Monday, June 20, 2011

Sendirian di Hanoi


Hari sebelumnya

HARI KE 8

Sabtu . 11/6/2011

Hah ! 2 hari terakhir adalah hari-hari kecederaan. Sepatutnya kami dah ada kat Hanoi berjimba-jimba dan membeli belah menghabiskan matawang VnDong tapi, arrggh !
Hakikatnya,
Masih di depan kedai menunggu hujan berhenti. Malam tu rasanya dapat lelap 5- 10 minit. Mungkin ! Sebab tak selesa dengan keadaan badan yang basah kuyup. Macamana nak tidur. Duduk berlutut pulak tu, kebas kaki.
Bila lihat hari dah cerah. Bro Fifish ajak teruskan perjalanan. Walau pun hujan masih turun tapi kami terpaksa redah. Hari ini mesti sampai ke Hanoi. Tidak boleh tidak ! MESTI.

Masih memandu dengan perlahan kerana pagi-pagi suhu sangat sejuk di pergunungan. Melalui bandar Cao Bang, kemudian pekan-pekan kecil yang namanya aku dah tak ingat. Bac Kan, seterusnya Thai Nguyen. Dalam pada membonceng, aku sempat terlelap berkali-kali. Aduiih. Ngantuk punya pasal. Bila Bro Fifish panggil untuk menunjukkan pemandangan indah, " Tun, tgok tu ! Aku tersentap terkial-kial sambil jawab ''mana..mana..?''  Dan-dan tu kena kutuk.''Oi, tido ke ?!! Sorry ah Bro.

Teringat aku pasal tertidur atas motor, tak silap hari ke 7,  waktu malam. Kami lalu di kawasan pekan kecil. Aku memang dah khayal, bercadang-cadang nak lelap kan mata. Tiba-tiba entah mana datangnya anjing galak menyalak-nyalak. Kemudian kejar motor kami. Aku terkejut, terus  angkat kaki takut kena gigit anjing. Bro Fifish terus pecut laju. Cit. Berderau darah aku langsung celik mata tak jadi tidur langsung. Gonjolnyer hanjin!!

Cuaca bertukar cerah dan panas. Kami melalui kawasan sawah padi yang terbentang luas. Di kanan ada 2 , 3 buah gerai menjual jagung. Aku teringin nak makan jagung bakar. Bila nampak ja aku cakap kat Bro Fifish.
Bro, jagung jagung berhenti jom. Nak makan la. Aku tersengeh-tersengeh harap ihsan dari dia.
Bro Fifish memberhentikan motor. Aku terus turun dan bertanyakan kalau-kalau ada menjual jagung bakar. Ternyata tiada, hanya jagung rebus sahaja. Hok allohh! Tak apa lah. Dah berhenti, tak kan nak pergi pulak.

gadis penjual jagung



Sambil makan, sambil memerhatikan pemandangan sekeliling. Bro Fifish mula nak menembak. Ok take your time bro.Aku nak makan jagung puas-puas. Sedang asyik makan dan menangkap gambar datang la seorang lelaki ni.


Dia berkenan benar bila tengok kami mengeluarkan camera, apalagi bila Bro Fifish menggunakan tripod dan lense yang besar. Riak wajah macam nak tau kami dari  mana. Kami cuma cakap  " We from Malay, Viet Nam is beautiful..'' Entah kenapa baik sangat hati dia belanja kami makan jagung. Hahaha. Orang memberi kami menerima.
Dia bagi jagung, aku tangkap gambo dia, lepas tangkap aku tunjukkan pada dia. waaaa. He very happy lor.
Hehe ok la tu.

Berbalik pada pemanduan Bro Fifish hari tu. Aku tau dia letih. Bila aku tengok keadaan jalan dah ok, aku minta nak bawa motor. Bio Bro Fifish membonceng pulak. Maka aku pun bawa motor macam biasa. Kadang-kadang laju, kadang-kadang perlahan. Hingga nak masuk ke bandar Hanoi. Kenderaan makin banyak dan berlumba-lumba. Bukan setakat itu sahaja, siap dengan bunyi hon yang tak putus-putus. Aku yang memandu ni rasa sangat tertekan. Dah la jalan kecil, ada hati nak potong cilok-cilok. Adoi, yang tak boleh blah tu bila dia bunyikkan hon. Argh!! Kalau kat MY ni memang sah kena maki hamun. Ikut suka suki dia ja nak jalan, nak potong dan nak bunyikkan hon. Grr! Bukan takat arah yang sama, arah bertentangan pun sama. Kadang aku terpaksa masuk ke bahu jalan gara-gara lori hantu dah dekat dari arah hadapan nak memotong.

