Monday, February 27, 2023

Tokoh Pemimpin Muslim Di Kampot, Cambodia

USTAZ IBRAHIM

Selama 9 hari aku berkembara di bumi Kemboja, banyak benda aku pelajari, ketahui dan kenali. Salah satu adalah seorang tokoh agama di negeri Kampot.

Mari kita kenal seorang pemimpin yang berjuang untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan tak kira Muslim atau penganut Buddha. 



Beliau adalah Ustaz Haji Ibrahim. Merupakan seorang imam yang menguruskan hal ehwal agama di negeri Kampot . Di dalam negeri Kampot ada 42 buah masjid dan 42 orang imam semuanya dibawah tadbir Ustaz Ibrahim.

Di Cambodia, masyarakat muslim paling ramai adalah di Kbong Khmum. Menurut Ustaz Ibrahim di situlah syiar Islam mula-mula bertapak. Buktinya masih ada lagi menara masjid lama yg masih tinggal di tepi Sungai Mekong. 




Ustaz Ibrahim berasal dari Kbong Khmum dan berbangsa Khmer.


Ketika pemerintahan Rejim Polpot, Ustaz Ibrahim berusia 12 tahun. Beliau masih ingat kekejaman yang dilakukan oleh rejim Khmer Rough. Beliau dan rakan- rakan yg seusia dipaksa bekerja mengutip tahi lembu tanpa henti. Makan hanya diberi makan bubur nasi yang dihadkan 2 kilo untuk satu kampung.

Selama 3 tahun 8 bulan 20 hari pemerintahan rejim Khmer Rough memang sengaja memaksa orang Islam makan babi, tak boleh solat, dipaksa kerja 24 jam. Kalau didapati engkar, seluruh keluarga akan dihukum bunuh. 

Ada juga dikalangan saudara mara yg jadi talibarut melaporkan kegiatan keluarga mereka sendiri yg solat atau melakukan apa-apa ibadah kepada Rejim Polpot. Barang siapa yg menjadi tali barut akan dinaikkan pangkat atau mendapat sedikit kemudahan.

Slogan Polpot ;

“Semua burung boleh makan kecuali kapal terbang”

“Semua kaki boleh makan kecuali kaki meja/tangga.”

“Semua kepala boleh makan kecuali kepala paku.”

Semua rakyat Cambodia tak kira Buddha, Muslim atau apa sekali agama bukan sahaja mati kerana dibunuh, tetapi ramai juga yang mati kelaparan kerana tiada apa yang nak dimakan. 

Rejim Polpot akan menghapuskan semua orang yang bijak pandai, pandai berbagai bahasa atau apa saja ciri-ciri yang menampakkan orang yang bijak, hatta kalau pakai cermin mata pun dikira bijak. 

Semua masjid dijadikan gudang beras.

70% dari org Champa mati dalam era pemerintahan Rejim Polpot, yang tinggal hanya 30% kian berkembang biak hingga ke hari ini.

Muslim di Cambodia ramai di :

1. Kbong Khmom 1000 lebih

2. Kampong Chennang 

3. Kampong Cham 

4 Kampot sekitar 600 keluarga

Lain-lain negeri negeri sudah mula berkembang sedikit di sana sini.

Kini Ustaz Ibrahim mula berjinak-jinak dengan politik untuk mendapatkan kuasa suara bagi orang Muslim untuk didengar. 

Guru2 agama di Cambodia ni 70% dibayar gaji dari kerajaan selebihnya yg 30% pihak mufti/ imam-imam agama setiap negeri yang kena cari dana sendiri. Ramai juga yang mengajar secara percuma. 

Maklumat ni yang sempat aku catit, barangkali ada yang salah tulis atau aku lupa maklumat. Maklom la saraf otak dah mula lambat berhubung.

Untuk makluman, sumbangan untuk berbuka puasa bulan Ramadhan sudah dibuka. Mana lah tahu ada yg berniat nak bersedekah di Cambodia boleh terus berurusan dengan Ustaz Ibrahim. Sangat dipercayai.

Ok takat tu ja maklumat yang aku dapat tulis dan ingat 😬. Jika kurang atau salah ampun maaf sangat-sangat.

Siapa nak berkenalan dengan ustaz ni, aku tepek facebook ustaz :

Tuan Ibrahim Kampot

2 comments:

  1. salam . umat islam dimana2 ditindas skrg nih., allahuakbar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Insya allah Islam sedang bangkit di seluruh dunia.

      Delete