Monday, June 20, 2011

Soping Kasi Perabih VDong

Hari sebelumnya

HARI KE 10

13/6/2011 Isnin.

Seperti pagi semalam, aku terjaga bila terdengar bunyi hon keretapi. Aku beranggapan yang Bro Fifish akan sampai tak lama lagi. Jam menunjukkan sekitar 4 pagi. Okeh, bangun la. Mandi bersihkan diri. Selesai menguruskan diri, aku terus berkemas-kemas barang yang bersepah, mana tau plan baru akan dibuat bila Bro Fifish sampai..

Betul tekaan aku. Bunyi ketukan pintu bilik. Bila aku buka. Tgok Bro Fifish sedang memikul 2 buah bag yang besar dan berat. Alahai. Bag kami yang kami simpan kat agensi. Aku terus turunkan bag aku dari bahu Bro Fifish. Serba salah jugak menyusahkan dia.

Aku bagi Bro Fifish rehat dahulu. Apa makanan yang ada, aku bagi  dia makan. Apa yang ada ? Biskut kering dengan keropok kentang sahaja. Owh ada, ada aku belikan air teh jasmin. Boleh la kan. Kasi tenang sikit adrenalin tu. 

Bila dah tenang, baru aku ceritakan maklumat yang dia suruh aku cari tu. Bla bla bla. Terus dia ajak pergi internet kafe. Oit! pepagi buta mana kedai internet buka. Nanti la Bro! Isk.

Okeh, jom carik sarapan jom. Apa yang boleh dimakan kat sini melainkan roti. Ah roti pun roti lah. Nanti cari kopi yang best kat stesen keretapi. Maggie pun ada tinggal sebungkus dari bag Bro Fifish kan? Cun ah!
Pagi tu kami keluar jalan-jalan cari pasal dengan kata lain cari sarapan. Sambil-sambil tu Bro Fifish tangkap gambo aktiviti masyarakat Viet Nam di waktu pagi. Ada yang menjual, ada yang membeli , ada yang berbasikal. Ramai juga yang bermotor. Kami berjalan ke serata ceruk dan lorong. Tiba-tiba hujan turun. Owhh berraq! mana satu laluan keluar ni ? sume lorong-lorong kecil.

Kami main redah sahaja ikut jalan yang  banyak motor atau kereta lalu. Akhirnya sampai di jalan utama. Pheww! Hujan dah berenti. Balik ke bilik dulu untuk isi perut yang kebuluran. Sambil makan sambil berbincang apa tindakan selanjutnya. Tiada tindakan baru selain nak pergi layari internet. Owh ok ! jom.

Turun lagi dari tingkat 5. Menuju ke kedai internet. Kedai yang sentiasa penuh dengan pengunjung muda. Semuanya  leka main games. Kami masuk dan buat macam itu negara kami. Hehe.
Bro Fifish mula leka dengan aktiviti dia mencari tiket penerbangan. Aku leka masuk facebook. Ye la nak hantar laporan. Lama jugak la mengadap komputer tu. Setelah selesai urusan tiket  kami pun nak balik. Owh tiket flight kami amik Air Asia dan harga dia lebih mahal dari tiket Viet Nam Airline. Huh!
( saat-saat terdesak tak boleh nak merungut ) huh! huh! huh!
Part yang best bila Bro Fifish ajar untuk log out dari  komputer. Konon nak mengelakkan dari sebarang pengodam. Akhirnya kena marah dengan pemilik kedai Internet tu sebab  kiraan tempoh menggunakan internet ada tertulis kat screen. Kalau dah off canne nak kira ? Merungut-rungut wanita tu. Aku perlahan-lahan angkat kaki blah. Gasak ! larikk.

Balik ke hotel semula, untuk merangka perjalanan seterusnya. Tiket flight dapat beli pada pukul  9 pagi. Dah tak ingat. Jadi, samada nak tidur satu malam lagi kat sini atau mula bergerak ke Airport.
Bro Fifish mencadangkan kami tidur satu malam lagi kat hotel tu dan esok pagi, seawal 5 pagi kami dah bergerak keluar dari hotel. Okeh, kena setuju, sebab kalau nak bermalam dekat kawasan airport dah tentu mahal.
Petang tu, Bro Fifish bayar lagi 280,000 vnd kat pemilik hotel tu.

Masa untuk menghabiskan matawang VnDong~wee

Petang tu kami keluar lagi. Jalan-jalan carik bahan dan pemandangan yang cantik. Tak perasan TER lalu la dekat gerai-gerai yang jual barang outdoor. Baju-baju uniform, kasut topi dan macam-macam lagi.

Sedang mata memerhatikan bermacam-macam barang, aku ternampak hammock yang macam member aku pakai. Terpanggil untuk aku bertanya kan harga. Ada yang 400,000 vnd  tapi Bro Fifish suruh survey lagi. Sampai 1 kedai tu dia cuma jual 350,000 vnd. Tapi telah ditawar oleh Bro Fifish mintak harga 300,000 vnd ja. Dan peniaga itu bersetuju, maka kami beli 2.

Penat berjalan kami berhenti minum kopi di stesen keretapi, sedap la pulak. 

Lepas minum, kami terus merayau kat sebelah restoren macam McD ( kalau kat MY la ) tapi kat Ha Noi nama dia LOTTERIA. Terpampang di dinding cermin gambar aiskrim ala-ala Mc flurr @ slurrpy. Sebelum ni tengok sekilas dan sekelip mata ja. Entah hari-hari akhir ni gatal pulak nak pergi tengok dan tenung lelama. Harga, eh mampu beli ni 18,000 vnd. Macam sedap sahaja. Nak ke tak nak ? nak ke tak nak ? Bro Fifish dah mula tolak-tolak aku suruh pergi usha. Owh ok la. Jom masuk.

Tengok kat menu, hrm, burger daging, burger ayam, bla bla bla uhhh semua tak boleh makan, tapi Bro Fifish ternampak Srimp burger. AHAH! he ordered 1, beside aiskrim secawan. Pergghh! Aku makan ais krim dulu. Bila tengok dia makan macam sedap ja, aku pun bingkas bangun untuk order satu. Sedang elok aku nak order. Bro Fifish mintak orderkan lagi 2 burger srimp tu. Take away ya ! Mak aihhh!! ni org ke hantu raya yang makan ? wakakakaka. ~ Lecce la lu sis !

Ha, apa lagi nak beli. Hrm, teringin nak makan buah laici pulak dan buah mangga dan tembikai erkkk tembikai dah makan dah hari tu. Kensel ! Okeh jom jalan-jalan cari, hari dah menjelang senja. Ada ke orang jual buah-buahan lagi. Kalau dah namanya rezeki. 

Kami pulang ke hotel dengan bermacam-macam  hidangan.

Bercerita tentang burger udang ni, rasanya memang  betul-betul sedap. Kalau di MY udang dia akan dikisar halus kan ? tapi yang ni, udang dia seekor-seekor. Bila gigit tengok . Uih, udang seketol. Memang yummy, memang juicy. Burrbb! oopss! Patut la Bro Fifish beli sampai 3. Siap simpan lagi untuk sarapan pagi. Bukan setakat tu ja, siap warning kat aku, jangan curi makan burger dia tu. haha

Lepas makan Bro Fifish nak layan internet lagi. Rajin la dia naik turun tingkat 5 hotel ni. Aku malas, mau tidur. Ok Adios!

Zasstttt...Zzzz...

bersambung

No comments:

Post a Comment