Wednesday, June 22, 2011

Awkward


9/6/2011

Thing happened when,

I enjoyed my dinner at the Babe Lake homestay. Served with rice, scrambled eggs and vegetables. I use the left hand to hold the wooden chopsticks, then reprimanded by my partner .
You use your left hand? he asked.

I just smiled. Whispered to my heart , what ? is there a mistake? I first laid it logically.
Ok bro, let's think a minute.

The left hand :

When cutting the object, the left hand will hold the food with his right hand, and holding the knife with his left hand. right?

The right hand :

When to cut things, the right hand will hold the food with his left hand, and holding the knife with his right hand.

So, which one of impurities? grasp food with the right hand or left hand ?

There is something to denies ? any objection Bro ?

I know he is not satisfied, but when talking about the logic, no one can argue !

Yay ! ting ting ! I got u !

Simple fact, to use your left hand or right hand there is no difference. Both are a GIFT.

Left or Right ?

Monday, June 20, 2011

Akhirnya..Aku Pulang


DAY 11

14/6/2011. Selasa.

Yay! Hari ni balik.

Seawal 4.40 pagi waktu tempatan aku dah set kan jam loceng kat henpon. Berbunyik ja aku bingkas bangun. Terus mandi dah bersiap. Loceng sj aku x matikan, bio dia berbunyik berulang2 kali. Hahaha kasi Bro Fifish bangun sendiri.
Tun! jam bunyik.
Ha! tape2 biokan.
Selesai menguruskan diri, masing2 dah bersedia untuk bergerak keluar tp sblum tu buat pemeriksaan akhir. Mana tau ada yg tertinggal. Ok clear!
Let's gone!

Turun saja di lobi, kelihatan pemilik hotel mmg dah bangun. Woish. Kol 5 pagi tu. Kami pulangkan kunci dan passport kami dikembalikan.
Haaa. At last! Im coming home.
Keluar dari pintu hotel, mata tercari2 sekiranya ada taxi. Menurut kata Bro Fifish pagi2 lah taxi banyak. Lebih2 lagi di depan stesen kretapi. Ok jom kita berjalan ke sana. Sambil2 tu menoleh gak ke belakang kot2 ada taxi. Yeah, ada sebuah taxi kosong, terus kami tahan dan mintak dia anto ke 'airport'
dan berapa harga yg dia amik. Jawapannya 300,000 vnd, lebih kurang RM45. Boleh la. Janji kami nak sampai segera kat airport sbb perjalanan ke sana amik masa 45minit. Jauh jugak la. Harap x jam.

Masuk ja dlm taxi aku tgok ada meter.Cis! nyesal tanya harga.

Taxi dipandu laju skali. Cam biasa hon akan sentiasa dibunyikan. Hohoho time ni tape. Aku rela dia bunyikan hon banyak mana skali pun. Asal aku cepat sampai. Ngeh ngeh ngeh. Sesekali aku menjeling ke arah meter. Nilai sentiasa menaik dan menaik. Hingga ke angka 200,000 vnd. Lokasi dah dekat. hrm..
Bila sampai airport aku tgok harga x la cecah 300,000 vnd. Hrmm ok la. Pasang niat 'menderma'. Ku keluarkan duit 200,000 vnd dan baki 100,000 vnd Bro Fifish yg settlekan. Ahhh malas nak berkira2. Janji aku nak balik cepat.

Aku risau sbb booking tiket thru o9 ja. X de sebarang rujukan. Kang tak pasal2 nama x de lam list booking. Wat to do meh? Segera mencari kaunter. Ala, pagi2 lagi ni kaunter lom bukak lagi. hahahadoii.
Kalo cam tu jom kita minum dulu! yeah!


Selesai menghabiskan air choc ice dan kek, kami bergerak ke kaunter Air Asia. Baru nak bukak? alahai.
Im waiting again n again. Hurm

X sabo nak check in. Cepat la, cepat la.
Tiba2 teringat pesan Wak Jan , '' duit VnD kena abeskan sbb nanti x de nilai bila nak tukau balik'' wah apa lagi. Let's gone soping. Dengan sedikit baki matawang vnDong. Apa yg dpt aku beli ? ceh!

Masa dah time, jom masuk ke boarding gate. Lepas tu kena beratur. Lepas tu carik no seat. Wah, duduk tepi tingkap lagi. Menarik, tapi malas la tgok luar sbb aku ngantuk dan letih nak rehatkan minda dan tenang kan diri. Phew! legaa dah naik flight. 3 jam lagi aku akan sampai ke TANAH TUMPAH DARAH KU.

* KU LELAPKAN MATA UNTUK SEKETIKA.

Setibanya di lapangan terbang LCCT. Perasaan gembira tiada terperi. Nak balik nak balik.
Hp ku 'on ' kan...tett...tett...tett...oit..banyaknya sms masuk. Adoiiii. Sabor jela.

Ok what's next? Jom pegi makan. Nak makan nasik, nak makan nasik! Makan kat Kl Sentral la murah skit. So kami nek bus dengan harga RM9. Padahal sebelah kaunter tu harga cuma RM8. Cit! apa daaa.

Dlm bas sronok tengok pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Ahhh. amannya dr sebarang bunyi. Tersenyum girang. Bertuahnya lahai aku lahir dan hidup kat bumi Malaysia. Infrasruktur dia tersusun. bersistematik, wallah wallahhh. Besh sunggoh. Apa lagi yg aku nak?

Sesampai ja kat KL Sentral kami terus mencari food court atau org melayu panggil 'medan selera'. Kaki pantas melangkah tercari2 lokasinya, hingga terpaksa bertanya dgn  sorang guard. Hik hik hik maklom la x pernah makan kat sana. Naik tingkat 3 dan..

Bro, Tun nak makan nasik campur. wahhhh. Mata bersinar2 tgok perbagai lauk yg terhidang. Pilih, pilih, nasik (penuh) ikan goreng, sambal goreng ikan bilis ngan petai..bebola daging dan sedikit sayo kacang panjang goreng. Air tembikai! Waduhhh, dengan nikmat makan guna tangan, seolah2 bertahun2 x jumpa nasik. Aku x tgok kiri kanan. Lantak la org keliling nak kata aku pelahap ke, gelojoh ke, aku x pedulik, aku nak penuhkan perut aku yg 9 hari x makan nasik dengan sempurna.

Bro Fifish makan apa? erkk. Aku pasan dia amik masak lemak pucuk ubi, sambal telur puyuh, air teh tarik kurang manis, lain2 x pasan lak dan aku pasti dia pun sedang menikmati keenakan masakan Melayu. Burbbb! Alhamdulillah.

Terbaekk ah !
Lepas makan kami mula menuju ke haluan masing2. Aku naik lrt putra. Bro Fifish naik komuter. Kami berpisah di Kl Sentral.

Berjabat tangan sambil mengucapkan TERIMA KASIH, moga bertemu lagi di lain xpdc. Insyallah.
Adios !

Tamat lah kesah perjalanan aku di negara org. Mana2 yg kurang, Bro Fifish akan tambahkan dlm travelogue  beliau nanti..
Sehingga berjumpa lagi. Daa...

Soping Kasi Perabih VDong


DAY 10

13/6/2011 Isnin.

Seperti pagi semalam..aku terjaga bila terdengar bunyi hon keretapi. Aku beranggapan yg Bro Fifish akan sampai x lama lagi. Jam menunjukkan sekitar 4 pagi. Okeh, bangun la. Mandi bersihkan diri. Selesai menguruskan diri, aku terus berkemas2 barang yg bersepah, mana tau plan baru akan dibuat bila Bro Fifish sampai..

Betul tekaan aku. Bunyi ketukan pintu bilik. Bila aku buka. Tgok Bro Fifish sedang memikul 2 buah bag yg besar dan berat. Hik.hik.hik..Alahai. Bag kami yg kami simpan kat agency. Aku terus turunkan bag aku dr bahu Bro Fifish. Serba salah gak menyusahkan dia. Ayoyooo!
Bagi Bro Fifish rest lu. Apa ada makanan bg kat dia makan. Apa yg ada? Beskot kering ngan kopok kentang ja. hahahaha. Owh ada, ada aku belikan air tea jasmin. Boleh la kan. Kasi cool skit adrenalin tu. Ngeh..ngeh..ngeh..

Bila dah cool, baru aku critakan maklumat yg dia suh aku carik tu. Bla bla bla. Terus dia ajak di internet. Oit! pepagi buta mana kedai internet bukak. Nanti la Bro! Isk.

Okeh, jom carik sarapan jom. Apa yg boleh dimakan kat sini melainkan roti. Ah roti pun roti lah. Nanti carik kopi yg bes kat stesen ketapi. Maggie pun ada tinggal sebungkus dr bag Bro Fifish kan? Cun ah!
Pagi tu kami keluar jalan2 carik pasal dengan kata lain carik sarapan.Sambil2 tu Bro Fifish tangkap gambo xtvt masyarakat Viet Nam di waktu pagi. Ada yang menjual, ada yg membeli ,ada yg berbasikal. Ramai juga yg bermotor. Kami berjalan ke serata cerok dan lorong. Tetiba hujan turun. Owhh berraq! mana satu laluan keluar ni? sume lorong2 kecik.

Kami main redah ja ikot jalan yg mana banyak motor atau kereta lalu. Akhirnya sampai di jalan utama. Pheww! Hujan dah berenti. Balik bilik dulu untuk isi perut yg kebuluran. Sambil makan sambil berbincang apa tindakan selanjutnya. Tiada tindakan baru selain nak g surf internet. Owh ok! jom.

Turun lagi dr tingkat 5. Menuju ke kedai internet. Kedai yg sentiasa penuh dengan pengunjung muda. Semuanya dok leka main games. Kami masuk dan buat mcm itu negara kami. Hehe.
Bro Fifish mula leka dengan xtvt dia mencari tiket flight. Aku leka ngan usaha untuk masuk facebook. Ye la nak anto laporan. Lama jugak la mengadap komputer tu. Setelah selesai urusan tiket flight kami pun nak balik. Owh tiket flight kami amik Air Asia dan harga dia lebih mahal dr tiket Viet Nam Airline. Huh!
( saat2 terdesak taleh nak merungut ) huh! huh! huh!
Part yg best bila Bro Fifish ajor untuk log out dr komputer. Hahahhaa. Konon nak mengelakkan dr sebarang pengodam. Last2 kena marah ngan pemilik kedai Internet tu sbb  kiraan tempoh menggunakan internet ada tertulis kat screen. Kalo dah off canne nak kira?Hohoho. Merungut2 wanita tu. Aku selow2 angkat kaki blah. Gasak! larikk.

