Friday, June 17, 2011

Gunung Fan Xi Pan ~ The Roof Of Indo China


GUNUNG FANSIPAN
3,147.3m

Cerita sebelumnya

HARI KE 3

6/6/2011...Isnin..

Pinnn...pinnnn...uishhh..bisingnya..( celik mata )
Dah terang ke ? aduhh riuh rendah. Uuhh. Baru pukul 5 pagi la..Adoii..apa la dorang ni..
Malasnya nak bangun..,tapi kena bangun jugak..huh!
Terus berkemas-kemas untuk pergi berjumpa dengan tour Agency Auberge Dang Trung nak bincang pasal pendakian ke Gunung Fansipan.

Zasst~  Passport dan kunci bilik bertukar tangan. Terus check out.
Cuaca pagi itu agak redup sedikit, macam nak hujan sahaja. Mengadap lah kami pagi-pagi di agensi pelancongan itu, moga-moga perbincangan pagi itu dapat lah harga yang berpatutan. Bincang punya bincang, akhirnya dapat lah harga murah.

50 dolar  = RM150 termasuk jurupandu, permit, insuren , tiket , sleeping bag, transport pergi/ balik serta makan. Kami akan naik bersama seorang pendaki dari Kanada. Sebelum itu pemilik agensi tu berpesan , kalau lelaki Kanada tu tanya cakap sahaja kita pun bayar 75 dolar. Kami ok ja. Apa lagi CARGASSS...!! terus bayar tunai.

Setelah segala keperluan disediakan, 4x4 pun bersedia membawa kami ke lokasi yang hanya berjarak 9 km dari pekan Sa Pa. Jurupandu kami dari suku kaum Mao..simple ja pakai kasut Phua Chu Kang. hehehe. Kasut trekking tu. Salute lah.


Dalam perjalanan kami melihat air terjun yang sangat cantik. Di kiri kanan banyak gerai jualan barang-barang perhiasan dan makanan, rasa macam nak suruh pemandu tu berhenti, sebab nak ambil gambar, tapi apakan daya. Tiada masa untuk itu. huh!

Pintu gerbang taman negara sudah di depan mata, tapi cuaca mendung dan awan seolah-olah ingin memuntahkan isi perut habis-habisan. Waduh, macamana ni sejuk sangat. Kabus tebal dan angin pun bertiup kencang. Aku mula memakai jaket untuk mengelak kesejukan yang terlampau. Ok aku dah bersedia. Kali ini tak perlu pikul bag berat-berat. Yay aku suka ! 

Tanpa melakukan regangan terlebih dahulu, kami terus memulakan langkah. Ecey, aku perhatikan trek nya. Ah! bisik dalam hati, macam kat MY ja. Aku leh layan la kalau macam tu. Perjalanan awal amat mudah, melalui denai-denai hutan dan tepi-tepi sungai yang damai, air sungai mengalir tenang dan jernih tapi tak boleh minum sebab dah bercampur dengan najis lembu. Yuckks!.

Jalan, dan jalan lagi, tiba di suatu kawasan yang berbatu-batu. Eh eh..macam trek kat Gunung Stong ja..meniti atas batu-batu yang besar. Dari  belakang aku dengar helaan nafas yang sangat kuat dari pendaki Kanada. Dia mendaki untuk kali yang pertama dan ini lah gunung yang pertama dia nak daki. Hrm gasak. Sekali sekala aku toleh kebelakang untuk melihat keadaan dia, ternyata dia ok. Bro Fifish ? eh mana dia ? kenapa lambat ? Aku tak tahu kenapa dia jalan perlahan sangat ,aku harap dia ok ja. Hujan mula turun ditambah dengan tiupan angin. Wawooo sangat sejuk lo.
'hut' di kem pertama
Setelah 2 jam berlalu, kami tiba di kem yang pertama. Berhenti untuk bersarapan pagi. Jurupandu terus sediakan kopi panas untuk kami. Dihidangkan roti bersama tuna, tomato dan timun. Lega skit, hilang skit kesejukan semasa kat trek. Tanguay, pendaki dr Kanada, mula bertanya tentang hal-hal pendakian. Macam dia berminat untuk mendaki lagi. Aku dengar kan sahaja dia bersembang dengan Bro Fifish. Tak lama lepas tu, satu lagi group sampai ke kem tu terdiri dari 2 wanita dari Australia dan sorang budak lelaki. Hrmm harap mereka boleh terus melangkah hingga ke puncak.

Selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan. Kali ni perjalanan terasa amat panjang, treknya sangat jauh. Mendaki di laluan berbatu-batu seperti laluan di air terjun yang kering. Kalau nak di gabungkan, semua trek gunung di MY ada terdapat di gunung ni. Hah! hambekkk dia kasi pakej lengkap, mujur la aku tak bawa bag. Kalau bawa, sah jalan perlahan, silap haribulan, siput babi pun boleh potong jalan aku. nGEE!

Lama juga berjalan dalam hujan, akhirnya sampai ke kem ke 2, di situ lah kami akan bermalam. Dengan pantas aku tukar pakaian kering. Hohoho kalau tidak, keras kejung aku nanti. Keluarkan sleeping bag dan duduk dalam tu dendiam. Konon sleeping bag tu boleh tahan kesejukan la, aku tesengeh-sengeh sahaja kat Bro Fifish sebab dia cuma guna blanket yang pihak agensi sediakan. Sekaligus jadi lapik tidur kami. Aku agak dia mesti sejuk nanti. Jurupandu kami terus hilang, mungkin dia nak sediakan makan malam agaknya. Sementara itu, kami makan sahaja jajan dan kacang-kacang yang ada untuk buat alas perut.

dapor di kem 2
Sedang kami sibuk dengan aktiviti memanaskan badan, grup dari Australia  pun sampai. Kemudian datang lagi 1 grup dari Singapore. Owh ok ! ada 3 grup yang naik gunung untuk hari tu. Masing-masing basah kena hujan lebat. Sejuk

Dinner time, ting! ting!!  makanan dihidangkan di depan mata, tak perlu nak jalan jejauh. Dorang yang hantar.
Ok,jom tengok apa  menu untuk malam tu. Nasi, ok pass !  sayur kacang buncis goreng, ok pass ! sayur kailan goreng, pun ok. Ayam dan pork ?? erkkk! Aku dah garu kepala, dan berfikir. Halal haramnya tayah makan langsung. Darurat nya,makan nasik dan sayur ja. Keterpaksaan, terpaksa, terpaksa...!! Aku makan sekadar terasa kenyang ja. Pastu minum air banyak-banyak. makan biskut dengan coklat yang ada untuk tambah tenaga nak mendaki ke puncak esok.

Selesai makan, aku dah start berselubung. Ahh kenapa masih rasa sejuk ni, pakai baju dah 3 helai termasuk jaket, stokin dan sarung tangan. Kenapa sejuk lagi ni. Bro Fifish guna blanket ja. Erm ! ok je dia. Cit..! Malam tu aku gelisah, pusing kiri kanan, mata tetap tak boleh lelap. Bro Fifish dah syok lena. Arggh!!! mental calar. Aku tak boleh tidur ! aku nak tidur, aku nak tidur, huwaaa.

Akhirnya  aku PASRAH ! sah aku tak boleh tidur. Aku rasa lama benar nak siang, mata terkelip-kelip dalam kegelapan malam tu, telinga hanya mendengar bunyi deruan angin yang kuat dan hujan yang turun dengan lebatnya. Owhhh berraq ni!!

Ahhh Bro Fifish dapat tidur lena. Padan muka aku !
Pagi tu, aku kejutkan juga Bro Fifish ajak teman pergi tandas. Hahaha aku berjaya kacau dia tidur. 

Keluar sahaja dari 'hut', cuaca masih hujan renyai-renyai, berpandukan cahaya headlamp, aku nampak di kiri kanan laluan putih ja. Eh salji ke hapa ? Tenung lelama baru perasan yang itu hanya titis-titis air hujan di atas rerumput. Lawanya, putih  jaa.

Selesai menunaikan hajat aku dan Bro Fifish kembali ke 'hut' untuk sambung berselubung. Adeiihhh, pada aku tak ada bezanya kesejukan di luar dan di dalam sleeping bag, sama sahaja..sejukk loo..!~ GIEGIEL.

Zzzz...ehh boleh tidur ke? Ah aku paksa pejamkan mata.!

~~>>> BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment