Hari ke sepuluh - 15/4/2015
Masjid Keputeraan Paloh 2 - Kuala Krai ( 70 km )
Burr.. sejuknya. Keluar ja dari masjid tengok keadaan sekeliling berkabus. Macam kat Laos pulak ~ wee. Nak mulakan kayuhan pun kaki rasa ketat ja. Kejang.
Masjid Keputeraan Paloh 2
pandangan dari arah hadapan |
Memasuki daerah Kuala Krai Selatan - nampak bekas banjir tahun lepas masih tidak ada perubahan.
Siapa pernah makan putu ? tapi hok yang ni lain sikit. Masa aku berhenti untuk membeli, tak de la kesah sangat, cuma kesahkan dengan warna dia ja yang warna kuning. Aku ingat sama ja semua putu. Biasa yang aku pernah jumpa warna putih dan hijau daun pandan. Bau sedap. Bila aku makan ada rasa ubi. Eh ? ni putu apa ni. Inilah pertama kali aku jumpa dan rasa. Putu ni menjadi hidangan makan tengahari aku. Kenyang jugak lah sampai ke petang.
Putu Halba |
Lepas solat zohor, aku pun duduk je la kat ruang solat wanita. Tak lama tu hujan turun mencurah-curah, itu aku rasa macam membuka peluang yang cerah untuk aku mendapat keizinan bermalam kat situ. Ngeh..ngeh..ngeh. (Allah maha tahu ). Tiba-tiba sorang lelaki masuk ke ruang solat wanita dengan membawa besen untuk menampung air hujan yang menitik masuk ke dalam masjid. Bumbung masjid bocor rupanya.
Aku tak lepas peluang untuk bertanya siapa yang menjaga masjid ni. Dia memperkenalkan diri sebagai bilal kat masjid Guchil ni. Sambil menunggu hujan reda dia bercerita tentang kisah masjid ni yang pernah menjadi 'basecamp' untuk penempatan mangsa banjir tahun lepas. Dulu masjid ni asalnya dibina menggunakan kayu, tapi sekarang sudah berubah wajah menjadi masjid batu yang besar dan cantik. Jangan tak tahu, siap ada cctv lagi kat ruang solat. Mula-mula aku tak perasan, bila baca peringatan yang ditampal di dinding masjid aku terkedu. Alamak. Tadi aku dok tukar seluar dan tudung kira masuk dalam cctv lah..CHoi !.
Masa yang panjang aku gunakan untuk membasuh pakaian. Senang hati, kalau tak aku rimas dengan baju yang berbau. Sehingga selesai solat Isyaq, aku masih bertahan kerana keletihan dan mengantuk. Bila semua jemaah dah balik, bilal tadi datang menunjukkan aku tempat untuk berehat. Dia suruh aku tidur di ruang tingkat atas. Kalau ada apa-apa boleh terus panggil dia. ~ siap bagi no talipon. Hik hik.
Aku naik atas, pasang kipas laju-laju, masuk dalam sleeping beg terus pejam mata. ~ pening kepala lor.
Mintak maaf la 'penjaga' masjid kalau aku tidur lena sangat sampai tak peduli kot-kot ada usikan nakal dari kamu. Aku tak sedar. Zzz :p
Cerita esoknya..
No comments:
Post a Comment