Balik ke hotel semula, untuk merangka perjalanan seterusnya. Tiket flight dpt beli pada pukol lebih kurang  9 pagi. lebih kurang la.. Dah x ingat. Jadi, samada nak tido satu mlm lagi kat sini atau mula bergerak ke Airport.
Bro Fifish mencadangkan kami tido 1 mlm lagi kat hotel tu dan esok pagi. Seawal 5 pagi kami dah gerak keluar dr hotel. Okeh, kena setuju, sbb kalo nak bermalam dekat kawasan airport dah tentu mahal.
Petang tu, Bro Fifish bayo lagi 280,000 vnd kat pemilik hotel tu.

Masa untuk menghabiskan matawang VnDong~wee

Petang tu kami keluar lagi. Jalan2 carik bahan dan view yg cantik. x perasan TER lalu la dekat gerai2 yg jual barang outdoor. bBaju2 uniform, kasut2 topi dan mcm2 lagi.

Sedang mata memerhatikan bermacam2 barang, aku ternampak hammock yg mcm member aku  pakai. Terpanggil untuk aku bertanya kan harga. Ada yang 400,000 vnd  tapi Bro Fifish suruh survey lagi. Sampai 1 kedai tu dia cuma jual 350,000 vnd. Tapi telah ditawar oleh Bro Fifish mintak harga 300,000 vnd ja. Dan peniaga itu bersetuju, maka kami beli 2.

Penat berjalan kami berhenti minum kopi di stesen kretapi. sedap la pulak. 

Lepas minum, kami jenjalan kat sebelah restoren mcm McD ( kalo kat MY la ) tp kat Ha Noi nama dia LOTTERIA. Terpampang di dinding cermin gambo2 aiskrim ala2 Mc flurr or slurrpy. Sblum ni tgok sekilas dan sekelip mata ja. Entah hari2 akhir ni gatai pulak nak pegi tgok dan tenung lelama. Tgok harga. Eh mampu beli ni la 18,000 vnd. Cam sedap ja. Nak ke x nak?nak ke x nak?Bro Fifish dah start tolak2 aku suh pegi usha. owh ok la. Jom masuk.

Tengok kat menu dia. Hrm, meat burger, chicken burger, bla bla uhhh sume taleh makan, tapi Bro Fifish ternampak Srimp burger. AHAH! he ordered 1, beside aiskrim secawan. Pergghh! Aku makan ais krim dulu. Bila tgok dia makan cam sedap ja, aku pun bingkas bangun untuk order 1. Sedang elok aku nak order. Bro Fifish mintak orderkan lagi 2 burger srimp tu. Take away ya! Mak aihhh!! ni org ke antu raya yg makan? wakakakaka. ~ Lecce la lu sis!

Ha,apa lagi nak beli. Hrm, teringin nak makan buah laici pulak dan buah mangga dan tembikai erkkk tembikai dah makan dah hari tu. Kensel! Okeh jom jalan2 carik, hari dah menjelang senja. Ada ke org jual buah-buahan lagi. Kalo dah namanya rezeki. Ada ja. ngeh ngeh ngeh

Kami pulang ke hotel dengan bermacam2 hidangan.

Bercerita tentang burger udang ni, rasanya mmg  betol2 sedap. Kalo kat MY udang dia akan dikisar halus kan?t p yg ni, udang dia sekor2. Bila gigit tengok . Uih, udang seketol. Mmg yummy, mmg juicy. Burrbb! oopss! Patot la Bro Fifish beli sampai 3. Siap simpan lagi untuk bfast. Bukan takat tu, siap warning kat aku, jgn curik makan burger dia tu. haha

Lepas makan Bro Fifish nak layan internet lagi. Rajin la dia naik turun tingkat 5 hotel ni. Aku malas, mau tidoo. Ok Adios!

Ha jgn lupa bawak kunci bilik ya!

Zasstttt...Zzzz...




Jiwa Kacau


DAY 9

12/6/2011  Ahad.

Tooonnnn tooonnnn ! Aku terjaga bila dengor bunyi ketapi. Uuhhh. Bro Fifish dah sampai kot kat Sa Pa. Harap dia cepat2 settle kan urusan kat sana.

Malasnye nak bangun, tp perut lapo kena carik makan gak. Aduihhh. Duit cuma ada 300,000 vnd. Duit yg Bro Fifish bekalkan sementara blom dpt tukar kat money changer. Tape la. Cepat2 bsiap  dan  try tanya kat pemilik hotel ni. Bingkas bangun dan bersihkan diri. Cuaca kat Ha Noi berbeza dr Sa Pa. Bahang dia mak aihhh. Keluar ja bilik berbahang dan berpeluh. Terus turun dan tanya kat budak lelaki cucu kepada tuan hotel tu. 'Where can I find a money changer?'' sambil menunjuk duit MYR dan VND. Lama jugak la dia nak paham apa maksud aku. Lepas tu dia call taxi motor suh bawak aku ke tmpt money changer dan bayaran untuk taxi motor 30,000 vnd kira2 rm 4.50 la.

Ishh, aku nek motor ngan org Viet Nam. Bio betik. Ahhh blasahhh janji dia boleh bawak aku kat tempat tu dengan slamat pergi dan balik. Motor terus memecut dengan laju nya menyelusuri lorong2 yg sempit dan penuh kenderaan. Kerap kali jugak hon akan dibunyikan bertalu2. Alamak. Bingitnya. X sampai 5 minit dah sampai depan kedai tukaran matawang.

Aku turun dan pesan kat pemandu motor tu supaya tunggu sampai aku selesai. hehehehe ( kes takot dan x reti nak balik hotel semula ) Masuk ja kedai tu, sorang lelaki terus tanya "Malay ? " aku cuma angguk2 kan kepala dan hulurkan duit RM200 untuk aku tukar kepada VND  Urusan pertukaran x sampai 3 minit, aku dpt wang sebanyak 1,300.0000 (eh betul ke jumlah 0 tu) dalam perkataan 1 juta 3 ratus vnd.
Terus pakai helmet semula dan bonceng pulang ke hotel.

Okeh settle 1 poblem. Now what? Owh nak tanya tiket flight. Hrmm, kat mana Cyber cafe ea. Aku pergi  jumpa semula dengan budak lelaki penjaga hotel tu mintak dia tunjukkan kat mana ' internet ' . Lokasi di lorong kecil di sebelah banggunan hotel tu. Ok jumpa dah. Mula2 kena tanya sejam dia cas brapa. Jawapannya 4,000. ok  ON!

Aku pun mula la masuk ke Viet Nam Airline. Survey harga dan waktu.

RM1,433 untuk 2 org. Time : 6.30 pagi. Hari Isnin. Ok aku catit lam buku.
Selesai check aku try loq in Facebook,Yahoo mail. Mak aihhh pasepa x leh ni. Aku cuba berkali2. Banyak sgt peraturannya. Akhirnya lepas jugak. Alhamdulillah. Dapat lah aku sampaikan perkabaran aku dr Ha Noi..

Menjeling jam di bawah screen komputer. Hampir nak pukol 12pm. Alamak, time to check out. Canne ni, Bro Fifish tatau balik bila dan pukul brapa. Okeh x pe. Aku bayor lagi untuk satu malam. Sebelum balik ke hotel aku beli barang2 makanan dan air untuk keperluan aku sepanjang duduk lam bilik. Aku x suka nak keluar2 x tentu pasal. Baik dok dendiam tgok tv.~ Mengelak dr sebarang permasalahan.

Sampai hotel aku terus bayor 280,000 vnd lagi .1 malam lagi aku kena dok sorang2 kat Ha Noi. Arrhhh! apa nak buat ni. Rugi masa dah ni. Patot dah sampai MY dah. Sadisnya. Menjelang petang, aku paksakan diri aku untuk membuat panggilan ke Sa Pa sbb aku mmg payah nak bercakap atau nak buat panggilan kerana keterpaksaan. Aku turun ke lobi. Aku tanya pada budak penjaga hotel. Boleh x buat panggilan guna talipon dia, dan brapa per minit dia cas ?

Sah2 dia x paham apa yg aku maksudkan, tp nenek dia paham. DIa keluarkan talipon bimbit dan beri pada aku untuk digunakan. Setelah mendail no, aku dpt bercakap dengan pemilik agency. Terus bertanya kan tentang Bro Fifish. Bila dia akan bertolak dr Sa Pa dan jawapan yg aku terima. "8:00pm." aiyak!
Maknanya esok pagi la dia akan sampai. Aduuhhh, aduhhh.gawat nih!! Setelah menamat kan panggilan aku terus bayo bil tepon tu. Kemudian terus naik semula ke bilik.

Sambil makan kerepek kentang potato chip yg datang dr MY( barangan MY terjual di Ha Noi daa )  aku berkira2. Bila aku nak balik ni? skolah dah mula. Adoiii. Anak aku x skolah la. Huh! tamo fikir panjang2, nanti bikin aku stress. Tape, jgn pk yg kat MY. Fikir kan tentang diri sendiri yang masih belom lepas lagi ni. Tiket flight x beli lagi. Bro Fifish pun x sampai lagi. Wahhhh fikiran2 jahat sudah datang mengganggu. Andai kata begini ? andai kata begitu ? hohohoho sgt JAHAT !! Syuhh! syuhhh!

Malam itu aku cuba untuk lelapkan mata. Coba dan terus mencoba.

Hrmmm. Zzz.

to be continue..

Sendirian di Hanoi


DAY 8

Sabtu . 11/6/2011

Hah! 2 hari terakhir adalah hari2 kecederaan. Sepatotnya kami dah ada kat Hanoi berjimba2 dan bersoping2 menghabiskan matawang VnDong tapi, arrggh!
Hakikatnya,
Masih di depan kedai menunggu hujan berhenti. Mlm tu rasanya dpt lelap 5- 10 minit. Mungkin! Sbb x slesa dengan keadaan badan yg basah kuyup. Canne nak tido. Duduk berlutut lak tu, kebas kaki.
Bila lihat hari dah cerah. Bro Fifish ajak teruskan perjalanan. Walau pun hujan masih turun tp kami terpaksa redah. Hari ini mesti sampai ke Hanoi. Tidak boleh tidak! MESTI.

