Tuesday, January 31, 2017

Ride 4 Sempadan Negeri : Selangor | Melaka | Negeri 9 | Johor

28hb Januari 2017
Sabtu

Suatu hari aku terima satu gambar di 'wassap' yang dihantar oleh kawan baik aku.
" Beb , ni kat mana ni ? jom pegi sini. "

Hrm.. tu kat Pantai Klebang. Nak pegi ke ? ok nanti aku cari masa. Aku pun tak pernah pergi sebenarnya. Tengok gambar-gambar yang banyak menular di FB dengan aksi menarik yang pelbagai buat ramai yang berminat. Padahal timbunan pasir untuk menambak pantai ja. Okey la kita pergi nanti.

Itu cerita tahun lepas ~ 2016.

Hingga ke tahun ini, aku cuba mencari tarikh cuti yang sesuai mengikut cuti bekerja kawan aku tu.
Dikuatkan lagi dengan keinginan anak aku si kakak untuk berehat panjang setelah bekerja macam kuli tiada rehat walaupun Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah, cuti Raya Cina kedua-duanya dapat cuti yang sama.

"Oke beb ! Cuti raya cina kita pergi. 2 hari 1 malam naik kapcai. Bawak hammock/khemah dan botol isi minyak spare."
Jika hujan dari jam 7 pagi hingga 9.30 masih tak berhenti, automatik plan batal. Jikalau cuaca bagus, jam 8.30 tunggu di stesyen minyak. Harap maklum.
--------

Petronas Bt 9 Kebun Baru

Di hari kejadian, Alhamdulillah cuaca cantik dan indah. Kebetulan, pada hari yang sama ada 2 orang pesikal muda mahu memulakan perjalanan untuk mengelilingi Semenanjung Malaysia. Nah ! meriah sekali. Rakan-rakan BikePacker Malaysia turut bersama-sama mengiringi mereka terutama Wak Rahim, Ija Zahri dan Raja Sutan. King Hassan pula mengiringi hingga ke Pantai Morib.


Tanpa membuang banyak masa kami sama-sama memulakan perjalanan untuk hari pertama mengikut laluan TPG - Kampung Sawah. Laluan ni tak sesak sangat dan pemandangan juga menarik. Aku suka. 
Jadual dan laluan perjalanan memang aku rangka istimewa untuk mereka berdua. Aku nak mereka rasa, apa yang pernah aku rasa. 
Pertama sekali aku bawak mereka menaiki feri di Sungai Pelek. Laluan pintas untuk ke Bukit Pelandok.
Loc :
2°38'19.8"N 101°43'29.7"E


Hrm.. Apasal dia mintak RM3 ?



Haa... seronok tak ? seronok tak ? Hanya dengan tiga kali tarik nafas dah sampai. Harga sekali naik dengan motor aku kena bayar RM3. Tu dia... cuba kira berapa pendapatan dia hari-hari selama sebulan ? Bukan ke 50sen je ? Okey la sedekah bukan hari-hari aku naik pun.


Sekali lagi aku nak cerita, feri ni beroperasi setiap masa tanpa henti. Sorang pun dia hantar ke seberang. Jika dari Lukut loc dia : 2.638685, 101.726863


Berhenti rehat meluruskan tulang belakang di Pantai Port Dickson. Lunyai bontot memasing.


Asal nampak pelik dan menarik ja berhenti tepi jalan. Dalam kawasan pagar tu ada lagi barang 'rare'. Nampak dari luar jeling-jeling aja lah.


 

Berhenti untuk bersolat sebentar di Masjid Al-Ehsan Londang Masjid Tanah. Entah jalan mana lah aku redah sebab tak bawak peta kertas. Harap peta di google saja. Talipon bimbit pun bateri habis. Sudahnya terlajak-lajak  masuk arah yang berpusing-pusing, walhal jalan yang lurus ada ja cumanya tak yakin dengan papan tanda kat Malaysia ni. Bukan betul sangat pun. Tulis jarak 5 km, tapi sampai ke sudah tak sampai-sampai. Siapa yang pernah  rasa macam yang aku rasa, sila senyum. 

Ditambah dengan pertanyaan Enchek Suami kawan aku tu ;
"Lagi lama ka ? Jauh lagi ka ? Purut sudah lapar ini.." 
Muka masing-masing sudah muncung.

Aduhh stress oo, tapi cam biasa muka mesti tunjuk steady. 
"Okey2, kalau nampak gerai makan kita berhenti ya." 
Lepas makan singgah solat dulu mintak Allah berikan petunjuk jalan yang lurus.
Ha HA Ha


Fakta menarik, masjid ni ada WIFI !. Aku dah habis solat baru tahu kata laluan wifi ada ditampal pada tiang sebelah pintu masuk masjid. Cit !. Kalau tahu awal, memang lepak lama sikit kat situ. Patut la nampak ahli jemaah masih dok berkumpul kat dalam masjid sambil pegang talipon bimbit. Keh keh keh.



