Tuesday, February 14, 2017

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular - Day 7)

Sudah memasuki hari ke tujuh. Boleh baca laluan hari sebelumnya di sini.

Bukit Kayu Hitam - Masjid Kg Belantek : 95km



Ini adalah laluan paling tepi sekali di sempadan. Dah tak de jalan selain hutan belantara. Kalau korang bercadang nak mengelilingi semenanjung MY mengikut pesisir pantai dan sempadan, memang sepatutnya lah ikut laluan ini. Walau bagaimana pun, ianya bukan sesuatu yang wajib. Suka hati kaki korang la nak kayuh ikut mana. Ini hanya sebagai panduan sahaja. Boleh juga ikut laluan Sintok - Kuala Nerang terus ke Sik.

Boleh singgah di ;
- Hutan Lipur Bukit Wang
- Hutan Lipur Puncak Janing
- Kubur Panjang, Pokok Sena
- Hutan Lipur Lata Mengkuang
- Tasik Beris, Sik

Untuk pengetahuan korang, laluan dari UUM Sintok ke Padang Terap macam gambar di bawah ni. Tahun 2013 jalanraya masih berbatu kerikil. Sekarang, menurut  kawan di Sintok mengatakan jalan sudah elok bertambak hingga ke kuari. Rasa seronok sangat bila lalu di dalam hutan. Sunyi dan sejuk ja.


Ini pula dari jalan Padang Terap menuju ke Padang Sanai.


Ini laluan dari Padang Sanai menuju ke simpang Empangan Ahning / Durian Burung. Kalau korang rasa tak cukup masak boleh lah kayuh kat sini. Asyik dan nikmat berganda-ganda. Mengelegak otak. 


CIQ Kota Putra 18km sahaja dari simpang tiga Jalan Durian Burung. Nak terus masuk Thailand pun boleh.


Ini pemandangan di Tasik Pedu. 


Di sini ada 3 empangan yang dapat kita lihat. Empangan Ahning, Empangan Pedu dan Empangan Muda. Kayuh ikut jalan ni kita dapat 'tapaw' semua empangan sekali gus.


Ini adalah masjid yang kita boleh tumpang bermalam. Masjid Jamek Kg Belantek. Perlu dimaklumkan bahawa liputan talian komunikasi di sini adalah mendukacitakan. Hanya talian berwarna biru sahaja berlegar-legar di kampung ini. Mungkin sekarang capaian telekomunikasinya sudah bertambah baik dan menyeluruh untuk warna merah, kuning dan oren. Mungkin.

Akan bersambung lagi di sini.

----------------------------

Nota kuku kaki :


Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik, bukan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Tapi jangan bimbang, korang tak akan sesat sampai Indonesia punya lah. Jangan takut..

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.


*A traveler,  mender a broken heart*

1 comment: