AKU DENGAR, AKU DATANG, AKU TENGOK
DAN
AKU CUBA FAHAM
Cerita di Negeri Sembilan
Kenali 👉 M E L A K A dulu.
Cafe In The Farm
Inilah menu yang aku pesan. Yang cucuk-cucuk tu sate daun kadok. Itu sedap. Tapi yang Pho Bo tu, tetap tak boleh sama macam yang kat kampung punya. Haish !
Apabila dah masuk Melaka, haruslah lintas lalu di kawasan abang kawasan jajahan Pengkalan Balak. Maka, harus lah datang mengadap tunjuk muka sebentar.
Santodara
Tempat ini agak tersorok sedikit dan ia terletak di dalam kawasan resort persendirian. Pemandangan akan lebih cantik bila air pasang.
Muzium Kapal Selam
Aku tahu, si Abang mesti nak pergi tempat ni. Jadi aku masukkan dalam senarai tempat untuk dikunjungi. Aku bagi dia masuk, sementara aku jaga motorsikal.
Masjid Selat Melaka
Sudah lama aku berhasrat nak ke masjid ini. Kali ini aku mesti singgah walaupun cuma dari luar sahaja.
Kafe Markisa
Ini semua tempat yang viral. Saja nak tengok, lagipun kedudukannya pun dekat sangat dengan tempat bermalam untuk hari kedua.
Menu yang disediakan semua menu barat. Harganya pun harga tengah bandar.
Diberi nama markisa mungkin hidangan istimewanya adalah jus buat markisa. Hiasan sekelilingnya juga ditanam dengan pokok buah markisa. Anak-anak pokok markisa juga turut dijual.
Boleh aku katakan tempat ni cantik dengan pemandangan tasik yang luas dan menenangkan.
Kem Tasik Biru
Aku ulang kembali ke tempat ni sebab aku suka dengan pemandangannya. Tasik dan puncak Gunung Ledang.
HARI 3 ( 155km)
SABTU 5.3.2022
Bersarapan pagi dengan baki pizza semalam sambil menyaksikan pemandangan yang subhanallah.
Makam Belimbing
Sebenarnya lokasi makam ni tidak ada dalam perancangan aku dan aku pun tak pernah tahu tentangnya. Yang aku tahu selepas keluar dari kem Tasik Biru, aku nak menghala ke Laman 3 Budaya. Dalam perjalanan itu lah aku ternampak papantanda yang kecil menulis "Makam Belimbing". Dalam hati aku berbisik; "nak berhenti ke tak ? nak ke tak nak ?" Disebabkan tak nak rasa menyesal seumur hidup, aku putuskan untuk berpatah balik.
"Sorry bang, mak nak tengok kejap tempat tu. Tengok je."
Sesampai saja di halaman perkuburan, ada seorang remaja sedang membersihkan halaman rumahnya. Aku minta izin untuk mengambil gambar, dan kemudian keluar pula seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai penjaga makam-makam tersebut. Sila tonton rakaman video yang aku buat sebab aku ni bukan pandai nak bercerita. Aku ni mudah lupa, oleh itu aku rakam saja. Mudah bukan ?.
Aku memang teruja dengan bentuk batu nisan belimbing tu, bagaimana lah orang dahulukala melakukannya dengan begitu halus sekali. Sabar betul dorang kan ?
No comments:
Post a Comment