VIETNAM
HANOI - SAPA - HA GIANG - CAO BANG
HARI PERTAMA
4/6/2011 Sabtu.
Jan 5:50 pagi, kami bersedia untuk masuk ke 'boarding gate', seterusnya jam 6:00 pagi mula memasuki perut kapal terbang Air Asia AK870. Penerbangan mengambil masa 3 jam 20 minit, dan kerusi aku bernombor 31F tepi tingkap di belakang kerusi Bro Fifish. Wah, boleh tengok pemandangan dari udara.
nice cloud scape |
Penerbangan tiba 20 minit awal dari yang dijadualkan. (AA pun rempit gak ea), so pukul 8.20 pagi sampai di Noi Bai International Airport.
Suhu 29 darjah celcius. Masa nak ambik bag, aku perasan yang sesuatu sudah hilang. Alah! kerugian yang pertama. Penutup kalis air untuk beg hilang. Aduhai.
1 stop center |
Jam 9:00 pagi berpandukan peta dan bantuan orang-orang awam kami
memulakan perjalanan.
Mula-mula jom kita naik bas. Kita perlu naik 2x bas untuk sampai ke Hanoi Railway Station. Asal sampai satu-satu tempat sahaja kami bertanya orang. Masalah bahasa paling utama tapi kami cuma berikan peta, pen dan kertas, nanti dorang akan tulis nama tempat atau nombor bas. Perjalanan jadi lancar. Ngeh ngeh ngeh.
Mula-mula jom kita naik bas. Kita perlu naik 2x bas untuk sampai ke Hanoi Railway Station. Asal sampai satu-satu tempat sahaja kami bertanya orang. Masalah bahasa paling utama tapi kami cuma berikan peta, pen dan kertas, nanti dorang akan tulis nama tempat atau nombor bas. Perjalanan jadi lancar. Ngeh ngeh ngeh.
stesen keretapi |
* Airport ~> Cau Giay [ bas no 07 ]
Tiket = 4,000 vnd | 0.59 MYR
* Cau Giay ~> Ha Noi Railway [ bas no 32@38]
Tiket = 3,000vnd | 0.44 MYR
Dari
stesen bas, kami perlu berjalan kaki untuk ke stesen keretapi. Suasana pekan tu sangat bising, hiruk pikuk dengan pelbagai kenderaan. Dengan bunyi hon motor, kereta dan lori buatkan kepala
aku bingung. Ketika itu la baru ingat MY. Negara ku yang aman, tenang dari pencemaran bunyi.
kaunter tiket |
Sesampai sahaja di stesen, Bro Fifish terus mencari tiket ke Sapa. Walau
pun komunikasi amat berbeza tapi kira ok la. Tunjuk $, tunjuk nama
tempat dan wallah!! tercapai juga matlamat untuk membeli tiket. Kaunter
tiket dorang aku tengok macam kedai beli nombor ekor. Berpusu-pusu orang masuk dan
keluar untuk membeli tiket dengan jumlah yang banyak. Sesekali terpikir
aku. " Dorang buat apa dengan tiket tu ea ?"
Kami dapat beli tiket keretapi dari Hanoi ~> Lao Cai dengan harga 450,000
vnd | RM66.44 seorang. Malangnya tiket jam 9:10 malam. Waduh. Jam baru
menunjukkan pukul 11:35 pagi waktu tempatan. Lamanya nak kena tunggu. 9
jam 1/2 wooo. So what to do ?
Kesian Bro Fifish kena jugak tanya kat gerai-gerai kecil kat pekan tu kot-kot ada jual
nasi + sayur. Walau pun aku tahu tahap kebersihan dan halalnya makanan
itu mmg tak terjamin. KETERPAKSAAN aka DARURAT memaksa tekak aku
terima juga keadaan tu. Nasi dan ikan kelah goreng untuk 2 org dengan
harga 40,000vnd | RM5.90. Ah ! boleh la. Nanti boleh makan dengan
serunding Agromas yang aku bawa dari MY.
koc kami |
Jam 8:00 mlm, kami dah mula menaiki keretapi. Dalam masa
tercari-cari nombor koc keretapi kami, datang la seorang lelaki ni, ingat dia
pekerja kat situ. Terus dia mintak tiket untuk menunjukkan lokasi.
Kami pun ok la. Ikut sahaja dia. Bila dah sampai , terus dia mintak ' my
tips?' Erkk! Aku dan Bro Fifish tercengang kejap. Ahh! dah kena
dah. Tak pasal-pasal kena paw. Aku tak ingat berapa. Mungkin 50,000vnd. Uh entah la dah lupa. So untuk rakan-rakan yang mungkin akan ke sini. Berhati-hati hokey !
lepas kena paw,mengenang naseb diri.. |
Tiba masa untuk berlepas. Wah kagum ah dengan dia punya kabin. Katil 2 tingkat, siap ada lampu tidur. Waa menariknya. Berbaloi la dengan harga tiket. Apa lagi kami mula buka bekalan yang kami tapau petang tadi.
masa untuk makan malam |
Kami berkongsi kabin dengan 2 orang pemuda dari France, Serge dan Martin.
Bagus budak dua orang ni. Walau pun aku kurang berbual dengan mereka tapi aku paham juga la apa yang Bro Fifish sembangkan tu, sambil makan,
sambil berbual.
rancaknye berbual |
Bila dah kenyang, aku pun mula tepuk-tepuk bantal untuk mulakan sesi Zzzz. Aku ingat aku sorang sahaja, rupanya yang lain pun ikut juga tepuk-tepuk bantal. Hehehe.
GUDNITE ALL! klik!
Keretapi malam meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Totttt ! tooott ! krohh kroohhh Zzzz.
~> bersambung !
* Currency Xchance : dibawah ini adalah nilaian pertukaran yg kami guna sepanjang ekspidisi ini. Semua guna duit kertas.
1,000 vnd = 0.14 myr
2,000 vnd = 0.29 myr
5,000 vnd = 0.73 myr
10,000 vnd = 1.47 myr
20,000 vnd = 2.95 myr
30,000 vnd = 4.42 myr
40,000 vnd = 5.90 myr
50,000 vnd = 7.37 myr
100,000 vnd = 14.75 myr
200,000 vnd = 29.51 myr
500,000 vnd = 73.79 myr
1,000,000 vnd = 147.59 myr
No comments:
Post a Comment