Masih memandu dengan perlahan kerana pagi2 suhu sgt sejuk di pergunungan. Melalui bandar Cao Bang, kemudian pekan2 kecil yg namanya aku dah x ingat. Bac Kan, seterusnya Thai Nguyen. Dalam pada membonceng, aku sempat terlelap berkali2. Aduiih. Ngantuk punya pasal. Bila Bro Fifish panggil untuk menunjukkan pemandangan indah, " Tun,tgok tu! Aku tersentap terkial2 sambil jawab ''mana..mana..?''  Dan2 tu kena kutuk.''Oi, tido ke?!! Hik..hik. sori ah Bro.

Teringat aku pasal tertido atas motor, x silap hari ke 7,  waktu malam. Kami lalu di kawasan pekan kecil. Aku mmg dah khayal, bercadang2 nak lelap kan mata. Tiba2 tah mana datangnya anjing dok menyalak2. Pastu dok kejor motor kami. Aku terkejut, dan2 tu angkat kaki takot kena gigit dek anjing. Bro Fifish terus pecut laju. Cit. Berderau darah aku langsung celik mata x jadi tido dah. Gonjolnyer hanjin!!

Cuaca bertukar cerah dan panas. Kami melalui kawasan sawah padi yg terbentang luas. Di kanan ada 2 , 3 buah gerai menjual jagung. Aku teringin nak makan jagung bako. Bila nampak ja aku ckp kat Bro Fifish.
Bro, jagung jagung benti jom. Nak makan la. Aku tersengeh2 harap ihsan dr dia.
Bro Fifish memberhentikan motor. Aku terus turun dan bertanyakan kalau2 ada menjual jagung bako. Ternyata tiada, hanya jagung rebus ja. Hok allohh! Tape la. Dah benti, xkan nak pergi pulak.

gadis penjual jagung



Sambil makan, sambil memerhatikan pemandangan sekeliling. Bro Fifish mula nak menembak. Ok take your time bro.Tun nak makan jagung puas2. Sedang asyik dok makan dan menangkap gambo datang la sorang lelaki ni.


Dia berkenan beno bila tgok kami mengeluarkan camera, apalagi bila Bro Fifish menggunakan tripod dan lense yg besor. Riak wajah macam nak tau kami dr mana. Kami just ckp ja "" We from Malay,Viet Nam is beautiful..'' Entah kenapa baik no hati dia blanja kami makan jagung. Hahaha. Org memberi kami menerima.
Dia bg jagung, aku tangkap gambo dia, lepas tangkap aku tunjukkan pada dia. waaaa. He very happy lor.
Hehe ok la tu.

Berbalik pada pemanduan Bro Fifish hari tu. Aku tau dia letih. Bila aku tengok keadaan jalan dah ok, aku mintak nak bawak motor. Bio Bro Fifish membonceng pulak. Maka aku pun bawa motor cam biasa. Kadang2 laju, kadang2 perlahan. Hingga nak masuk ke bandar Hanoi. Kenderaan makin banyak dan berlumba2. Bukan takat tu ja, siap dengan bunyik hon yg x putus2. Aku yg memandu ni rasa betol2 stress. Dah la jalan kecik, ada hati nak potong cilok2. Adoi, yg taleh blah tu bila dia bunyikkan hon. Arrrggghhhh!! Kalo kat MY ni mmg sah2 kena maki hamun. Ikot suka suki dia ja nak jalan, nak potong dan nak bunyikkan hon. Grr! Bukan takat arah yg sama, arah bertentangan pun sama. Kadang aku terpaksa masuk ke bahu jalan gara2 lori hantu dah dekat dr arah depan nak memotong.

Huhuhuhu nyawa, nyawa, mintak nyawaaa...Aku rasa nak campak ja moto tu dengan serta merta. Aku rasa dah x mo bawak motor lagi. Betol la, keadaan trafik dan jalan raya kat Viet Nam. Teruk, bersimpang sior. Nak  u-turn, nak benti, ikot suka ja.
Bunyi hon tu seolah2 nak bgtau ' ketepi2 aku nak lalu 'dorang x kira, itu jalan dia ke tidak.Yg penting dorang nak jalan gak. Lagi satu, kalo kita melintas, jgn cuba nak teragak2. Lintas ja terus sbb dorang xkan langgo punya. Berbanding kat MY, kita yg nak melintas kena dahulukan kenderaan yg lalu di hadapan tp kat sini, kenderaan akan dahulukan org yg nak melintas. Errkkk agak2 korang paham x?

Sampai kat pinggir bandar Hanoi, Bro Fifish suh benti jap. Dia pun stress gak dok membonceng. Stress ngan keadaan trafik. Kepala dia dah sakit berdenyut asik dengor bunyik hon ja. Huhuhu, sambil makan jagung sponser yg dipatahkan 2, kami duduk kat tepi jalanraya sambil dok layan panorama gelagat pemandu2 kat Viet Nam. ish..ish..ish.Pelik gak.Wlu memandu cara cam tu. Xde xciden lak tu. Kalau ada xciden pun cuma lori trailer terbalik masa nak lalu selekoh tajam. Yang mengakibatkan nyawa x nampak pulak.
Hairan tp benar.

Bila dah tenang. Aku mintak Bro Fifish yg bawak motor. Aku takot dah. Skrang matlamat kami nak cari stesen ketapi Ga Ha Noi sbb nak pulangkan balik motor ni melalui pengangkutan ketapi. Pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak.

Bermula lah keadaan yang sangat tegang.
Aku ambik keputusan untuk tidak mengikut ke Sa Pa atas sbb nak mgurangkan kos tambang train. Jadi bro Fifish agak sebok dan tension untuk menguruskan situasi ni. Nak menguruskan motor di stesen barang, kendian nak mencari tiket sama waktu perjalanan dgn motor. Tu belum kira acara tolak menolak, antara stesen A dengan stesen B. Masalah komunikasi lagi dengan petugas2 stesen. Hohohoh sangat MENYAKITKAN HATI. Tu belom nak mencarikan bilik untuk aku bermalam. Haiyohh!! Ketika itu hari makin gelap. Mmg Bro Fifish terkejar2.

Bilik dah dpt dengan harga 280,000vnd. Tiket Bro Fifish ke Lao Cai pukol 10:00 mlm waktu tempatan. Dan aku harap dia akan berpatah balik keesokan harinya menaiki train pagi atau ptg. Sementara Bro Fifish pergi menguruskan pasal motor. Aku di bilik membersihkan diri. Perut dah lapo, yg ada cuma maggie sebungkus yg tinggal. Hrmm,Tape lah..aku bancuh je la isi air banyak2. Sedang aku makan, aku teringat kat Bro Fifish. Patot la dia tension, perut tengah lapo tu. Mana x marah. Ok tape lah aku makan separuh, lagi separuh tinggalkan dia.

X lama lepas tu dengor sore Bro Fifish memanggil, aku cepat2 bukak pintu. Huhuhu. Dia tengah marah tu...Bla..bla..bla...dia meluahkan kemarahan dan x puas hati pada perkhidmatan kretapi. Aku diam je la sbb aku tau dia tengah lapo dan letih.

Aku memintas.
'' Err, Bro nak maggie? makan dulu meh. NgEE (aku tsengeh2) terus aku hulurkan bekas maggie tu.
'' Tun x makan ke? eh dah dah makan dah separuh. Tape la bro makan la, nanti nak jalan jauh.
Ternyata dia mmg lapo. Huhu. Siyan dia.

Pukol 9:00 mlm aku teman Bro Fifish pergi ke stesen kretapi. Duduk sekejap minum2 then Bro Fifish suh aku balik bilik. Owh ok! Sebenonya aku cuak jalan memalam ni. Mata dah la silau dan rabun. Negara org lak tu. Hotel tu pun aku x ingat canne bentuk nya. Dah la passport pihak hotel yg pegang, yg ada kat aku hanya kunci bilik yg ada alamat hotel tu. 
Okeh2  tape. Be cool. Buat2 slumber dan familiar ja. Aku terus berjalan mengikut tanda2 yg aku ingat. Sampai kawasan hotel aku peratikan nama hotel yg tertera kat kunci tu. Phew! jumpa pun terus naik tingkat 5 lak tu. Tinggi nyer. Lengoh..lengoh.. mencungap mak nyahhhh!!!

Okeh dah sampai kat bilik, aku rehat puas2 tp sebelum tu kena remind balik, apa yg Bro Fifish suruh aku buat.
1. Kena carik money changer
2. kena survey tiket flight kat internet
3. call agency kat Sa Pa esok.

Hrmm. No 2 boleh buat. No 1 dan 3, ermm. Canne ea? Ah! kena carik cara gak, kalo x buat kang kompom kena marah ngan Bro Fifish ~> HAPRAK!! huhuhu.

Untuk malam ni bio aku tido dulu. tv aku pasang menemankan aku tido. Ngeh..ngeh..ngeh...

Hrmm. Zzzz....



Sunday, June 19, 2011

Alang - Alang Menyeluk Pekasam


DAY 7
Jumaat.10/6/2011.

Seperti biasa pagi-pagi lagi kami dah bangun..bersihkan diri dan berkemas2 untuk teruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 5 pagi, kami keluar dr hotel tu, Pintu mmg telah dibuka oleh pemiliknya, passport sudah dikembalikan kepada kami. So off to go.

Motor dlm keadaan baik, minyak pun cukop untuk sampai ke Cao Bang. Okeh! Let's gone.
Menyelusuri jalan2 kampung, jalan2 kuari LAGI. Hrmm. Kebas pungkok. Hati sentiasa bimbang dengan keadaan tayar motor nak masuk 3 hari kami lanyak dia kaw2 punya. Aduhhh, jgn la dia pecah atau bocor di tgh2 kuari ni..xde sapa yg akan tolong punya lah. Pekan dan bandar punya lah jauh.


Setelah berjam2 bermotor, kami ambik keputusan untuk berhenti rehat kejap. Lagi pun belom bersarapan lagi. Memerhatikan tmpt yg sesuai untuk berhenti, terlihat ada anak sungai yg mengalir di kiri jalan. Cun ah!
Parking motor, then terus keluarkan barang2 yg nak di masak. MAGGIE aje.
Bro Fifish mula mencari kayu, nak cari kayuu, nak carik kayu, nak carik kayuu. Sedang Bro Fifish menyalakan api,tetiba datang la beberapa org pekerja kuari. Dorang cam pelik ja tgok kami dok masak guna kayu api kat tepi jalan. Mungkin dorang tertanya2 kami ni dr mana, so aku pun terus tunjuk peta. Bgtau arah kami dr mana dan nak kemana. Mereka hanya mengangguk2kan kepala ja.


Perut sudah terisi, badan sudah kembali bertenaga. Pandang ke langit lihat awan kelihatan redup. Uhh! jgn la ujan. Terok la nanti so, cepat2 kemas barang2. Bitau Bro Fifish kena gerak cepat2 takot ujan dan trek jadi lebih terok. OWh! TIDAK.
Tapi sebelom tu kena cari air bersih untuk buat minum. Bekalan minuman sudah kehabisan. Anak sungai tadi tahap kualiti airnya tidak begitu bagus sbb menurut Bro Fifish di laluan anak sungai tu ada sawah padi,dan of koz la ada kerbau. Hrmm lu fikir sendri la..

Jauh lagi ke ni, penat la nek motor. Adoii. Yg membonceng penat, yg memandu lagi berganda2 penat. Dengan kulit tangan terbako. Huhuhu. Tape Bro, lepas ni Tun lak bawak motor. Ngeh..ngeh..ngeh..
Tun bawak motor ? Owh yeah! Jgn x percaya. Kat sini x pe, polis dia x check lesen memandu. Asal pakai topi keledar dah kira lepas. Agaknyer lah.!

Selepas 2 1/2 hari Bro Fifish memandu, kini tiba lah giliran Tun. Memandangkan Tun wanita yg kecik dan x brapa kuat sgt jadi Tun bawak motor kat jalan utama yg cukup elok la. Jalanraya dia ber 'tar', x macam sebelum2 nya. Ok, pemanduan di lereng2 gunung, selekoh2 tajam mmg taleh di kira, cam biasa, asal sampai kat selekoh, kita perlu membunyikan hon motor berkali2..Pinnn..pinn!

Memang besh betol bawak motor lelaju, press ja kuat2. Meter motor x gerak2. Haha.tp leh agak la. Lebih 120 kmsj. Woo besh beshhh kat MY pun taleh buat cenggitu. Turun gunung dengan kelajuan maxima. Perlahan bila nak sampai selekoh. Bro Fifish bonceng kat blakang. Katanya dia nak relax, tp tgok Tun bawak motor cam tu, dia x jadi kot nak relax. Dia kena jadi co- pilot bg alert. Hahahha.

Puas betol merempit. Rasanya azab melalui jalan2 yg teruk dah abes. Hati mulai lega bila terpandang kan pemandangan2 yg unik.




Menurut papan tanda arah, lokasi yg kami nak tuju ni dah x jauh dah. Melihatkan keadaan gunung2 dia yg berbentuk kon, mmg sgt menarik. Aku terus memandu mengikut jalan2 kampung yg x berturap.
Benti jap amik gambo pemandangan ni...



Hari makin petang, kat sini pukol 5 dah cam kol 7 ptg. Lokasi tujuan kami lom jumpa lagi. Xleh jadi ni, kena cepat2 bergerak sblom hari mulai mlm, Tun start enjin motor dan terus memandu mengikut peta dan ikot tanda arah yg ada. Kalo x yakin, tanya penduduk setempat. Pandu punya pandu punya pandu, sampai la kat komplex kastam di sempadan. Kalo jalan terus masuk China.So mana jalannya? Kena lah Bro Fifish g tanya kat pejabat kastam tu. Maklumatnya, amik simpang kanan dan terus ja.
Masing2 terasa debarannya. Bro! suspen x? hehehe. Dah dekat ni. Wooo mestilah, jawab Bro Fifish.

Hik..hik..hik...aku teruskan pemanduan hingga ke hujung. Pandang ke kiri maka terlihat la ianya dr jauh. wawoooo cun cun!



Berhenti di pintu masuk, Bro Fifish segera pergi mendapatkan maklumat. Bertanya kepada pegawai kastam dan pegawai tu mintak nak tgok passport. Setelah diperiksa, dia suruh kami membeli tiket. Tiket berharga 15,000 vnd. Ala, kaunter tiket dia sama ja cam lam gambo tu, ada payung kerusi dan meja. 

Bila dah ada tiket , kami pun cepat2 lah masuk. hey hey x sabo nak pegi dekat.Woo. Terpegun nyer.

Detian Waterfall



Ban Gioc Waterfall

Kami sudah berjaya !

puas hati

tiada terkata..
Entah. Tatau nak kata apa. Dah jadi cam org BENGONG. Pandang ja, snap gambo. Tgok kiri snap, tgokkanan snap, klik! klik! Mmg x ingat penat ke lapo ke. Lagi2 langsung x ingat nak tiruk. Amazing.
Terpaku.

Sayangnya kami di situ x lama sbb hari semakin gelap. Terpaksa bergerak pulang ke Hanoi. Hanoi? Adeii. Kali ni Bro Fifish yg bawak motor sbb waktu mlm aku x brapa cargas. RABUN dan SILAU. Boleh la ea Bro...ngeh..ngeh..ngeh...

Memandu di waktu mlm amat2 merbahaya kerana laluan itu adalah laluan lori2 kontena yg ingin melepasi border ke China. Ce bayang kan ce bayang kan. Laluan kampung bertanah merah, dengan lori kontena sebijik kepala transformer.B ertayar lapan berselisih dengan motor honda yg kecik kenot. Sapa yg perlu mengelak? Huhu ngeri. Dah la jalan mcm tu, selekoh  berpuluh2. Aduhhh terhegeh2 la Bro Fifish bawak motor tu. Asal nampak lampu ja. Aku dah teriak. Bro! transformer transformer, ketepi ketepi !
Phewwww! dengan debu tanah merah yg memenuhi ruang pandangan. Danger sunggoh !

Lalu di pekan kecil, Bro Fifish nak berhenti rehat kejap. Singgah di kedai kecil untuk membeli air minuman.
Aku pun ambik kesempatan untuk pergi ke toilet. Dengan sopan aku meminta izin pada pemilik kedai dan dia dengan terbuka hati menunjukkan toilet di bahagian dapornya.

Huhu. Bila bukak ja pintu dapor dia, berdezutttt idung aku terbau. Ya ampunn! punya lah busukkkk gile gaban. Hampir nak muntah tp ku tahan kan jua. Adehhh, adehh..lagi la aku terkejut bila dengo suara mendengus Si Oink..! oink! oink! Alamak kandang babi kat sebelah toilet daaaa. Adoi. Aku paksakan diri tuk meneruskan hajat sbb perjalanan masih jauh ,tiada tmpt lain lagi untuk berhenti. Ku tarik napas dalam2 dan masuk toilet. Waktu tu sore babi masih memekik2 kat sebelah aku ja. Cepat2 aku sudahkan keperluan aku.
Sampai ja kat luar kedai baru aku tarik napas. Eerm aaahh. Aku tersengeh2 kat Bro Fifish sbb turn Bro Fifish lak pegi toilet. Haha.

 Lepas semua selesai, Bro Fifish terus memandu dlm keadaan gelap dan sekali2 bunyi dentuman guruh. Ahhh sudah ! Hujan mulai turun. Di ketinggian gunung tu dengan hujan, dengan angin, dengan sejok. Wat to do meh? Terus kan pemanduan tetapi sgt pelahan.Turun gunung berselisih dengan transformer, terpaksa benti kat bahu jalan. Hujan makin lebat. Akhirnya Bro Fifish terpaksa berhenti kat sebuah kedai. Diperhati keadaan sekeliling tiada anjing, baru masuk berteduh.
Mlm tu kami tido kat depan kedai, dengan baju basah, jaket basah, perut lapo, yg ada biskut kering ngan air ja. Pergghh! giegiel x berhengat. Masing2 tidor duduk berlutut. Hujan terus turun lebat sgt. Huh!

Tido2 ayam ja, ayam pun x tido cam tu daa...

Okeh,tunggu siang. To be continue


Saturday, June 18, 2011

Melewati Hari Kecederaan


DAY 6

9/6/2011.Khamis.

Arrgghhh.1 more day at no where.

Keletihan. Dengan keadaan badan yang melekit2, aku jadi rimas. Orang kampung dah mula keluar bekerja. Ada juga yang memandang penuh curiga. Aduh! kita kena patah balik la. Bekalan petrol kita pun makin kurang kata Bro Fifish. Lagi pun kita dah menggunakan masa kecederaan kita dah ni.
Bro Fifish mula hidupkan enjin motor, bersedia untuk menyambung perjalanan yang terhenti semalam. Motor terus dipandu melalui jalan2 kampung yg setengah nya berturap, setengah nya tidak.
Aduih aduih! Bila tayar langgo lobang aku akan berbunyik, so korang pepaham sendiri la betapa siksanya keadaan tu.

Entah canne lagi route yang akan kami tempuh hari ni, jauh lagi rasanya. 1st stop kena carik kedai jual petrol dulu. Pagi2 pukol 5, harap ada la yg dah bukak kedai. Di hujung sana ternampak sebuah kedai yg pasti, pemiliknya sedang sebok mengeluarkan barang2 jualan. Aku ternampak tangki petrol. Ahah! Bro, kedai tu da jual petrol la. Benti benti !

Bila sampai, aku terus turun dan bertanyakan tentang petrol. Canne aku tanya? heheh dah pasti la guna bahasa isyarat. Tunjuk tong petrol, tunjuk motor. Sure dorang paham nyer lah. Kemudian tunjuk jumlah liter yg kita nak guna jari, 2 ke 3 ke . Nanti dorang pump la minyak ikot sukatan yg kita mintak. Tiba time nak bayo, samada aku bg pen dan kertas suh dorang tulis atau dorang tunjuk guna kalkulator atau pun tunjuk dengan nilai duit dorang. Easy bukan?

