Tuesday, February 14, 2017

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular - Day 7)

Sudah memasuki hari ke tujuh. Boleh baca laluan hari sebelumnya di sini.

Bukit Kayu Hitam - Masjid Kg Belantek : 95km



Ini adalah laluan paling tepi sekali di sempadan. Dah tak de jalan selain hutan belantara. Kalau korang bercadang nak mengelilingi semenanjung MY mengikut pesisir pantai dan sempadan, memang sepatutnya lah ikut laluan ini. Walau bagaimana pun, ianya bukan sesuatu yang wajib. Suka hati kaki korang la nak kayuh ikut mana. Ini hanya sebagai panduan sahaja. Boleh juga ikut laluan Sintok - Kuala Nerang terus ke Sik.

Boleh singgah di ;
- Hutan Lipur Bukit Wang
- Hutan Lipur Puncak Janing
- Kubur Panjang, Pokok Sena
- Hutan Lipur Lata Mengkuang
- Tasik Beris, Sik

Untuk pengetahuan korang, laluan dari UUM Sintok ke Padang Terap macam gambar di bawah ni. Tahun 2013 jalanraya masih berbatu kerikil. Sekarang, menurut  kawan di Sintok mengatakan jalan sudah elok bertambak hingga ke kuari. Rasa seronok sangat bila lalu di dalam hutan. Sunyi dan sejuk ja.


Ini pula dari jalan Padang Terap menuju ke Padang Sanai.


Ini laluan dari Padang Sanai menuju ke simpang Empangan Ahning / Durian Burung. Kalau korang rasa tak cukup masak boleh lah kayuh kat sini. Asyik dan nikmat berganda-ganda. Mengelegak otak. 


CIQ Kota Putra 18km sahaja dari simpang tiga Jalan Durian Burung. Nak terus masuk Thailand pun boleh.


Ini pemandangan di Tasik Pedu. 


Di sini ada 3 empangan yang dapat kita lihat. Empangan Ahning, Empangan Pedu dan Empangan Muda. Kayuh ikut jalan ni kita dapat 'tapaw' semua empangan sekali gus.


Ini adalah masjid yang kita boleh tumpang bermalam. Masjid Jamek Kg Belantek. Perlu dimaklumkan bahawa liputan talian komunikasi di sini adalah mendukacitakan. Hanya talian berwarna biru sahaja berlegar-legar di kampung ini. Mungkin sekarang capaian telekomunikasinya sudah bertambah baik dan menyeluruh untuk warna merah, kuning dan oren. Mungkin.

Akan bersambung lagi di sini.

----------------------------

Nota kuku kaki :


Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik, bukan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Tapi jangan bimbang, korang tak akan sesat sampai Indonesia punya lah. Jangan takut..

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.


*A traveler,  mender a broken heart*

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular - Day 6)

Kalau belum baca laluan hari ke 5 klik di sini

Hari ke enam suda.
Kuala Perlis - Bukit Kayu Hitam : 95km


Kuala Perlis - Titik Tertinggi Wang Klian : 42km
- KM0, Kangar
- Taman Ular Perlis, Sg Batu Pahat
- Ladang Anggur, Kg Lembah Tuwi
- Rimba Herba
- Hutan Lipur Bukit Ayer



- Gua Kelam
Andaikata korang sampai di Gua Kelam lewat petang, boleh saja minta izin untuk tumpang bermalam di wakaf berhampiran pejabat Gua Kelam. Insya allah dengan budi bicara dan doa musafir, peluang sangat cerah.

Kalau korang nak buat lagi gila, boleh la bermalam di puncak Wang Kelian ni. Nak berkhemah boleh, nak pasang hammock pun boleh di wakaf tepi bukit. Pastikan bawa air minuman lebih sikit. Kelebihannya adalah dapat tengok awan nano di waktu pagi dan merasa kesejukan setanding Genting Highland, Fraser Hill, Cameron Highland dan Hentian Titiwangsa. Setakat ini belum dengar lagi orang berkhemah kat situ. Ada brani ?
Dari Kaki Bukit hingga ke 'view point' Wang Kelian ni cuma 4.5km jew. 
Loc GPS : 6°39'57.7"N 100°12'04.8"E

Dulu aku cuma sampai ke Pejabat Pos Kaki Bukit sahaja untuk mendapatkan 'checkpoint' penghujung utara Semenanjung, tapi bila dah semak semula peta, aku rasa titik terhujung lebih 'thrill' adalah di 'viewpoint' ni.



