Hari kedua penuh dengan aktiviti. Dari pagi mendaki bukit, sebelah petang meneroka Gua Wang Buluh. Menjelang malam setelah makan malam, kami dijemput untuk menyaksikan latihan muzik oleh salah seorang dari kumpulan Seni Budaya Harapan Pulau Tuba. Apa yang menarik tentang kumpulan ni eh ? mari kita jenguk.
Ketika memasuki keperkarangan sebuah rumah terdengar alunan gesekan biola. Siapakah yang bermain biola tu ? Dari jauh aku melihat seorang lelaki dalam lingkungan umur 60'an sedang duduk di atas kerusi sambil mengesek biola. Salam diberi kemudian tuan rumah menjemput kami masuk. Ini Pak Ngah yang berusia lingkungan 64 tahun. Bermain biola kerana minat sungguh-sungguh sejak dari muda. Tak pernah belajar menggesek biola dari mana-mana guru pun, cuma belajar sendiri dengan cara mendengar sesuatu muzik kemudian ikut rentaknya. Lama kelamaan terus mahir hingga sekarang.
Aku teruja dan ternganga bila duduk mendengar cerita dari Pak Ngah. Sembang macam-macam, diselang seli dengan gurauan, nyanyian pantun seloka serta nasihat. Bercerita tentang biola kesayangan beliau. Itulah satu-satunya alat muzik yang dia ada. Biola yang beliau sangat sayang. Pernah pecah dan rosak, tapi beliau baiki tampal dan gam sendiri.
Malam tu cuma 5 orang saja yang datang berlatih. Ada beberapa orang ahli lagi yang tak hadir. Walaupun begitu, suasana cukup meriah bila mereka mainkan lagu dengan pukulan gendang dan gesekan biola. Dalam masa yang singkat pun dah rasa terhibur.
Kumpulan Seni Budaya Harapan Pulau Tuba ini terdiri dari Pak Ngah yang bermain biola. Encik Rosli Ahmad yang berbaju kuning. Beliau juga seorang Ketua Persatuan Homestay di Pulau Tuba. Che An atau nama sebenar Azizan Ahmad berbaju singlet putih merupakan anak kepada Pak Ngah. Yang berbaju biru muda Encik Razi Chin dan akhir sekali Encik Mahadhir Chin berbaju biru gelap. Mereka ni adik beradik. Kesemua mereka boleh bermain muzik dan menyanyi. Nampak sempoi je kan ?
Anak-anak tak lepaskan peluang memberanikan diri diajak sama untuk mencuba bermain dengan alat muzik.
Sedang kami leka mendengar nyanyian dan alunan muzik, kami disajikan dengan air kopi dan teh. Hohoi ~ apa ni ..apa ni.. kami datang cuma nak tengok dan dengar muzik ja. Usah la sebok-sebok hidang macam-macam. Pak Ngah jawab; tak susah aihhh. tetamu dah datang kena lah hidang ayaq.
Kediaman Pak Ngah bukan saja lapangan untuk berlatih bermain alat muzik tapi juga menjadi tempat pengumpulan seni kraftangan anyaman dari daun mengkuang. Jangan tak tahu, dalam diam penduduk di pulau ni aktif juga dalam membantu menaik taraf industri pelancongan.
Hampir jam 2300 kami duduk melayan irama gendang dan biola. Mata dan badan pun terasa letih, jadi kami terpaksa meminta diri untuk beransur pulang ke chalet. Banyak lagu-lagu yang aku dah rakam menggunakan Go Sport terutama lagu untuk majlis 'berendoi'. Penuh dengan pantun nasihat, lenggok bahasa yang digunakan sangat menusuk jiwa lebih-lebih lagi dinyanyikan oleh Pak Ngah. Dengan suaranya yang mendayu-dayu serta sedikit sebak. Tapi sayang seribu kali sayang, sungguh malang sekali kerana video yang dirakam itu telah terbuang dengan automatik sebab kad memori tak mampu menyimpan fail yang terlalu besar dan banyak. Aduh ! sakitnya tuh di sini. Owh kecewanya aku.
Aku cuma dapat video tentang Pulau Tuba ja yang dirakam menggunakan kamera G16. Jika dengar senikata lagu ni mengisahkan kehidupan di pulau ini. Menarik sekali.
HARI KETIGA
Untuk hari ketiga ni, hanya luangkan masa untuk pusing keliling pulau ja. Pagi-pagi dah bawak motor pergi melihat 'sunrise' di jeti terpanjang di kampung Tepi Pantai.
