Thursday, July 23, 2015

Seni Anyaman Asli Mahmeri

Dulu, aku pernah menghadiri upacara keraian di perkampungan orang asli Pulau Carey. Orang asli ni mempunyai adat budaya dan seni yang halus. Cuma kita ni yang tak berapa nak menghargai kesenian yang mereka miliki. Aku tak tau sangat tentang adat mereka, cuma apa yang aku lihat ketika itu, di sepanjang jalan masuk ke perkampungan mereka, akan dicacakkan anyaman-anyaman yang diperbuat dari daun kelapa. Pelbagai bentuk dan motif disisipkan di situ.

Aku ni yang memang minat dengan seni anyaman, bila tengok banyak sangat dah jadi tak keruan. Gila meroyan kau. Kiri kanan penuh dengan anyaman yang kalau nak dikira tak tercapai dek akal aku mampu buat.
Aku bertekad, sehabis acara keraian nanti aku akan kutip semuanya. ngeh..ngeh..ngeh. Sebelum tu, aku pergi melihat acara tarian oleh anak-anak dara orang asli. Lagi lah berbunga-bunga mata aku tengok kostum yang dipakai. Anyaman untuk diletakkan di kepala, baju dan skirt. Tak ketinggalan juga untuk sanggol siap kuntuman bunga lagi. Semuanya dari anyaman daun kelapa. Memang asyik !

Usai acara keraian, aku kelam kabut keluar untuk mengutip semua anyaman daun di sepanjang jalan. Puas hati, dapat pun. Hajat aku, konon-konon nak belajar dengan orang asli di situ. Ada bengkel belajar menganyam tetapi untuk belajar saja harganya ratus-ratus ringgit. Gulps ! Gila mahal.

Dah bertahun jugak aku simpan  jambangan anyaman ni. Ingat ada masa nak gak belajar sendiri pelahan-lahan. Harap daun-daun ni tak mereput dan rosak.


















Ada sesiapa yang mahir menganyam motif-motif seperti gambar ni ? Ok la..paling cikai pun ada yang tau anyam kelongsong ketupat ? bentuk bawang, bentuk kerbau, satay dan macam-macam lagi kat luar tu. Aku cuma tau anyam ketupat bawang dan yang biasa tu je. Boleh la kannn dari langsung tak tau apa-apa. Rugi oi..!
Cukup setakat ni ja gambar-gambar yang sempat aku simpan untuk dijadikan memori. Sekurang-kurangnya ada gak sesuatu yang boleh dijadikan sejarah bila dah pupus nanti.


2 comments:

  1. anyaman ni orang kampung situ buat lagi... cari ja Kak Maznah yag dok main alat muzin & nyanyi masa tarian Jo-oh tu sudi dia ajaqkan sebab keluarga dia la pewaris anyaman ni & dihidupkan semula oleh depa gak... tak mahai pon selalu kami bayaq sekuntum dalam RM 2-5. masa demo hari kraf siap free lagi...

    ReplyDelete