Ride Hala Tuju Ke Hati Awak
22 hb Jun - 7hb Julai 2019
Dahulu aku pernah berimpian untuk melakukan ekplorasi menyulam sempadan. Dalam erti kata buat laluan ziq zaq antara MY dan Thailand melalui pintu-pintu sempadan.
Contohnya :
Masuk dari pintu Wang Kelian, lalu Thailand keluar ikut pintu Padang Besar. Kemudian masuk lagi melalui pintu Bukit Kayu Hitam dan keluar di Kota Putra Durian Daun. Begitu lah seterusnya hingga berakhir di Pengkalan Kubur.
Akan tetapi, impian tu agak sukar nak dilaksanakan atas sebab-sebab imigration. Nanti jadi suspek pulak, dah kenapa keluar masuk, macam ada sesuatu ja. Sebelum kena soal siasat baik lah dielakkan.
Setelah berfikir panjang, aku pun mula fikir projek lain. Kalau tak boleh menyulam, kita singgah setiap pintu sempadan pun dah memadai.
Pada 22 haribulan Jun 2019 aku memulakan kembara ke 11 buah negeri dan 2 buah negara. Jadi aku ambil kesempatan untuk pergi ke semua pintu sempadan negara yang berada dalam laluan.
Nanti aku tambah lagi pintu sempadan yang lain.
~Jangan Tua Tanpa Cerita~
Sambung bercerita lah. Gambar2 interesting tp crita dalam gambar msti lebih menarik. TIA
ReplyDelete