5 tahun berlalu dan aku masih ingat.
Aku mahu kau tahu,
Kini menjadi satu kerinduan, sungguh.
dan..
Aku mahu kau tahu,
Berkali-kali aku memasang hasrat untuk ke situ.
Satu lokasi rahsia yang istimewa bagi aku dan juga kau, mungkin.
Kini aku kembali.
Kau tahu ?
Laluan masuk sudah dipagar oleh pemilik tanah persendirian.
Aku sedikit kecewa.
Ku tanya pada orang yang lalu lalang,
Katanya, ikutlah laluan baru, selepas selekoh berhadapan kolam tinggal.
Nah ! hati berbunga kembali.
Laluan masuk yg baru |
Kemsait tingkat ke 2 |
Berdiri di kemsait tingkat ke-3 |
Suasana masih seperti dahulu, redup, suram dingin dan berangin. Lumut-lumut juga makin tebal dan menghijau. Cuma aliran air makin kurang. Akan tetapi tetap mendamaikan.
Aku titipkan buat tatapan dan alunan halwa telinga suara alam bersenandung dengan melodi yang mendamaikan. Nikmatilah !
8hb Oktober 2016
Aku | El Fateh | Secret trail
~ A K U A K A N K E M B A L I ~
No comments:
Post a Comment