TTWK - Padang Besar : 17km
- Ladang Burung Unta   6.655724, 100.280039

Ini hotel budget : RM50-RM70. Kena talipon dulu tanya ada bilik kosong atau tidak. Google tulis saja nama Padang Motel @ Homestay Motel. Semua info ada tertulis.

Padang Besar - Bukit Kayu Hitam : 36km / 45km  

Laluan rentas ni ikut betul-betul tepi border ICQ , simpang mula 6.661762, 100.326146.

Route 7 adalah jalan biasa yang orang selalu ikut sejauh 45km  tapi memang mental banyak la bila kayuh kat tempat yang dikenali dengan bekas ladang tebu Chuping. Ia telah wartakan sebagai titik terpanas di Semenanjung.
Loc GPS :  6°29'31.1"N 100°19'55.4"E



Kat BKH tak ada yang menarik cumanya jika nak buat rekod 'checkpoint' sendiri boleh la pergi ke pintu sempadan dan ambik gambar bersama basikal atau motorsikal sebagai tanda sudah melengkapi laluan.

Okey, berhenti dulu, nanti sambung lagi eh. Sila klik di sini

--------------------------------------

Nota kuku kaki :

Terima kasih pada King Hassan kerana telah memberi sedikit info tambahan dalam penjelajahan mengelilingi Semenanjung Malaysia.


Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik, bukan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Tapi jangan bimbang, korang tak akan sesat sampai German pun. Jangan takut la.

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.


*A traveler,  mender a broken heart*

Monday, February 13, 2017

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular - Day 5)

Intai-intailah  hari yang semalamnya

Sudah memasuki hari ke lima.

Tanjung Dawai - Kuala Perlis : -+100 km


Ada dua pilihan, samada nak merentasi dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai atau keluar semula ikut laluan ke Sungai Petani.
Jika ikut Sungai Petani - Merbok, boleh singgah ke ;
- Tapak Arkeologi Sg Batu, Kg Permatang Samak.
- Hutan Lipur Tupah
- Lembah Bujang
- Kelong Segantang Garam

----------------


Mari kita bercerita tentang kegirangan menaiki bot tambang pulak ya.
Beginilah suasananya jika kita menaiki bot. Waktu beroperasi bermula jam 9 pagi.
Kalau dengan basikal kena hulur-hulur la duit upah mengangkat basikal pada tukang bot tu ya. Usahlah berkira sangat. 





Yan

Keluar dari kawasan Jeti Tanjung Dawai kita akan terus menuju Singkir Laut di mana seluas-luas mata memandang sawah padi sesaja.

Berhenti sebentar di papantanda Tanjung Jaga untuk mengambil nafas. Maknanya apa ? Layan bukit la.

Rupanya kawasan perkampungan di Dulang Besar dan Dulang Kecil pun mempunyai pemandangan yang sangat indah. Kampung yang di kelilingi dengan sawah padi berhadapan dengan laut dibelakangnya  pemandangan Gunung Jerai. Ce bayang, ce bayangkan bila waktu pagi. Kabus ja kat puncak Gunung Jerai. Tapi kena masuk ke dalam kampung la dalam 12 km. Macamana aku tahu ? Masa menulis bloq ni aku buat kajian.

Lokasi yang aku tulis kat bawah ni adalah tempat-tempat yang menarik di sekitar Yan. Jarak di antaranya tidak lah jauh sangat sebab ianya terletak di kaki Gunung Jerai. Pilih sahaja salah satu kerana bila kayuh basikal agak melelahkan. Sebab semuanya kena menanjak. Pilihan terbaik adalah dengan menaiki motorsikal. Semua tempat ni kita dapat pergi. WaW !

- Pantai Murni
- Jeti Pulau Bunting, Kg Sungai Kering 5°52'43.9"N 100°21'23.9"E
- Hutan Lipur Titi Hayun
- Hutan Lipur Seri Perigi
- Hutan Lipur Sungai Teroi
- Puncak Gunung Jerai

Semua lokasi ini mempunyai kemudahan untuk menginap terutama jika berkhemah. Semua tarikan di hutan lipur di atas ni adalah air terjun. Tak percaya pergi lah.

Kuala Kedah
Jika memilih laluan pesisir pantai, baru jumpa lokasi ini.
- Muzium Kota Kuala Kedah (nama lama adalah Kota Kuala Bahang)   6.108480, 100.286454
- Taman Rekriasi Air Kuala Tunjang 6.220757, 100.236038
- Ladang Nipah Kipli, Sanglang   6.268756, 100.185382

Kuala Perlis
- Masjid Terapung, Al- Hussain.

Hotel Budget : Q Motel :RM50-70  6.398149, 100.132495
Kenapa kat K.Perlis aku carikan hotel budget ?
Kerana di sini tiada tempat yang selesa untuk berkhemah. Lagipun tempat tumpuan pelancong dan gangguan ulat juga.

Seandainya nak menjelajah ke Pulau Langkawi dan Pulau Tuba pun boleh juga. Boleh la naik pengangkutan awam RO-RO. Nak naik feri penumpang rasanya basikal tidak dibenarkan bawa sekali, kecualli dimasukkan ke dalam bag.

Aku nak tambah sikit penghujung sempadan di Kuala Perlis yang kurang pendedahan. Hanya seorang 'Otai Overlander' yang bernama Pak Mid Yellow Cruiser dan grupnya sahaja sudah menjejaki. Aku cari juga menggunakan google earth. Hehehe. Bila cari mesti lah jumpa. Kau orang apa tau ?

Rasa macam nak buat lagi la tapi dengan menaiki motosikal. Insya allah aku nak pastikan semua lokasi yang aku tulis ni aku nak jejak. Buat macam cop passport, sampai ja cop, sampai ja cop. Baru rasa sempurna, untuk aku la. Korang nak buat, ikut cara korang la. Ye tak ?

Bersambung lagi di sini

---------------
Nota kuku kaki :
Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik, bukan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Tapi jangan bimbang, tak akan sesat sampai London pun.

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.


*A traveler,  mender a broken heart*

Saturday, February 11, 2017

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular - Day 4)


Cerita semalamnya

Masuk hari ke empat

Kuala Kurau - Pantai Merdeka, Kuala Muda : 111km


Keluar saja dari surau Ridwaniah, terus sahaja ikut laluan pesisir pantai. Laluan kampung bertanah merah dan berpasir, mungkin sekarang sudah dinaik taraf kepada jalan tarmac. Apa yang menarik sangat ikut jalan ni ? 
Hallahh..takde la menarik sangat pemandangan sawah bendang di kanan dan laut terbentang luas di sebelah kiri. Pandang kanan nampak petani sedang mengerjakan tanah sawah, cahaya matahari mengintai-intai di celah pelepah pokok kelapa. Terdengar jugak bunyi burung sedang berkicauan. Kabus di sana sini. Toleh kiri pulak nampak nelayan sedang menebar / menarik jala. Ala, tak menarik langsung. Lalala. Di sini lah lokasi Ban Pecah.



Gambar ni aku ambil di tahun 2013. Yang terbaru lagi cantik, lagi menarik dengan benteng konkrit dan pengkalan jeti. Dah jadi tempat pemancing bersantai dengan keluarga di waktu petang sambil menunggu waktu matahari terbenam. Dia punya 'view' paling menakjubkan untuk para jurugambar. Sepanjang pesisir Ban Pecah ni  kira dan popular dengan kedai makan /cafe ala hipter.

Jalan ni akan tembus hingga ke pekan Tanjung Piandang kemudian  masuk sempadan Negeri Pulau Pinang. Kalau siapa yang naik motor boleh melintas jambatan Pulau Pinang yang baru, pusing pulau dan keluar semula menaiki feri. Atau pun yang naik basikal boleh terus ke Jeti Batu Musang untuk ke Pulau Aman. 38km dari Tanjung Piandang. Basikal boleh angkut naik bot, tapi motor kena parking kat jeti la.
- Pantai Robina, Telok Air Tawar 5.472265, 100.379580
- Pantai Kuala Muda, Penaga
- Pasar Bisik. Tau tak tempat apa ni ? Tempat peraih/pelanggan membeli hasil laut dengan berbisik   
  untuk menetapkan jumlah tawaran harga. Seronok tengok, main bisik-bisik. Boleh google dengan   
  menulis "Pengkalan Bisik Kuala Muda." 

