Sunday, March 29, 2020

KEMBARA RIDE HALA TUJU KE HATI AWAK 0.5

Ride Menembus Mimpi
22 hb Jun - 7 hb Julai 2019

Kisah sebelumnya di sini

Jumaat, 5 hb Julai
Hari ini kami akan masuk ke Temasek dengan menaiki bas. Katt dan kawannya, Yam akan menjadi host selama kami di sini.


Aku agak teruja, sebab kali pertama aku datang ke Temasek ketika berumur 9 atau 10 tahun. Masa tu aruah abah yang bawa.



Keadaan yang asing buat aku dah seperti rusa masuk kampung, tercenggang cenggang tengok suasana di stesen bas. Kalau aku pergi sendiri memang akan keliru dan sesat.
Sebelum tu kena tukar duit ringgit ke dolar Singapura. RM50 dapat $16.30. Cukup la, buat syarat ja sebab cadangannya cuma nak pusing dekat-dekat ja. 

ICQ Johor

Tiket perlulah disimpan kerana bila tiba di imigresen , semua penumpang akan turun menuju kaunter imigresen. Setelah cop passport, penumpang akan menaiki semula  bas yang tadi. Masa nak naik kita kena tunjukkan tiket tersebut. 



Bila masuk di sempadan Singapura, sekali lagi penumpang kena turun untuk cop passport ketibaan. Setelah selesai, naik balik bas dan tunjuk tiket lagi.
Ketika proses cop passport , aku lihat suasana kehidupan di Singapura begitu 'rushing', orang berlari-lari untuk mengejar masa.


Di lantai telah dilengkapi jalur yang bertulis nombor bas untuk penumpang beratur ketika menunggu dan menaiki bas. Aku tengok ja pun dah stres.
Setibanya kami di stesen MRT Keranji, Ummi, sahabat yang sama minat dengan aku sudah lama menunggu. Dari sini, dia yang ambil alih untuk host sepanjang aku berada di Singapura.

Kampung Selak Kain ( Lorong Buangkok)





Lokasi pertama yang Ummi bawa adalah perkampungan terakhir yang masih wujud di Singapura. Nama asal kampung tu pun dah menarik untuk dicari kisah sejarahnya.
Boleh baca 👉 kisahnya .


Kami berpeluang untuk berbual mesra dengan pemilik tanah. Orangnya ramah dan fasih berbahasa Melayu. Jika tidak kerana waktu yang terbatas, memang sampai ke petang kami duduk bersembang.



Changi Beach Park

Jalan-jalan di taman tepi pantai sambil menunggu kapal terbang lalu.


Masa ni memang jakun sikit lah. Masing-masing kelam kabut nak rakamkan memori kapal terbang lalu atas kepala. Rare la konon.

Coney Island
Selain dari Pulau Sentosa dan Pulau Ubin, ada lagi satu pulau yang ada di Singapura. Dikenali dengan nama Pulau Seranggon atau Pulau Coney. Pulau yang mempunyai keluasan sekitar 45 hektar. Sesuai untuk beriadah bersama keluarga, samada berkelah, memancing, berbasikal atau menikmati keindahan flora dan fauna.




Aku memang lama tak trekking, diajak juga Ummi untuk pusing pulau tu. Adoih. Mengah. Paksa jugak la kaki ni terus melangkah.



Berpusing juga lah kita mengikut trek yang disediakan gara-gara mencari kawasan pantai.




Wisma Geylang
Semua tempat Ummi bawa kami melawat, termasuklah Geylang. Apa yang aku lihat amat berbeza dengan kehidupan di Malaysia. Dek kerana kos kehidupan di Temasek sangat tinggi, maka mereka yang berumur sekitar 50- 60 tahun masih bekerja sebagai pelayan kedai makan, restoren makanan segera dan jurujual di mall. Uish. Kalau kat MY, umur macam ni dah berehat kat rumah bermain-main dengan cucu. 




Taman Merlion

Merlion adalah makhlok mitos berkepala singa dan berbadan ikan. Digunakan sebagai maskot dan pengenalan bangsa Singapura. Ada 2 patung Merlion terletak di taman berhampiran dengan Sungai Singapura. Merlion yang pertama setinggi 8.6 meter dan ada pancuran air keluar dari mulutnya. Berhampiannya ada anak merlion yang berukuran 2 meter.


Pada 28 Februari 2009 antara jam 4 - 5 petang, patung Merlion telah disambar petir. Ia diperbaiki semula pada Mac tahun itu juga. Itu lah sedikit cerita tentang patung Singa berbadan ikan ni. 


