Saturday, June 18, 2011

Berjaya ke Puncak Gunung Fan Xi Pan


Hari sebelum,

HARI KE 4

7/6/2011.Selasa.

Entah pukul berapa dah, tak tahu sebab gelap gelita ja. Aku masih cuba memaksa untuk lelapkan mata barang sejam dua tapi gagal. Bingkas bangun bersiap untuk perjalanan seterusnya menuju puncak. Sengsara nya bila nak tukar baju treking, dah la basah sejuk pulak tu. Adeih adeihhh.1, 2, 3 sarung!!!  arghh!

Setelah bersarapan, kami memulakan pendakian dalam hujan renyai. 'Alah Tun, mcm tak biasa' bisik hati besar. Ceh, motivasi terkini la gamaknya. Ahhh aku boleh ! boleh.! Walaupun malam tadi tak dapat tidur. Harap-harap kepala tak pening. Let's gone babeh.

Jalan punya jalan dan jalan lagi. Sepanjang jalan hanya pokok buluh kecik ja kelihatan. Terdapat kesan rebung yang telah dipotong, mungkin aktiviti penduduk tempatan yang mengutip hasil hutan buat jualan untuk ikhtiar hidup. Ada juga najis lembu yang bersepah-sepah di laluan trek. Isk iskk kat MY najis gajah. Kat sini lembu pun mendaki gunung. hue hue hue. Betapa gagahnya lembu-lembu di sini.

Trek berubah ubah. Kejap berbatuan, kejap meniti akar pokok. Tapi memang menaik menaik dan menaik. Kemudiann menurun menurun menurun. Curam gila trek berbatu dia. Sayang seribu kali sayang, pemandangan dilitupi kabus tebal. 1 hapa tak nampak. Memang 1 kerugian la. Sampai di trek yg berpagar, helaan napas dirasanyakan makin sukar. Helaan napas pendek-pendek. hidung mulai sejuk dan berair. Argh gangguan betol la. Bila nak sampai ni.

Suatu ketika jurupandu berhenti. Tetiba Bro Fifish menunjukkan sesuatu. Aiyak! Gelinya. Cacing rasaksa warna merah jambu. Yucks! Disuruh aku pegang. Owh tidak! Eiiiuuu. Aku geli. " Tak pe Bro, biar Tun ambik gambar Bro bersama beliau ja"  Jalan ke depan sikit jumpa lagi cacing rasaksa tu lagi. Tapi kali ni warna biru pulak di celah batu. Hahahaha sangat menarik. Aku rasa haiwan liar yang tinggal di dalam hutan Viet Nam cuma yang kecik-kecik macam cacing je kot. Badak, gajah, rimau ,tapir dan lain-lain semua dah pupus akibat penebangan hutan dengan suka suki. Harap taman negara ni ja yg kekal, itu pun tak tahu untuk berapa tahun lagi.

cacing besar punya !
Sampai di tanah lapang, keadaanya sama seperti Kem Botak di Gunung Tahan. Nun di sana nampak puncak. Wah! hati berbunga-bunga, terasa seolah-olah puncak dah tak jauh. Ewah, suka benar rasanya. Bila jalan sikit ke depan, lalu di sebalik lereng terpampang  lagi puncak yang lebih tinggi. Aik ? Ahh sudah, mental menjadi calar. Nak kira ada la 3 kali mental aku calar balar dek kerana puncak tipu. Hampir hancur berkecai semangat ni. Adoi. Sabo je la.

Ku teruskan juga berjalan pelahan-lahan, sayup-sayup kedengaran suara orang bercakap-cakap. Eh! cam dah sampai ja.~wee. Cepat Tun cepat !! Bro Fifish ku tinggalkan di belakang. Hehehe, sori bro, aku dah x larat ni, nak carik tempat landing dengan segera. Semakin dekat semakin berat ja kaki aku nak melangkah. Uocchhh ! lagi sikit ja ni lagi, lagi sikit dan akhir nya.

Teng..tenenggg..tenenggg !