Selesai mengisi minyak, perjalanan diteruskan. Pagi tu aku x ingat samada kami bersarapan atau x, ada kot. Biskot ngan air juice oren. Owh! ada lebihan roti perancis makan ngan serunding. Pun boleh lah!janji perut berlapik x kosong.

Yeah. Perjalanan hari ni la yang paling teruk sekali. Dengan bentuk muka bumi dan kerja2 pembukaan tanah untuk dibuat jalan, ada setengah jalan sedang dibaik pulih, ada jugak pembinaan jambatan. Bila dah bina jambatan, laluan alternatif dia, mak oiii. Mmg tengok mcm dah x de jalan dah.


Banyak lagi gambo2 laluan yang aku amik menggunakan camera kompak Bro Fifish. Bukan takat yang mcm ni ja, jalan baru nak buat dengan lori batu sedang menurunkan batu2 kerikil, tiada ruang untuk kami lalu terpaksa lah menyelit dicelah2 lori. Dengan jalan yg tidak rata penuh dengan batu2 kerikil yang tajam2. Pergghh! hati sentiasa bimbang dengan keadaan tayar, takot pecah atau pancit akan bertambah lagi la masalah yg kami akan hadapi. Ce bayangkan ce bayangkan uhh scary dowhhh.

hrm


manual


baru nak wat jalan ?

kalau lah tayar bocor...
Sepanjang perjalanan melalui jalan yang baru nak dibina., ku lihat, semuanya dilakukan dengan manual. Dari meratakan tanah, meratakan batu2 kerikil. Semuanya dibuat by hand.Woo, mmg buruh kasar betul, bukan itu saja. Golongan wanita pun sama taraf buat kerja2 berat cam tu. Fuyoooh! Kalo lelaki angkat kayu, wanita dia pun angkat kayu, angkat bajak, mencangkul, angkat tanah. Pendekkata semualah wanita Viet Nam  mampu buat. Kita kat MY pun x mampu buat cenggitu.

Jauh jugak kami bermotor, hingga tiba 1 kawasan kampung. Di mana pembinaan jambatan baru sedang giat di bina. Tiada jalan lain yg kami nampak kecuali 1 jambatan yang di perbuat dari buluh. Ermmm. Canne ea rupa dia? Mereka menyusun buluh2, ditengah2 ada 2 keping papan, terletak ja atas air sungai. Wlu air sungai x dlm, tp agak deras jugak la. So, aku kena turun dr motor. Hanya Bro Fifish yg akan kendalikan motor untuk menyemberang. Sgt menarik moment ni, aku keluarkan  camera kompak dan mula shoot the pic.Yay! besh besh xperience ni.


Tiba di seberang sungai ada tol la pulak. Cit! aku tgok sume org bayo 2,000vnd kat penjaga tol tu tp aku tadek tukau yg ada 5,000vnd ja. Aku bg la ingat dia nak pulangkan baki tapi dia cuma angguk2kan kepala tanda selesai. Huh! Aku pandang Bro Fifish dengan muka x puas hati. Kena lagi. Grrr.

Bab kena paw x abes takat tu ada lagi sekali. Seingat aku masa hari ke 5, time tu mmg dah tgh mlm. Kami terus memandu sampai nak masuk 1 kawasan kampung. Ada la pulak pondok sekatan. Ramai gak la budak2 muda berkompol kat situ. Aku pun turun, konon2 nak tanya jalan la, then dia mintak duit dlm hati aku ckp aduhhh. Kena lagi duit dah la xdek dia mintak agak banyak la. Aku pun x ingat brapa. Dah tgh malam keadaan gelap so aku x nampak brapa yg aku bg kat dia aku ckp duit cuma ada banyak tu ja. Then sorang pemuda just angguk2kan kepala tanya 'ok'. Baru dorang bg kitawang lalu.

Aku suh Bro Fifish cepat2 start motor dan blah seberapa pantas. Pastu laluan yg kami lalu tu salah pulak tu. Aduhhh. Terpaksa patah balik. Adoii. Tgh2 mlm still memandu. Gila ah!!

Ok sambung balik cerita, setelah mengharungi kepayahan melalui trek yg hancur, mendaki gunung yg tinggi dan curam, sampai motor pun tergolek2 ngan aku2 skali jatuh terduduk. ADOI! maka kami sampai la kat pintu masuk Babe lake . Bro Fifish memberhentikan motor. Alamak! kenapa sampai kat sini. Kata lalu ja, tp tgok dah smpai hujung. Sure x de jalan dah.

Tiba2 datang sorang lelaki. Kami pun tanya la arah. Nasib baik la lelaki tu fasih berbahasa Inggeris. Dia perkenalkan diri sebagai pemilik agency pelancongan di kawasan tu. Dia ajak kami menginap di tmpt dia atas alasan perjalanan nak ke Cao Bang dan Ban Gioc makan masa agak jauh juga. Sedangkan waktu itu hari makin gelap. mustahil kalo kami nak patah balik. Bro Fifish tanya pendapat aku sbb ikot pala dia nak teruskan perjalanan patah balik, aku pulak rasa dah x larat lagi nak duduk atas motor. Kebas pungkok aku.  Kami counter balik, kira2 tolak campur bahagi. Akhirnya amik keputusan stay 1 nite kat situ. haa. Lega!

Sebelum hari gelap kami disyorkan untuk pergi melawat Babe Lake. Owh ok! start enjin motor dan vromm. x la jauh sgt. 2km ja nak smpi ke tepi tasik tu.


Hrmm. Agak menarik gak tempat tu. Ada bot tambang untuk mengelilingi tasik, tapi kami x berminat nak xplore sbb lokasi ni bukan jadi hot spot kami. So, next! :P
Eh jap jap, tunggu Bro Fifish layan menembak sat.


Okeh..selesai semua..kami pun dah rasa sgt lapo dan letih mau balik. Start enjin dan terus Vroomm!
Tetiba Bro Fifish perlahankan motor, katanya ada sesuatu yg x kena. Check balik, tgok tayar PANCIT!
aduihhh! 2km nak kena jalan. Erkkk! okeh2. Pujuk hati ' mujur la dia buat sakit kat sini, katakan lah kalo dia sakit kat tengah2 gunung tadi. Apa cer? ce crite ce crite. Hrm  tolak pun tolak la. Plan2, x la jauh beno. 2 kilomit ja. Dengan keletihan Bro Fifish pun tolak la motor tu sampai la kat tmpt penginapan kami. Aku ikot berjalan dr blakang. Sampai2 ja, terus bitau pemilik agency tu kat mana kedai tukar tayar then dia pun bawak la mlm tu jugak.
Aku : aduhhh! duit lagi (geleng pala)

Aku terus naik ke bilik, bersihkan diri sambil menunggu Bro Fifish balik dr betulkan motor. Letihnya lahai.
X lama tu, Bro Fifish pun balik dan dia bersihkan diri kemudian kami turun makan malam yg disediakan oleh pemilik agency. Menunya nasi , telur dadar dan sayur. Hrm sayur apa tu ea? tgok cam hirisan bawang besar yg warna putih tu, tp tadek rasa bawang. Agaknya rebung kot. Tp mmg sedap. Aku makan agak banyak la. Itu pun sbb ada saki baki serunding daging yg aku sentiasa bawak, sampai la satu ketika bila aku tambah nasi buat kali ke 3..tgh syok2 makan tiba2 aku terhenti. Huhu. Ala, ada kelkatu la pulak dlm sayo ni. Cit..! cit! cit.! Potong !! terus aku minum air dan END.

Bro,Tun nak naik tido la sbb masa tu tgok Bro Fifish tgh dok sembang ngan pemilik agency tu. Ada gak ura2 nak mintak tukau currency kami yang hampir habis. Alhamdulillah dpt tukau rm100. Lepas bayo harga makanan. Aku pun naik bilik. Taleh tahan la letih sgt. Set jam kol 4.30 pagi, barang2 dah sedia berkemas. Esok pagi2 kami akan keluar meneruskan perjalanan.

Malam berlalu dengan begitu pantas...Zzz  Zzzzz..

to be continue again n again...

Letak ja pala aku terus hanyut...ZZZzzzz



Sa Pa ke Cao Bang : Trek Sondol


DAY 5

8/6/2011. Rabu.

Celik- celik mata pagi tu, idea suda mari.
Erk bro!! kita g nek moto je la. Dekat skit tgok lam peta, agency tu pun ckp dekat skit dr Hanoi. Amacam?

Bro Fifish berkira2 nak patah balik ke Hanoi disbbkan masalah currency. Ada gak dia kata nak pospone xpdc ke Ban Gioc. Buat lain kali ja. Tapi aku. Hrmm. Sedikit frust dengan cadangan tu. Seboleh2nya nak teruskan. Alang2 dah sampai, xkan x nak buat . Dan aku pun belom tentu dpt ke luar negara lagi next time. Malas la nak g Viet Nam lagi. Pergi tempat lain la pulak. Kan ?

Bincang punya bincang, kira duit cash yg ada, tolak campur ngan kos minyak. Akhirnya Bro Fifish bersetuju nak lakukan perjalanan bermotor. Phewww.! Tq bro.Appreciate sgt.
Lepas mandi, keluar carik breakfast. Beli roti je makan ngan ayam tandoori yg tapau mlm semalam nya. Ada air panas bancuh mee maggie SEDAP, buat kuah banyak2 skit. Hehehe jimat cost. Terbaek. NGEE!

Okey sudah kenyang. So let's gone to agency.

Auberg Dang Trung : the best in services

Oihh. Pagi2 lagi dah bukak kedai. Cargas la dorang. Beshh. Kami pun suarakan hasrat kami nak sewa motobike untuk 2 hari.

Sehari dia amik 160,000 vnd x 2 = 360,000vnd = RM23.66 x 2 = RM47.32 . Okeh chantek.
Minyak isi penuh about 4 liter = 88,000 vnd ( rm13 )
Minyak standby 5 liter = 110,000 vnd ( rm16.27 )
Peta dia dah belikan. Route pun dia dah tanda. so apa lagi ?



