Gass ke Dunia Tersembunyi
6hb-20hb Disember 2017
3 Unit 4 Jiwa
Loen Dari Malaya
~~~~
Loen Dari Malaya
~~~~
A C E H
Hrm.
Apa yang aku tahu tentang Aceh hanyalah tentang Tsunami
tahun 2004.
Apa lagi ada kat sana eh ?
Owh titik 0KM yang terletak di Pulau Weh.
Lagi ?
Ramainya orang Aceh bermastautin dan ada juga yang menjadi
penduduk tetap di MY. Kedai-kedai di kampung aku juga banyak yang dimiliki oleh
orang Aceh. Termasuk penyewa rumah sewa aku ada orang Aceh juga.
Itu je ke ?
Tidak juga, cerita Cut Nyak Dhien, sri kandi paling digeruni
suatu ketika dulu pun berasal dari Aceh.
Owh, dan lagi, tentang sejarah kedatangan Islam dan terdapatnya banyak
tanda-tanda terutamanya batu nisan yang dijumpai di Tanah Melayu.
Jadi apa lagi yang menarik ada di ACEH ni ?
Entah. Pasal itulah aku jadi teruja nak tahu dengan lebih lanjut
tentang negeri ini.
Apabila dipelawa oleh Ija dan Wak untuk berkembara ke sana,
aku tidak berfikir panjang terus bersetuju tetapi tenang (sebab kalau
beriya-iya nanti bimbang tak jadi). Bermula hari itu aku berusaha mengumpul
duit dengan jumlah yang telah diberitahu RM1.3k.
Gila kentang ! baru balik
Vietnam, selang 2 bulan nak terbang lagi ke Indonesia.
Mana kau nak korek duit.
Puasalah. Uhf !
Allah maha baik dan pemurah. Dipermudahkan segala urusan.
Alhamdulillah.
Perancangan awal, sepatutnya berkembara menggunakan basikal,
aku punyalah stres sebab dah membayangkan azab menghadap beribu bukit nanti,
akan tetapi setelah difikir dan dicongak akhirnya Wak membuat keputusan untuk
menyewa motorsikal sahaja. Masa tu aku bahagia berkali-kali. Sengeh ja.
Yee
hah.
Mendekati hari kejadian, aku selesaikan segala urusan
keperluan di rumah, keperluan anak-anak, keperluan kucing-kucing, keperluan
penyewa-penyewa jangan ada masalah berbangkit ketika aku tiada nanti. Aku nak
mengembara dengan tenang, gembira dah bebas.
Oke GO !
Malam 5hb Disember 2017
Ini King Hassan.
Malam 5hb Disember 2017
Ini King Hassan.
King menjemput aku di rumah setelah dia menjemput Ija, Wak dan Naqi dari Taman Perepat. King, seorang sahabat yang terlalu baik budinya sanggup menghantar kami hingga ke KLIA2. Memang tahu, King terkilan tak dapat nak ikut serta dalam pengembaraan ini atas sebab tidak dapat cuti sehingga 15 hari. Walaupun tak dapat ikut, tolong hantar pun jadilah. Sekurang-kurangnya dapat merasa aura kembara. Terima kasih King. Jangan berduka tau, ada rezeki kita komplot kembara lagi ya.
Penerbangan AK423 KUL-BTJ ditetapkan pada 6hb jam 0740, jadi
biarlah datang awal supaya tidak kelam kabut ketika nak daftar masuk nanti. Beg-beg pun siap dibungkus (wrap) untuk
keselamatan. Harga mengikut berat sesuatu bag. Senarai harga ada tertera di dalam kiosk tersebut.
Kali ini, aku hanya menjadi ‘follower’ sahaja. Segala urusan
tiket, penyewaan motorsikal, perancangan perjalanan, lokasi henti, makan dan
minum semua dibawah selia Ija dan Wak. Selalunya, jika aku ingin mengembara,
aku akan membuat kaji selidik melalui Wikipedia, wikitravel dan peta supaya aku
jelas ke mana hala tuju nanti. Kali ni satu hapa aku tak buat. Relak ja. Kerana
aku amat percaya.
Set dalam minda, -> I will follow you, just follow you.
Ini trip orang, maka aku harus hormat.
Dalam penerbangan aku dihidangkan dengan lasagna ayam & air kopi oleh pramugari bertugas. Kira boleh la sarapan pagi macam orang
ada-ada. Bila lagi kan? Ehem. Selama 1 jam 30 minit aku di udara melayan jiwa
dengan pemandangan kepul-kepul awan putih
yang terbentang luas.
Subhanallah. Ketika menghampiri Banda Aceh, kelihatan Gunung Seulawah yang
ditutup awan puncaknya menyambut kedatangan aku. Cantiknya awak.
Keluar dari pintu pelepasan, aku rasa aku masih lagi di
MY. Mata aku nampak orang yang sama
kulit dengan aku, muka lebih kurang macam aku, berpakaian macam aku, cuma
bahasanya agak asing.
