Thursday, November 30, 2023

MASJID TUA DI TERENGGANU

Senarai masjid - masjid lama ini didapati dari maklumat di internet. Kemudian aku terasa nak mencari semua masjid yang disenaraikan tersebut yang berada di Semenanjung.

Maka inilah sebahagian gambar-gambar yang dapat aku rakam. 


Masjid/Surau Tertua di Terengganu :

01. MASJID ABIDIN - 1793 (230 tahun)✅



02. MASJID KAMPUNG TUAN - 1830 (193 tahun)✅



03. MASJID KAMPUNG HILIRAN - 1874 (149 tahun)✅



04. MASJID KG RAJA BESUT  - 1895 (128 tahun)✅



05. MASJID KAMPUNG DUSUN - 1904 (119 tahun)

06.  Masjid Lama Kg Tebing

07. MASJID LAMA KAMPUNG MESAH - 1919 (104 tahun)

08. MASJID JAMEK PAKA  - 1920 (103 tahun)

09. SURAU ANNUR BARU SERADA - 1921 (102 tahun)✅


Surau Annur di Alor Melintang, Kampung Baru Serada, Terengganu yang dibina pada tahun 1921 kini berusia 102 tahun dibina kembali dengan rekabentuk senibina saling tidak tumpah seperti masjid Wadi Al-Hussein iaitu masjid tertua di Narathiwat, Thailand.

10. MASJID JAMBI - 1938 ✅



Masjid Engku Haji Mahmud atau Masjid Jambi
dibina pada 1938 oleh sekumpulan orang Jambi, Indonesia yang belayar hingga ke Kemaman untuk mencari tempat perlindungan.

Pada bahagian atas bumbungnya pula dipasang ukiran yang diperbuat daripada simen berbentuk tanduk kerbau atau sumbu badak selain terdapat ukiran simen berbentuk buah nanas.

Wednesday, November 29, 2023

MASJID TUA DI SELANGOR

Senarai masjid - masjid lama ini didapati dari maklumat di internet. Kemudian aku terasa nak mencari semua masjid yang disenaraikan tersebut yang berada di Semenanjung.

Maka inilah gambar-gambar yang dapat aku rakam. 


Masjid/Surau Tua di Selangor :

01. MASJID DATO DAGANG - 1876 (147 tahun)✅



Terletak di Mukim Bukit Raja, Klang. Masjid ini dibina pada tahun 1876 (147 tahun) dan dinamakan sempena nama pengasas kampung tersebut iaitu Dato' Dagang. Gelaran Dato' Dagang telah diberikan oleh Raja Mahadi semasa pemerintahannya pada tahun 1860-an. Nama Dato' Dagang ialah Haji Muhammad Tahir bin Haji Mahmud. Beliau berhijrah dari Batu Bara Sumatera, Indonesia.
Masjidnya dah tak nampak rupa asal kerana sudah ditambah-tambah.
Dari pembacaan mengatakan di luar perkarangan masjid terdapat banyak makam lama. Antaranya makam Dato’ Dagang, makam Nakhoda Darus, saudara kepada Dato’ Dagang dan beberapa orang pengikutnya. Makam yang terdapat di sini juga agak unik bentuknya kerana batu nisannya dipengaruhi unsur-unsur dari daerah Batu Bara, Indonesia.

02) Masjid  Syeikh Muhd Nor - 1894 (127 tahun)

03) Masjid Alhah Alam - 1896 (125 tahun) ?

04) Masjid Sungai Gulang - 1898 (123 tahun)

05) Masjid Sultan Alaeddin - 1898 (123 tahun)

06) Masjid India Klang - 1904 (117 tahun)

07) Masjid Kampung Pancing - 1905 (116 tahun)?


08. MASJID PANCHANG BADENA - 1905 (118 tahun)



Masjid tua yang digelar masjid jin oleh penduduk kampung. Kerana mereka percaya ada makhluk ghaib yang menghuni kawasan itu dan turut menjadikannya tempat beribadat kerana mereka turut merasa kehadiran sesuatu apabila mendengar seperti orang sedang berzikir dan mengaminkan ketika sedang solat.