Apabila menyeberangi jambatan Kota Kuala Muda kita sudah pun memasuki negeri Kedah. Kena ingat ya perbezaan Kuala Muda ( P.Pinang) dan Kota Kuala Muda ( Kedah). Nama lebih kurang sama tetapi di dalam jajahan negeri yang berbeza. 
- Pintu Kota Kuala Muda. Ini  tinggalan kisah sejarah lampau. Lokasi di dalam pekan Kota 
  Kuala Muda. Bangunan di pekan ini pun masih mengekalkan bentuk asal dari segi rekabentuk 
  ukiran batunya.



- Tugu Sampan Tsunami 


- Pantai Pulau Sayak 
- Pantai Merdeka


Di sini ada pilihan untuk bermalam. Samada mahu tidur di surau, berkhemah, atau menyewa chalet @ resort. 
Untuk hari berikutnya kita akan menyeberang menaiki bot ke Tanjung Dawai. Suka tak ? suka tak ? 
Ocey jom tidur dulu yok !

Bersambung lagi. Nak terus membaca klik di sini

------------------
Nota kuku kaki :
Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik, bukan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Tapi jangan bimbang, tak akan sesat sampai Australia pun.

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.


*A traveler,  mender a broken heart*

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular - Day 3)

Hari sebelumnya

Nah sudah masuk hari ke tiga.


Sitiawan - Kuala Kurau : 127km


Bila kita berada di dalam laluan Setiawan ke Kuala Kurau, ada banyak lokasi yang boleh dituju seperti ;


- Telok Batek
- Hutan Simpan Bukit Engku Busu
- Pekan Lumut jeti ke Pulau Pangkor
- Pulau Pangkor
 Boleh juga jika nak menjelajah ke Pulau Pangkor, basikal boleh bawak naik feri dengan tambang
 yang berpatutan.
- Santuari Penyu, Segari
- Muzium Kota Ngah Ibrahim, Matang  Loc gps : 4.812383, 100.675485
- Kuala Sepetang ( 7 km dari Pekan Kuala Matang )
- Kilang pengumpulan /pembersihan kerang
- Kilang Arang
- Hutan Bakau Matang
- Tinggalan bekas Stesen keretapi lama Port Weld. Ia adalah stesen keretapi yang pertama dibina
   menghubungkan Kuala Sepetang hingga ke Taiping. Dulu aku tak tahu ada tempat bersejarah kat
   sini, jadi aku teruskan perjalanan. Ingatkan cuma perkampungan Cina ja. Dikhabarkan cuma tinggal    papantanda Port Weld dengan 4 bahasa yang masih kekal. Cam menarik ja, cam best ja.
-  Konservasi Hidupan Liar Kuala Gula. Kat sini pada masa tertentu dapat tengok burung
   hijrah  datang berkumpul mencari makan. Dari simpang jalan sejauh 5km.

Ini semua lokasi pelancongan di sepanjang laluan menuju ke Kuala Kurau. Pilih ja mana satu nak pergi. Jika korang jenis nak ukur jalan, hanya nak dapat 'title' janji aku dah pusing Semenanjung, ok lupakan semua tempat yang aku tulis ni. Boleh terus kayuh laju-laju, tangkap gambar papantanda km ja sudah. Bukti aku dah sampai. Boleh ja tak de masalah. Asal hati senang. Esok, bila orang tanya lokasi menarik sepanjang pengembaraan, ko cuma ber krik ! krik ! krik ! sambil tunjuk gambar  papantanda nama tempat dan km. Gah jugak apa. Kau orang ada ?


Untuk malam ke tiga, boleh tumpang bermalam di surau Ridwaniah Kg Nelayan. Kalau tak mahu, sila cari homestay / hotel/motel kat Pekan Kuala Kurau.

Sambungan ke hari esok
--------------
Nota kuku kaki :
Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik, bukan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Ayok !

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.


*A traveler,  mender a broken heart*

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular - Day 2)

Klik di sini untuk hari pertama

Hari kedua : 104km

Sabak Bernam - Menara Condong Teluk Intan : 48km



Dari Sabak Bernam akan melalui jalan yang lurus, terbuka luas terbentang lagi membosankan menuju ke Hutan Melintang. Belum dikira tolak dan campur dengan panas berdenting tong, kepala angin yang menolak-nolak seolah-olah terasa tayar basikal kita pancit. Laluan ini yang aku ceritakan pada blog sebelum ni, kita dapat elak jika kita potong laluan dengan menaiki feri. Ha,bijak tak aku ? Ahaks.

