8hb Jan 2017
Kisah semalam klik di sini.
Selamat pagi Morib !
Cuaca pagi ini sungguh indah. Langit membiru dan laut kembali tenang. Rasa macam malas nak kayuh tapi belum capai tujuan, maka terpaksa gagahkan juga kehendak. Cargas cargass..!
Dapat mesej dari Anje bertanyakan lokasi terkini, kerana beliau mahu turut serta walau hanya dengan menaiki motorsikal bersama suaminya. Lagi seorang yang nak ber poh ! peh ! poh ! peh ! peh !...
Ocey, kita buat penggambaran dulu !
Pagi ni kami akan bergerak menuju ke Tanjung Sepat dengan jarak 17 km laluan landai. Sepanjang jalan sejauh 10 km satu kedai makan pun tak de. Sadis betul. Akhirnya menghampiri Batu Laut ternampak sebuah kedai makan di seberang jalan, terdengar suara kakak aku meminta untuk berhenti. Tak tahan lapar katanya.
Roti canai dua keping ya !
tu dia... saka dah mintak makan. Kiki.
Selesai mengisi kantung perut, aku menyarankan Anje dan suami untuk bergerak dahulu dan tunggu saja kami di lokasi. Jangan ikut dari belakang, kesian pulak rasanya.
Singgah sebentar di lokasi aktiviti sukan kapal layar di Batu Laut. Nak jugak panjat mercu tanda sauh.
~ Wee..!
Jika air surut, kita boleh pergi hingga ke hujung jambatan konkrit.
Terujanya.
Apa yang ada di situ ? Beriya-ria benar aku nak pergi. Hrm, tak ada lah yang gah sangat, cuma pantai ni saja aku belum jengah. Lagipun nak gak tengok pantai yang telah dinobatkan sebagai Juara Pantai Angkat Peringkat Negeri Selangor tahun 2015. Mesti ada keistemewaannya.
Pantai ini terletak dalam kependudukan yang didiami oleh orang asli suku Mahmeri. Pantai ini juga diberi hak oleh Majlis Daerah Kuala Langat untuk diurus selia oleh penduduk kampung itu sendiri. Kan satu penghormatan tu. Sebelum memasuki lorong ke pantai kita akan bertemu dengan mercu tanda Kampung Koi.
Kau rasa ni rumah siapa ? Rumah aku pun tak macam ni punya mewah.
Inilah rumah TOK BATIN JAMIL, kepala suku orang asli Mahmeri di Kampung Koi. Sempat jugak berjumpa dan berbual sambil meminta izin masuk kawasan.
Laluan yang redup dibawah lindungan pokok kelapa sawet. Nyaman
Kemudahan parkir kereta ada disediakan di sini. Buat masa sekarang masih percuma.
Masih dalam peringkat penambah baikkan.
Basikal saja boleh masuk ke kawasan pantai.
Gerai minuman dan jajan ini dimiliki oleh Encik Khamis. Beliau ada menguruskan pakej penginapan dengan bayaran tertentu. Aku ada jugak bertanya dengan isterinya yang bernama Kak Eton ( wajahnya seperti berketurunan Cina), "Tak ada jual masak masakan ke ?
" Orang tak ramai la dik"
Owh. ok saya tolong ramaikan ya. In sya allah.
Jangan pandang sebelah mata ya, masyarakat asli di sini sudah terbuka mindanya. Pelancong dari luar negara sudah ramai yang datang ke mari. Sekarang mereka sedang berusaha meningkatkan taraf ekonomi dalam bidang pelancongan.
Air Asia pun dah sampai kat sini tau. Kau sudah ?
Cuma ianya sentiasa berkunci. Jika mahu menggunakan kena jumpa Cik Eton yang menjual air minuman dan jajan di situ. Bayar dan kemudian ada pekerjanya yang membukakan pintu tandas. Setelah kita guna pekerja tersebut akan mengunci semula pintu tandas.
Pilih saja di mana hendak menggantungkan hammock. Semua menghadap ke laut.
Bersedia untuk kayuhan pulang ke rumah sejauh 45km
Let's gone !
Dalam bahang mentari petang, wap dari tarmac membakar kulit. Laluan yang panjang membuatkan terasa bosan. Dalam kepala cuma terbayangkan air lai che kang yang dingin. Aku nak berhenti jugak kat Morib. Tak kira, tak kira !
Sampai di medan selere Morib, kakak aku mentalnya sudah calar. Sebab dia rasa ada kereta 'back up' yang mengiringinya. " Ti, aku rasa aku sampai sini je lah. Ko berdua teruskan je la. Aku nak naik dengan abg. Melecet bontot dah ni. Adoi tak tahan. "
Aku occey kan aja lah.
Wah betapa nikmatnya bila dapat air dingin. Lai Chee Kang !
Bila hasratnya disampai kan kepada mahaguru Phen Dee Ther.. maka terjegil-lah mata sang Phen Dee Ther mendengarkan rengekan tersebut.
Hey hey hey..! mana boleh !
Bersedialah wahai telinga mendengar khutbah yang paling deep sekali.
" Ini melibatkan soal SETIAKAWAN. Sama- sama mula, sama-sama tamatkan."
Tak kiralah sakit atau siksa macamana pun kena tahan.
Kemanisannya akan kita rasa bila tamat pengembaraan. Ketika sakitnya sudah mulai hilang, ketika mata mengimbau gambar-gambar yang diambil sebagai kenangan.
Kakak aku cuma KRIK ! KRIK! KRIK!
Teruskan kayuhan.
Berhenti menghilangkan dahaga sebelum menghadapi ujian terakhir.
Masa ni aku pulak yang rasa berdebar-debar. Aku nak sangat kakak aku dapat lepaskan kayuhan menanjak di jambatan Kampung Sawah. Aku nak dia berada di hadapan supaya abang aku dapat tembak gambar dia dulu dari atas jambatan. Eija di belakang dia dan aku kayuh di belakang sekali.
Bila dah sampai di pertengahan, aku melonjak kegirangan sambil teriak " terus kayuh, terus kayuh ! jangan tarik brek. Lepaskan brek "
Aku nak Eija dan kakak aku rasa nikmat kepayahan ketika menuruni bukit dengan kelajuan maksima. Aku nak dorang rasa angin sepak-sepak muka. Laju lagi lajuuuu..~wee ( Lagu latar - we are the champion )
Tinggal beberapa kilometer saja menghampiri garisan penamat.
Sikit je lagi..
Akhirnya...sampai juga ke kediaman aku tepat jam 7 malam.
yay !
T A H N I A H ! T A H N I A H !
" SUPPORT YOUR LOCAL BIKEPACKER "
Terima kasih atas gambar-gambar dan mohon izin untuk diguna pakai dalam penceritaan ini.
Terima kasih juga buat para pembaca kerana sudi membaca hingga tamat. Mudah mudahan ada sesuatu yang menarik boleh dijadikan manafaat.
SALAM KEMBARA !
MOGA BERTEMU DI LAIN WAKTU. INSYA ALLAH
No comments:
Post a Comment