Sememang aku tak tahu bangunan apa yang di belakang tu. Reka bentuknya cantik, ditambah dengan gumpalan awan gelap menambahkan mod dramatik. 


Terpesona melihat reka bentuk hiasan dinding ni. Sebenarnya pada dinding tu ada air yang mengalir dicelah-celahnya. Bila air lalu dan kena benda putih tu, benda tu akan bergerak. Kalau tengok dari jauh akan nampak macam gelombang yang yang bergerak macam ombak. 


Marina Bay Sands Sky Park


Yang ini memang mengejutkan. Aku tak tahu pun Ummi nak bawa naik ke sini.  Ini kan bangunan yang aku nampak dari jauh tadi. Terkedu. Diajak jugak masuk. Bila tengok harga dia semua tergangga. Mahal oo.




Dewasa $23 = -+ RM69 seorang. Cuba kali kan dengan 5 orang.
Total : $115 = RM348 😱. Ummi belanja. 



Pelantar untuk melihat pemandangan ni terletak di tingkat 57. Di sebelah kiri terletaknya kolam renang dan bar.





Jika melihat Gardens By The Bay di waktu siang biasa-biasa sahaja, tapi ia akan lebih cantik dan menarik pada waktu malam



Universal Studio


Tidak berhenti setakat itu saja, dibawa kami ke sini pulak.

Sentosa.





Di Temasek, Singa saja yang menjaga. Sana singa, situ singa, sini singa.


Aku memang tak tau apa plan Ummi seterusnya. Aku cuma ikut ja. Diajak pulak naik benda alah ni. Apa benda ni, aku pun tak tahu. Aduhai Ummi.

Skyline Luge. 


Kalau dah dengan geng ni memang riuh la alam semesta. Mengekek-ngekek ketawa sebab tak tahu mengendalikan benda alah ni.




Malu terok dengan Ummi. Beliau menyantuni dan melayani kami keterlaluan. Kita pun belum tentu mampu nak balas. 


Lepas naik Skyline Luge, berhenti makan lagi. Padahal dah tengah malam. Macam tak bagi balik ja. Huhuhu.


Kali pertama makan mertabak Singapore.


Kali pertama juga merasa sup tulang merah. Haha..Ini semua gara-gara pertanyaan Ummi nak makan apa ? Apalagi aku cakap je la apa yang aku tak pernah makan. Haa ambik kau. Alhamdulillah terima kasih Allah memberikan nikmat rezeki orang-orang yang baik budi untuk berada disekeliling aku.


Masa ni nak ambil gambar kenangan, tapi polis kat imigrasen tak bagi la pulak. Dah la kelam kabut sebab takut dah buat salah, mujur la Katt sempat ambik gambar, tapi goyang. Grr. Terima kasih Ummi atas layanan yang sangat dah-syat. Didoakan agar Allah memberikan Ummi rezeki yang berlipat kali ganda serta dikurniakan dengan kesihatan yang baik. Insya allah. Amiiin.


Malam tu aku pulang ke rumah Katt semula, sebab keesokkan harinya akan memulakan perjalanan pulang. Selamat tinggal Temasek. Ada umur kita datang lagi.

Masai
Sebelum perjalanan mengarah ke Johor Bharu, aku ajak Anje singgah ke rumah Pak Hamid di Masai. Tak la jauh sangat dalam 3-4 km ja. Rasa tak best pulak dah dekat tapi tak nak datang menyapa. Pak Mid lah yang jadi group leader masa Ekspidisi Mekong 2008. Masa tu kali pertama aku keluar negara dengan grup kembara 4x4. Satu hapah tak tahu. Bodo piang. Haha. Tapi banyak aku belajar sepanjang perjalanan tu. Moga Pak Mid terus diberikan kesihatan yang baik.


Pekan Nenas
Sampai di Pekan Nenas nampak orang jual durian tepi jalan, apa lagi hantu-hantu durian ni on ja. Pekena lagi satu kali.


Singgah dulu di tugu nenas, saja ja tunjuk pada Anje bukti sudah sampai.


Tanjung Piai
Persinggahan seterusnya adalah Tanjung Piai. Penghujung Semenanjung Malaysia. Memandangkan aku dah beberapa kali sampai, jadi aku cuma syorkan Anje masuk ke dalam untuk melihat pemandangn di dalam. Kat sini juga kami bertemu dengan seorang lagi rider yang sedang berkembara solo. Setelah bersembang, kami ambil keputusan untuk mempelawa dia ikut serta. Pelawaan di sambut dengan baik, maka mulai petang itu grup ni bertambah seorang ahli baharu.