Tadaa! Nampak dah batu tanda 3 segi terpatri di atas batu. Angin kuat bertiup, rasa macam aku boleh diterbangkan dek angin yang kuat. Gigill jangan cakap la, tahap parkinson dah. Bro Fifish segera mengeluarkan camera, aku seperti biasa bersedia nak posing ja. Haha ,nak layan view pun macam tak berselera sebab semua  putih umpama aku di surga. Owh tidak. Di sini kabus, di sana kabus, di mana-mana saja kabus. Potong !

Masing-masing teruja dengan kejayaan itu, sampai terlupa aku nak ucap TAHNIAH pada Bro Fifish. Eh! aku ada cakap ke? Hrmm rasanya aku cakap kat mat saleh tu ja. Ehek. (mesti Bro Fifish kutuk aku : lecce la lu sis) hahahaha.

3143m Indochina peak @ 8:20 am

Aku rasa tak sampai 10 minit kami berada di puncak, bergambar lebih kurang kemudian mula turun balik. Cis! camtu ja ? Hrmm ok la. Bukan boleh tengok pemandangan pun jadi boleh la tu kan.
Perjalanan turun pada aku, ok la. Champion gak la dengan kasut getah terbaik dan teragong 'cap bowling' memang tk boleh dinafikan kehebatannya. Laju ja langkah aku. Kih..kih..kih. Mat saleh tu terkial-kial la nak pijak batu-batu menuruni laluan curam. Ok adioss! berdesup aku pecut. Bro Fifish ikut dari belakang.
Yang buat mat saleh tu perlahan bila kaki dia cedera. Mana tak nya. Langkah tak betul dan dia terus lompat bila nak turun, memang lah terkesan pada lutut.

Ahh aku tak nak tau dah semua tu. Apa yan aku fikir sekarang ni aku nak segera turun. Cepat la, cepat la. Aku nak balik tidur. Makanan pun dah habis, air lagi la dah kering. Aduh, lapar. Kepala dah pening ni. Jauh lagi tu, dalam bag cuma ada snack yang Bro Fifish beri. Itu saja yang tinggal. Tekak kering sangat.

Aku gagahkan jugak. Seret kaki yang makin lemah. Aduu duuu. laparnya.
Bro Fifish bagi tips : cuba lihat pokok-pokok yang berwarna hijau, ia akan membuatkan minda kita jadi segar.
Erk ! ermm. Rasanya minda aku tak la segar cuma leka ja ngan panorama hijau tu. Bila leka jadi lupa akan kelaparan. Ahh itu pun boleh la !

Dalam perjalanan menuruni gunung, cuaca sangat bagus dan cantik. Bro Fifish ambil pluang untuk merakamkan pemandangan sekeliling gunung tu. klik! klik! klik! wahhh. Aku pun terkial-kial mengeluarkan kamera yang berkepuk dalam beg. Aku tak ambil gambar pemandangan, tapi aku rakam gambar orang yang ada dalam pemandangan tu. Haa. lagi dramatik, pasal tu gambar-gambar aku kurang. Gambar org lain ja yang banyak.

red spot
Guide and Canadian

take a deep breath
Rasanya lepas turun dari puncak tak ada apa yang menarik sangat, hanya layan pemandangan kejap ada kejap tak ada. Rasa malas dah nak berjalan. Bro Fifish pujuk suruh bertahan sikit aje lagi. Tak jauh dah. Alah! Malasnya la nak jalan lagi.

Okeh la aku pendekkan terus cerita perjalanan turun. Semuanya ok dan biasa-biasa saja, yang paling ok bila guide boleh buat panggilan talipon di setiap trek. Kejap-kejap bunyi talipon. Tengah hutan, tengah gunung ganang tu pun ada coverage. Viet Nam bagus la dia punya coverage. Kagum betol la, mana ceruk pun boleh buat panggilan.

Bila dah sampai di pejabat perhutanan, aku terus bersihkan kasut, maklum lah nak naik kenderaan. tak kan kotor-kotor pulak. Masa tu mmg dah sehabis letih. Terus naik van dan terus ke Sa Pa.

Sampai di agensi, kami ambil beg yang kami tumpangkan selama sehari dan terus cari hotel. Bermula lah masalah tukaran wang asing.

