Saturday, September 14, 2019

Borneo ke Kita ? [ Sarawak, Brunei & Sabah]

Tour de Borneo
30hb Ogos - 8hb September 2019


30hb, Jumaat
Perjalanan bermula dari rumah Naim menuju ke KLIA.



Penerbangan jam 9 malam, tapi kami sengaja datang awal gara-gara pengurusan di KLIA yang menghadapi masalah tempohari. Kami tak mahu ambil risiko la kononnya. Separuh hari berkampung di KLIA.



Penerbangan MH2598 berkelas ekonomi menempatkan aku di kerusi 25F selama 2 1/2 jam di tepi tingkap. Yay.
Tiba di Lapangan Antarabangsa Miri jam 11.20 malam. Aku fikir bermalam saja di situ sementara menunggu siang. Rupanya terus buka kotak dan pasang komponen basikal semula. Eh eh.





LTA Miri- Tanjung Lobang : 8 km

Aku terpaksa ikut walau pun tak berapa nak nampak berkayuh malam-malam. Menurut Wak Jan " kita tiada pilihan kerana Lapangan Terbang Miri akan ditutup".
Memang betul, sejurus keluar dari ruang legar ketibaan, lampu semua ditutup. Erk. Pengawal tunggu kita ke tadi ?


Maka berkayuhlah kami ditemani dengan bunyi katak, cengkerik dan salakan anjing di tengah gelap malam. Nak tengok pemandangan pun apa yang ada. Cuma satu yang aku perasan, semua kediaman orang di sini besar tahap istana. Gambar ni diambil kerana unik sebab diantara rumah banglo batu yang besar-besar hanya sebuah rumah tu saja rumah kayu.


Yang lain semua berpagar batu stended macam pagar penjara. Bukan sebuah, tapi sepanjang - panjang jalan dari lapangan terbang , kiri kanan semua rumah batu banglo taraf mansion. Tercengang-cengang masa kayuh. Kagum.
Sekira-kira 6 km ternampak lah Petronas Teluk Luak. Berhenti sebentar untuk membeli bekalan air mineral.


Keluar dari stesen Petronas, dalam kesamaran nampak lah jalan yang lurus menuju ke atas dan hilang dalam gelap. Eh, bukit ke tu ?


Huhu.. Di tepi jalan telah terpacak sebatang papan tanda dengan gambar 10% kecuraman. Pagi-pagi buta dia bagi sambutan Selamat Datang ya. Ching.



Nak tak nak kena hadap juga lah. Tu yang buat baju habis basah lencun dengan peluh.

Sampai saja di Taman Selera Tanjung Lobang, terus cari tandas. Alhamdulillah ada satu tandas yang terbuka. Aku ambil peluang untuk membersihkan badan yang berpeluh. Kemudian dorong basikal hingga ke tepi pantai.


Aku tengok semua dah malas nak buka khemah, cuma hamparkan groundsheet ja dan pengsan. Kalau macam tu aku pun join sekali lah. Zzz.


31hb Ogos, Sabtu.
Tanjung Lobang - Kuala Belait : 58 km

🇲🇾MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Pagi tu aku terjaga  tapi buka sebelah mata sambil tengok jam, ala baru 5.04 pagi. Masih bermalas-malas sebab fikir belum  masuk waktu subuh lagi. Golek-golek lagi, bila buka dua-dua mata tengok langit mak aih, terangnya macam pukul 7 di Semenanjung. Kelam kabut bangun terus ke tandas bersihkan diri dan berwuduk.  Aku harap tidak lah termasuk kategori subuh gajah.



Usai solat, masing-masing termenung. Ke mana lepas ni ? Jom cari tugu kuda laut nak ? Tak jauh pun cuma 3.7 km ja. Sebelum tu kita mesti ambil gambar pemandangan Pantai Tanjung Lobang dahulu.

Pantai Tanjung Lobang




Nampak tak lubang kat dinding batu hujung tanjung tu ? Pasal tu kot dinamakan Tanjung Lobang.