09) Masjid  Al-Muhsinin - 1906 (115 tahun)

10) Masjid Bandar - 1906 (115 tahun)

11) Masjid  Kg Tebuk Mufrad - 1914 (107 tahun)

13) Masjid Rahmani Kg Permatang 1916 (105 tahun)


14MASJID LAMA ULU YAM BHARU -1924 (99 tahun)✅



15. MASJID SHEIKH ISMAIL - 1926 (97 tahun) ✅



Masjid yang dinamakan Masjid Sheikh Ismail Ulu Bernam (Masjid Tua)  bersempena nama seorang tokoh ulama sufi iaitu Syeikh Ismail Al Khalidi An Nasqsyabandi atau nama penuhnya Syeikh Ismail bin Hj. Mohd Arif, seorang tokoh tarekat Naqsyabandiyyah al-Khalidiyyah. Ianya dibuka  pada 15 Safar tahun 1345 H(berdasar tulisan jawi di pintu masjid) bersamaan 23 Ogos 1926.


16. MASJID RAJA ALANG - 1928 ( 95 tahun)✅



Masjid Raja Alang yang terletak di Beranang mempunyai kubahq yang lebih kurang sama macam Masjid DiRaja Sultan Ala’eddin Kampung Bandar. Dibina pada tahun 1928, sekarang sudah berumur 95 tahun.


17. MASJID LAMA LABOHAN DAGANG -1930 ( 93 tahun)✅



Dibina pada tahun 1930, ketika kedatangan orang-orang Jawa dari Indonesia yang berhijrah serta membuka tanah dan penempatan di sini.


18. MASJID LAMA KAMPUNG MASJID SG SELISEK -1939



Masjid ini yang dikatakan dibina tahun 1939.
Di bina atas dasar permuafakatan orang-orang kampung yang diketuai oleh seorang penduduk bernama Bahum. Tiang besar & panjang tanpa bersambung yang menunjang kekuatan masjid ini adalah dari kayu Merbau. Di dalam masjid terdapat tangga untuk naik ke kubah. Mungkin bilal dahulu melaungkan azan di atas kubah masjid ini.


19. MASJID LAMA PARIT SERONG



Tak ada maklumat langsung pasal masjid ni. Melihatkan reka bentuknya lebih kurang pattern masjid lama-lama mcm Masjid Jeransang dan Masjid Parit Istana.



Tuesday, October 24, 2023

MASJID TUA DI PAHANG

MASJID / SURAU TUA DI PAHANG


Senarai masjid - masjid lama ini didapati dari maklumat di internet. Kemudian aku terasa nak mencari semua masjid yang disenaraikan tersebut yang berada di Semenanjung.

Maka inilah sebahagian gambar-gambar yang dapat aku rakam.


01) Masjid Tok Mengkarak - 1700 (323 tahun)


Masjid asal sudah tiada, kerana kawasan masjid selalu dilanda banjir menyebabkan kesan-kesan sejarah sudah hilang. Jadi hanya yang boleh dikatakan adalah tapak masjid yang terawal di Pahang adalah tapak Masjid Lama Tok Mengkarak.

02. MASJID GHAIRIL JAMEK TUAN HAJI SENIK - 1850 (173 tahun) ✅


Tuan Haji Senik @ Tok Senik atau nama asalnya ialah Tuan Haji Wan Abdullah bin Abdul Karim berasal dari Pattani. Beliau adalah waris diraja Siam. Tuan Haji Senik berasal dari Kampung Ketitir Wilayah Pattani.


Perang Pattani berlangsung dari 1791-1838 yang melibatkan Sheikh Abdussomad Al Falimbani.

Peperangan ini juga bermulanya gerakan pembebasan yang diisytihar sebagai jihad oleh ulama di Kedah dan menarik umat Islam menyertai kempen digelar Perang Musuh.


Tuan Haji Senik adalah pengikut Sheikh Abdussomad Al Falimbani. Selebihnya sila lah baca kat gogel.

Makam Tok Senik pun ada di sebelah masjid ni, tapi kalau nak ziarah kena minta kunci dari warisnya.


03. MASJID PULAU TAWAR - 1880 (143 tahun)✅



Dulu namanya Masjid Pulau Tawar. Tapi sekarang dah dijadikan madrasah. 