10:27 pagi waktu tempatan ~ Weee. We ride a motobike. lalalala. Berpandukan peta, kami memulakan perjalanan.Vroommm vrommm ! Satu persatu daerah kami lalu, bergunung2 kami daki, naik turun, bila jumpa selekoh ja, pinnn..pinnn. Kejap2 bunyik pinnn pinnnn. Bila penat kami benti.


Hari pertama, Bro Fifish yang bawak motor, aku membonceng ja. Rasa gak la jauh nya. Pelik gak, apasal x sampai2. Asal jumpa simpang ja benti tanya penduduk tempatan. Yg bagusnya dorang bg jalan yg betul. So kami ikot je la. Bila minyak dah nak abes. Cepat2 tambah yg baru. Sepanjang perjalanan tu kami x rasa lapo langsung. X ingat nak makan. Bro Fifish terus memandu sampai ke malam.


Hingga ke pukol 12 mlm, semua org dah tido. Bro Fifish masih memandu. Sampai di persimpangan, kami dah buntu mana satu jalan yg nak diambil. Mmg berdoa harap2 lalu la kereta, lori atau motor, biar senang kami nak bertanya arah. Tah masuk ceruk kampung mana tah. kami redah ja hingga dah pukol 3 pagi. Akhirnya, Bro Fifish ambik keputusan berhenti bermalam kat sebuah dewan. Hujan gerimis mulai turun.

Bro Fifish memeriksa keadaan sekeliling. Terasa selamat maka dia mula menyusun kerusi untuk buat pengadang takot2 lembu atau anjing datang mengganggu. Maka , pagi tu kami tido la beralas kan kertas peta yg hampir lunyai. Dapat 2 3 jam lelapkan mata pun tape la, sekurang2nya leh luruskan tulang belakang yg seharian duduk di atas motor.

Hrmmm...Zzzz...

To be continue again..


Reach the Summit of Mount Fan Xi Pan


DAY 4

7/6/2011.Selasa.

Entah pukol brapa tah, tataw sbb gelap gelita ja. Aku masih cuba memaksa untuk lelapkan mata barang sejam dua tp gagal. Bingkas bangun bersiap untuk perjalanan seterusnya menuju puncak. Sengsara nya bila nak tukau baju treking, dah la basah sejuk pulak tu. Adeih adeihhh.1, 2, 3 sarung!!!  arggghhhh!

Setelah bersarapan, kami memulakan pendakian dlm hujan renyai2. 'Alah Tun, mcm x biasa' bisik hati besor. Ceh, motivasi terkini la gamaknya. Ahhh aku boleh ! boleh.! Wlupun malam tadi x dpt tido. Harap2 kepala x pening. Let's gone babeh.

Jalan punya jalan dan jalan lagi. Sepanjang jalan hanya pkok buluh kecik2 ja kelihatan. Terdapat kesan rebung2 yang telah di potong, mungkin xtvt penduduk tempatan yg mengutip hasil hutan buat jualan untuk ikhtiar hidup. Ada gak najis lembu yang bersepah2 di laluan trek. Isk iskk kat MY najis gajah. Kat sini lembu pun mendaki gunung. hue hue hue. Betapa gagahnya lembu2 di sini.

Trek berubah ubah. Kejap berbatu2, kejap meniti akar2 pokok. Tapi mmg menaik menaik dan menaik. Kemudiann menurun menurun menurun. Curam gile trek berbatu dia. Sayang seribu kali sayang, pemandangan dilitupi kabus tebal. 1 hapa x nampak. Mmg 1 kerugian la. Sampai di trek yg berpagar, helaan napas dirasanyakan makin sukar. Helaan napas pendek2. hidung mulai sejuk dan berair. Arrgghhh gangguan betol la. Bila nak sampai ni.

Suatu ketika guide berhenti. Tetiba Bro Fifish menunjukkan sesuatu. Aiyak! Gelinya. Cacing resaksa wane ping. Yucks! Disuruh aku pegang. Owh no no! Eiiiuuu. aku geli. " Tape Bro, bio Tun amik gambo Bro ngan beliau ja" :p. Jalan ke depan skit jumpa lagi cacing resaksa tu lagi. Tp kali ni wane biru pulak di celah2 batu. Hahahaha sgt menarik. Aku rasa haiwan liar yang tinggal kat dlm hutan Viet Nam cuma yg kecik2 cam cacing je kot. Badak, gajah, rimau ,tapir dan lain2 sume dah pupus akibat penebangan hutan dengan suka suki. Harap taman negara ni ja yg kekal, itu pun tataw untuk berapa tahun lagi.

cacing besar punya !
Sampai di tanah lapang, keadaanya sama seperti Kem Botak di Gunung Tahan. Nun di sana nampak puncak. Wahhh! hati berbunga-bunga, terasa seakan2 puncak x jauh dah tu. Ewahhh, suke bangat kok! Bila jalan skit ke depan, lalu di sebalik lereng terpampang  lagi puncak yg lebih tinggi. Aik? Ahh sudahhh, mental menjadi calar. Nak kira ada la 3x mental aku calar balar dek kerana puncak tipu.Hampir hancur berkecai semangat ni. Adoi. Sabo je la.

Ku teruskan juga berjalan pelahan-lahan, sayup2 kedengaran suara orang bercakap2. Eh! cam dah sampai ja.~wee. Cepat Tun cepat !! Bro Fifish ku tinggalkan di belakang. Hehehe, sori bro, aku dah x larat ni, nak carik tempat landing dengan segera. Semakin dekat semakin berat ja kaki aku nak melangkah. Uocchhh ! lagi sikt ja ni lagi, lagi skit dan akhir nyaaa.

Teng..tenenggg..tenenggg !!!
Tadaa!!! Nampak dah batu tanda 3 segi terpatri di atas batu. Angin kuat bertiup, rasa cam aku leh di terbangkan dek angin yg kuat. Giegiel jgn ckp la, tahap parkinson dah. Bro Fifish segera mengeluarkan camera, aku cam biasa bersedia nak posing ja. Haha ,nak layan view pun cam x berselera sbb semua  putih cam aku kat heaven. Owh no no no di sini kabus, di sana kabus, di mana2 saja kabus. Potong!

Masing2 teruja ngan kejayaan itu, sampai terlupa aku nak ucap TAHNIAH kat Bro Fifish. Eh! aku ada ckp ke? Hrmm rasanya aku ckp kat mat saleh tu ja hik hik hik ngEE! (mesti Bro Fifish kutuk aku : lecce la lu sis) hahahaha.

3143m Indochina peak @ 8:20 am

Aku rasa x sampai 10 minit kitawang dok kat puncak, bergambar lebih kurang then start turun balik. Cis! camtu ja? Hrmm ok la. Bukan leh tgok view pun so boleh la tu kan.
Perjalanan turun pada aku, ok la. Champion gak la dengan kasut getah terbaik dan teragong 'cap bowling' mmg taleh dinafikan ke hebatannya. Laju ja step aku. Kih..kih..kih. Mat saleh tu terkial2 la nak pijak batu2 menuruni laluan curam. ok adioss! berdesuppp aku pecut. Bro Fifish follow blakang.
Yang buat mat saleh tu selow bila kaki dia injured. Mana x nyer, step x betol dan dia terus lompat bila nak turun, mmg la effect kat lutut.

Ahh aku tamo tau dah sume2 tu. Apa yg aku fikir skrang ni aku nak segera turun. Cepat la, cepat la. Aku nak balik tido. Makanan pun dah abes, air lagi la dah kering. Aduuh aduhh lapo. Kepala da weong ni. help help. Jauh lagi tu, dlm porch cuma ada snack yg Bro Fifish bg. Tu ja tinggal 1. Tekak kering sgt.
Aku gagahkan jugak. Seret kaki yg makin lemah. Aduu duuu. lapo lapo.
Bro Fifish bg tips : cuba lihat pokok2 yg berwarna hijau, ia akan membuatkan minda kita jadi fresh.
Errkk ! ermm. Wasenya minda aku x la fresh cuma leka ja ngan panorama hijau tu. Bila leka jadi lupa akan kelaparan. Hohohoho. Ahhh itu pun boleh!

On de way down. cuaca sgt bagus dan cantik. Bro Fifish amik pluang untuk merakamkan pemandangan2 sekeliling gunung tu. klik! klik! klik! wahhh. Aku pun tkial2 mengeluarkan camera yg berkepuk lam porch. Aku x snap gambo pemandangan, tp aku snap gambo org yg ada dlm pemandangan tu. Haa..lagi dramatik, pasal tu gambo2 aku kurang. Gambo2 org lain ja yg banyak. Huhuhu.
red spot

Guide and Canadian


take a deep breath
Rasanya lepas turun dr puncak tade apa yg menarik sgt, just layan view kejap2 ada kejap2 tade. Rasa malas dah nak berjalan. Grrr. Bro Fifish pujuk skit je lagi. X jauh dah. Alahhh! Malasnyer la nak jalan lagi.

Okeh la aku pendekkan terus cerita perjalanan turun. Sumenyer ok dan biasa2 ja, yg paling ok bila guide boleh buat call di setiap trek. Kejap2 bunyik tepon. Tgh2 hutan, tengah2 gunung ganang tu pun ada coverage.Viet Nam bagus la dia nyer coverage. suspek betol la. mana ceruk pun boleh buat call.
Bila dah sampai kat pejabat perhutanan, aku terus bersihkan kasut, maklum lah nak naik kenderaan. xkan kotor2 pulak. Masa tu mmg dah sehabis letih. Terus naik van n off to Sa Pa.

Sampai di Agency, kami ambik bag yg kami tumpangkan selama sehari yg lepas dan terus carik hotel. Bermula lah masalah CURRENCY X-CHANGE.

Aduh! duit MY banyak tp x laku. Wat to do meh? ha? ha? tell me tell me? Bro Fifish keluar masuk bank, try tanya kot2 leh tukar tp hampa. Aku lagi la buntu bukan taw apa pun tau ngikot ja. Huhuhu. Dlm pala otak aku cuma ingat kat Mat Saleh Kanada tu ja, sbb dia dah dok Vietnam lama, so ofkoz la banyak duit Dong. Tapi Bro Fifish x yakin sgt yang mamat tu leh tolong. Hrm. Aku dah LOST.