Rumah Api Kuda Laut


Tugu ni rupanya rumah api. Di persekitarannya dibina platform kerusi dan meja untuk pengunjung menikmati pemandangan matahari terbenam sambil menjamu selera. Ada buaian untuk anak-anak bermain. Dari sini pun boleh nampak Tanjung Lobang.



Coco Cabana

Coco Cabana ni adalah sebuah bangunan kayu dua tingkat dengan seni ukir yang menarik. Kira macam 'Central Market' kat Daya Bumi tu la. Tempat berlangsungnya segala festival kebudayaan di Miri. Hasil kraf tangan, masakan tempatan dan persembahan seni ada dijual di sini. Aku terpesona dengan ukiran halus dinding bangunan ni. Cantik sungguh. Chandelier dia pun dibuat dari botol-botol plastik.  Kreatif la.






Ketika kami datang tempat ni baru nak mulakan operasinya. Pagi lagi kot. Kedai pun belum buka lagi.



Nak mencari kedai makan halal agak payah jugak kat Miri ni. Bila nampak orang bertudung ja baru kami hantar sorang pakar untuk jadi juru cakap. Hehe. Kalau bukan Wak Jan atau Naim, King lah orangnya. Dari situ la dapat info mengenai lokasi-lokasi yang hendak dituju.


Demi mencari sesuap nasi, kami harungi hujan dan panas di pagi hari. Berpusing-pusing sesat gara-gara google map nak bergurau. Cis.


Lutong - Sungai Tujuh.

Melalui AH150 kami berhenti sebentar di Petronas Pujut 8, berteduh dari panas lit-lit. Ketika kami nak mula berkayuh, seorang pekerja stesen minyak datang dan beri kami setiap seorang bendera MY. Iya la, kan Hari Merdeka. Kasi kibar bendera lah. Aku sememangnya ada bawa bendera, tapi dalam bag paling bawah. Malas pulak nak keluarkan. Ehek.


Kerana cuaca terlalu panas terik, baru kayuh sejarak 3 km kami berhenti rehat dan bersolat dahulu di Masjid An-Naim.




Dari AH150 kami masuk ke jalan Tudan berhenti makan durian dulu di simpang masuk E-Mart pekan Tudan.




Bila hantu durian bergabung..meja pun boleh patah dua. Heh heh heh. Iya kann ? Iya kannn





Kemudian masuk ke Kuala Baram Bypass. Nah! jarak dia cuma 21km ja. Tapi rasanya macam 210 km. Kayuh-kayuh tak sampai-sampai. Jalannya lurus, antara garisan dan bahu jalan tarmac 2 jengkal aja. Kenderaan pulak laju-laju. Kiri kanan hutan yang kering dan terbakar. Pokok untuk berteduh pun tak ada. Aku rasa macam sedang dipanggang dalam oven. Kayuh basikal pun dengan kusyuk dan tawaduk. Muhasabah diri der...


Hingga satu masa tayar basikal King pancit. Tiubnya koyak. Kami semua berhenti dan itu lah masa untuk aku berteduh di bawah pokok lalang sambil memegang basikal yang tiada tongkat. Boleh bayangkan tak ?


"Jambatan ! Jambatan !" 
Wak Jan dan Naim berteriak.


Itu menandakan hampir sampai ke checkpoint Sungai Tujuh. Ada la dalam 4 km. Semangat aku datang kembali. Aku fikir, sampai sempadan nanti kira dah boleh berehat pacak khemah la. Harapan pelesu.


Jambatan ini melintasi Sungai Baram. Sungai yang boleh dilalui kapal-kapal besar.



ICQ Sungai Tujuh, Miri Sarawak.




Terfikir nak guna passport lah. Boleh tambah koleksi cop. Segala urusan mudah sahaja. Alhamdulillah.




Tahu tak perkara apa yang mesti buat bila masuk Brunei. Cari tandas la, tanda kawasan. Ha ha ha. Dari tandas kita boleh tahu tahap kebersihan sesebuah negara. Sama ja keadaannya macam kat Semenanjung. Titik.


Perkara kedua yang terpandang oleh mata adalah *tulisan jawi pada setiap papantanda. Kedudukannya pula yang teratas.



