BABE LAKE - CAO BANG
Hari sebelum
HARI KE 7
Jumaat.10/6/2011.
Seperti biasa
pagi-pagi lagi kami dah bangun, bersihkan diri dan berkemas-kemas untuk
teruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 5 pagi, kami keluar dari hotel. Pintu memang telah dibuka oleh pemiliknya, passport sudah dikembalikan
kepada kami. Ayuh kita.
Motorsikal dalam keadaan baik, minyak pun cukup untuk sampai ke Cao Bang. Okeh ! Let's gone.
Menyelusuri
jalan-jalan kampung, jalan kuari LAGI. Hrmm. Kebas pungkok. Hati sentiasa
bimbang dengan keadaan tayar motor yang dah masuk 3 hari kami lanyak dia
kaw-kaw punya. Aduhhh, jangan la dia pecah atau bocor di tengah kuari ni. Tak ada siapa yang akan tolong punya lah. Pekan dan bandar punya lah jauh.
Setelah
berjam-jam atas motor, kami ambik keputusan untuk berhenti rehat kejap. Lagi
pun belum bersarapan lagi. Memerhatikan tempat yang sesuai untuk
berhenti, terlihat ada anak sungai yang mengalir di kiri jalan. Cun ah!
Parkir motor, kemudian terus keluarkan barang-barng yang nak dimasak. MAGGIE aje.
Bro
Fifish mula mencari kayu, nak cari kayuu, nak carik kayu, nak carik
kayuu. Sedang Bro Fifish menyalakan api,tetiba datang la beberapa orang pekerja kuari. Dorang macam pelik ja tengok kami masak guna
kayu api kat tepi jalan. Mungkin dorang tertanya-tanya kami ni dari mana, aku pun terus tunjuk peta. Bagitau kami dari mana dan nak
ke mana. Mereka hanya menganggukkan kepala.
Perut sudah terisi, badan sudah kembali bertenaga. Pandang ke
langit aku lihat awan kelihatan redup. Uhh! jangan la hujan. Teruk la
nanti. Cepat-cepat aku kemas barang. Aku maklumkan pada Bro Fifish kena gerak cepat, bimbang hujan dan trek akan jadi lebih teruk.
Sebelum bergerak, kena cari air bersih untuk buat minum. Bekalan minuman sudah
kehabisan. Anak sungai tadi tahap kualiti airnya tidak begitu
bagus sebab menurut Bro Fifish di laluan anak sungai tu ada sawah
padi, dan semestinya lah ada kerbau. Hrm lu fikir sendiri la.
Jauh lagi ke ni, penat la naik motor. Adoii. Yang membonceng
penat, yang memandu lagi berganda-ganda penat. Dengan kulit tangan
terbakar. Takpe Bro, lepas ni aku pula bawak
motor.
Aku bawak motor ? Owh
yeah! Jangan tak percaya. Kat sini tak pe, polis dia tak periksa lesen
memandu. Asal pakai topi keledar dah kira lepas. Agaknya lah.!
Selepas
2 1/2 hari Bro Fifish memandu, kini tiba lah giliran aku. Memandangkan aku wanita yang kecik dan tak berapa kuat sangat jadi aku bawak motor kat
jalan utama yang cukup elok sahaja. Jalanraya dia bertarmac, tak macam sebelum nya. Ok, pemanduan di lereng gunung, selekoh tajam mmg tal boleh dikira, macam biasa, asal sampai kat selekoh, kita perlu membunyikan hon
motor berkali-kali..Pinnn..pinn!
Memang seronok bawa motor laju-laju, pulas ja sampai habis. Meter motor pun tak bergerak. Lebih 120 kmsj. Woo kat MY pun tak buat macam tu. Turun gunung dengan
kelajuan maxima. Perlahan bila nak sampai selekoh. Bro Fifish bonceng
kat belakang. Katanya dia nak relak, tapi tgok aku bawa motor macam tu, dia tak jadi nak relak. Dia kena jadi co- pilot bagi amaran. Hahahha.
Puas betul merempit. Rasanya azab melalui jalan yang teruk dah habis. Hati mulai lega bila terpandang kan pemandangan yang unik.
Menurut
papan tanda arah, lokasi yang kami nak tuju ni dah tak jauh dah. Melihatkan
keadaan gunung-gunung dia yang berbentuk kon, memang sangat menarik. Aku terus
memandu mengikut jalan kampung yang tak berturap.
Berhenti sebentar untuk rakam gambar pemandangan ni.