Tempat menarik :

- Masjid lama Batak Rabit. Tepi jalan ja sebelum masuk pekan Teluk Intan. Siapa peminat sejarah
  boleh la berhenti untuk melihat-lihat seni ukirnya.  Ataupun berhenti untuk tunaikan solat     
 Dhuha.
- Balai Polis lama
- Menara Condong
- Batu Tenggek ( memorial perang) Oih, batu ni hidup oo.. species megalith kot.
- Bangunan  lama Mahkamah

  Sekiranya tak jumpa tanya la makcik peniaga kat gerai-gerai tepi jalan tu ke, apek kedai kopi ke.  
  Bukan kena bayar pun. Ha malas ? malas ?

  Lepas pusing-pusing, jom kita naik feri lagi nak tak ?

  Loc GPS : 4°01'29.9"N 101°01'00.1"E




Feri kecik ni akan bawa menyeberang Sungai Perak. Dari jeti nak masuk ke jalan Kg. Sungai Mengkuang kena lalu jalan tanah merah berbatu-batu dalam kebun pisang sejauh 13km.

Loc GPS Jeti Kg Cina yang bertanda anak panah : 4°01'24.1"N 101°00'50.1"E


Jeti Kg Cina - Setiawan : 56km

Dari jeti tu akan tembus ke simpang keluar  Sungai Ranggam- Setiawan sejauh 20km. Dah jimat 6km jika lalu jalan luar. Bijak tak aku ? hehe

Bila dah masuk jalanraya no [5] , kira dah berada di jalan yang benar la. Di tepi jalan ada gerai menjual air nira dingin. Jangan lepaskan peluang menikmatinya untuk menghilangkan rasa dahaga. Sekali gus memberi tenaga tambahan kerana gula dalam air nira tu memang dah-syat. Lagi pula, air nira ni menyejukkan badan dan mengelakkan kita dari dehidrasi. Tahukah korang, sepanjang pengembaraan aku selama 23 hari pusing Semenanjung, aku banyak minum air nira a.k.a tuak dan buah tembikai. Buah tembikai tu aku beli sebiji sekaligus. Angkut letak kat rack belakang. Benda alah tu ja aku telan hari-hari. Alhamdulillah, syukur pada Allah steady ja antibodi aku. Bila hari-hari kayuh tak lalu nak makan nasi atau makanan yang berat. Lebih kepada air ja. Owh lagi satu air yang selalu aku 'order', teh O' ais + ais kosong. Hehehe. Minum sampai beku otak. Auch !


- Lekir, ada Ladang Anggur Saloma, 400 meter ja dari simpang. Ada ladang anggur kat sini ? Ha la
  aku pun baru tahu bila asyik menatap Mr. Google Map. Alang-alang dah lalu elok la singgah.
  Dapat gak tambah cerita korang nanti.

- Watt Sitawanaram, Kg Koh. Tetiba ja ada temple Siam kat sini kan ?
- Kg Koh ni tempat kelahiran Chin Peng. Ada tau ka ?
  No 36, rumah kedai dua tingkat dulu  menjual basikal di Kg Koh. Siapa rajin cari lah. Aku dulu lalu   ja, masa tu tak tau lagi alamat rumah.

Tempat bermalam aku pilih Masjid An- Nasyriah. Sebab dah nak masuk waktu maghrib jadi tiada kuasa aku nak mencari-cari tempat lain lagi. Minta izin dan diberi tumpang tidur, aku memilih untuk pasang khemah kat garaj kereta. Tak boleh tidur, panas dalam khemah. Bila buka pintu khemah nyamuk pulak masuk. Mamai sampai ke pagi. weong kepala otak aku. Hoih !
Pasal tu aku suka tidur dalam hammock berkelambu. Nyaman !

Oke sambung lagi.. Klik di sini

---------------

Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik,kan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Ni kawasan kebun pisang dan sawah padi taw. Ayok !

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.

Nota kuku kaki : Terima kasih buat Ija Zahri dan Wak Rahim kerana menunjukkan laluan 'rare' ini. Terasa seolah-olah masih berada di zaman lampau. Aku suka !

*A traveler,  mender a broken heart*

Friday, February 10, 2017

Merancang laluan Semenanjung Malaysia (Plotting The Route Of Peninsular Day 1)


Nak pusing Semenanjung Malaysia ?
Boleh saja. Siapa kata tak boleh ?
Sekarang ni semua orang boleh buat, berbanding dengan dahulu amat jarang kita dengar orang kita nak buat kerja gila ni. Gila ke ?Eh, Tak lah. Saja suka syok sendiri. Kau orang apa tau !

