Gass ke Dunia Tersembunyi
6hb-20hb Disember 2017
Ahad, 10hb Disember 2017
Pagi ini kami menumpang mandi di masjid Al- Munawwarah. Di situ lebih selesa. Macam biasa, tugas meminta izin ni diserahkan pada yang pakar, Wak Rahim (bukan nama sebenar). Yang lain bersiap sedia sahaja nak menerjah bilik air. Strategi lagi tu.
Banyak tugu dan mercu tanda dibina di setiap bulatan. Yang ini terletak di pintu masuk Komplek Kantor Bupati Aceh Jaya.
Sepanjang aku menjelajah di Aceh, masjid-masjid terlalu banyak dibina. Tak terbilang. Gambar di bawah menunjukkan lokasi masjid di Desa Keudu Krueng Sabee sahaja. Itu belum desa, pekan dan bandar lain. Kedudukannya terlalu hampir. Masjidnya pula besar dan cantik.
Melintasi satu permukiman kecil yang bernama Kuala Bubon, Samatiga. Kami berhenti di atas jambatan untuk melihat pemandangan persekitarannya yang begitu menarik. Jambatan ini sepanjang 105 meter merupakan jambatan terindah dan jambatan kedua terpanjang di Aceh. Kedudukannya di muara sungai berhadapan dengan pantai dan laut, menambahkan lagi keindahannya
Kuala Bubon pernah hancur musnah dihentam badai Tsunami, kini mukim ini sedang pesat membangun terutama dari segi penghasilan tangkapan ikan terbesar di daerah Meulaboh dan pelancongan.
Bukan itu sahaja, di sini terdapat banyak rumah yang posisinya dibina di atas air. Antara sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain dihubungkan dengan jambatan kayu. Macam kat Pulau Ketam, Port Klang. Saiz rumahnya juga seragam dan dicat dengan perbagai warna. Di tepi rumah terikat perahu nelayan. Itu yang jadi tarikan jika kita lihat dari jauh. Cantik. Menurut sumber internet, dahulu jika mahu menuju ke Meulaboh, harus menggunakan jasa perahu untuk menyeberang. Sekarang sudah ada jambatan. Malangnya kami tidak berhenti lama untuk lebih mengenali kehidupan masyarakat setempat.
Katanya ada pemilihan jawatan Pak Keuchik Aku syorkan
Ija masuk ke kawasan khemah tu
untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Apa itu Pak Keuchik ? Di MY pangkatnya seperti Tok Penghulu. Di sini, Tok Penghulu dipilih warga kampung.
Bila nak menulis blog ni, aku tengok dalam google map macam padat ja penempatannya. Ada Masjid Agung Baitul Makmur, ada bank. Aik ? Apasal aku tak nampak masjid punya besar kat tepi jalan ? Barangkali ada perasan, tapi mungkin tak tahu yang sebenarnya sedang memasuki bandar Meulabuh. Bawak motorsikal laju sangat ke ? Banyak kenderaan hingga perlu penumpuan yang bersungguh ke ? Allahu akbar ! Aku ni dah kenapa ?
Ija, Wak dan Naqi pun tak ada rakam apa-apa tentang bandar Meulaboh. Mungkin mereka nampak, tapi buat tak kesah sebab alasan yang sama juga macam aku, tak tahu sedang memasuki bandar Meulaboh.
Perjalanan diteruskan.
Lima belas minit kemudian, sekali lagi keadaan jalan menjadi begitu
sesak. Nampak asap, nyalaan api dan kayu di atas jalan. Ramai orang berkumpul
melihat kejadian itu. Kelihatan juga polis siap siaga dengan selaras senapang di tangan. Ada apa an nih ? Aku segera mengeluarkan kamera, sebelah
tangan masih mengawal pemanduan. Sebab
ada polis, aku rasa cuak sedikit jika perbuatan aku dianggap salah. Dengan
pantas aku halakan lensa secara rambang
dan klik. Kemudian terus sembunyikan
kamera semula. Fuh, dapat juga gambar jelas.
Kami meneruskan perjalanan
tanpa mengetahui apakah itu, sehingga melalui sebuah kampong yang rata-rata menjual buah-buahan di hadapan rumah.
Wak dan Ija ternampak buah ciku bersusun cantik lalu
mengajak aku dan Naqi berhenti rehat
dahulu.