Hari makin
petang, kat sini pukul 5 dah macam pukul 7 petang. Lokasi tujuan kami belum jumpa
lagi. Tak boleh jadi ni, kena cepat bergerak sebelum hari mulai malam, Tun
start enjin motor dan terus memandu mengikut peta dan ikut tanda arah yg
ada. Kalo x yakin, tanya penduduk setempat. Pandu punya pandu punya
pandu, sampai la kat komplex kastam di sempadan. Kalau jalan terus masuk
China. Jadi mana jalannya ? Kena lah Bro Fifish pergi tanya kat pejabat
kastam tu. Maklumatnya, amik simpang kanan dan terus ja.
Masing-masing terasa debarannya. Bro! suspen tak ? hehehe. Dah dekat ni. Wooo mestilah, jawab Bro Fifish.
Hik..hik..hik...aku
teruskan pemanduan hingga ke hujung. Pandang ke kiri maka terlihat la
ianya dari jauh. wawoooo cun cun!
Berhenti di pintu masuk, Bro Fifish segera pergi mendapatkan
maklumat. Bertanya kepada pegawai kastam dan pegawai tu mintak nak tengok
passport. Setelah diperiksa, dia suruh kami membeli tiket. Tiket
berharga 15,000 vnd. Ala, kaunter tiket dia sama ja macam dalam gambar tu, ada payung kerusi dan meja.
Ban Gioc Waterfall |
Kami sudah berjaya ! |
puas hati |
tiada terkata.. |
Entah. Tak tau nak kata apa. Dah jadi cam org BENGONG. Pandang
ja, tangkap gambar. Tengok kiri klik, tengok kanan klik, klik! klik! Memang tak ingat penat ke lapar ke. Lagi-lagi langsung tak ingat nak tiruk. Menakjubkan.
Terpaku.
Sayangnya
kami di situ tak lama sebab hari semakin gelap. Terpaksa bergerak pulang
ke Hanoi. Hanoi ? Adei. Kali ni Bro Fifish yang bawa motor sebab waktu
malam aku tak berapa cargas. RABUN dan SILAU. Boleh la ea Bro.
Memandu
di waktu malam amatlah merbahaya kerana laluan itu adalah laluan lori kontena yang ingin melepasi sempadan ke China. Cuba bayang. Laluan kampung bertanah merah, dengan lori kontena sebiji kepala
transformer. Bertayar lapan berselisih dengan motor honda yang kecik
kenot. Siapa yang perlu mengelak ? Huhu ngeri. Dah la jalan macam tu, selekoh tak terkira. Aduhhh terhegeh-hegeh la Bro Fifish bawa motor
tu. Asal nampak lampu ja. Aku dah
teriak. Bro ! transformer transformer, ketepi ketepi !
Phew ! dengan debu tanah merah yang memenuhi ruang pandangan. Bahaya sungguh !
Lalu di pekan kecil, Bro Fifish nak berhenti rehat kejap. Singgah di kedai runcit untuk membeli air minuman.
Aku
pun ambik kesempatan untuk pergi ke toilet. Dengan sopan aku meminta
izin pada pemilik kedai dan dia dengan terbuka hati menunjukkan tandas di bahagian
dapurnya.
Huhu. Bila buka ja pintu dapur, berdezut idung aku
terbau. Ya ampunn ! punya lah busuk gile gaban. Hampir
nak muntah tapi ku tahan kan jua. Adehhh,.lagi la aku terkejut
bila dengar suara mendengus Si Oink..! oink! oink! Alamak kandang babi kat sebelah tandas la. Adoi. Aku
paksakan diri untuk meneruskan hajat sebab perjalanan masih jauh ,tiada
tempat lain lagi untuk berhenti. Ku tarik nafas sedalam dalamnya dan tandas.
Waktu tu suara babi masih memekik-mekik kat sebelah aku
ja. Cepat2-cepat aku sudahkan keperluan aku.
Sampai ja
kat luar kedai baru aku tarik nafas. Eerm aaahh. Aku
tersengeh-sengeh kat Bro Fifish sebab giliran Bro Fifish pula pergi
tandas. Haha.
Lepas semua selesai, Bro Fifish terus
memandu dalam keadaan gelap dan sesekali bunyi dentuman guruh. Ahhh
sudah ! Hujan mulai turun. Di ketinggian gunung
tu dengan hujan, dengan angin, dengan sejuk. Wat to do meh ? Terus
kan pemanduan tetapi sangat perlahan.Turun gunung berselisih dengan
transformer, terpaksa berhenti di bahu jalan. Hujan makin lebat. Akhirnya
Bro Fifish terpaksa berhenti kat sebuah kedai. Diperhati keadaan
sekeliling tiada anjing, baru masuk berteduh.
Malam tu
kami tidur kat depan kedai, dengan baju basah, jaket basah, perut
lapar, yang ada biskut kering dan air ja. Pergghh! gigil tak boleh cakap. Masing-masing tidur duduk berlutut. Hujan terus turun dengan lebat. Huh!
Tidur-tidur ayam ja, ayam pun tak tidur macam tu daa...
No comments:
Post a Comment