SEJARAH MASJID LAMA PULAU TAWAR
1700 - Masjid ini telah diasaskan oleh seorang yang bernama Muallim Yunus bin Muallim Kecik.
Beliau telah datang ke kampung ini menuruti saudaranya iaitu Tun Sinar Puteh yang telah datang membuka perkampungan ini kira-kira 100 tahun sebelum itu iaitu kira-kira tahun 1600.
1750 - Kerja-kerja ilmu dan imarah masjid diteruskan oleh anak-anak Muallim Yunus iaitu Imam Jelani, Kadhi Ishak, Kadhi Abdullah, Kadhi Abdul Hamid dan juga generasi cicit kepada Tun Sinar Puteh seperti Tun Abdul Latif, Tun Sinar Karim, Tun Andak.
1800 - Kerja-kerja ilmu dan imarah masjid diteruskan oleh cucu-cucu Muallim Yunus bersama dengan generasi ke-5 Tun Sinar Puteh, mereka antaranya adalah Imam Dertik, Khatib Basari, Bilal Tanjung, Imam Derseh.
1850 - Tu tulis Disambung oleh leluhur yang seterusnya antaranya Penghulu Abas bin Md Saleh, Tok Muda Wok bin Zainal, Imam Daud, Tawang bin Long, Imam Perang Kasim, H| Awang Tanjong, Khatib Awang, H| Khatib Mat Ali, Khatib Ishak.
1873 - Sultan Ahmad Al-Muazzzam Shah mengurniakan Pulau Tawar kepada Tok Gajah.
Tok Gajah, para pembesar dan dibantu penduduk kampung menjalankan proses naik taraf masjid.
1885 - JP Rodger dan Hugh Clifford datang ke Pulau Tawar berjumpa Tok Gajah meminta agar memujuk raja menerima residen Inggeris di Pahang. Pertemuan mereka ini dibuat di perkarangan masjid.
1889 - Sultan Ahmad menginap di Istana Pulau Tawar selama 3 tahun. Masjid menjadi masjid diraja iaitu tempat raja datang solat berjemaah dan berbincang pelbagai perkara dengan para pembesar.
1891 - Selepas zaman Tok Gajah, masjid dikendalikan oleh Imam Ahmad bin Imam Derseh
1926 - Naik taraf - selepas banjir besar. Imam Awang bin Imam Daud, Bilal Saman bin Imam Daud
1951 - Naiktaraf - lantai dan tangga simen
26 Disember 1969 - kemunculan Mat Kilau.


04) MASJID NEGERI LAMA KUALA LIPIS  - 1888 ✅


Masjid Negeri ini,telah di bina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hasan. Beliau telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya,atap masjid di perbuat daripada papan. Masjid ini telah di jadikan Masjid Negeri Pahang kerana kuala Lipis merupakan Ibu Negeri Pahang pada tahun 1898, sebelum ia di pindahkan ke Kuantan pada tahun 1955. 

Menurut cerita orang tua-tua, salah satu keistimewaan dan keajaiban masjid ini ialah ia tidak pernah di tenggelami air walaupun bandar Kuala Lipis telah beberapa dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai juga tidak terjejas walaupun banjir melanda pada tahun 1926 dan 1971. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia. Manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam ialah Imam Kawi, yang merupakan imam kedua masjid ini. Pada masa itu,gaji para imam dibayar dengan menggunakan wang kutipan zakat. 



05. MASJID WARISAN 1 ABAD, KG. BHARU - 1907 (116 tahun)✅



06. MASJID KG PANTAI  - 1918 (105 tahun)✅



Antara masjid tertua di Pahang. Dibina pada tahun 1918 dan dibuka pada tahun 1925.

Memandangkan ia terletak di sepanjang Sungai Pahang, masjid ini mempunyai struktur kayu tiang, yang lebih tinggi daripada masjid biasa yang dibina pada masa itu untuk menahan kejadian banjir. Struktur sedia ada masjid adalah dari bahagian tengah, manakala komponen depan dan belakang adalah sampingan untuk 'mimbar' dan 'serambi'.
Tak pasti masjid ini masih digunakan atau tidak sebab dalamnya karpet masih elok.

07. MASJID KG JERANSANG - 1920 (103 tahun)✅



Ada 2 pendapat mengenai tahun pembinaannya.
1920 @ 1870’an. Walau apa pun ia tetap dah berusia lebih seratus tahun.
Inilah masjid paling epik pada aku. Dah la comel, secuit ja duduk atas bukit bertemankan sebatang pokok dan di kelilingi batu nisan. Di bahagian belakang masjid tu dulu sungai, jadi jemaah datang dengan sampan. Sekarang saiz sungai tu dah sebesar parit ja.
Reka bentuk masjid ni lebih kurang macam Masjid Raja di Chepor Perak. 
Ketika tahun 2015, binaan di bahagian hadapan iaitu ruang mimbar masih ada. Sekarang sudah roboh.

08. MASJID KAMPUNG PAYA TARAM - 1922 ( 101 tahun)


Dibina pada tahun 1922. Dari pemerhatian di dalam masjid terdapat banyak kerusi-kerusi tersusun. Mungkin masih digunakan tapi untuk pengajian sahaja.

09. SURAU KAMPUNG MASJID - 1924(99 tahun)✅


Dibina pada tahun 1924. Pada tahun 1982, solat Jumaat telah dialihkan ke Kuala Krau kerana jumlah jemaah yang tidak mencukupi. Sejak dari itu, status masjid sudah bertukar kepada surau.


10. MASJID KG CHARUK TUALANG - 1935 (88 tahun)✅



Masjid ini dibina sekitar tahun 1935 dan siap pada tahun 1936. Nama asalnya ialah Masjid Kampung Dalam. Masjid ini dibina oleh penduduk kampung menggunakan kayu Resak sebagai asasnya. 4 'tiang seri' itu masih kukuh. Ukiran kayu pada rangka bumbung masih terpelihara. Motif 'Awan Larat' menggambarkan awan bergerak bersama angin.
Jika nak lihat keseluruhan binaan masjid ini boleh klik di sini 👉 Masjid Lama Kampung Charuk Tualang (FB)


11MASJID LAMA TANJUNG BESAR ✅



Tahun dibina tidaklah diketahui

Masjid lama kampung Tanjong Besar ini sebenarnya banyak menyimpan sejarah persilatan, perjuangan dan pembunuhan. Berhampiran dengan masjid lama Tanjong Besar ini terdapat kubur-kubur lama yang menggunakan batu sungai sebagai batu nisan.

Masjid lama Tanjong Besar ini terletak berhampiran jalan utama. Damak - Benta. Mereka yang biasa menggunakan jalan utama ini tentu dapat melihat bagaimana bangunan ini berubah semakin usang tanpa mendapat perhatian.

12. MASJID WARISAN KAMPUNG CHENOR LAMA - 1939



Tiada info sejarah yang boleh dikongsi di sini selain dari tahun ia dibina.

13) Masjid Lama Raja Songsang

14) Masjid Lama Kampung Lebak

15) Masjid Lama Kampung Pagar, Penjom



Koleksi masjid tua akan ditambah dari semasa ke semasa.
Insya allah.

Wednesday, October 11, 2023

MASJID TUA DI MELAKA

Senarai masjid - masjid lama ini didapati dari maklumat di internet. Kemudian aku terasa nak mencari semua masjid yang disenaraikan tersebut yang berada di Semenanjung.

Maka inilah sebahagian gambar-gambar yang dapat aku rakam. 

Masjid/Surau Tertua di Negeri Melaka :

01) Masjid Agung (St Paul) - 1414 (609 tahun)
02) Masjid Kg Belimbing - 1500 (523 tahun)
03) Masjid An-Nur Peringgit - 1720 (303 tahun)
04. MASJID LAMA KAMPUNG HULU-1728 ✅


Masjid ini telah dibina dalam 1728, Masjid Kampung Hulu di Hilir Melaka ialah masjid ketiga tertua di Semenanjung Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Berusia 295 tahun.

05. MENARA LAMA SURAU TENGKERA-1728✅


Berusia 295 tahun. 
Menara Lama Surau Tengkera merupakan menara yang dibina pada tahun 1728 menjadikannya bangunan Islam tertua yang masih ada di Melaka dan sebaya umurnya dengan Masjid Kampung Laut di Kelantan.

Menara ni adalah tinggalan masjid yang pernah berdiri di sini. Masjid itu digantikan dengan Masjid Tengkera, yang dibina pada 1780, dan hanya 100 meter jauhnya di seberang jalan.

06MASJID FATHUR RAHMAN - 1730 


Masjid Fathur Rahman Pengkalan Rama berumur sekitar 293 tahun.
Mula dibina masjid ini pada tahun 1730an kemudian Datuk Penghulu Abdul Ghani telah membaharuinya dalam tahun 1324 hijrah bersamaan 1917 masihi dengan hasil harta wakafnya sendiri, pada tahun 1978 diperbaharui dengan derma orang ramai.

07. MASJID KAMPUNG KLING - 1748 ✅


Masjid Kampung Kling, siap dibina pada 1748. Usia kini 275 tahun.

Di Melaka ini hanya sebuah sahaja masjid yang berusia lebih 100 tahun masih mempunyai nilai pembinaan asli iaitu Masjid Kampung Kling di Jalan Tukang Emas.

Sebanyak 55 buah masjid lama yang lain bagaimanapun telah diusik antara 10 hingga 60 peratus ketika proses pemuliharaan termasuk pembesaran ruang solat - Konservator, Kamaruddin Md. Said.

Kata-kata. di atas ni memang aku setuju sangat, bukan di Melaka saja tapi seluruh Semenanjung.

