala. Di sini lah lokasi Ban Pecah.



Gambar ni aku ambil di tahun 2013. Yang terbaru lagi cantik, lagi menarik dengan benteng konkrit dan pengkalan jeti. Dah jadi tempat pemancing bersantai dengan keluarga di waktu petang sambil menunggu waktu matahari terbenam. Dia punya 'view' paling menakjubkan untuk para jurugambar. Sepanjang pesisir Ban Pecah ni  kira dan popular dengan kedai makan /cafe ala hipter.

Jalan ni akan tembus hingga ke pekan Tanjung Piandang kemudian  masuk sempadan Negeri Pulau Pinang. Kalau siapa yang naik motor boleh melintas jambatan Pulau Pinang yang baru, pusing pulau dan keluar semula menaiki feri. Atau pun yang naik basikal boleh terus ke Jeti Batu Musang untuk ke Pulau Aman. 38km dari Tanjung Piandang. Basikal boleh angkut naik bot, tapi motor kena parking kat jeti la.
- Pantai Robina, Telok Air Tawar 5.472265, 100.379580
- Pantai Kuala Muda, Penaga
- Pasar Bisik. Tau tak tempat apa ni ? Tempat peraih/pelanggan membeli hasil laut dengan berbisik   
  untuk menetapkan jumlah tawaran harga. Seronok tengok, main bisik-bisik. Boleh google dengan   
  menulis "Pengkalan Bisik Kuala Muda." 

Apabila menyeberangi jambatan Kota Kuala Muda kita sudah pun memasuki negeri Kedah. Kena ingat ya perbezaan Kuala Muda ( P.Pinang) dan Kota Kuala Muda ( Kedah). Nama lebih kurang sama tetapi di dalam jajahan negeri yang berbeza. 
- Pintu Kota Kuala Muda. Ini  tinggalan kisah sejarah lampau. Lokasi di dalam pekan Kota 
  Kuala Muda. Bangunan di pekan ini pun masih mengekalkan bentuk asal dari segi rekabentuk 
  ukiran batunya.



- Tugu Sampan Tsunami 


- Pantai Pulau Sayak 
- Pantai Merdeka


Di sini ada pilihan untuk bermalam. Samada mahu tidur di surau, berkhemah, atau menyewa chalet @ resort. 
Untuk hari berikutnya kita akan menyeberang menaiki bot ke Tanjung Dawai. Suka tak ? suka tak ? 
Ocey jom tidur dulu yok !

Bersambung lagi. Nak terus membaca klik di sini

------------------
Nota kuku kaki :
Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik, bukan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Tapi jangan bimbang, tak akan sesat sampai Australia pun.

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.


*A traveler,  mender a broken heart*

No comments:

Post a Comment