Hari sebelumnya
HARI KE 9
12/6/2011 Ahad.
Tooonnnn tooonnnn !
Aku terjaga bila dengar bunyi keretapi. Uuhhh. Bro Fifish dah sampai agaknya di Sa Pa. Harap dia cepat-cepat selesaikan urusan kat sana.
Malasnya nak bangun, tapi perut lapar kena cari makan juga. Aduihhh. Duit cuma
ada 300,000 vnd. Itu duit yang Bro Fifish bekalkan sementara belum dapat tukar
kat money changer. Tak apa lah. Cepat-cepat bersiap dan cuba tanya pada pemilik
hotel ni. Bingkas bangun dan bersihkan diri. Cuaca kat Ha Noi berbeza
dari Sa Pa. Bahang dia mak aih. Keluar sahaja dari bilik rasa berbahang dan
berpeluh. Terus turun dan tanya pada budak lelaki cucu kepada tuan hotel
tu. 'Where can I find a money changer ?'' sambil menunjuk duit MYR dan
VND. Lama jugak la dia nak faham apa maksud aku. Lepas tu dia panggilkan teksi motor suruh bawa aku ke tempat pengurup wang dan bayaran untuk teksi
motor 30,000 vnd kira-kira rm 4.50 la.
Ishh, aku naik motor dengan orang Viet Nam. Biar betul. Ahhh belasah janji dia boleh bawa aku
kat tempat tu dengan selamat pergi dan balik. Motor terus memecut
dengan laju nya menyelusuri lorong-lorong yang sempit dan penuh kenderaan. Kerap
kali juga hon dibunyikan bertalu-talu. Alamak. Bingitnya. Tak sampai
5 minit dah sampai depan kedai tukaran matawang.
Aku
turun dan pesan kat pemandu motor tu supaya tunggu sampai aku
selesai. hehehehe ( kes takot dan tak tahu nak balik hotel semula ) Masuk sahaja kedai tu, seorang lelaki terus tanya "Malay ? " aku cuma
angguk kan kepala dan hulurkan duit RM200 untuk aku tukar kepada VND Urusan pertukaran tak sampai 3 minit, aku dpt wang sebanyak
1,300.0000 (eh betul ke jumlah 0 tu) dalam perkataan 1 juta 3 ratus
vnd.
Terus pakai helmet semula dan bonceng pulang ke hotel.
Selesai 1 masalah. Lepas ni apa ? Owh nak tanya tiket penerbangan. Hrm, kat mana cyber cafe ea. Aku pergi jumpa semula dengan budak lelaki penjaga
hotel tu mintak dia tunjukkan kat mana ' internet ' . Lokasi di
lorong kecil di sebelah banggunan hotel tu. Ok jumpa dah. Mula-mula kena
tanya sejam dia cas berapa. Jawapannya 4,000. ok ON!
Aku pun mula la masuk ke Viet Nam Airline. Survey harga dan waktu.
RM1,433 untuk 2 org. Time : 6.30 pagi. Hari Isnin. Ok aku catit dalam buku.
Selesai memeriksa, aku cuba daftar masuk ke Facebook,Yahoo mail. Mak aihhh kenapa tak boleh
ni. Aku cuba berkali-kali. Banyak sangat peraturannya. Akhirnya lepas
juga. Alhamdulillah. Dapat lah sampaikan perkhabaran aku dari Ha
Noi..
Menjeling jam di bawah screen komputer. Hampir pukul 12pm. Alamak, masa untuk keluar hotel. Macamana ni, Bro Fifish
tak tahu balik bila dan pukul berapa. Okeh tak pe. Aku bayar lagi untuk satu
malam. Sebelum balik ke hotel aku beli barang-barang makanan dan air untuk
keperluan aku sepanjang duduk dalam bilik. Aku tak suka nak keluar tak tentu
pasal. Baik duduk dendiam tengok tv.~ Mengelak dari sebarang permasalahan.
Sampai
hotel aku terus bayar 280,000 vnd lagi. Satu malam lagi aku kena duduk
sendirian di Ha Noi. Arrhhh ! apa nak buat. Rugi masa dah
ni. Patutnya dah sampai MY. Sadisnya. Menjelang petang, aku
paksakan diri aku untuk membuat panggilan ke Sa Pa sebab aku memang payah
nak bercakap atau nak buat panggilan. Aku turun ke
lobi. Aku tanya pada budak penjaga hotel. Boleh tak buat panggilan guna
talipon dia, dan berapa per minit dia cas ?
Sah, dia tak faham apa yang aku maksudkan, tapi nenek dia faham. Dia keluarkan talipon
bimbit dan beri pada aku untuk digunakan. Setelah mendail no, aku dapat
bercakap dengan pemilik agensi. Terus bertanya kan tentang Bro Fifish. Bila dia akan bertolak dari Sa Pa dan jawapan yang aku terima. "8:00pm." aiyak!
Maknanya esok pagi la dia akan
sampai. Aduh, gawat nih !! Setelah menamatkan panggilan
aku terus bayar bil talipon tu. Kemudian terus naik semula ke bilik.
Sambil
makan kerepek kentang yang diimport dari MY( barangan MY
terjual di Ha Noi daa ) aku berfikir, bila aku nak balik ni ? sekolah
dah mula. Adoi. Anak aku tak sekolah lah. Huh! tak mahu fikir panjang-panjang, nanti
bikin aku stress. Tak apa, jangan fikir yang kat MY. Fikir kan tentang diri
sendiri yang masih belum lepas lagi ni. Tiket untuk pulang tak beli lagi. Bro
Fifish pun tak sampai lagi. Wahhhh fikiran-fikiran jahat sudah datang
mengganggu. Andai kata begini ? andai kata begitu ? hohohoho sangat
JAHAT !! Syuhh! syuhhh!
Malam itu aku cuba untuk lelapkan mata. Cuba dan terus mencuba.
Hrmmm. Zzz.
No comments:
Post a Comment