Wednesday, July 13, 2022

Ekplorasi 9 Buah Pulau di Mersing

 

Tarikh : 9, 10 & 11 Julai 2022



Ceritanya begini.
Memandangkan anak-anak aku hari cutinya dah selaras Sabtu & Ahad. Lagi pula jatuh pada hari raya dan hari jadi si abang. Maka aku pun cadang nak pergi berlibur. Kalau diam di rumah pun takde buat apa. Nak berkorban lembu pun tidak lagi. Insya allah tahun depan niatnya. 

Hari pertama aku hentam ride 415km. Memang tak pernah pun ride sejauh itu untuk satu hari. Boleh je ikut route pendek, lalu highway. Tapi anak-anak dah tau aku mesti ikut jalan dalam. Kawan si abang nak balik Kuala Rompin pun terjebak nak ikut alang-alang tak jauh katanya.

Mula- mula aku bawak lalu Temiang- Pantai, kemudian cari lokasi lain lebih kurang Temiang iaitu di Felda Maokil. 




Lepas tu masuk Chaah nak mencari papantanda Desa Temu Jodoh.



Menjelang  jam 5 petang baru masuk daerah Kluang. Padahal keluar rumah seawal jam 8 pagi. Macamana tak lama, sebab kelajuan motor yang dorang bawak hanya 60km sejam. Hahaha..masuk Kahang semua dah pewai. Jauh lagi ke mak ? 😭


Tak..lagi 20km je. Sikit je lagi.
6.30 petang baru sampai Mersing.

Haaa ilang bontot. 🤪. Alhamdulillah dapat hotel yang selesa. MG Hotel yang terletak 800 meter dari jeti Mersing. Kawasan parkir yang luas dan selamat. Family room cuma rm148 sehari.


Dianggarkan ada 30 operator untuk jelajah pulau. Setelah dipilih harga dan liputan berapa banyak pulau yang dibawa, akhirnya aku pilih yang ini.

LF island hopping budget

Ada pakej 3, 4 , 7 dan 9 buah pulau, dan aku memilih yang ini kerana harganya dan banyaknya pulau. Untuk rm160 siap sarapan dan makan tenghari serta beri ruang untuk berhenti solat, maka aku terus booking tanpa banyak bicara.

Servis pun bagus. Di awal-awal memang aku dah cuak takut kena scam pulak sebab aku dah tunggu mengikut masa tapi tak nampak bayang operator ni.

Alhamdulillah , akhirnya muncul juga dengan alasan lambat mencari ruang parkir untuk bot yang banyak. Sebab hari raya cuti besar kan, dia lah menguruskan bot, dia lah beri briefing. Sentiasa wasap beri maklum pada aku.

Berkali-kali minta maaf sebab lewat. Hehehe ok tak mengapa, janji muncul ya sudah. 

Jadi kawan-kawan, jika berminat nak merasa pengalaman sehari di Mersing boleh lah hubungi nombor yang tertera di situ.

Servis yang memuaskan.

Dorang buka trip sepanjang masa. Kecuali ada bulan-bulan monsun, pulau-pulau ditutup. Kena tanya dulu lah.

1. Pulau Raja ( beting pasir)



2. Pulau Sribuat ( mendaki)










3. Pulau Rahsia ( lompat dari tebing)

4. Lintas lalu 4 pulau persendirian 

Pulau Rawa 

Pulau Goal

Tak rakam gambar.

Pulau Mensirip 


Pulau Harimau.


5. Pulau Hujung ( makan tgh/ snorkeling)

6. Pulau Tengah ( snorkeling lagi)


7. Pulau Besar ( berhenti solat)




Last but not lease..

Pendapat dari pemerhatian aku la..air laut di area Mersing setakat ini paling best. 

Pernah aku komen tentang air laut di Tioman;

udara dan percikan air semasa naik bot tidak rasa melekit langsung. Sama juga ketika naik bot ke pulau-pulau ni. Masin air lautnya sederhana sahaja 

Berbanding dengan air laut di Perhentian atau di pantai barat, perhhh masin tahap pahit gila dan bila kena mata pedih teramat.

Air laut di Mersing memang best. So gaissss...apa tunggu lagi..Malaysia ni geng !

Okey sampai jumpa lagi di ekplorasi yang lain. Daaaa ...




No comments:

Post a Comment