Mungkin dah rezeki, Bro Fifish cuba gak tanya kat dia. Alhamdullilah dia paham & sudi amik duit MYR kita tuk tukar ngan Dong dengan jaminan yg our currency mmg tinggi nilainya. Bro Fifish siap tunjuk kat internet lagi tu website tukaran wang kat dia. So far dia yakin dan kami sudah mempunyai duit untuk belanja, then dia bg cadangan gunakan ja kad kredit bila kat restoren or hotel. Owh ok!! hampir terlupa nanti kami akan cuba.~Syukur.

Okeh. poblem udah settle, buat masa tu je la sbb kami memerlukan lebih banyak Dong untuk meneruskan perjalanan. Sedangkan di Sa Pa, tiada money changer yg mau amik nilai matawang MY. Kalo ada pun kat Hanoi. Xkan nak patah balik jauh tu. Mlm tu atas bantuan pemilik agency tu, dia mintak tolong kawan dia trima tukaran melalui kad kredit.Yes! boleh. lepas la tuk buat bayo sewa hotel mlm tu. :)

Setelah naik ke bilik, kami pun membersihkan diri. Berkemas2 baju yang nak di bawa untuk xpdc seterus nya. Misi menjejak Ban Gioc Waterfall pulak. Tiba2 pintu bilik kami diketuk org.
Bro Fifish jenguk ke luar. Rupanya Serge datang melawat kami. Waaa, riuh rendah di buatnya. X sangka la dia datang mencari kami kat hotel sbb sblum tu Bro Fifish dah pesan, suh keluar dr perkampungan tu dan tinggal di hotel tp dorang x mo. Seronok katanya hidup kat sana dan keluarga Hmong tu sgt baik.

Serge tiba2 hulurkan duit kat aku, katanya dia pulangkan duit sewa motor  yg aku bayokan dulu. huhuhu. Baik budi jugak anak omputih ni. Sembang2 lebih kurang then terus pelawa dia ikot kami g Ban Gioc. Serge mcm nak ikot tp dia kena tanya Martin dulu. Tapi dia kata, kalo mereka x muncul, kira dorang x ikot la. X lama pas tu Serge mintak diri dulu sbb bapak angkat dia (Hmong people) dah tunggu kat luar hotel. 
Malam tu lepas kami mandi, kami kena pegi carik makan lapor sudah. Mmg nak kena carik nasi. Jalan punya jalan ternampak la Bombay Restaurant. Wahh ini mesti halal food. So lets gone!
Tanya dulu kot2 dia trima card credit. Jawapannya YES! so oke la, kami ode la nasi briyani kamben dan briyani ayam. Uhf! makan mewah tu x berhengat.

Big water                                                              1.50
Banana lassi                                                          2.50
Watermelon juice                                                  2.00
Chicken Briyani                                                    5.50
Tandoori roti (xceli kami oder ayam)                     1.00
Lamb briyani                                                         7.00
                                                                           $19.50 
                                                                         = 429,000.00 vnd
                                                                         = 59.44 MYR

Pergghhh. Makan malam kami yg paling mahal dr segala hari. Cit cit..!!

Bila part nak bayo jadi lagi masalah. Bila swipe card dia kata akaun kosong. Erkk! guna 2 card still x jalan waduhhh. Bikin ribut ni. Bro Fifish dah naik hangin. Gulp!! Apa yg perlu aku buat adalah. SILENT! that better. Syhh.
Ingat x mo la guna cash yg ada, tp terpaksa guna gak sbb kad kredit x lepas. huh!

Settle bil dinner, kami balik hotel semula. Fikirkan  next xpdc.~>> ESOK to Cao Bang. Zaasssttt..

Zzzz...zzzz...
to be continue..





Friday, June 17, 2011

Mount Fan Xi Pan ~ The Roof Of Indo China


DAY 3

6/6/2011...Isnin..

Pinnn...pinnnn...uishhh..bisingnya..(bukak mata)
Dah terang ke..aduhh .riuh rendah..uuhh...baru kol 5 pagi la..adoii..pe la dorang ni..
Malasnyer nak bangun..,tapi kena bangun gak..huh!
Terus berkemas2 untuk pergi berjumpa ngan tour Agency Auberge Dang Trung nak bincang pasal pendakian ke Mount Fansipan.

Zasst~  Passport dan kunci bilik bertukar tangan. Terus check out.
Cuaca pagi itu agak redup skit, macam nak ujan ja. huhuhu. Mengadap la kami pepagi tu masuk lam kedai agency tu, moga2 perbincangan pagi tu dpt la harga yang berpatutan. Bincang punya bincang, lelama dpt la harga murah.

50 dollar  = RM150 termasuk guide, permit, insuren , tiket , sleeping bag, transport pegi/ balik serta makan..dan kami akan naik bersama seorang pendaki dr Kanada. Sebelum tu pemilik agency tu pesan , kalo mamat Kanada tu tanya cakap ja kitawang pun bayo 75 dollar. Ngeh..ngeh..ngeh. Kami ok ja..!Apa lagi CARGASSS...!! terus bayo CASH.

Setelah segala keperluan disediakan, 4x4 pun bersedia membawa kami ke lokasi sekitar jam 9:00 pagi. Lokasi hanya 9 km southwest of Sa Pa township dlm Hoang Lien Son Mountain Range . Guide kami dr suku kaum Mao..simple ja pakai kasut Phua Chu Kang. hehehe. Kasut trekking tu. Salute lah..


Dalam perjalanan kami melihat air terjun yg sangat cantik. Di kiri kanan banyak gerai2 jualan barang2 perhiasan dan makanan, rasa cam nak suh dreber tu benti, sbb nak amik gambo,tp apakan daya. Tiada masa untuk itu. huh!

Pintu gerbang taman negara sudah di depan mata, tapi cuaca mendung dan awan seolah2 ingin memuntahkan isi perut sehabis habisan. Waduh,canne ni sejuk bangat. Kabus tebal dan angin pun kuat bertiup. Huhuhu. Aku mula memakai jaket untuk mengelak kesejukan terlampau. Ok aku dah bersedia. Kelebihan pada aku kali ni adalah aku freehand. Yay! tayah pikol bag berat2. Ai laik it! ngeh..ngeh..ngeh.

Tanpa melakukan regangan terlebih dahulu,kami terus memulakan langkah. Eceyyy, aku perhatikan trek nya. Ah! bisik lam hati,cam kat MY ja. Aku leh go on la kalo cam tu. Perjalanan awal amat mudah, melalui denai2 hutan dan tepi2 sungai yang damai, air sungai mengalir tenang dan jernih tp taleh minum sbb dah bercampur dengan najis lembu. Yuckks!.

Jalan, dan jalan lagi tiba di suatu kawasan yang berbatu-batu. Eh eh..cam trek kat Gunung Stong ja..meniti atas batu2 yang besar2. Dr belakang aku dengar helaan nafas yang sgt kuat dr pendaki Kanada. Hik..hik..hik. Dia 1st time mendaki dan ini lah gunung yang pertama dia nak daki. hrm gasakkk. Sekali sekala aku toleh kebelakang tuk melihat keadaan dia, ternyata dia ok. Bro Fifish ?? eh mana dia ? pasepa lambat?? Aku tatau nape dia jalan slow,aku harap dia ok ja. Hujan mula turun ditambah dengan tiupan angin. Wawooo sgt sejok lo.
'hut' di kem pertama
Setelah 2 jam berlalu, kami tiba di kem yg pertama. Berhenti untuk breakfast. Guide terus sediakan kopi panas tuk kami. Dihidangkan roti bersama tuna serta tomato dan timun. Lega skit, hilang skit kesejukan semasa kat trek. Tanguay, pendaki dr Kanada, mula bertanya tentang hal2 pendakian. Cam dia berminat untuk mendaki lagi. Aku dengo kan ja dia bersembang ngan Bro Fifish. Tak lama lepas tu, satu lagi group sampai ke kem tu terdiri dari 2 wanita dr Australia dan sorang budak lelaki. Hrmm harap mereka boleh terus melangkah hingga ke puncak.

Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan. Kali ni perjalanan terasa amat panjang, treknya sgt jauh. Mendaki di laluan berbatu2 seperti laluan di air terjun yang kering. Kalau nak di gabungkan, semua trek gunung di MY ada terdapat di gunung ni. hah! hambekkk dia kasi full pakej, mujur la aku x bawak bag. Kalo bawak, sah2 jalan selow,silap2 siput babi pun leh potong jalan aku. nGEE!

Lama gak la berjalan dalam hujan, akhirnya smpai ke kem ke 2, di situ lah kami akan bermalam. Dengan pantas aku tukar pakaian kering. Hohoho kalo x, keras kejung aku kang. Keluarkan sleeping bag dan dok dlm tu dendiam. ececeyyy, konon sleeping bag tu leh tahan kesejukan la, aku tsengeh2 ja kat Bro Fifish sbb dia cuma guna blanket yg pihak agency sediakan. skaligus jadi lapik tido kitawang. Aku agak sah2 dia sejok nanti. Guide kami terus hilang, mungkin dia nak sediakan makan malam kot. Sementara tu, kami makan je la snack dan kacang2 yang ada untuk buat alas perut.

dapor di kem 2


Sedang kami sebok ngan xtvt memanaskan badan, group dr Australia tu pun sampai. Kemudian datang lagi 1 group dr Singapore. Owh ok ! ada 3 group yang naik gunung untuk hari tu. Masing2 basah kena hujan lebat lak tu. sejuk sejuk sejuk.

Dinner time, ting! ting!!  makanan dihidangkan di depan mata, tayah nak jalan jejauh. Dorang yg anto.
Ok,jom tgok apa dia menu untuk mlm tu. Nasi,ok pass!  sayo kacang boncis goreng, ok pass! sayo kailan goreng, pun ok. Ayam dan pork ?? erkkk! Aku dah garu kepala, dan berfikir. Halal haramnya tayah makan langsung. Darurat nya,makan nasik dan sayo ja. Keterpaksaan, terpaksa, terpaksa...!! Aku makan sekadar terasa kenyang ja. Pastu minum air banyak2. makan biskot ngan coklat yang ada untuk tambah tenaga nak mendaki ke puncak esok.