Walaupun ada pemandu teksi yang menawarkan perkhidmatan,
tetapi tidak sekecoh di tettttt… ahaks. Tiada tekanan. Di sini harga perjalanan
antara lokasi telah ditetapkan.
Ke mana ke kita ? Peuuyoh ke rumah Santi dulu.
Jaraknya 14km, umpama dari rumah aku ke pekan Klang.
Ini Fahrijal, beliau seorang pemandu teksi yang dipilih untuk membawa kami ke rumah Santi.
No Tel : +62 813-6036-1211
Orangnya bagus, banyak informasi kami dapat tentang kejadian
Tsunami apabila ditanya. Tenang bila bercerita. Dalam bab bertanya, memang aku ‘failed’.
Aku ni kurang peramah, kerana itu bahagian ini aku serahkan kepada Wak dan Ija.
Aku sebagai pemerhati dan tukang merekodkan
maklumat sahaja.
Sepanjang perjalanan, laluannya sangat redup. Dipayungi
dengan pokok- pokok yang rendang bertindak seakan bumbung.
Tidak semena-mena Fahrijal memberhentikan keretanya ke suatu tempat bersejarah.
Monumen Tsunami Kuburan Masal Siron.
Menurut Fahrijal, di sinilah salah satu tempat, mayat-mayat
yang terkorban dikebumikan dengan 7
lapisan.
Tidak kelihatan satu pun batu tanda sebagai nisan, ia lebih
seperti sebuah taman yang sunyi. Tiada apa yang mampu aku berikan, cuma
menghadiah kan bacaan Al-fatihah dan sedikit sumbangan ke dalam kotak yang
disediakan di situ. Al-fatihah.
Ibu-ibu ini lah yang menjadi pejuang kebersihan di bandar ini. Di tengah kesesakan trafik, mereka menjalankan tugas dengan gigih. Aceh bandarnya bersih.
Kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah Santi yang
terletak di Lhong Raya. Agak keliru juga kata Ija kerana sudah banyak berlaku
perubahan. Sekitar jam 09.45, kami tiba di hadapan kediaman Santi.
Aihh.. kecil ja orangnya. “Kecil-kecil cili padi oi. Pulau
Weh sudah ditakluk dengan basikal besi 7 'speeds'.
Kau mampu ?”
Dengan basikal ? TAK HINGIN.
Sejurus tiba ke kediaman Santi, terus dihidangkan kami dengan kueh dan masakan asli Aceh. Macam-macam benda yang aku tak pernah tengok dan makan disuruh rasa.
Kue Timphan Asoe Kaya- Bahannya menggunakan tepung beras, labu, telur, nangka santan, gula dan garam. Kulit daun pisang tu pun dipilih menggunakan daun di bahagian pucuk yang masih bergulung.
Kolang Kaling – Buah nipah yang direbus dengan air kelapa, pati daun pandan menjadi pewarna dan dimasak dengan gula.
Ada beberapa buah yang begitu asing pada aku seperti buah linggey @ batok. Kulitnya keras seperti kelapa. Nak buka perlu diketuk. Isinya masam dan bertekstur lembut.
Begitu juga buah kelubi ni. Kulitnya macam buah salak. Di sini panggil buah Meria. Masam jugak. Eiuu.
Kuah Plik U`u – kuah yang menggunakan tahi minyak kelapa, dicampur dengan banyak sayur dan ulam terutama buah malinjau. Biasa kita makan siput sedut masak lemak cili api, dia specis siput sedut juga tapi berwarna hitam yang terdapat di antara sungai dan laut. Siput ni dipanggil ‘Chu’
Satu lagi masakan yang mesti ada setiap hari. Kalau kat sini macam ikan masak asam rebus. Kita punya kuah cair, tapi di sana kuahnya pekat sebab menggunakan asam belimbing yang dijemur kering. Memang sedap. Boleh masuklah dalam tekak aku.
Semua masakan ini dibuat secara asli dan alami. Maksudnya; kalau nak santan memang kena petik, kopek, parut kelapa dan perah. Nak tahi minyak, kau parut, kau perah, kau masak lah santan tu sampai jadi tahi minyak. Rempah dan cili, sila giling sampai lumat ya. Di situlah terletaknya rasa kesedapannya. Dibuat dengan kesungguhan dan penuh rasa kaseh sayang. Masakan ni tidak ada jual kat kedai makan. Dicatit tu !
Lepas makan, kami keluar untuk membeli sim kad bagi memudahkan urusan perkhabaran ke MY, tidak lupa barang yang paling penting, gas butane dan ada jugak yang membeli barangan EIGER. Yang pastinya itu bukan aku. Auum.
