SAPA
Hari sebelumnya
DAY 2
LAO CAI : Lao Cai Railway Station
5/6/2001. 5:00 pagi.
Tonnn toonnn! kecak kecak kecak toonnn toonnn !
Huargh!
(selak langsir) uik, terangnya. Dah pukul berapa nih? ha ? ha ? Bro pukul berapa dah ?' 5 pagi. Kita dah sampai.
La. ye ke. Kenapa terang benderang macam pukul 7 pagi ni. (masih terpisat-pisat lap muka, kemaskan rambut)
~ MUKA SERABAI.
Keretapi
berhenti. Kedengaran suara riuh rendah dari penumpang-penumpang lain termasuk
pelancong asing. Aku dan Bro Fifish melangkah turun sambil terpinga-pinga ~what to do next ? Dalam kepala otak aku cuma nak ke tandas sahaja, nak
bersihkan diri. Agak rimas dengan keadaan diri. Sementara tu, Bro Fifish
layan pemandangan depan landasan sambil ' sap kok lu'.
Masuk tandas kena bayar 2,000 vnd, ala lebih kurang macam kat MY juga. Tapi kita
guna duit syiling. Dia guna duit kertas. Masa memula terasa macam besar ja
nilai dia. Hehehe. Risau jugak akan kehabisan duit. Keadaan tandas dia ? hrmm. Bersih. Cuma ada tisu ja. Mujur la kat luar ada singki dan
baldi. Aku pakat tadah air je la. Phew!
Setelah selesai
keperluan diri, aku pun pergi semula ke tempat Bro Fifish lepak. Dari jauh
nampak Serge dan Martin pun ada. Rupanya mereka bercadang nak join sekali untuk jadikan 1 group, jadi lebih mudah dan akan kurangkan kos. Ok let's
gone.
Belum sempat keluar dari kawasan keretapi, macam-macam tawaran datang untuk bawa kami ke Sapa. Blur juga la masing-masing tapi sebelum
apa-apa jom kita minum dulu ! Minum kopi tepi jalan sambil cari idea
seterusnya. nGEE!
Sergh & Martin |
Sambil-sambil bertanya tentang harga tambang bas ke Sapa. Setelah menawar harga, akhirnya kami bersetuju 40,000vnd.
Maka naik la kami berempat menuju ke Sapa dengan kelajuan bas 20kmsj. Melalui lereng-lereng gunung. Aduihh,bila mau sampai da. :P
Di
kiri kanan perjalanan , terbentang dengan pemandangan yang menakjubkan. Nun di lereng bukit banyak sawah padi
bertingkat-tingkat. Hijau hijau hijau. Di selang seli dengan perkampungan kecil.
Sesekali melintasi sekumpulan suku kaum Hmong yang berjalan kaki lebih
dari 4km sehari, pergi dan balik menuju ke pekan Sapa, yang mana di
pekan itulah tempat mereka mencari sumber rezeki dari produk-produk hasil kerja
tangan seperti bag dan aksesori perhiasan diri yang dijual kepada
pelancong.
Setiba kami di Sapa, belum sempat turun dari bas. Dah ramai suku
kaum Hmong yang mengerumuni meminta kita beli barang dari mereka. Yang menariknya, mereka boleh berbahasa Inggeris. Kalah rakyat Vietnam yang lain.
~Buy
from me! buy from me ! what is your name sir ? how old are
you ? where are you from ? soalan-soalan ini yang akan kedengaran bila mereka
mula melekat dengan kita. NgEE! jadi pandai-pandai lah korang nak mengelak.
Untuk aku, say no to shopping! ahaks.
Ok
berbalik pada plan asal, nak ke mana lepas ni ? cari hotel ? cari makan ? or what ? Bincang punya bincang dengan budak 2 org tu, akhirnya
kami bersetuju nak ber'home stay' di perkampungan Hmong. Tapi sebelum
tu, wanita Hmong tu beritahu, dia boleh masakkan makanan untuk kami dengan
syarat kami kena beli bahan-bahan keperluan. Owh ok, no big deal. Jom kita ke
pasar. Beli ikan kelah hitam dengan harga rm18. Agak besar juga
la. Beli pisang, beli sayur dan pulang ke kampung.
Erkkk! wait the minute, How far is your village from here?
GULPS!
uhuk! kena jalan kaki ke? adoi (hati memujuk) relak Tun, relak. Kata nak rasa how's their life. Huhuhu owh ok ok ! tengah jalan
la ni. Adeih. Berjalan dan terus berjalan dengan backpack yang sangat
berat tersandang di bahu. Akhirnya sampai jugak. Yay!