Bila tahu kami datang dari MY, terus mereka memanggil anak-anak mereka. Katanya
Kak Ros , Upin dan Ipin sudah datang. Di mana sahaja kami pergi, hatta di ceruk
kampung paling hujung, Upin Ipin sudah jadi fenomena. Luar biasa sekali !
Wak memang rajin,
lagi-lagi kalau ada anak dara, dia akan terlebih lagi rajin. Anak dara pulak cikgu sekolah. Semua
kerja dia nak tolong. Oleh kerana Wak begitu peramah, kami diberikan rambutan
percuma untuk bekalan dalam perjalanan. Alhamdulillah. Bijak Wak Rahim
memainkan peranannya. Kah.
Di kesempatan itu juga Wak mula bertanyakan kepada si
penjual tentang kejadian pembakaran dia
atas jalan raya tadi. Menurut mereka,
jika ada kemalangan maut, darah orang yang mengalir di atas jalan akan dibakar
supaya tidak mengundang kecelakaan di masa akan datang.
Oo ingatkan ada rusuhan.
Kami tiba di simpang ke Babahrot agak awal. Mengikut perancangan Ija, kami memang perlu tidur di situ sebab keesokkan harinya sudah mula memasuki Trangon jalur lintas pergunungan pula. Aku memerhatikan keadaan sekeliling perkampungannya agak lesu. Masjidnya juga dalam pembinaan. Erk, kita nak tidur kat mana ni ?
Kami tiba di simpang ke Babahrot agak awal. Mengikut perancangan Ija, kami memang perlu tidur di situ sebab keesokkan harinya sudah mula memasuki Trangon jalur lintas pergunungan pula. Aku memerhatikan keadaan sekeliling perkampungannya agak lesu. Masjidnya juga dalam pembinaan. Erk, kita nak tidur kat mana ni ?
Mod pencarian
diaktifkan.
Motorsikal dihalakan
mengikut jalan ke Blang Pidie, berpusing-pusing tanpa tujuan. Sambil mata
meninjau-ninjau jika ada lokasi yang sesuai. Wak mengambil keputusan untuk
berhenti makan tengahari dahulu. Kami berhenti di rumah makan yang terdapat beberapa buah lori sedang
diparkirkan di hadapannya. Rupanya rumah makan itu memang tempat hentian rehat bagi pemandu lori yang berulang alik ke
bandar berdekatan. Di sebelahnya terdapat tempat rehat terbuka yang dibina
bertingkat. Aku mengambil peluang untuk tumpang menunaikan solat sambil mula memeriksa
; tandas ada, air dalam kolah penuh, tempat rehat di tingkat atas luas, ada tikar
dan yang paling penting ada ‘power plug’. Oke lulus !
Keizinan menginap sudah diberi, tapi masa terlalu banyak
untuk disia-siakan. Kami mengambil
keputusan untuk berjalan-jalan melihat pekan kecil Blang Pidie yang berada
beberapa kilometer sahaja. Naqi sudah
lama hilang dari pandangan mencari Pertamina untuk mengisi minyak sebagai persediaan laluan
pergunungan keesokkan hari.
Dari jauh nampak orang menjual ikan kelah di tepi jambatan.
Ija teringin sangat nak rasa, tapi bila tanya harganya membuatkan Wak perlu
berfikir dua kali. Memanglah harga yang ditawarkan murah sangat kalau nak
dibandingkan di MY, tapi sebab wang di saku yang tidak membenarkan pengeluaran
berlebihan .Wak terus berlalu pergi dan Ija hanya mampu berhuhu sahaja.
Tayar motorsikal Wak kurang angin, jadi dia singgah di
bengkel untuk menggantikan tiub baharu. Sambil menunggu aku dan Ija duduk di kedai membuat mee Aceh. Aku perhatikan cara pembuatannya. Kerana
ingin tahu, aku bertanya mengenai tepung yang digunakan. “ Tepung trigu”, jawab pengusaha tu.
“Eh eh tinggalkan kedai macam tu je ke ?”
“Ngak apa-apa, ngantar sebentar saja”.
Owh ok. Aku membuat kesimpulan, patutlah orang Aceh kat MY
maju perniagaannya. Semua kerja dia buat dan rajin pulak tu. Muda-muda dah ada
kedai sendiri walau hanya menjual mee. Hrm.
Kami kembali semula ke tempat penginapan, Naqi sedang tidur. Aku mencari ruang pribadi untuk membentangkan alas tidur setelah membersihkan diri sementara menunggu masuknya waktu solat maghrib.