Di Sumatera khasnya (Indonesia bahagian lain aku tak tahu sebab belum pergi lagi), apa-apa acara, mereka akan buat papan bunga macam ni sebagai hadiah ucap selamat. Papan bunga ini akan diletakkan di tepi jalan.
Untuk hari pertama 6hb Disember, kami akan menginap di rumah
Santi bagi menguruskan beberapa hal seperti menyediakan barang keperluan untuk kembara
pada hari esok yakni 7hb, menguruskan penyewaan motorsikal dan membiasakan diri dengan perjalanan trafik di sini, sebelum memulakan perjalanan jauh.
Kesempatan ini aku ambil untuk mencari poskad dan pejabat
pos dahulu. Ia menjadi satu ‘habit’ pulak
bila aku mengembara.
Puas mencari kedai menjual poskad, memang tak ada. Pelik. Akhirnya Santi membawa aku ke Dinas Pariwisata dan Kebudayaan, ia sama dengan Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan jika di MY.
Di sana sahaja yang mengeluarkan poskad untuk seluruh Aceh. Ketika ini, poskad terbaru belum lagi dicetak. Aku sedikit terkilan.
TAPI,
Adat, Adab dan Budaya orang Aceh menyantuni tetamu ialah seboleh-bolehnya akan memberi apa sahaja yang mereka ada untuk meraikan tetamu.
Aku ditanya;
Kamu mahu apa ? Jika uwang, kamu lebih banyak uwang dari kami.
Katakan, kamu mahu apa ?
Erk ! hah ? aku ‘blur’. Sebab aku memang tak faham. Mujur ada Santi yang menerangkan situasi itu.
Aku terus jawab; Saya cuma mahu poskad (kartu pos) yang melambangkan tempat pelancongan di Aceh untuk dibawa pulang ke MY sebagai cenderahati. Itu sahaja.
Nah ! tanpa berlengah lagi, bapak kepala di situ mengarahkan pekerjanya mencari saki baki poskad di dalam stor. Rezeki aku, cuma tinggal 3 keping sahaja. Pun bolehh ~wee
Berapa harganya ni ?
Ambil saja. Gratis.
Kemudian, pekerjanya datang lagi dan memberikan aku sebuah
bag dan 3 buah kipas kecil jahitan tangan. Eh, dapat lagi. Ehem.
Keluar saja dari situ aku terus ajak Santi ke pejabat
pos untuk aku hantar poskad tadi ke MY.
Aha, tengok stemnya pun aku dah seronok. Di Aceh, wanita lebih diangkat
kedudukannya kerana keberanian mereka
setanding pejuang tersohor Aceh, Cut
Nyak Dien. Siapa dia ? Nanti aku cerita.
Di hadapan pejabat pos ada taman kecil yang mempamirkan sebuah peti pos besi yang telah dibina pada tahun 1911.
Ada sajak yang ditulis di plat tersebut ;
Baktiku jauh sebelum merdeka
Dalam melayari Aceh tercinta
Sekarang diteruskan oleh yang muda
Dengan bentuk yang berbeda.
Setelah aku tidak berbakti
Cukup lama aku menanti
Untuk dapat melihat lagi
Wajah Aceh masa kini
Tubuhku masih perkasa
Untuk dipajang atau berjaga
Janganlah lupa untuk dipelihara
Kerana menambah sapta pesona.
Selepas Maghrib, Mr Agus, agen penyewaan motorsikal datang
untuk menyerahkan motorsikal . Pengurusannya begitu rasmi sekali. Ini nombor taliponnya, jika ada yang berminat untuk
menggunakan perkhidmatan motor sewa di Banda Aceh. No tel : +62 813-7590-8756
Sehari 150,000rp/+-rm45 selama 13 hari = 1,950,000.00 / RM585. Harganya berbeza mengikut lokasi yang ingin kita pergi. Jika mahu bawa motor keluar dari kawasan Banda Aceh, harganya seperti yang tertulis. Sekiranya mahu pusing-pusing bandar sahaja harganya lebih murah. Apapun lebih elok berbincang dahulu
Dalam hujan, kami didatangi teman di Aceh bernama Mahendra Mahdi, banyak juga info menarik yang diceritakan beliau.Makan malam kami beliau yang belanja. Terima kasih.
kopi campuran daun kat seluar aku |
Mula-mula aku agak ragu-ragu nak minum kopi tu, tapi bila difikirkan kopi ni ‘rare’,
entah bila nak dapat rasa, maka aku tutup
mata tahan nafas je la. Tegok jugak. Koh
Koh Koh. Mungkin pada tekak Ija, Wak dan Naqi rasa biasa. Tapi pada aku yang
sangat jarang minum kopi memang terasa sesuatu. Sejujurnya aku rasa ada berangin
macam ubat batuk. Hahaha. Sungguh ! Lepas tu memang terasa kepala pening sikit.
Jom la balik, nak tidur. Esok nak mula gass. Huhu.
Sambungannya ketik di sini
No comments:
Post a Comment