Gunung Bujang Melaka
4048 ft ( 1234 m)
Hari 1: 4/5 jam dari titik permulaan (Batu Berangkai Falls) ke perkhemahan
Hari 2: 1 jam 15 minit dari tapak perkhemahan ke puncak
Hari 2: 1 jam dari puncak ke tapak perkhemahan
Hari 2: 4 jam ke air terjun dan tempat letak kereta
***
Ini adalah gunung yang kedua dan ia pengembaraan yang indah bagi aku. Gunung yang terletak di Kampar, Perak menyimpan banyak rahsia alam. Pelbagai flora dan fauna unik yang terdapat di sana.
Perjalanan selama 2 hari 1 malam dengan beberapa kawan baru memberi aku banyak pengalaman menarik. Sedikit demi sedikit aku belajar tentang hutan.
Bermula dari air terjun Batu Berangkai melalui ladang asli ke Kem Balak. Di sepanjang jalan terdapat banyak pacat sehingga sampai ke Kem Lebah. Tapak perkhemahan yang sangat besar boleh menampung sehingga 50 orang dan cukup bersih. Terdapat aliran sungai di sebelah tapak perkhemahan dan airnya sangat sejuk. Suhu di perkhemahan (24 ° c sebelum waktu tidur, mungkin <20 ° c selepas 3:00 pagi).
credit to Somphob for this image |
***
No comments:
Post a Comment