Pagi-pagi lagi dah berselisih dengan nelayan yang baru pulang dari laut. Ikan-ikan segar dibawa pulang untuk hidangan keluarga untuk hari ini. Semua gred A, harga kat pasaran dlm lingkungan RM18 sekilo.
suka beno dia melompat.
Kedai menjual sarapan pagi hanya ada 2 buah saja yang beroperasi di pekan kecil ni. Dua-dua menjual nasi serta lauk. Tiada kuih atau roti canai di sini. Aku memilih nasi minyak dan kuah kari ikan bawal untuk sarapan hari ni. Harganya cuma RM2.50. Aku beli untuk tiga orang berlainan lauk termasuk air teh o ais baru RM9. Fuh !
Usai bersarapan pagi, aku mengajak kakak dan Yatt untuk menjelajah ke satu lokasi terpencil yang dulunya dipanggil Bakar Arang. Sejak kayu bakau tidak dibenarkan untuk ditebang maka tempat ni dipanggil Bagan Asam. (kalau aku tak silap dengar la). Ketika aku lalu di satu selekoh terasa bahang cukup panas. Bila diperhatikan betul-betul baru aku perasan yang laluan yang dulu redup dipenuhi dengan pokok kelapa sepanjang jalan tu sudah ditebang. Terang dan panas. Owh man ! kemusnahan apakah ini ?
Bila dirisik-risik dengan nelayan setempat mereka mengatakan tanah itu sudah dijual kepada seorang tawkey Cina. Sekarang dalam proses nak bina kilang yang berkaitan dengan cendawan. Huh !
Ini ialah Abang Din. Salah seorang penduduk yang menjadi nelayan di sini. Seorang yang kelihatan sempoi tetapi kaya dengan pengalaman. Duduk di jeti ni sambil mendengar dia cerita memang boleh tahan berjam-jam. Beliau juga biasa membawa kaki-kaki pancing untuk mencuba nasib memancing di sekitar perairan Pulau Langkawi. Barang siapa berminat boleh la menghubungi beliau
di talian : 013 4241439. Mesti puas hati, tak banyak sikit In sha allah dapat bawa balik ikan.
Aku tengok dia pasang mata kail dalam beberapa saat ja. Punya cekap tangan dia buat.
Pada pagi ni abang aku dah bercadang nak keluar memancing dengan Abang Din. Abang Din ketawa ja tengok saiz joran yang abang aku bawa. Tapi tak mengapa, baik cuba dulu. Kalau joran tak patah kena rentap dek ikan, ada lah rezeki tu..
Setelah bot Abang Din jauh meninggalkan jeti, kami pun berpatah balik ke Telok Puyoh. Cuaca panas berdenting tong ni baik berehat di chalet ja. Sempat singgah kat sebuah rumah yang menggantung ikan-ikan buntal yang nampak cam comel ja ni. Hati tertanya-tanya macamana dorang buat. Rupanya teknik dia menggunakan belon. Setelah isi perut ikan buntal ni dikeluarkan, dibersihkan bahagian perutnya kemudian masukkan belon dan jahit tempat yang terbuka tu. Belon tu ditiup mengikut besar ikan buntal tadi. Akhir sekali gantung dan jemur sampai kering.
Lama juga abang aku keluar mancing. Menjelang maghrib baru dia balik dengan muka bongkak membawa seplastik ikan di tangan. Hoho.. boleh tahan dia punya penangan. Alhamdulillah dapat juga merasa ikan segar baru naik dari laut.
Keputusan sebulat suara telah diambil di mana, semua ikan-ikan ini dibakar sahaja. Tak sampai 10 minit, ikan-ikan ni tinggal tulang ja.
Hampir jam 1900 masih meronda-ronda melawat kawasan. Padang ragut bekas bendang yang terletak di tengah- tengah pulau ni adalah lokasi wajib untuk dirakam. Mungkin 10 tahun akan datang nanti akan hilang setelah tanah-tanah ini dijual kepada orang yang lebih berharta. Aku rasa tempat yang paling banyak kerbau di MY adalah di Pulau Tuba.
HARI KE EMPAT
Tiba masa untuk pulang. Sebelum jam 0800 mesti dah berada di jeti Telok Bujur. Boleh hubungi nombor seperti dalam gambar ini untuk perkhidmatan menghantar ke jeti.