Selesai makan, aku dah start berselubung. Ahh kenapa masih rasa sejuk ni, pakai baju dah 3 helai termasuk jaket, stokin dan glove. Pasepa sejok lagi ni. Bro Fifish guna blanket ja. Ermmm ! ok je dia. Cit..! Malam tu aku gelisah, pusing kiri kanan, mata tetap taleh lelap. Bro Fifish dah syok lena. Arrgghhhhh!!! mental calarr. Aku taleh tidooooo!! aku nak tido, aku nak tidooo,huwaaa. Akhirnya PASRAH ! sah aku x leh tido. Aku rasa lama betol nak siang,mata terkelip2 dlm kegelapan malam tu, telinga hanya dengar bunyi deruan angin yg kuat dan hujan yg turun dgn lebatnya. Owhhh berraq ni!!

Ahhh Bro Fifish dpt tido lena. Bengkek ja.! Padan muka aku !
Pagi tu, aku kejutkan gak Bro Fifish ajak teman g toilet heh heh heh. hahaha aku berjaya kaco dia tido. nGEE!

Keluar ja dr 'hut' tu, cuaca masih hujan renyai2,berpandukan cahaya headlamp, aku nampak di kiri kanan laluan putih ja. Eh salji ke hapa? hik..hik. Tenung lelama baru pasan yg itu hanya titis2 air hujan di atas rerumput. Lawa ooo. putih  jaa...

Selesai menunaikan hajat aku dan Bro Fifish kembali ke 'hut' untuk sambung berselubung. Adeiihhh, pada aku x de bezanya kesejukan di luar dan di dlm sleeping bag, sama jaaaa..sejokk loo..!~ GIEGIEL.

Zzzz...ehh leh Zzz ke? Ah aku paksa pejamkan mata.!

~~>>> to be continue...




Thursday, June 16, 2011

Bertamu kembali : Vietnam Utara


DAY 2

LAO CAI : Lao Cai Railway Station

5/6/2001. 5:00 pagi.
Tonnn toonnn! kecak kecak kecak toonnn toonnn !

Huargh! (selak langsir) uik, terang nyer. Dah kol bape nih? ha ? ha ? Bro kol bape dah ?' 5 pagi. Kita dah sampai.
La. ye ke. Pasepa terang benderang cam kol 7 pagi ni. (masih terpisat2 lap muka, kemaskan rambut)
~ MUKA SERABAI.

Keretapi benti. Kedengaran suara riuh rendah dr penumpang2 lain termasuk pelancong asing. Aku dan Bro Fifish melangkah turun sambil terpinga2 ~what to do next ? Dlm pala otak aku cuma nak g toilet ja, nak bersihkan diri. Agak rimas dengan keadaan diri. Sementara tu, Bro Fifish  layan view depan landasan sambil ' sap kok lu'.

Masuk toilet kena bayo 2,000 vnd, ala lebih kurang cam kat MY ja. Tp kita guna duit syiling. Dia guna duit kertas. Masa memula terasa cam besor ja nilai dia. Hehehe. Risau gak akan kehabisan duit. Keadaan toilet dia? hrmm. Bersih. Cuma ada tisu ja. Mujur la kat luar ada singki dan baldi. Aku pakat tadah air je la. Phew!

Setelah selesai keperluan diri, aku pun pergi semula ke tempat Bro Fifish lepak. Dr jauh nampak Serge dan Martin pun ada. Upenya mereka bercadang nak join skali tuk jadikan 1 group, so lebih mudah dan akan kurangkan cost. Ok let's gone.

Belum sempat keluar dr kawasan ketapi, macam2 tawaran dtg tuk bawak kami ke Sapa. Blur gak la memasing but sblom apa2 jom kita minum dulu! Minum kopi tepi jalan sambil carik idea seterusnya. nGEE!

Sergh & Martin
Sambil2 tu dok tanya tambang bas ke Sapa.Setelah survey harga tambang bas, akhirnya kami bersetuju 40,000vnd.

Maka naik la kami berempat menuju ke Sapa dengan kelajuan bas 20kmsj. Melalui lereng2 gunung. Aduihh,bila mau sampai da. :P

Di kiri kanan perjalanan ,terbentang dengan pmandangan yang super mabeles. Nun di lereng2 bukit banyak sawah2 padi bertingkat2. hijau hijau hijau. Di selang seli dengan perkampungan2 kecil.
Sesekali melintasi sekumpulan suku kaum Hmong yg berjalan kaki lebih dari 4km sehari, pergi dan balik menuju ke pekan Sapa, yang mana di pekan itulah tmpat mereka mencari sumber rezeki dari produk2 hasil kerja tangan seperti bag2 dan aksesori perhiasan diri yg dijual kepada pelancong.

Setiba kami di Sapa, belum sempat turun dr bas. Dah ramai suku kaum Hmong yang mengerumuni mintak kita beli barang dr mereka. Yang besnya, dorang boleh berbahasa Inggeris. Kalah rakyat Vietnam yg lain.
~Buy from me! buy from me ! what is your name sir ? how old are you ? where are you from ? soalan2 ini yang akan kedengaran bila mereka mula melekat ngan kita. NgEE! so pepandai la korang nak mengelak.
Untuk aku, say no to shopping! ahaks.

Ok berbalik pada plan asal, nak ke mana lepas ni ? carik hotel ? carik makan ? or what? Bincang punya bincang ngan budak 2 org tu, akhirnya kami bersetuju nak  ber'home stay' di perkampungan Hmong. tapi sbelum tu. Wanita Hmong tu bitau, dia boleh masakkan makanan untuk kami dgn syarat kami kena beli bahan2 keperluan. Owh ok, no big deal. Jom kita ke pasar. Beli ikan kelah hitam dengan harga rm18. Agak besor juga la. Beli pisang, beli sayo dan dan pulang ke kampung.

Erkkk! wait the minute, How far is your village from here? 
It about 2 kilomit.
*menurut bro Fifish 15km dr pekan Sapa.


GULPS! uhuk! kena jalan kaki ke? adoi (hati memujuk) relax tun, relax. Kata nak rasa how's their life. Huhuhu owh ok ok ! tgh jalan la ni. Adeih. Berjalan dan terus berjalan dengan backpack yg sgt berat tersandang dibahu. Akhirnya sampai gak. Yay!

Sementara dorang sebok masak..aku pun amik peluang pegi mandi. Hohoho. Mandi air gunung. Sejok. Sambil diperhatikan oleh haiwan teladan seperti itek, ayam, anjing dan babi yang berkeliaran. Hahaha. Jenuh aku dok halau mereka jgn datang dekat. Adehh, adehh. Sayang la bro Fifish x mo amik gambo aku tgh mandi. Kalo x mmg besh moment yg luar biasa tersebut. Gambarannyer seperti ini.  Aumm !


Setelah semuanya siap, aku dah siap mandi. Dorang dah siap masak. Maka tiba lah untuk makan. Ada nasik dari beras wangi. Panas2 lagi tu. Hrm, bau dia besh. Ikan kelah goreng. Kira masyuk dah tu. Sayor goreng bersama alamak! Dia campur ayam la pulak. Cit, potong betol la! Ayam tak semelih.


Uhh tape lah aku makan nasik ngan ikan pun ok dah. Serunding daging pun ada ni. Layannn.

Lepas makan kami dibawa bersiar2 ke persekitaran kawasan tmpat tinggal dia. Dia bawak g tgok lembu kerbau dia, sawah padi dia. Ajar cara menanam padi. Aku malas la buat sume2 tu sbb kat MY pun aku x penah nak try hahahaha. Aku rasa sama ja. X kuase ah. Cuma Serge ja yg try tanam padi.


Menjelang petang, kami amik keputusan untuk pergi ke Sapa semula, mencari guide untuk trip mendaki Mount Fansipan pulak. Ahhh jalan kaki lagi. 2 kilomit. Adoi. Masa dalam perjalanan ni la aku terasa tekak aku kering dan sebu. Tau dah. Mesti nak batuk selsema ni. Huh! grr.

Untuk trip mendaki pulak kami cuma nak cari guide ja. Lain2 tamo. Tp rata2 agency x bagi pelepasan tu. Sekurang2nya mesti amik pakej menyeluruh termasuk guide, tiket, insuren, makan dan permit masuk tmn negara dia. Totaly cost sekitar 75 dolar dan keatas. Mahainyer. Cari sampai ke malam. X dpt2 gak. Letih dah.

Dlm pada dok mencari2 tu terjumpa pulak ngan sorang mamat ni yg paham bahasa Melayu skit2. Nama dia Ta. So, dia pun terangkan skit sebanyak keadaan kat situ. Termasuklah pasal nak ber 'homestay' kat Hmong villlage. Dia nasehatkan supaya kita keluar dr situ krn kami tiada permit dr agency untuk menginap di sana. Kiranya akan mendatangkan masalah yg tidak diingini. Owh tidak, aku x mo percutian yg bermasalah.

Hrmm. Canne ea, bag dah letak kat sana. Hari dah malam. Canne nak amik? adoi. Bincang punya bincang ngan Bro Fifish, kata sepakat diambil, kami akan keluar mlm tu gak. Barang2 nanti Bro Fifish amik guna motor yg Serge sewa. Huhu. Taleh bayangkan la canne Bro Fifish bawak 2 bag naik moto tgh2 malam yg sgt gelap. Melalui lereng2 bukit yg berbatu2. Dah la lama x memandu motobike. Aku tunggu ja kat hotel yg sewanya 200,000 vnd | rm 29.51 untuk 1 malam. Huhuhu wisau ooo. Lama gak la tunggu. Akhirnya muncul gak Bro Fifish ngan bag yg berat2 tu. Siyan dia. Phew!

Mlm tu, buat keputusan untuk amik pakej kat agency tu x kira lah berapa harga yg dapat sbb satu hari dah terbuang cam tu ja.

Makan mlm : french bread n serunding daging + maggie, air kopi tongkat ali special brought from MY.
Alhamdulillahh.
Malam itu beradu dengan cukop selesa lagi.
Selamat malam.Zzzz.

Bro Fifish layan internet free kat lobi. Menurut cerita beliau tertido depan komputer sampai pagi. Hak hak hak.

~~> to be continue.

**Waktu di Vietnam, lewat sejam dr waktu di MY.
contoh :
 MY ~> 10:00 pagi
Vietnam ~> 9:00 pagi.

5:00 pagi dah macam pukol 7:00 pagi,terang benderang.
5:00 petang mcm pukol 7:00 mlm.