Huhu nyawa, nyawa, mintak nyawaaa. Aku rasa nak campak ja motor tu dengan serta merta.  Rasa dah tak mahu bawa motor lagi. Betul la, keadaan trafik dan jalan raya kat Viet Nam, teruk, bersimpang siur. Nak  u-turn, nak benti, ikut suka ja.
Bunyi hon tu seolah-olah nak bagitau ' ketepi-ketepi aku nak lalu ' dorang tak kira, itu jalan dia ke tidak. Yang penting dorang nak jalan gak. Lagi satu, kalau kita melintas, jangan cuba nak teragak-agak. Lintas ja terus sebab dorang takkan langgar punya. Berbanding kat MY, kita yang nak melintas kena dahulukan kenderaan yang lalu di hadapan tapi kat sini, kenderaan akan dahulukan orang yang nak melintas. Erkk agak-agak korang paham tak ?

Sampai di pinggir bandar Hanoi, Bro Fifish suruh berhenti sekejap. Dia pun stress jugak membonceng. Stress dengan keadaan trafik. Kepala dia dah sakit berdenyut asyik dengar bunyi hon ja. Huhu, sambil makan jagung sponser yg dibahagi 2, kami duduk kat tepi jalanraya sambil layan panorama gelagat pemandu-pemandu kat Viet Nam. Ish..ish..ish. Pelik jugak.Walau memandu cara macam tu. Takde kemalangan pula. Kalau ada kemalangan  pun cuma lori trailer terbalik masa nak lalu selekoh tajam. Yang mengakibatkan nyawa tak nampak pula.
Hairan tapi benar.

Bila dah tenang. Aku mintak Bro Fifish yang bawa motor. Aku dah takut. Sekarang matlamat kami nak cari stesen keretapi Ga Ha Noi sebab nak pulangkan balik motor ni melalui pengangkutan keretapi. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga.

Bermula lah keadaan yang sangat tegang.
Aku ambik keputusan untuk tidak mengikut ke Sa Pa atas sebab nak mengurangkan kos tambang keretapi. Jadi bro Fifish agak sebok dan tegang untuk menguruskan situasi ni. Nak menguruskan motor di stesen barang, kemudian nak mencari tiket sama waktu perjalanan dengan motor. Itu belum kira acara tolak menolak, antara stesen A dengan stesen B. Masalah komunikasi lagi dengan petugas-petugas stesen. Hoh sangat MENYAKITKAN HATI. Itu belum nak mencarikan bilik untuk aku bermalam. Haiyohh ! Ketika itu hari makin gelap. Memang Bro Fifish terkejar-kejar.

Bilik dah dapat dengan harga 280,000vnd. Tiket Bro Fifish ke Lao Cai pukol 10:00 malam waktu tempatan. Dan aku harap dia akan berpatah balik keesokan harinya menaiki train pagi atau petang. Sementara Bro Fifish pergi menguruskan pasal motor. Aku di bilik membersihkan diri. Perut dah lapar, yang ada cuma maggie sebungkus yang tinggal. Hrmm, tak apa lah..aku bancuh dan  isi air banyak-banyak. Sedang aku makan, aku teringat kat Bro Fifish. Patut la dia tension, perut tengah lapar tu. Mana tak marah. Ok tak apa lah aku makan separuh, lagi separuh tinggalkan dia.

Tak lama selepas itu dengar suara Bro Fifish memanggil, aku cepat-cepat buka pintu. Dia tengah marah tu...Bla..bla..bla...dia meluahkan kemarahan dan tak puas hati pada perkhidmatan keretapi. Aku diam je la sebab aku tau dia tengah lapar dan letih.

Aku memintas.
'' Err, Bro nak maggie ? makan dulu meh. NgEE (aku tersengeh) terus aku hulurkan bekas maggie tu.
'' Tun tak makan ke ? eh dah dah makan dah separuh. Tak apa la bro makan la, nanti nak jalan jauh.
Ternyata dia mmg lapar. Huhu. Kesian dia.

Pukol 9:00 malam aku teman Bro Fifish pergi ke stesen keretapi. Duduk sekejap minum-minum kemudian Bro Fifish suruh aku balik bilik. Owh ok ! Sebenarnya aku cuak jalan memalam ni. Mata dah la silau dan rabun. Negara orang pulak tu. Hotel pun aku tak ingat macamana bentuk nya. Dah la passport pihak hotel yang pegang, yang ada kat aku hanya kunci bilik yang ada alamat hotel tu. 
Okeh, be cool. Buat-buat bertenang dan berlagak macam tahu. Aku terus berjalan mengikut tanda-tanda yang aku ingat. Sampai kawasan hotel aku perhatikan nama hotel yang tertera kat kunci tu. Phew! jumpa pun terus naik tingkat 5. Tinggi nya. Lengoh..lengoh.. mencungap mak nyah!!!

Okeh dah sampai kat bilik, aku rehat puas-puas tapi sebelum tu kena ingat balik, apa yang Bro Fifish suruh aku buat.
1. Kena cari money changer
2. Kena survey tiket flight kat internet
3. Call agency kat Sa Pa esok.

Hrmm. No 2 boleh buat. No 1 dan 3, ermm. Macamana ? Ah ! kena cari cara juga, kalau tak buat nanti pasti kena marah dengan Bro Fifish ~> HAPRAK!! 

Untuk malam ni biar aku tidur dulu. Tv aku pasang untuk jadi peneman. 

Hrmm. Zzzz....

Bersambung

No comments:

Post a Comment