Untuk terakhir kali, merakamkan gambar bersama Encik Rosli yang banyak memberi bantuan sepanjang tinggal di sini.
Selamat Tinggal Pulau Tuba
Selamat Tinggal Pulau Langkawi
Selamat Tinggal Arau
Perjalanan aku berakhir di pintu rumah jam 0900. Wang kocek yang aku bawak sebanyak RM450 untuk 3 orang berbaki 0.50 sen.
#Setiap sen itu amat berharga ~ Tun Teja
Hingga bertemu semula di lain pengembaraan. Salam kembara dari ATT untuk semua.
Atas permintaan rakan kembara outdoor Laili Basir, aku jejakkan kaki sekali lagi ke Pulau Tuba untuk meneroka gua-gua yang ada di sini yang kurang mendapat perhatian umum. Setelah turun dari mendaki Bukit Licin aku dan pengembara yang 10 orang tu pun bersetuju untuk memasuki gua. Laluan masuk ke lokasi agak tidak tersangka kerana kelihatan seperti lorong tinggal. Kecik ja lorongnya.
Untuk ke sini disyorkan untuk menaiki motorsikal. Boleh tahan jauh juga masuk ke dalam. Trek-trek batu yang baru dibuat memudahkan lagi perjalanan masuk ke kawasan gua. Sila bawa air dan makanan kerana di sini tiada orang berniaga.
Kalau ambik laluan ke kiri dari wakaf rehat ni, kita akan menuju ke komplek dinding batu kapur yang sangat tinggi melalui laluan 'canopi walk'.
Kemudahan tandas yang masih dalam pembinaan
Kemudahan laluan yang cantik, jika tidak dijaga serta diselenggara dengan baik, alangkah ruginya. Para pengunjung juga harus menjaga kebersihan.
Dinding batu kapur ni berwarna putih bersih. Pada pandangan aku ia begitu cantik. Di satu sudut tergantung sarang lebah yang besar. Suasana di sini juga redup, nyaman dan berangin.
Mungkin hasil lukisan tukang-tukang yang membina 'canopi walk'. Mereka adalah buruh dari Thailand yang mendapat upah RM50 sehari untuk membina kemudahan di kawasan gua ni. Tetap mempamirkan senyuman walaupun pekerjaan ni sungguh dahsyat. Terpaksa mengangkut kayu, pasir dan simen secara manual dari bawah naik hingga ke atas.
Di penghujung laluan kayu dibina pelantar rehat atau kemudahan photographer menangkap gambar. Menarik juga kalau nak berkhemah di situ, mana tau berminat melihat haiwan di waktu malam.
Sekarang ni jom cari gua. Kena berpatah balik ke wakaf rehat tadi. Kali ni kita ambil laluan belah kanan pula.
Untuk ke gua ni kena ada semangat la ya. Tidak cepat putus asa dan mengalah seperti ' pengukir gua yang sabar' itu.
Pintu masuk gua
bentuk macam cengkerang siput yg umang2 selalu guna buat rumah.
kelawar banyak dalam gua ni.
Kulit siput pun ada dalam gua setinggi ini ? Ternyata dahulu Pulau Tuba berada di dasar laut. Mahu tahu lebih lanjut lagi ? Sila berkunjung ke mari.
Penemuan terbaru. Berapa kepingkah wang kertas ini yang elok terletak di lantai gua ? Aku biarkan ia begitu saja kerana itu bukan aku yang punya. Tapi Ahmad Albab yang punyaaa. Ha Ha Ha Ha !
Ini kisah benar, aku jumpa wang kertas ni atas lantai gua dan aku pesan kat anak-anak aku : Jgn ambik ! bukan hak kita. Biarkan saja. Yg pastinya mungkin duit pekerja-pekerja kontrak yang membina trek ke gua ni.
Kepada mereka yang ingin melihat ke unikan gua di sini TOLONG, TOLONG dan TOLONG jaga kebersihan persekitaran kawasan ini. Kalau korang malas nak bawa turun sampah yang korang bawa, begitu jugalah orang lain hatta petugas yang membersihkan pun tak kan selalu naik mendaki ke sini untuk membawa sampah yang korang buat. Jangan jadi pengotor dan jangan DEGIL. Pandai bawa naik , pandai juga bawa turun. Juga diingatkan jangan merokok di sini kerana kawasan ini mudah terbakar. Sekarang musim kemarau. Puntung rokok juga jangan buang merata-rata. Tolonglah jaga khazanah alam kita.