Nampak tak kereta bersusun di jalan sana, itu semua orang Brunei nak masuk ke Miri untuk berlibur kerana cuti panjang. Semua dok pandang kami yang sebok bergambar di papan tanda. Papan tanda ja kot. Beria-ria naw. Ha ha ha.


Jam sudah ke angka 5 petang. Cuaca dah mula berubah redup dan mulai gelap. Uhfs, kena kayuh 25 km lagi nak sampai ke pekan Kuala Belait ke ? Masak. Sama juga keadaan jalannya yang lurus, kiri kanan hutan dan tanah kosong. Kayuh-kayuh tak sampai-sampai. Kenderaan pula,  semakin malam, semakin laju, terpaksa lebih berwaspada.


Kami berhenti rehat sebelum masuk ke Rasau Bypass. Letih memang letih, ditambah dengan peluh yang mula buat aku rimas. Kalau boleh tak nak berhenti, nak terus kayuh sampai ke pantai Belait. Kerana aku difahamkan akan bermalam di situ.

Setibanya di pekan Kuala Belait, kami berhenti makan dahulu.




Kami memilih set A. Makan malam hari pertama di Brunei berharga.. Rujuk pada gambar di atas. 


Kali pertama mahu merasmikan wang ringgit Brunei. $10 = 30myr.


Yeah, makan malam kami seorang -+$10. Masakannya pun sedap. Berbaloi sangat sebab nasi boleh tambah, percuma.



Bila perut dah kenyang, bertambah lah tenaga semula. Sedang elok aku mengayuh, tiba-tiba kayuhan terasa berat. Kenapa pulak ni. 
Pancit ! jerit King dari belakang.

Aduh. Mental koyak terus. Rasa nak berhenti ,pacak khemah dan tidur kat situ ja. Badan pewai habis.
King suruh turunkan barang-barang supaya senang dia ganti tiub. Kesian King, peluh menitik-nitik macam air hujan. Dia pun penat sama macam aku. Aku cuma bantu sikit-sikit ja sebab tak mahir dengan basikal dia. Kalau aku yang buat mahu satu jam pun tak siap lagi. 

Lebih kurang 20 minit basikal sudah berganti tiub. Kami teruskan perjalanan mencari Wak Jan dan Naim sebab mereka kata nak cari tempat bermalam. Sampai di pusingan bulatan, aku tak tahu ke mana hala tuju. Pandang kiri ternampak lampu dari menara masjid yang menarik. Masjid lah !
King terus masuk ke simpang menuju ke masjid. Tetiba jumpa Wak Jan.
"Malam ni kita diberi kebenaran tidur di masjid."

Alamak ! Masjid ke ?

Aku macam berat hati nak tidur masjid, tapi bila dah tengok muka masing-masing dah keletihan, aku kena lah bertimbang rasa.

"Ok boleh lah".

Aku dibawa masuk ke ruang dewan, tempat tidur aku di balik tabir. Dipasangkan penghawa dingin dan ditunjukkan tandas.



Yang menyantuni kami adalah imam masjid itu sendiri. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar.

Masjid Mohammad Jamalul Alam.



Kesimpulannya, jarak dari Tanjung Lobang ke Kuala Belait hanya 57 km. Kenapa boleh sampai malam ? Kenapa sampai 2 kali tayar pancit ?
Haa, itu lah rahsia Allah yang kita tak tahu.

Padahal jika sejarak 57 km boleh ambil masa setengah hari ja.

Sebab Allah nak bagi  permulaan tahun baharu dengan amalan yang baik-baik ketika masuk Awal Muharram.

Allah suruh tidur di rumah Allah, berbanding tidur bersepah di tepi pantai.
Allah suruh solat subuh berjemaah, berbanding subuh gajah di tepi pantai.
Allah suruh bersilaturahmi dengan penduduk setempat.
Allah nak bagi nikmat dan pahala di 1 Muharam, itu yang sebenarnya.
Kita kan cuma merancang, tapi perancangan Allah kan lebih baik lagi.
Jadi, tenang tenang aja.


Bersambung, ketik di sini

1 comment: