Saturday, September 9, 2023

Pulau Tuba 3.0

 Ahaa...

Aku kembali lagi ke Pulau Tuba. Tujuan utama adalah untuk mencari air terjun yang tersembunyi. Kali pertama datang tahun 2014, pernah cari, tapi tak jumpa.

Kemudian tahun 2015 datang lagi, masih tak bertemu. Setelah 6 tahun berlalu, akhirnya dapat petunjuk dan berjaya menemukan air terjun tersebut.

Alhamdulillah, lokasinya di Kampung Selat Bagan Nyior di dalam Pulau Dayang Bunting.

Tapi, sebelum tu, jom ronda-ronda Pulau Tuba untuk melihat perubahan yang berlaku selama 6 tahun kebelakangan ini.

Perubahan pertama :

Jetinya sudah dibina bangunan dan pelantar yang lebih teratur. Namanya juga sudah bertukar ke Jeti Dato Syed Omar. Dulu dipanggil jeti Marble.


Harga tiket tetap sama : rm 5 untuk sehala.



Jeti Teluk Bujur, Pulau Tuba tetap sama.

Cuma sekarang lebih banyak motorsikal untuk disewa telah disediakan. Kalau dulu kena sewa dari penduduk kampung.

Jenuh jugaklah dari jeti kena naik teksi van yang dah uzur bentuk badannya untuk ke tempat penginapan. Kemudian, pengusaha chalet akan mencarikan kita motor dari kalangan jiran dan saudara mara mereka.


Untuk motorsikal manual harga rm20 sehari. Minyak motor pula tersedia penuh. Jadi kena faham-faham je la untuk kita isi bagi penuh ketika hendak pulangkan semula.

Stesen minyak ada, dan ia terletak 5km dari jeti Teluk Bujur. Minyak cap kuda terbang.

Selesai urusan menyewa motorsikal, aku terus menuju ke tempat penginapan di Noba Resort. Mujur dibenarkan daftar masuk awal dari waktu yang ditetapkan.



Resort Noba ada banyak pilihan penginapan. Paling menarik chalet kapal layar. Boleh memuatkan seramai 8 orang. Harga untuk satu malam pun hanya rm250. Harga penginapan di sini bermula dari rm35 ( dorm)hingga rm250 untuk satu malam. Pemandangan di sini pun memang cantik.

Aku menginap di sini selama 2 malam. Jadi, aktiviti aku yang pertama adalah pusing pulau untuk melihat suasana kini serta mengimbau kembali kenangan tahun 2014/15. Banyak yang sudah berubah.

Jeti Teluk Bujur 

Jeti Kampung Tepi Laut 

Jeti ini yang paling panjang di Pulau Tuba. 


Jeti Teluk Puyuh 



Jeti Bagan Asam 


Jeti Selat Lubuk Cempedak 

Jeti ini menjadi tempat persinggahan pelancong-pelancong dari Langkawi




Jeti Bagan Pauh 

Jeti ni aku tak rakam gambarnya.

Jeti Tanjung Pandan 

Jeti Selat Bagan Nyior 




Jeti Noba





Selain dari itu kita boleh melakukan aktiviti lain seperti mendaki Bukit Licin, menjelajah ke Gua Wang Buluh dan Gua Kelawar.

Aku memilih untuk mencari air terjun yang tersembunyi kerana lokasi yang aku sebutkan itu telah pun alu jelajahi tahun 2014/15 yang lalu.

Air Terjun Selat Bagan Nyior 👈 tekan di sini.




No comments:

Post a Comment