08. MASJID LAMA MASJID TANAH -1800 ✅


Inilah dia masjid yang dibina daripada tanah. Nama Masjid Tanah diambil dari masjid ini la. Dalam masjid ni ada ditunjukkan keratan rentas dinding masjid yang dibuat dari tanah.

Dibina pada tahun 1800an oleh seorang Sheikh yang berasal dari Gujerat. Umur masjid ini lebih kurang 233 tahun.

09) Masjid Kg Parit Melana - 1820 (203 tahun)
10) Masjid Jamek Teluk Mas - 1826 (197 tahun)
11) Masjid Jamek Hang Tuah - 1850 (173 tahun)
12) Masjid Kampung Duyong - 1850 (173 tahun)
13) Masjid Jamek Kg Umbai - 1852 (171 tahun)
14) Masjid Kampung Alai - 1854 (169 tahun)
15. MASJID LAMA MACHAP - 1865 ✅


Masjid Lama Machap yang terletak di tepi empangan Durian Tunggal. 

Pada asalnya bangunan masjid ini telah dibina oleh Datuk Machap dari binaan kayu, namun begitu pada 1865 ketika seorang mubaligh Cina Islam mengadakan usaha mengutip derma dari penduduk setempat bagi tujuan pembinaan masjid baru, bangunan ini telah diubah daripada bangunan kayu kepada bangunan yang diperbuat dari batu, genting dan tanah liat. Terdapat sebuah ‘plague’ di sebelah kiri masjid yang masih utuh menceritakan senarai nama dan jumlah sumbangan bagi membantu kerja-kerja membaikpulih bangunan baru masjid.
Boleh baca kisahnya di sini 👇

https://www.mpag.gov.my/masjid-lama-machap/

Ramai ja Cina dan India datang ziarah dan bernazar kat sini.

16MASJID BUKIT CINA atau Masjid Al-Hameedin 1865✅


Dibina pada tahun 1865 daripada sumbangan orang ramai. Tahun 1978 telah dibesarkan dengan bantuan kerajaan.
Sehingga kini ia telah berusia 158 tahun. 

17. MASJID POKOK ASAM - 1890


Masjid Pokok Asam Kampung Pinang mula dibina tahun 1890 dengan bahan binaan berasaskan kayu dan bumbung nya genting yang telah diwakafkan oleh Tuan Syed Wan Idrus dan dikelolakan oleh Tuan Hani Abu Bakar Bin Haji Amin.
Usianya sudah 133 tahun.
Di pagar masjid ada ditulis gurindam mengenai pokok asam.
Bersempenakan Pokoknya Asam Jawa.
Nama Masjid Diberi.
Dihadapan Masjid Pokoknya Tegak Berdiri
Batangnya Tiga Pemelok Besar Menanti
Banirnya Setinggi Orang Berdiri.
Wujud Dan Usianya
Lebih Tua Dari Masjid Ini.
Tapaknya Kini Menjadi Kenangan Abadi,
Jalan Raya Sebagai Pengganti,
Nama Masjid Pokok Asam kekal Abadi
Berkat Pengasas Menamakan Hingga Ke Hari Ini

18) Masjid Assalam Ksg Tua - 1908 (115 tahun)
19) MASJID KAMPUNG AIR BAROK - 1916✅


Masjid ini masih dipelihara dengan ciri asal keunikan seni bina lama Islam yang tidak ditelan zaman.

Didirikan pada 1916 namun dipercayai dibina lebih awal daripada itu, Masjid Kampung Air Barok pernah menjadi masjid utama bandar Jasin bagi solat Jumaat dan aktiviti syiar Islam di daerah berkenaan.


20) Masjid Al-Abrar Semabok - 1921 (102 tahun)
21) MASJID TANJUNG KLING @ MASJID BILAL BIN RABAH - 1921 ✅


Masjid Tanjung Kling atau nama lain Masjid Bilal Bin Rabah merupakan masjid tertua di Tanjung Kling. Ia memiliki seni bina yang unik yang menyerupai senibina masjid lama yang seperti Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Hulu.

Masjid ini dibina pada tahun 1921. Usianya sudah 102 tahun. Menara masjid ini dibina daripada pasir dan campuran putih telur dan dibina dulu daripada pembinaan masjid, manakala tiang seri daripada kayu berlian dengan menggunakan gergaji dan ukiran tangan.

22) MASJID RIM  - 1937 ✅


Masjid Rim ini dibina pada tahun 1937 dari derma orang ramai. Sekarang masjid ini diberi nama Masjid At Taqwa terletak di Jasin, Melaka
Tengok mahkota atas bumbungnya, unik.

Insya allah akan ada penambahan lagi