Rumah Bugis
Ketika melalui jalan mengarah ke Taman Negara Tanjung Piai, aku terpandangkan sebuah rumah yang reka bentuknya sangat anggun. Melihatkan keadaan tingkapnya tertutup, maka aku andaikan kediaman ini ada penghuninya. Jadi tak berani lah aku nak berlebih-lebih menghampirinya. Cukup sekedar merakamkan keindahannya dari jauh.

Kukup
Aku heret budak berdua tu masuk ke jeti Kukup. Saja nak tunjuk tempat-tempat yang pernah aku sampai ketika mengayuh basikal dahulu. Setelah meronda-ronda di kawasan tu kami pun mula keluar menuju ke Batu Pahat.


Batu Pahat
Teringat ada satu insiden di mana Anje diserang perasaan panik bila dia tak nampak kelibat aku yang sebenarnya pergi ke tandas di bahagian belakang stesyen minyak. Bila aku keluar dari tandas aku mencari dia. Kemana pulak dia ni, kenapa tak tunggu aku. 
Aku teruskan perjalanan dengan harapan akan berjumpa dia di hadapan nanti. 


Rasanya sudah lebih 10 km, masih tak nampak bayang si Anje. Aku pulas selaju 110km semua kenderaan aku cilok dengan harapan dapat mengejar tapi hampa. Ke mana pula dia ni. Mujur la mamat sorang ni dapat mencari bila sampai di lampu isyarat. Dia pun bawak motor dah macam kat litar F1. Phew.. 


Anje.. Anje.. Aku takkan tinggalkan kawan la. Kenapa la cemas sangat ni. Adoii. 

Pantai Minyak Beku
Dari bandar Batu Pahat ke Pantai Minyak Beku sejauh 11km. Jauh masuk ke dalam.
Di sini ada sejarahnya dengan perbagai versi. Aku sekadar untuk tahu cukuplah. Samada benar atau mitos, wallahu a'lam. 





Menurut pembacaan, cerita disebalik perigi Batu Pahat ini adalah mengenai tentera Siam yang tewas ketika menyerang Melaka, kemudian lari ketika dikejar oleh Bendahara Tun Perak, Bendahara Melaka,
. Mereka berhenti di sini kerana bekalan air tawar/minuman telah kehabisan. Di sebabkan itu, mereka telah menebuk batu di tebing pantai dan menjadikannya seakan-akan perigi. Perigi ini berjaya menampung air hujan untuk dijadikan bekalan air tawar atau air minuman mereka sebelum mereka meneruskan perjalanan pulang ke Siam.



Malam tu kami bermalam di Singgah Inn di bandar Muar. Hari semakin gelap dan badan pun terlalu letih kerana seharian mengharung hujan dan panas terik.

Muar

Jika sampai di Muar, kalau tak cuba rasa sarapan orang Muar rasa macam tak lengkap.


S A T E Y



Sempadan Muar / Sungai Rambai



Sungai Rambai Gerbang Selatan



Makam Tun Teja 
Sebenarnya aku dah beberapa kali datang ke sini, jadi kali ini cuma menunjukkan jalan, biar aku tunggu di pintu masuk sahaja. 


Kampung Serkam 
Saja ikut laluan kampung, nak tengok suasana kampung kelasi kapal yang viral tu. Rupanya kena masuk lagi hingga ke tepi pantai. Aku cuma ikut jalan persekutuan tanpa jelajah hingga ke hujung. Lagipun ini trip orang, nak ambik peluang tu kena menimbang-nimbang jugaklah. Insya allah di lain projek aku akan menyusur akar. 


Cantik reka bentuk masjid di Kampung Serkam ni. 


Makam Hang Jebat



Makam Hang Tuah




Pengkalan Balak

Teringat pada Abang Syaaban di PB. Terus call kata nak  datang ziarah. Alhamdulillah.



Makan durian lagi. Kali ni Abang Syaaban belanja.  Terima kasih kerana sudi meraikan kami. 



Muzium Kapal Selam



Pantai Cunang, Tanjung Sepat



Persinggahan terakhir kami adalah di Pantai Cunang. Setelah berehat menghilangkan lelah sambil melihat pemandangan matahari terbenam, kami pun bergerak pulang menuju ke rumah masing-masing. 



Maka tamatlah pengembaraan kami mengelilingi Semenanjung Malaysia termasuk sempadan Thailand dan Singapura selama 16 hari. 



No comments:

Post a Comment