Wak pula bersedia
memulakan peranannya sebagai chef. Badan
dah penat, ada orang sediakan makanan . Gila tak bahagia. Aku tersengeh -sengeh
sambil goyang-goyang kaki. Tengok kaki
Ija dan kaki aku. Kami mengkakikan kepala wak secara berjamaah. Ha Ha Ha !
Setiap hari kami tidak pernah gagal untuk bangun awal, selepas solat subuh kami terus
bergerak dari penginapan menuju ke simpang ke Trangon. Dalam kesamaran dinihari,
kami berselisih dengan seorang warga
tempatan yang sedang berjalan ke kebun tanpa memakai kasut. Wak memberhentikan motorsikalnya. Aku
dibelakang tidak mendengar dengan jelas
apa yang dibualkan. Hanya terdengar “berjalan
tanpa kasut untuk menjaga kesihatan”.
Kasutnya ada dalam bakul. Menurut Wak suara bapak itu sungguh sedap dan lemah lembut.
Dari raut wajahnya pun aku nampak tenang dan manis.
Cuaca pagi ketika itu sungguh dingin. Apalagi bila menentang
angin. Kabus kelihatan berkepul-kepul menutupi kanopi hutan.
Jalan rayanya juga bagus dan agak sunyi. Beginilah rupa jalan Gayo Lues yang menghubungkan antara Babahrot , Tongra hingga ke Trangon . Laluan ini juga masih dalam pembinaan melintasi kawasan Balai Besar Taman Nasional Gunung Leuser.
Cuba teka kenapa Naqi tersengeh ? Nampak tak apa yang Naqi dan aku nampak ?
B I N G O !
Seni Kerawang Gayo dipamirkan di bahagian atap bermotifkan Awan larat @ Awan berarak
Sengaja bertanyakan arah jalan pada kakak yang sedang duduk bersantai di tepi jalan. Itu cara Wak untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan. Kalau dia bagi lagi ayat power mau dapat sebiji sorang buah durian dalam kereta sorong tu. Aku rasalah, Wak tak nampak buah durian tu kot. Aku rasa ja.
Jalan rayanya juga bagus dan agak sunyi. Beginilah rupa jalan Gayo Lues yang menghubungkan antara Babahrot , Tongra hingga ke Trangon . Laluan ini juga masih dalam pembinaan melintasi kawasan Balai Besar Taman Nasional Gunung Leuser.
Nantikan aksi “ one rider down , twice “
Memandangkan kami belum bersarapan, sudah semestinyalah kami
berhenti untuk mengambil sesuatu sebagai alas perut.
Menunya cuma ada pop mee dan mee rebus. Uhf. Aku sekadar memesan kopi
paket kapucino cicah biskut. Ija dan Naqi makan mee rebus. Wak masuk ke
dapur mintak makan nasi lauk kobis goreng dan ikan masin. Sebenarnya itu sarapan
tokey kedai untuk keluarganya. Ahh.. takkan tak kenal Wak. Apa benda yang dia
tak boleh dapat. Katanya nak merasa masakan orang tempatan menggunakan dapur
kayu. Baru seru. Lantak la Wak !
Jalan tanah merah berbatu kerikil terus dihidangkan
sepanjang laluan. Aku terpaksa berhati-hati apabila mendaki atau menuruni bukit yang curam,
bimbang tayar dan brek tidak mampu mencengkam
, akibatnya mengelongsur ke bawah semula nanti. Ketajaman batu kerikil juga
harus aku awasi, jangan merosakkan tayar dan tiub nanti. Tengah hutan belantara
mana nak cari bengkel oi.
Kerana sukar untuk mendaki dengan bebanan, Wak terpaksa menurunkan bag, kemudian berpatah semula untuk mengambil Ija yang terpaksa turun berjalan kaki.
Jumpa lagi satu kawasan rehat di atas puncak gunung. Ada
wakaf dan musolla serta warkop.
Lihat lah Naqi, tersenyum lebar apabila menghadapi jalan begini. Seronok dia dengan gaya 10 goyang inul.
Korang apa tau !
KALAUlah.. Huh.
Kami meneruskan perjalanan menuruni bukit yang curam dan di
hadapannya ada selekoh. Kus semangat ! Tanjat kita. Aku dah cuak . Aku tengok ada jambatan yang masih
dalam pembinaan. Naqi dah lepas dahulu. Camana nak lalu ni ? sebelah kiri berlubang, jadi aku kena pilih
yang sebelah kanan. Tanah pulak lembik, silap perkiraan mahu aku tergolek.