Kami tiba di Pantai Klebang jam 3.35 petang. Menyelusuri pesisir pantai dengan gerakan perlahan kerana terlalu ramai ummat manusia sedang bersantai bersama keluarga. Owh ! sesak, sendat  dan padat. Aku rimas. Aku terus menuju hingga ke hujung jalan, mencari jalan masuk ke gubuk pasir. 
Okeh, lokasi sudah dikesan ; 2.210685, 102.191729


Kebiasaannya cuaca pada jam sebegini masya Allah berpinau lit-lit bukan ? Alhamdulillah, minggu-minggu tengkujuh ni, cuma hari ni saja cuaca redup sampai ke petang. Walaupun awan hitam bertompok-tompok di persekitaran langit. Dalam hati aku puas berdoa mohon diberikan cuaca yang baik sepanjang berada di gubuk pasir ni.


Nah ! Ni lah akibat nak lalu jalan pintas, terjongket motor. Di sini tiada pilihan. Nak tak nak kena hadap juga antara laluan batu-batu kerikil  dan pasir lembut.


Dari jauh kelihatan awan hitam. Seriau juga kalau terperangkap dalam kawasan ni. Menangis nak menolak motor nanti.


Ikutkan hati memang aku malas nak masuk. Tengok jalan pun cuak dengan batu kerikil tajam-tajam o, kesian El-Fateh. Sakit tayar kena cucuk batu tajam. Berhu-hu dalam hati je la.
Orang kalau dah berkehendak sangat-sangat, mana dia kira susah senang. Motor dia dah lepas, takkan aku nak tunggu sorang-sorang di kawasan terbuka kat tepi jalan masuk ni. Haih ! Kerana kawan punya hajat, redah jugak la.


Penat jugak mengawal keseimbangan motor ni eh. Lenguh kaki tangan dan pinggang. Haiyoh ! Macik tak kuat.
Dah la bawah bebanan macam nak buat WT. Gila punya kerja.


Mengaum-ngaum enjin motor aku ni meredah pasir lembut. Ini baru dinamakan Pasir Berdengung. 
Lepas ni memang nak kena hantar servis. Hensem segak bergaya la El-Fateh. Laluan berpasir slumber badak ja redah. Memang osem. Sayang kamu ketat-ketat.



Ha la..layan kan aja apa yang mereka mahukan. 


..and I say JUMP!


Buat gaya Shah Rukh Khan ya ?
Janam janam janamm..





Keadaan cuaca begitu membimbangkan, jadi kena beredar dahulu. Kalau nak ikutkan hati, banyak gaya dan aksi mahu dirakamkan buat kenangan. Apakan daya, mahu cari tempat bermalam segera sebelum hujan dan gelap. Menurut budak penjaga pintu laluan, pemandangan paling cantik pada jam 6 petang membawa ke senja waktu matahari terbenam. Tak lama lagi kawasan ini akan ditutup sepenuhnya, kerana projek pembangunan akan dijalankan. Jika benar, UNTUNG la kami dapat merasa datang ke situ.


Ini lah laluan masuk dan keluar  bagi motorsikal. Silap percaturan dengan kita-kita mengelungsur masuk parit.



Laluan masuk sudah dihalang dengan batang paip. Siapa yang nak masuk juga kenalah berjalan kaki sejarak kira-kira 1km - 1.5 km jauhnya. Kalau cuaca redup macam kami dapat, tak la rasa sangat. Ce bayangkan bila matahari terik ? 1 km rasa macam 5 km. Sampai kat bukit pasir terus rentung.


Kehendak yang kedua adalah nak merasa minum kat Big Bowl, tapi tak kena masa pulak. Akhirnya menunggu kawan yang beratur sepanjang-panjang jalan nak dapatkan "coconut shake Klebang" . Hihi. yang ni kehendak anak tekak aku sebenarnya. Punya lama aku bersabar sejak kecoh dengan kesedapan coconut shake Klebang. Tahun 2017 baru dapat merasa. Tengok, sabar tak Cik Tun ?
Tima kasih kawan belanja kita.


Aku memilih untuk tidur di tepi Pantai Puteri. Di situ kurang pengunjung dan kawasan tapak khemah agak bersih. Walaupun tandas dikunci, ada alternatif lain untuk kemudahan tersebut, iaitu Surau As-Syakirin di jalan Imam Md. Din yang sentiasa terbuka untuk para musafir. Harus diingat, perlulah menjaga kebersihan tandas di situ. Yang paling penting, jangan lah datang untuk guna tandas saja, SOLATlah terus. 


