Monday, June 20, 2011

Akhirnya..Aku Pulang


Hari sebelumnya

HARI KE 11

14/6/2011. Selasa.

Yay! Hari ini balik.

Seawal 4.40 pagi waktu tempatan aku dah set kan jam loceng kat talipon bimbit. Berbunyi saja aku bingkas bangun. Terus mandi dah bersiap.
Selesai menguruskan diri, kami bersedia untuk bergerak keluar tapi sebelum tu, aku buat pemeriksaan akhir. Mana tau ada yang tertinggal. Ok clear !

Let's gone!

Turun saja di lobi, kelihatan pemilik hotel memang dah bangun. Woish. Jam 5 pagi tu. Kami pulangkan kunci dan passport kami dikembalikan.

Haaa. At last! I'm coming home.
Keluar dari pintu hotel, mata tercari-cari sekiranya ada teksi. Menurut  Bro Fifish pagi-pagi lah teksi banyak. Lebih-lebih lagi di depan stesen keretapi. Ok jom kita berjalan ke sana. Sambil-sambil tu menoleh jugak ke belakang manalah tahu ada teksi. Yeah, ada sebuah teksi kosong, terus kami tahan dan mintak dia hantar ke lapangan terbang Noi Bai.
Tambangnya 300,000 vnd, lebih kurang RM45. Boleh la. Janji kami nak sampai segera di lapangan terbang sebab perjalanan ke sana ambil masa 45 minit. Jauh jugak la. Harap tak jam.

Masuk saja dalam teksi aku tengok ada meter. Cis! nyesal tanya harga.

Teksi dipandu laju skali. Macam biasa hon akan sentiasa dibunyikan. Hohoho time ni tak apa. Aku rela dia bunyikan hon banyak mana sekali pun. Asal aku cepat sampai. Sesekali aku menjeling ke arah meter. Nilai sentiasa menaik dan menaik. Hingga ke angka 200,000 vnd. Lokasi dah dekat. hrm..
Bila sampai airport aku tengok harga tak la cecah 300,000 vnd. Hrmm ok la. Pasang niat 'menderma'. Ku keluarkan duit 200,000 vnd dan baki 100,000 vnd Bro Fifish yg settlekan. Ahhh malas nak berkira-kira. Janji aku nak balik cepat.

Aku risau sebab tempahan tiket melalui atas talian sahaja. Tak ada sebarang rujukan. Nanti tak pasal-pasal nama tak de dalam senarai tempahan. Wat to do meh? Segera mencari kaunter. Ala, pagi-pagi lagi ni kaunter belom buka lagi. 
Kalau macam tu jom kita minum dulu ! yeah!

Selesai menghabiskan air coklat ais dan kek, kami bergerak ke kaunter Air Asia. Baru nak buka ? alahai.
I'm waiting again & again. Hurm

Tak sabar nak check in. Cepat la, cepat la.
Tiba-tiba teringat pesan Wak Jan , '' duit VnD kena habiskan sebab nanti tak ada nilai bila nak tukar balik'' wah apa lagi. Let's gone shopping. Dengan sedikit baki matawang vnDong. Apa yang dapat aku beli ? ceh!

Masa tiba, jom masuk ke pintu pelepasan. Lepas tu kena beratur. Lepas tu cari no kerusi. Wah, duduk tepi tingkap lagi. Menarik, tapi malas la tengok luar sebab aku mengantuk dan letih. Nak rehatkan minda dan tenang kan diri sahaja. Phew! lega dah naik kapal terbang. 3 jam lagi aku akan sampai ke TANAH TUMPAH DARAH KU.

* KU LELAPKAN MATA UNTUK SEKETIKA.

Setibanya di lapangan terbang LCCT. Perasaan gembira tiada terperi. Nak balik nak balik.
talipon bimbit ku 'on ' kan...tett...tett...tett...oit..banyaknya sms masuk. Adoiiii. Sabor jela.

Ok ke mana lepas ni ? Jom pegi makan. Nak makan nasi, nak makan nasi ! Makan kat KL Sentral la murah sikit. jadi kami naik bas dengan harga RM9. Padahal sebelah kaunter tu harga cuma RM8. Cit! apa daaa.

Dalam bas seronok tengok pemandangan sekitar Kuala Lumpur. Ahhh. amannya dari  sebarang bunyi. Tersenyum girang. Bertuahnya lahai aku lahir dan hidup di bumi Malaysia. Infrasruktur dia tersusun. bersistematik, wallah wallahhh. Best sunggoh. Apa lagi yang aku nak ?

Sesampai sahaja kat KL Sentral kami terus mencari  food court atau org melayu panggil 'medan selera'. Kaki pantas melangkah tercari-cari lokasinya, hingga terpaksa bertanya dengan  seorang guard. Maklum lah, tak pernah makan kat sana. Naik ke tingkat 3 dan..

Bro, Tun nak makan nasi campur.  Mata bersinar-sinar lihat pelbagai lauk yang terhidang. Pilih, pilih, nasi (penuh) ikan goreng, sambal goreng, ikan bilis dengan petai, bebola daging dan sedikit sayur kacang panjang goreng. Air tembikai ! Waduhhh, dengan nikmat makan guna tangan, seolah-olah bertahun-tahun tak jumpa nasi. Aku tak tgok kiri kanan. Lantak la orang keliling nak kata aku pelahap ke, gelojoh ke, aku tak peduli, aku nak penuhkan perut aku yang 9 hari tak makan nasi dengan sempurna.

Bro Fifish makan apa ? erkk. Aku perasan dia ambil masak lemak pucuk ubi, sambal telur puyuh, air teh tarik kurang manis, lain-lain tak perasan pulak dan aku pasti dia pun sedang menikmati keenakan masakan Melayu. Burbbb! Alhamdulillah.

Terbaik ah !
Lepas makan kami mula menuju ke haluan masing-masing. Aku naik lrt putra. Bro Fifish naik komuter. Kami berpisah di KL Sentral.

Berjabat tangan sambil mengucapkan TERIMA KASIH, moga bertemu lagi di lain kembaraan. Insyallah.
Adios !

Tamat lah kesah perjalanan aku di negara orang. Mana-mana yang kurang, Bro Fifish akan tambahkan dlm travelogue  beliau nanti.

Sehingga berjumpa lagi. Daa...

T A M A T

No comments:

Post a Comment