Hari sebelum
HARI KE 6
9/6/2011.Khamis.
Argh. Satu hari lagi entah di mana.
Keletihan. Dengan
keadaan badan yang melekit-lekit, aku jadi rimas. Orang kampung dah mula
keluar bekerja. Ada juga yang memandang penuh curiga. Aduh ! kita
kena patah balik la. Bekalan petrol kita pun makin kurang kata Bro
Fifish. Lagi pun kita dah menggunakan masa kecederaan kita dah ni.
Bro
Fifish mula hidupkan enjin motor, bersedia untuk menyambung perjalanan
yang terhenti semalam. Motor terus dipandu melalui jalan-jalan kampung yang
setengah nya berturap, setengah nya tidak.
Aduih aduih! Bila tayar langgar lubang aku akan berbunyi, jadi korang faham sendiri lah betapa siksanya keadaan itu.
Entah macamana lagi route yang akan kami tempuh hari ini, jauh lagi rasanya. Hentian pertama kena cari kedai jual petrol dulu. Pagi-pagi jam 5, harap ada la
yang dah buka kedai. Di hujung sana ternampak sebuah kedai yang pasti,
pemiliknya sedang sebuk mengeluarkan barang-barang jualan. Aku ternampak tangki
petrol. Ahah ! Bro, kedai tu da jual petrol la. Berhenti berhenti !
Bila
sampai, aku terus turun dan bertanyakan tentang petrol. Macamana aku
tanya ? heheh dah pasti la guna bahasa isyarat. Tunjuk tong
petrol, tunjuk motor. Pasti dorang faham lah. Kemudian tunjuk
jumlah liter yang kita nak, guna jari, 2 ke 3 ke . Nanti dorang pump la
minyak ikut sukatan yang kita minta. Tiba masa nak bayar, samada aku bagi pen dan kertas minta dorang tulis atau dorang tunjuk guna
kalkulator atau pun tunjuk dengan nilai duit dorang. Mudah bukan ?
Selesai
mengisi minyak, perjalanan diteruskan. Pagi tu aku tak ingat samada kami
bersarapan atau tidak, ada kot. Biskut dan air jus oren. Owh ! ada
lebihan roti perancis makan bersama serunding. Pun boleh lah ! janji perut
berlapik tak kosong.
Yeah. Perjalanan
hari ini la yang paling teruk sekali. Dengan bentuk muka bumi dan kerja-kerja pembukaan tanah untuk dibuat jalan, ada setengah jalan sedang dibaik
pulih, ada jugak pembinaan jambatan. Bila dah bina jambatan, laluan
alternatif dia, mak oiii. Mmg tengok mcm dah tak de jalan dah.
Banyak lagi gambar-gambar laluan yang aku ambil menggunakan camera kompak Bro
Fifish. Bukan setakat yang mcm ni ja, jalan baru nak buat dengan lori batu
sedang menurunkan batu-batu kerikil, tiada ruang untuk kami lalu terpaksa
lah menyelit dicelah-celah lori. Dengan jalan yang tidak rata penuh dengan
batu-batu kerikil yang tajam. Pergghh! hati sentiasa bimbang dengan
keadaan tayar, takut pecah atau pancit akan bertambah lagi la masalah
yang kami akan hadapi. Cuba bayangkan ce bayangkan uhh scary
dowhhh.
hrm |
manual |
baru nak buat jalan ? |
kalau lah tayar bocor... |
Sepanjang
perjalanan melalui jalan yang baru nak dibina., ku lihat, semuanya
dilakukan dengan manual. Dari meratakan tanah, meratakan batu kerikil. Semuanya dibuat dengan tangan. Woo, memang buruh kasar betul, bukan itu
saja. Golongan wanita pun sama taraf buat kerja-kerja berat macam
tu. Fuyoooh! Kalo lelaki angkat kayu, wanita dia pun angkat kayu,
angkat bajak, mencangkul, angkat tanah. Pendekkata semualah wanita Viet
Nam mampu buat. Kita kat MY pun tak mampu buat cenggitu.
Jauh
jugak kami bermotor, hingga tiba 1 kawasan kampung. Di mana pembinaan
jambatan baru sedang giat dibina. Tiada jalan lain yang kami nampak
kecuali 1 jambatan yang diperbuat dari buluh. Erm. Canne ea rupa dia ?
Mereka menyusun buluh-buluh, ditengah ada 2 keping papan, terletak ja atas
air sungai. Wlu air sungai tak dalam, tapi agak deras jugak la. So, aku kena
turun dari motor. Hanya Bro Fifish yang akan kendalikan motor untuk
menyemberang. Sangat menarik ketika ini, aku keluarkan kamera
kompak dan mula merakam.Yay ! seronoknya pengalaman ni..
Tiba di seberang sungai ada tol la pulak. Cit! aku tengok semua orang bayar 2,000vnd pada penjaga tol tu tapi aku tak ada duit kecil hanya ada 5,000vnd
ja. Aku bagi la ingat dia nak pulangkan baki tapi dia cuma angguk-anggukkan
kepala tanda selesai. Huh! Aku pandang Bro Fifish dengan muka tak puas
hati. Kena lagi. Grrr.