Sementara mereka masak..aku pun ambil peluang pergi
mandi. Hohoho. Mandi air gunung. Sejuk. Sambil diperhatikan oleh
haiwan teladan seperti itik, ayam, anjing dan babi yang
berkeliaran. Hahaha. Jenuh aku halau mereka jangan datang
dekat. Adehh, adehh. Sayang la bro Fifish tak mahu amik gambar moments tersebut. Kalau tak memang epik. Moment yang luar biasa. Gambaranyer seperti ini. Aumm !
Setelah siap mandi, mereka pun dah siap
masak. Maka tiba lah untuk makan. Ada nasi dari beras wangi. Panas-panas lagi
tu. Hrm, bau dia harum. Ikan kelah goreng. Kira masyuk dah
tu. Sayur goreng bersama alamak ! Dia campur ayam la pulak. Cit, potong
betol la! Eh tu ayam ke daging babi ? Hrm.
Uhh tak apa lah aku makan nasi dengan ikan pun ok dah. Serunding daging pun ada ni. Layan.
Lepas makan kami dibawa bersiar-siar ke persekitaran kawasan tempat
tinggal dia. Dia bawa pergi tengok lembu kerbau dia, sawah padi dia. Ajar
cara menanam padi. Aku malas la buat semua tu sebab kat MY pun aku tak penah nak cuba hahahaha. Aku rasa sama ja. Tak kuasa ah. Cuma Serge sahaja yang cuba tanam padi.
Menjelang petang, kami ambil keputusan untuk pergi ke Sapa semula,
mencari pemandu arah untuk trip mendaki Gunung Fansipan pula. Ahhh jalan kaki
lagi. 2 kilomit. Adoi. Masa dalam perjalanan ni la aku terasa tekak aku
kering dan sebu. Tau dah. Mesti nak batuk selsema ni. Huh! grr.
Untuk trip mendaki pulak kami cuma nak cari jurupandu sahaja. Lain-lain tak nak. Tapi setiap agensi tak bagi pelepasan tu. Sekurang-kurangnya mesti ambil pakej
menyeluruh termasuk guide, tiket, insuren, makan dan permit masuk taman
negara dia. Kiraan keseluruhan sekitar 75 dolar dan ke atas. Mahalnya. Cari
sampai ke malam. Tak dapat juga. Letih dah.
Dalam pada mencari-cari tu terjumpa pula dengan seorang mamat ni yang faham bahasa Melayu skit-sikit. Nama dia Ta. Jadi, dia pun terangkan sedikit
sebanyak keadaan di situ. Termasuklah tentang nak ber 'homestay' kat perkampungan Hmong. Dia nasihatkan supaya kita keluar dari situ kerana kami tiada
permit dari agensi untuk menginap di sana. Kiranya akan mendatangkan
masalah yang tidak diingini. Owh tidak, aku tak mahu percutian yang bermasalah.
Hrmm. macamana ea, beg dah letak kat sana. Hari dah malam. Camane nak
ambik ? adoi. Bincang punya bincang dengan Bro Fifish, kata sepakat
diambil, kami akan keluar malam tu jugak. Barang-barang nanti Bro Fifish ambik guna
motor yang Serge sewa. Huhu. Taleh bayangkan la canne Bro Fifish bawa 2 bag naik motor tengah malam yang sangat gelap. Melalui lereng-lereng bukit yang
berbatu-batu. Dah la lama tak menunggang motorsikal. Aku tunggu sahaja di hotel yang
sewanya 200,000 vnd | rm 29.51 untuk 1 malam. Huhuhu risau ooo. Lama juga la tunggu. Akhirnya muncul Bro Fifish dengan beg yang berat tu. Kesian dia. Hajat aku nak bermalam di inap desa tak kesampaian.
Malam tu, kami berbincang dan ambil keputusan untuk memilih pakej di agensi tu tak kira lah berapa harga yang dapat sebab satu hari dah terbuang begitu sahaja.
Makan malam : roti perancis + serunding daging + maggie, air kopi tongkat ali istimewa dibawa khas dari MY
Alhamdulillahh.
Malam itu beradu dengan cukup selesa lagi.
Selamat malam.Zzzz.
Bro Fifish layan internet free kat lobi. Menurut cerita beliau tertidur depan komputer sampai pagi.
**Waktu di Vietnam, lewat sejam dr waktu di MY.
contoh :
MY ~> 10:00 pagi
Vietnam ~> 9:00 pagi.
5:00 pagi dah macam pukol 7:00 pagi,terang benderang.
5:00 petang mcm pukol 7:00 mlm.
No comments:
Post a Comment