Waduhh !
Mahu tidak mahu aku harung jugak, lepas !
Alhamdulillah.Phews.
Di sini lah kisah cinta bermula. Aku mengikut rentak Naqi di hadapan sambil
mengelak lopak pada kecuraman 45 darjah. Cukup berhati-hati untuk tidak jatuh.
Entah macamana ketika mengelak alur lopak aku boleh terlebih pulas ( ketika itu gear
1), Nah ! sekelip mata, aku terlepas 'handle' motorsikal dan terus aku melompat. Cit.
One rider down. Ting ! ting !
One rider down. Ting ! ting !
Lecce.
Semangat aku mula hilang 20%. Demi semangat Cut Nyak Dhien, aku teruskan jugak tunggangan dengan hati bergetar. Heh heh heh.
Kemudian lalu pula
jalan yang mempunyai alur air. Aku pilih lalu dalam air kerana aku yakin ianya
tidak licin berbanding jalan tanah lembik dan becak. Sebaik keluar sahaja dari
laluan air, tayar belakang aku membuang.
Nah ! aku melompat untuk kali kedua. Aduh ! Aku hilang semangat lagi. Aku rasa masalah
sebenar adalah dari tayar motor belakang yang botak. Mana mungkin aku buat
kesilapan lebih dari sekali. TIDAK MUNGKIN. Eheks.
One rider down, twice . Ting ! ting !
Huh.
Hello, aku bukan rider oke. Aku hanya seketul macik kentin
yang menunggang motorsikal ulang alik
pergi pasar ja.
Tombiruo bilang ; "kau Hilang semangat lagi ".
Asal jumpa jalan tanah merah ja
aku dah owh man ! Bila mau habis daa.
Yang sebenarnya aku risaukan motorsikal ja. Kalaupun aku
jatuh, benda pertama sekali aku periksa adalah keadaan motor. Aku luka tak apa,
jangan motor yang luka. Kopak kocek aku kang. Dah la datang bawak duit
cukup-cukup, tak lebih tak kurang. Masuk buku 555 lagi ada lah. Ngerti ?
Kami ada berselisih dengan penduduk yang bekerja sebagai buruh binaan di laluan ini. Cuba perhatikan motorsikalnya.
Bekal makanan dia sempoi ja. Ini baru dinamakan gantung ikat tepi.
Kami selamat tiba di pintu gerbang perbatasan Blang Kejeren. Kelihatan
dua buah motorsikal melewati kami yang terdiri dari pasangan suami/isteri,
masing-masing mengendong anak kecil. Kami
melambaikan tangan tanda selamat jalan.
Di sini tak perlu risau tentang tempat untuk menunaikan
ibadah. Asal ada punca air, di situ akan ada pondok kecil untuk menunaikan
solat. Untuk dijadikan tempat bermalam pun boleh cumanya, harus berhati-hati.
Haiwan liar masih banyak di sini. Aumm.
Buktinya dapat dirakamkan dari kamera Wak. Ketika itu aku dan Naqi telah mendahului
Wak di hadapan. Menurut Ija, sebaik sahaja kami lalu, seekor
haiwan berwarna hitam keluar dari tepi hutan sambil memandang ke arah Wak,
kemudian terus menyelinap masuk ke semak dan
terus hilang. Bila di selidik
dengan ranger perhutanan, ternyata itu adalah harimau akar. Rezeki di siang
hari.
Jam sudah menunjukkan 1138. Cuaca makin terang dan panas.
Berhenti sebentar di kedai berhadapan Pos Perbatasan Blang Kejeren untuk
menambah jumlah minyak dan membeli air minuman.
Sambil itu Ija dan Wak bertanyakan tentang laluan seterusnya kepada
pemilik kedai itu.
Beginilah cari kami mengembara. Lebih gemar menggunakan GPS
(Guna Penduduk Setempat) dalam mencari laluan, lokasi-lokasi menarik atau
cerita yang tersembunyi. Itulah yang akan memberi pengisian ilmu yang bermakna
dalam sesuatu kembara. Secara tidak langsung, kita akan lebih memahami budaya
peradaban mereka yang tidak pernah kita ketahui.
Cuba lihat anak kecil ini, raut wajahnya begitu redup.
Kening dan alisnya tebal serta hitam menunjukkan ciri-ciri asli orang Gayo .
Aku ingat kenapa dia buka peti ais kemudian duduk diam terkelip-kelip matanya
melihat kami. Rupanya nak kurangkan rasa bahang dek cuaca panas. Cerdik.
Sudah memasuki kawasan perkampungan Bukut, Terangon
Gayo Lues. Pemandangan pun super duper cantik. Tulis panjang berjela tak guna, biar gambar yang berbicara.
Tengoklah betapa hebatnya Allah dengan ciptaannya yang
begitu teliti dan teratur menjadikan pemandangan begitu
menakjubkan. Gunung ganang sebagai latar belakang, dihiasi dengan
pokok pain, disalirkan sebatang sungai untuk mengairi petak-petak sawah. Sawah
pulak bertingkek-tingkek. Pokok kelapa sebagai penyeri. Subhanallah, Masya Allah, Tabarakallah. Ini di Blang Kala.
Pokok padi yang ditanam oleh penduduk di sini tidak serentak. Macam di Blang Kala, padinya baru menghijau, tetapi di Kampung Garut sudah pun boleh dituai. Padahal jarak antara keduanya cuma 4 km sahaja. Seluruh penduduk Kampung Garut keluar bergotong royong bersama-sama membantu
menuai padi. Tak kira tua, muda dan kanak-kanak, kelihatan mereka melakukannya
dengan riang gembira. Kita yang tengok pun teruja, macam ada pesta pulak.
Kampung Penosan, Blang Jerango jam 1600. Kedinginan mulai terasa. Wah, lihat itu, kelihatan jajaran gunung seakan benteng yang kukuh memagari lembah. Kiri kanan tanaman padi sedang menghijau, saluran air kecil dibina bersebelahan batas sawah untuk mengalirkan air dari gunung untuk keperluan masyarakat, tanaman serta haiwan ternakan.
Ini lah pintu masuk jika kita nak mendaki ke Gunung
Leuser yang berketinggian 3,404 meter dari aras laut. Gunung Leuser terletak di
dalam Taman Nasional Gunung Leuser, yang mana Taman Nasional ini menjadi Tapak
Warisan Dunia UNESCO.
Untuk malam ke 6 kami akan bermalam di sebuah pondok berdekatan dengan sebuah jeram berlatar belakangkan jajaran banjaran Gunung Lueser
Macam biasa, Wak pakar masak, Naqi pakar buat air. Ija tukang hidang. Dah siap aku tukang makan. Jangan bangkang ! hahaha.
Anak siapa lah tu, sejuk perut mak dia. Alhamdulillah. 'Still Single and Available'. Berminat ? Oke go !
Tengah malam sejuk terlampau, dengan hujan di ketinggian entah berapa ribu kaki aras laut ni aku tak tahu. Perut pulak tak sedap. Terpaksa turun dalam gelap-gelap tu pergi tandas. Anjing pemilik tempat ni memang sentiasa berkeliaran, kemudian melolong macam nampak hantu. Aku yang dalam keterpaksaan ni dah tak kesah dengan semua tu, jalan terus. Sampai depan pintu bilik air. Kus semangat ! betul- betul terkejut bila seekor katak besar duduk depan pintu. Ketinggian dia kira-kira sejengkal tangan aku. Kalau dah tinggi macam itu, besar dia korang mesti boleh agak. Besar betul haiwan kat sini. Dulu pernah tengok masa kat Kenaboi, Negeri Sembilan.
Ala, ni yang lemah ni, geli ! Macamana nak halau. Perut memang tengah sakit tahap maksima. Ahhh. Lantak ah, aku buka ja pintu, jadi katak tu pun tertolak ke belakang. Geli campak tepi, asal katak tu pergi jauh dari laluan aku. Lega. Urusan dengan alam selesai dengan jayanya.
Oke, boleh sambung tidur semula.
Bersambung di sini.
Ala, ni yang lemah ni, geli ! Macamana nak halau. Perut memang tengah sakit tahap maksima. Ahhh. Lantak ah, aku buka ja pintu, jadi katak tu pun tertolak ke belakang. Geli campak tepi, asal katak tu pergi jauh dari laluan aku. Lega. Urusan dengan alam selesai dengan jayanya.
Oke, boleh sambung tidur semula.
Bersambung di sini.
No comments:
Post a Comment