Aduh! duit MY banyak tapi tak laku. Wat to do meh? ha? ha? tell me tell me? Bro Fifish keluar masuk bank, cuba tanya mana tau boleh tukar tapi hampa. Aku lagi la buntu bukan tau apa pun, tau mengikut saja.  Dalam kepala otak aku cuma ingat kat Mat Saleh Kanada tu ja, sebab dia dah tinggal Vietnam lama, jadi entu lah  banyak duit Dong. Tapi Bro Fifish tak yakin sangat yang mamat tu boleh tolong. Hrm. Aku dah hilang punca.

Mungkin dah rezeki, Bro Fifish cuba gak tanya kat dia. Alhamdullilah dia paham dan sudi ambil duit MYR kita untuk tukar dengan Dong itu pun dengan jaminan yang ringgit memang tinggi nilainya. Bro Fifish siap tunjuk kat internet website tukaran wang kat mamat tu. Nampaknya  dia yakin dan kami sudah mempunyai duit untuk belanja, kemudian dia beri cadangan supaya gunakan  kad kredit bila kat restoren atau hotel. Owh ok !! hampir terlupa pulak. Nanti kami akan cuba.~Syukur.

Okeh. masalah sudah  selesai, buat masa tu je la sebab kami memerlukan lebih banyak Dong untuk meneruskan perjalanan. Sedangkan di Sa Pa, tiada kedai pengurup wang yang nak ambil nilai matawang MY. Kalau ada pun di Hanoi. Takkan nak patah balik, jauh. Malam tu atas bantuan pemilik agensi, dia mintak tolong kawan dia supaya terima tukaran wang melalui kad kredit. Yes ! boleh. Lepas lah untuk buat bayar sewa hotel untuk malam itu.

Setelah naik ke bilik, masing-masing membersihkan diri. Berkemas-kemas baju yang nak dibawa untuk ekspedisi seterus nya. Misi menjejak Ban Gioc Waterfall pulak. Tiba-tiba pintu bilik diketuk orang.
Rupanya Serge datang melawat. Wah, riuh rendah dibuatnya. Tak sangka dia datang mencari kami kat hotel sebab sebelum tu Bro Fifish dah pesan, suruh keluar dari perkampungan Hmong dan tinggal di hotel tapi dorang menolak. Seronok katanya hidup kat sana dan keluarga Hmong tu sangat baik.

Serge tiba-tiba hulurkan duit kat aku, katanya dia pulangkan duit sewa motor  yang aku bayarkan dulu. Baik budi jugak anak omputih ni. Sembang-sembang lebih kurang kemudian terus pelawa dia ikut kami pergi ke Ban Gioc. Serge macam nak ikut tapi dia kena tanya Martin dulu. Dia kata, kalau  tak muncul, kira dorang tak ikot la. Tak lama lepas tu Serge mintak diri sebab bapak angkat dia (Hmong people) dah tunggu kat luar hotel.

Malam tu lepas  mandi, kami kena pegi cari makan, lapar sudah. Memang nak kena cari nasi. Jalan punya jalan ternampak la Bombay Restaurant. Wahh ini mesti halal food. So lets gone
!
Tanya dulu kalau dia terima kredit kad. Jawapannya YES! maka oke la, kami pesan la nasi briyani kambing dan briyani ayam. Uhf ! makan mewah tu tak berhengat.

Big water                                                              1.50
Banana lassi                                                          2.50
Watermelon juice                                                  2.00
Chicken Briyani                                                    5.50
Tandoori roti (xceli kami oder ayam)                     1.00
Lamb briyani                                                         7.00
                                                                           $19.50 
                                                                         = 429,000.00 vnd
                                                                         = 59.44 MYR

Pergghhh. Makan malam kami yang paling mahal dari segala hari. Cit cit..!!

Bila part nak bayar jadi lagi masalah. Bila swipe card dia kata akaun kosong. Erkk! guna 2 kad masih tak jalan waduhhh. Bikin ribut ni. Bro Fifish dah naik hangin. Gulp!! Apa yang perlu aku buat adalah. SILENT! that better. Syhh.
Ingat tak nak la guna tunai yang ada, tapi terpaksa guna juga sebab kad kredit tak lepas. huh!

Selesai bil makan malam, kami balik hotel ke semula. Fikirkan  perjalanan seterusnya.
~>> ESOK ke Cao Bang. Zaasssttt..

Zzzz...zzzz...

No comments:

Post a Comment