Walaupun begitu, tetap ada yang tak bagusnya, tidur kita akan sentiasa terganggu dengan bunyi enjin motor yang berulang-alik hingga jam 2 pagi. Seingat aku lah, hanya jam 3 pagi saja senyap sepi, lepas tu 4.30 pagi dah mula dengan pencemaran bunyi. Suara budak kecik dok berlari-lari riang gembira nak mandi laut. Oii 4 pagi kot, takkan biarkan anak-anak mandi laut ? Aku yang dalam hammock cuma mengintai disebalik kelambu. Argghh..dorang datang dari mana ni, beriya sungguh nak chop tempat berkhemah. Uhf ! sekadar nak memancing ja rupanya. 

29hb Januari 2017
Ahad

Hari kedua perjalanan akan diteruskan menuju ke Asahan mengikut laluan simpang Pulau Gadong. Nak juga ada bukti sampai ke tugu tiga sempadan negeri. Peta memang tak lengkap, cuma tulis nama-nama pekan yang akan dilalui saja. Selebihnya terpaksa Guna Penduduk Setempat (GPS).
Pasal tu la aku main redah ja, entah mana jalan aku hentam ja dengan yakin. Tak yakin kalo guna gps. Mudah bukan ? Muka tu kena steady. Ha ha ha.
Sebelum terlupa laluan yang redup rendang ini adalah antara laluan Kesang ke Jasin. 


Bila aku ambik gambar orang. Rujuk gambar dibawah.


Bila orang ambik gambar aku. (Rujuk gambar di bawah)
Nampak tak perbezaan yang ketara ?
Sadis. Itulah salah satu sebab gambar aku dah jarang ada untuk dikongsi. Kalau ada yang cantik pun kira nasib je la. Gagaga.


Pertama kali sampai ke Jasin. Macam ni ya pekannya. Bersih. Masa ni, Si kakak dah letih agaknya. Suruh pergi bergambar kat mercu tanda tengkolok pun dia tak mahu. Haish. Kita nak dia ada gambar kenangan, esok-esok bila orang tanya boleh lah menjawab. Hrm.


Kamera aku suruh kakak yang pegang. Pesan aku, bila nampak sesuatu yang cantek dan unik ambik la gambar. Tengok gambar apa yang ditangkap ? (lihat gambar di bawah)


Memasuki jajahan Asahan, pemandangan agak menarik, berlatar belakangkan Gunung Ledang. Ku fikirkan laman Tiga Budaya tu dekat, sebab papan tanda lokasi begitu banyak di setiap simpang. Macam nak sampai ja.


 Jalan punya jalan tak sampai-sampai lagi. Aik ?


Akhirnya sampai pun di pintu gerbang. Lokasinya kena masuk lagi ke dalam. Jom !


Tercari-cari juga, mana la dia ni. Kena tanya orang juga ni. 
" Akak ikut lorong kecik sebelah taman ni, terus ja hingga ke belakang. Dia terletak betul-betul hujung kawasan berpagar."
Oceyy..lets gone !


Lokasinya di route M125 di hujung pagar L3B, sebelah kiri sebelum selekoh ke kampung Orang Asli Asahan. Ketika mahu ke sini rasa macam keluar masuk, keluar masuk negeri ja.
Motorsikal tu dalam negeri Johor ( cat warna biru ).
L3B (warna merah) dalam negeri Melaka dan
sungai kecik ada di sebelah Negeri Sembilan (warna kuning).

Kawan aku cakap ; 'Jauh-jauh datang  macam ni je tempat dia ?"
"Iya, macam ni aje"

Krik ! krik ! krik !

Monumen ini biasa-biasa sahaja, cuma kitalah yang kena lebih promosikan dia menjadi sesuatu yang lebih menarik untuk dikunjungi.


Lepas ni kita ke Tampin ya, kemudian boleh terus balik rumah. Sebelum tu aku kena tanya seseorang tentang jalan pintas terus ke Tampin, jadi tak perlulah aku mengikut jalan yang sama ketika datang tadi. Jap nak singgah Balai Polis Asahan kejap. Yaaa...Balai Polis bukan sahaja tempat buat lapuran polis, kita boleh bertanya tentang apaaa saja. Insya Allah akan dibantu dengan cepat dan tangkas.

" Okey Cik terus hingga hujung simpang, kemudian ambik jalan mengarah ke Nyalas / Air Kuning. Seterusnya ada papan tanda ke Tampin."

Uhf ! macam dekat ja. Hihi. (bisik dalam hati)

"Baiklah. Terima kasih Tuan, terima kasih Cik. Assalamualaikum"

Malangnya aku redah dari Batang Melaka - Simpang kiri [M19] menurun sampai ke Manchap - Kampung Baru Menggong - Kemuning - Pulau Sebang - Tampin

Tu dia, betul-betul mengukur jalan dah ni.

Bila sampai ke rumah, aku buat post mortem setiap jalan yang aku lalu, ternyata laluan paling dekat adalah selepas balai Polis Asahan - Kampung Padang Lebar - Kampung Abbey - Nyalas - Ayer Kuning - Batang Melaka -  Balai PolisTebong [M112] - Simpang kanan [M149] - Tampin

Baiklah, mari kita bertenang dan berdendang untuk mengurangkan tekanan perasaan 'menggong'

SURATKU UNTUK MU


Inilah dia tugu berbentuk sampul surat dan peti surat diinspirasikan dari lagu nyanyian J Sham & The Wonderer yang popular di tahun 1960'an. Aku selalu lalu kat sini dan biasa nampak, cuma tak pernah dapat peluang untuk berhenti. Lumrah mengikut orang cenggitu la. Pandang sambil lalu saja sambil berhu-hu krik krik ! 
Nah ! sekarang peluang untuk aku sudah datang ~ Wawee !



Loc : 2.472592,102.230027, tepi jalan berhadapan dengan stesen  BHPetrol


Dari Tampin aku menuju ke Kota - Rembau - N102 - Rantau - Siliau [N6] -Lukut/Port Dickson
dan terus ikut Bukit Pelanduk/Kampung India - Sungai Pelek. Ya tiga ringgit lagi.
Singgah sebentar di Bagan Lalang nak tengok suasana. Hrm, tak memenuhi citarasa aku.
Satu perkataan saja yang dapat aku gambarkan ~> meremut-remut.


Pantai Cunang jugak yang mendamaikan, setakat ini la. Makin ramai yang datang tapi sekadar untuk bergambar. Bila malam kekal sunyi krik ! krik !


 Yang mengejutkan adalah, sudah ada perubahan dari segi lanskap di halaman rumah ini.


Pangkin kayu sudah dibina dengan begitu kukuh. Dahan-dahan pokok sudah dicantas menampakkan kekemasan di persekitaran halaman pondok.



Jiwa merentap-rentap ajak tidur kat sini, namun apakan daya tiada yang mahu kerana tiada sumber elektrik ~> tak de life katanya kalau henpon mati.
Haih !


Apa aktiviti yang boleh buat di sini ? 
Nin dia. Mencari remis untuk dibuat lauk makan malam.




 Abang ni baru balik dari menghadiri kenduri perkahwinan. Saja singgah, dan terjumpa jaring selonggok. Apalagi, anak beranak dok mengirai dan menggulung elok-elok untuk diperbaiki.


Siapa cakap berkhemah kat sini tak de 'life' ? Remis ni kalau rebus kemudian makan dengan nasi panas di bawah pokok memang layan.



Pendapat peribadi aku, di sini memang elok untuk berkhemah tetapi tak sesuai untuk mandi. Tahap selera aku nak mandi laut kalau air dia jernih macam kat  Pulau Selakan dan pulau-pulau sekitarnya. Kalau pun tergoda sangat pun kat suatu sudut di RnR Kemasik dan semua pulau di Pantai Timur. Lain-lain tempat belum bernafsu lagi la nak hadap.


Kerusi diperbuat dari kayu rhu tersusun cantik di bawah rimbunan pokok rhu.



 Pengunjung Melayu


 Pelancong Cina


Pengunjung India sedang bermain di dalam laut.
Kita
Sama-sama rasa, sama-sama jaga.
Raikan keharmonian perbagai bangsa. Asalkan hormat pada adat dan budaya.
Pasti berjaya.


Perjalanan sudah tiba pada penghujungnya. Hingga bertemu pada lain pengembaraan, Insya allah doakan aku dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.


Salam kembara buat kembara.

* Nota kaki yang mintak di kakikan:

Sebelum mulakan pengembaraan, aku bertanya pada kakak.
" Kakak pilih nak support apa ?
1. Makan
2. Minyak

Tanpa fikir panjang dia terus jawab ;
"Kakak nak minyak !

Hrm.
Bijak kan dia ?
Sebab dia rugi RM16 ja.

Aku lah yang makin beruban.
Kos makan tak lalu nak kira. laju keluar macam air.

P/s : Untuk melancarkan perjalanan, lebih elok jika membawa peta kertas (manual)
Bila bateri henpon habis takde la mengagau cari lokasi.

H A B I S ( Cuba tenung perkataan 'habis' lama-lama. Ia akan jadi perkataan yang asing dan pelik)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tok-tok (bunyi wassap ) ae- eh ?

" Bebila kita p memaland yg depa dok amik gamba dinesor "

Aku : Ha ?
~~~~~~~~~~~~~~> DANG !