Di sebabkan aku seorang yang kaya, ya kaya masa, dengan kata lain sedang mereput dalam rumah 'sorang-sorang'. Dari tak buat apa-apa perkara yang mendatangkan manafaat, eloklah aku berkongsi 'route' yang aku rasa paling best. Dalam erti kata ; ada jalan pintas naik bot, feri dan tongkang, laluan yang paling jauh, paling gila, paling panas semuanya PALING lah. Versi aku ikut pesisir pantai dan sempadan negara mengikut route kembara aku tahun 2013 yang lalu. Ada juga yang aku tambah untuk melengkapkan ia menjadi lebih sempurna (pada aku la). *Sekiranya ada yang dapat lakukan sebijik mengikut laluan ini hingga tamat, memang 'chempion' la. 

Aku akan buat satu bahagian demi bahagian berserta lokasi-lokasi menarik dan tempat bermalam cara aku. Yakni berkhemah dan beriktikaf di masjid. Jika korang bukan jenis pengembara macam aku, korang boleh la cari hotel @ chalet yang berdekatan. Takkan semua aku nak suap, ye tak ?

Laluan kembara ini hanya untuk basikal dan motorsikal 110cc sahaja. Harap maklum ya. Kenderaan besar dan berat, sila buat 'plotting' sendiri. 
Kalau untuk motorsikal berkuasa 110cc dan ke bawah, dia boleh 'tapaw' dua hari @ tiga hari punya jadual menjadi satu hari sahaja. 

Jadual hari  pertama, aku mulakan dengan lokasi keberadaan aku di kala ini.

Telok Panglima Garang - Sabak Bernam : 113km


Sepanjang laluan ni ada beberapa lokasi pelancongan. Boleh la singgah ya. Jika nak tidur pun boleh. Pilih ja mana satu. Tiada masalah sebab ini kan kembara korang, ikut suka kaki korang nak kayuh atau berhenti tidur bawah pokok.
- Pantai Remis , Jeram
- Bukit Melawati, Kuala Selangor
- Taman Alam, Kuala Selangor
- Kelip-kelip Kg Kuantan, Kuala Selangor
- Pantai Redang, Sekinchan
- Pantai BM Batu 23, Sg Nibong, Sekinchan
- Pantai Bagan Nakhoda Omar,Sungai Air Tawar, Sabak Bernam
Ada laluan pintas dari Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang. Jadi korang dah boleh jimat masa, tenaga @ minyak motor sejauh +-32km dari Sabak Bernam ke Hutan Melintang.

Loc GPS  Jeti Sungai Air Tawar : 3°51'59.0"N 100°56'00.1"E




Jeti di bahagian Hutan Melintang dibangunkan oleh Syarikat UP BERHAD.
Loc GPS perhentian feri Ladang Sungei Bernam : 3°52'19.1"N 100°55'54.7"E



Feri ni masih menggunakan sistem tiket persis tiket bas Leng Seng zaman P.Ramlee. Harga terkini tidak pasti masih sama atau ada kenaikan. 


------------

Sekiranya, ada yang berniat atau sudah melakukan perjalanan mengikut laluan yang aku kongsikan ni, sila lah berikan 'feedback' tentang pengalaman perjalanan korang kat aku. Kerana setiap perjalanan pengembaraan adalah berbeza-beza. Pasti ada yang lebih menarik,kan ?

Pesanan kaseh sayang aku, seandainya korang tak jumpa lokasi ni menggunakan loc GPS yang aku tulis tu, sila gunakan GPS manual ya. Tanya orang setempat. jangan berat mulut. Malu bertanya sesat jalan. Ni kawasan ladang kelapa/ sawet tawwww. Ayok !

Jika ada lokasi yang menarik dan 'rare' di antara laluan ini, sila kongsikan pada aku ya. Nanti aku tambah ja untuk rujukan kawan-kawan yang lain. Terima kasih duluan.

Bersambung klik di sini 

Nota kuku kaki : Terima kasih buat Ija Zahri dan Wak Rahim kerana menunjukkan laluan 'rare' ini. Terasa seolah-olah berada di zaman lampau. Aku suka !

*A traveler,  mender a broken heart*