MENGEMBARA KE TANAH JIRAN 2024
~ LAOS ~
23hb-31hb Mei 2024
Ini adalah pengalaman aku dan 2 orang kawan memasuki negara Laos melalui pintu sempadan Chiang Khong.
Sebelum itu dah banyak dengar dan baca komen daripada pengembara bermotor yang lain mengatakan bahawa nak masuk ke Laos perlu :
1. Guna ejen dengan harga 3,000 baht- 4,000 baht seorang.
2. Pegawai Imigresen Laos hanya menerima pengesahan daripada pihak ejen walaupun sudah mempunyai permit daripada Kedutaan.
4. Ada juga yang mengatakan pegawai di sempadan Laos meminta bayaran yang tertentu.
5. Juga perlu dapatkan permit bawa masuk kenderaan di Kedutaan Laos di Kuala Lumpur. Aku pergi sendiri ke Kedutaan Laos untuk mengetahui info yang benar. Prosesnya mengambil masa 3 hari waktu bekerja dan perlu membayar rm350. Motorsikal di bawah 250cc tidak boleh masuk melalui sempadan Chiang Khong. Ini yang dinyatakan oleh pegawai kaunter urusan di Kedutaan Laos itu sendiri.
Aku buat keputusan untuk tidak buat permit sebab harga yang mahal begitu.
Rancangan untuk masuk ke Laos akan diteruskan. Kami akan cuba, tak dapat masuk pun tak mengapa, setidak-tidaknya kita rasa pengalaman sendiri.
Di hari kejadian memang masing-masing berdebar. Masing-masing diperingatkan untuk membaca doa dan sentiasa berzikir. Minta pada Allah agar urusan kami dipermudahkan dan kami mohon dijauhkan daripada terlibat dengan aktiviti sogokan.
Sampai di pintu sempadan Chiang Khong sekitar jam 9:24 pagi. Tak ramai orang.
Kemudian kami diarahkan untuk masuk ke pejabat ni.
Bawa semua dokumen : passpot, geran asal kenderaan, borang kastam, borang TM6, TM2 dan insuran. Makna kata aku ambil jalan selamat, semua aku bawa.
Serahkan dokumen yang disebut tadi kepada pegawai di kaunter ๐
Borang kastam dan TM6 tu akan dibuat pendua, kemudian dicop. Bayaran sebanyak 100 baht dikenakan.
Then, baru cop passport dan serah kan borang-borang tadi di kaunter bernombor C7
Keluar sahaja dari pintu sempadan Thailand, bersedia untuk menukar pemandu di lorong kanan.
Pemandangan di bangunan imigresen Bokeo.
Parkir motorsikal di tepi, kemudian pergi ke bahagian “Arrival Passport Control”
Untuk mendapatkan borang maklumat peribadi seperti dalam gambar. Isi semua maklumat yang diminta.
Selepas itu, bawa pasport, borang maklumat peribadi, geran motor dan borang TM6 ke kaunter imigresen untuk didaftarkan. Bayar 200baht.
Pihak kastam Laos akan mengeluarkan borang Pemeriksaan Kemasukan seperti di bawah, borang pengesahan kebenaran bawa masuk kenderaan ke negara Laos.
Selesai cop pasport, kita buat pass keizinan motorsikal berada di jalan raya sepanjang berada di negara Laos. Harganya 40 baht.
Di sini kena waspada, kerana polis pelancong Laos berlegar-legar mencari peluang. Kami hampir terkena. Polis tu minta kami masuk ke pejabatnya. Kami sedaya upaya mengelak dengan bertanya ' for what ?'we have everything done, dia tak dapat menjawab. Kemudian dia cuba pancing dengan meminta permit daripada kedutaan. Kami pun sengaja buat - buat sibuk dan terus berlalu.
Kami tak reti buat, terus pegawai di sana suruh kita ke kaunter.
Di kaunter ni lah urusan untuk membolehkan kita melepasi palang. Bayar 100 baht. Selesai semuanya kami terus ambil motorsikal dan disuruh berbaris di palang sebelum mereka melepaskan kami masuk. Mungkin untuk rekod dalam cctv.
Fuhhh. Lepas je pintu sempadan terus pecut, bimbang polis pelancong buat onar lagi.
Selamat Datang Ke Laos. Ehh..! Urusan belum selesai. Kena buat insurans dahulu. Hanya agen ni sahaja yang aku jumpa ketika itu agen Allianz Bokeo Pro .
Harga insuran untuk 7 hari ialah 39,274 kip atau rm8.43.
Kos keseluruhan untuk masuk ke Laos melalui Chiang Khong ialah 440 baht / rm 56.81+ 8.43 = rm65.24.
Bila semua dokumen dah cukup, urusan semuanya dah selesai, maka bermulalah pengembaraan mega tahun 2024. Terima kasih Allah.
Kembalikan sticker pass dan borang Pemeriksaan Kemasukan kat sini. Mereka akan lepaskan seorang demi seorang.๐
Di sini Pejabat Kastam. Bagi geran dan pasport nanti Pegawai yang bertugas akan tanya nak keluar di pintu sempadan mana. Itu sahaja.
Ucapan syukur Alhamdulillah dengan sebanyak-banyaknya kerana dengan kasih sayang Allah, urusan kami berjalan dengan lancar.
Kesimpulannya, dari pendapat peribadi aku, urusan masuk ke Laos adalah sama seperti masuk ke Thailand.
Cumanya, sekiranya masuk dengan jumlah yang ramai melebihi 5 orang, maka cara yang pantas untuk urusan di kaunter adalah dengan menggunakan khidmat agen. Para agen yang akan uruskan semuanya dengan kadar upah yang ditetapkan. Kita datang terus masuk ja. Memang bagus dan jimat masa.
Akan tetapi,
Apabila permintaan semakin banyak, lama kelamaan, urusan HARUS telah menjadi WAJIB. Maka bila peluang dah terbuka, jadilah kes-kes yang kita dengar, nak masuk mesti guna ajen. Ajen pun dah 'deal' komisyen dengan pegawai tertentu yang bertugas. Dengan rela terpaksa kita pun bayar mahal-mahal asalkan dapat masuk Laos.
Begitu lah yang aku fikir.
Satu pesanan aku;
Polis Laos rajin buat sekatan jalan raya. Terutamanya di kawasan bandar.
Waspada selalu jangan sampai langgar undang-undang jalan raya di sana. Bila ditahan berhenti dan keluarkan lesen memandu. Kalau buat salah, ngaku saja dan minta maaf. Paling tidak pun cakap kita dari Malaysia, kita tak faham. Cukuplah.
Jangan cuba-cuba nak rakam gambar atau video mereka. Cari nahas.
Ini saja lah yang aku nak kongsi dari pengalaman aku. Jika tak sama dengan perjalanan korang, itu biasalah. Cerita hidup kita memang lah tak sama.
Selamat mengembara !
No comments:
Post a Comment