Bab
kena paw tak habis setakat tu, ada lagi sekali. Seingat aku masa hari ke
5, time tu memang dah trengah malam. Kami terus memandu sampai nak masuk 1 kawasan
kampung. Ada la pulak pondok sekatan. Ramai jugak la anak muda
berkumpul kat situ. Aku pun turun, konon-konon nak tanya jalan la, kemudian dia
mintak duit dalam hati aku cakap aduhhh. Kena lagi, duit dah la tak ada, dia
mintak agak banyak juga la. Aku pun tak ingat berapa. Dah engah malam keadaan
gelap jadi aku tak nampak berapa yang aku bagi. Aku cakap duit cuma ada
banyak tu ja. Ada seorang pemuda cuma anggukkan kepala tanya 'ok'. Baru dorang bg kami lalu.
Aku
suruhh Bro Fifish cepat-cepat hidupkan enjin motor dan pergi seberapa pantas. Pastu
laluan yg kami lalu tu salah pulak tu. Aduh. Terpaksa patah
balik. Adoii. Tengah malam masih memandu. Gila ah !
Ok
sambung balik cerita, setelah mengharungi kepayahan melalui trek yang
hancur, mendaki gunung yg tinggi dan curam, sampai motor pun
tergolek dengan aku sekali jatuh terduduk. ADOI ! maka kami sampai la kat
pintu masuk Babe lake .
Bro Fifish memberhentikan motor. Alamak ! kenapa sampai kat
sini. Kata lalu ja, tapi tengok dah sampai hujung. Pasti dah tak de jalan dah.
Tak semena-mena datang seorang lelaki. Kami pun tanya la arah. Nasib baik la lelaki tu
fasih berbahasa Inggeris. Dia perkenalkan diri sebagai pemilik agensi pelancongan di kawasan tu. Dia ajak kami menginap di tempat dia atas
alasan perjalanan nak ke Cao Bang dan Ban Gioc makan masa agak jauh
juga. Sedangkan waktu itu hari makin gelap. Mustahil untuk kami nak berpatah
balik. Bro Fifish tanya pendapat aku sebab ikut kepala dia nak teruskan
perjalanan patah balik, aku pulak rasa dah tak larat lagi nak duduk atas
motor. Kebas pungkok aku. Kami bincang balik, kira tolak
campur bahagi. Akhirnya ambil keputusan bermalam kat situ. Haa. Lega !
Sebelum hari
gelap kami disyorkan untuk pergi melawat Babe Lake. Owh ok ! hidupkan enjin motor dan vromm. Takla jauh sangat. 2 km ja nak sampai ke tepi tasik
tu.
Hrmm. Agak menarik jugak tempat tu. Ada bot tambang untuk mengelilingi
tasik, tapi kami tak berminat nak menjelajah lokasi ni, sebab bukan jadi keutamaan pun.
Eh jap jap, tunggu Bro Fifish layan menembak kejap.
Okeh..selesai semua..kami pun dah rasa sangat lapar dan letih mau balik. Dalam perjalanan balik ke homestay, tetiba Bro Fifish perlahankan motor, katanya ada sesuatu yang tak kena. Periksa balik, tengok tayar PANCIT!
Aduihhh !
2 km nak kena jalan. Pujuk hati ' mujur la dia buat
sakit kat sini, katakan lah kalau dia sakit kat tengah gunung tadi. Apa
cerita ? ce crite ce crite. Hrm tolak pun tolak la. Perlahan-lahan sudah la, tak lah jauh sangat. 2 kilomit ja. Dengan keletihan Bro Fifish pun tolak la motor
tu sampai ke tempat penginapan kami. Aku ikut berjalan dari belakang.
Sampai ja, terus bagitahu pemilik homestay tu kat mana kedai tukar
tayar kemudian dia pun bawa la malam tu jugak.
Aku : aduhhh! duit lagi (geleng pala)
Aku terus naik ke bilik, bersihkan diri sambil menunggu Bro Fifish balik dari bengkel. Letihnya lahai.
Tak lama tu, Bro Fifish pun balik dan dia bersihkan diri kemudian kami
turun makan malam yang disediakan oleh pemilik rumah inap. Menunya nasi ,
telur dadar dan sayur. Hrm sayur apa tu ea? tengok cam hirisan bawang
besar yang warna putih tu, tapi tak ada rasa bawang. Agaknya rebung kot. Tapi mmg sedap. Aku makan agak banyak juga. Itu pun sebab ada saki baki
serunding daging yang aku sentiasa bawa, sampai la satu ketika bila
aku tambah nasi buat kali ke 3..tengah syok makan tiba-tiba aku
terhenti. Huhu. Ala, ada kelkatu la pulak dalam sayur ni. Cit..! cit! cit.! Potong !! terus aku minum air dan basuh tangan.
Bro,Tun nak naik tidur la sebab masa tu tengok Bro Fifish tengah bersembang dengan tuan rumah tu. Ada juga ura-ura nak mintak tukar duit kami yang hampir habis. Alhamdulillah
dapat tukar rm100. Lepas bayar harga makanan. Aku pun naik bilik. Tak bo;eh tahan la letih sangat. Set jam kol 4.30 pagi, beg dah sedia berkemas.
Esok pagi-pagi kami akan keluar meneruskan perjalanan.
Malam berlalu dengan begitu pantas...Zzz Zzzzz..
akan bersambung lagi dan lagi.
Letak ja pala aku terus hanyut...ZZZzzzz
No comments:
Post a Comment