Thursday, September 14, 2023

Kayuhan Tak Habis. Tanah Ayer ku

Kembali mengulangi pekerjaan mengukur jalan seperti 9 dan 7 tahun lalu. 2012 dan 2015.

Kronologi ringkas.

"Kayuhan Bersiar-siar di Malaya, Tanah Ayer Ku " akan mengambil masa selama dua tahun. Mulai tahun 2020 hingga 2021. 

Laluan pilihan adalah di gagasan tulang tengah Semenanjung. Selingan-selingan mungkin masuk Pulau Langkawi. Insya allah.

Jumlah : 2 orang

Jentera tempur aku : Musang Berlumpur 11 piring berantai emas. Pasal tu aku santai ja tak berlatih langsung. Kah kah kah.

1. Terima kasih buat Katt kerana sudi ajak kayuh dan menjadi partner in crime.

2. Berbanyak terima kasih buat King Hassan sebab sudi memberi pinjam jentera tempor Berantai Emas. Lejen is never die. Heh heh heh.

3. Wak Jan, memberi penyangkot baju lipat lepat.

4. Ija Zahri beri sticker "Srikandi Bikepacker" untuk diberikan kepada teman-teman yang sudi bertemu di jalanan sekali gus membawa jenama grup berbasikal jarak jauh untuk para wanita seluruh Semenanjung.

5. Terima kasih Wani sebab berikan kacamata hitam berklip untuk menghalang silau matahari.

6. Terima kasih buat doa keselamatan dari rakan-rakan kayuhan.

Harapan aku pada mereka di luar sana, seandainya berselisih dengan kami berdua mohon :

#berikanruangsedikit

#bertimbangrasa

#bertolakansur

#kitajagakita

****************************************

Kayuhan hari pertama, kami ditemani rakan-rakan touring, King, Wani dan Aliya hingga ke pekan Dengkil. King membawa kami ikut jalan dalam Kampung Sri Cheding hingga tembus ke Olak Lempit amat tenang dari kesibukan kenderaan awam.

DENGKIL

Berhenti makan di pekan Dengkil dan kemudian kami pun berpisah menuju ke destinasi masing-masing.

Kali ini semua laluan atas pilihan Katt, aku hanya ikut sahaja. Malas aku nak fikir. Layan saja.

BANGI LAMA

Menikmati jalan kampung hingga ke Bangi Lama memberikan keseronokan hati sendiri. Berhenti solat sebentar di Masjid Kariah Bangi Lama kemudian teruskan perjalanan hingga ke lokasi henti.

BERANANG

Sampai Beranang kami disambut dan disantuni oleh Bro Tok Nik rakan kayuhan dari Semenyih. Sebenarnya tak pernah kenal pun, semuanya atas sebab sebaran kawan-kawan atas kayuhan ini. Alhamdulillah, tautan silaturrahim melalui kayuhan basikal.

Setelah bersembang sambil minum petang, beliau melepaskan kami di sempadan Selangor / Negeri Sembilan. Sebagai tanda  terima kasih, aku memberikan sticker Srikandi Bikepacker kepadanya.

KAMPUNG RAWA

Kayuhlah kami dengan cuaca yang redup dan mendung sejauh 21 km. Langit dah tak boleh tanggung air lagi sehingga ia melepaskan tanpa belas, hujan turun dengan sangat lebat. Alhamdulillah. Mujur  Pusat Aktiviti Homestay Rawa memberi kami tempat berteduh dengan percuma. 

Di sini ada aktiviti menunggang kuda. Jadi aku mengambil peluang untuk menunggang kuda buat pertama kalinya dalam hidup. Suka sangat.




Aku akan ceritakan serba ringkas dan tepek gambar yang masih tersimpan sebab cerita ni dah agak lama, aku dah makin lupa kisah perjalanannya.

LENGGENG

Sekadar bergambar di pintu gerbang sahaja.



KAMPUNG LARONG


KUALA KELAWANG


Jeram Dagang (Gajah)

Laluan ke jeramnya, kus semangat. Semak samun dan jauh ke dalam. Mungkin ketika itu tak ramai yang tahu.

Makam Moyang Saleh

Moyang Salleh adalah anak Dato Mentunggang ketua Luak Jelebu. Keturunan asalnya bernama Moyang Acheh yang mula-mula memperkenalkan institusi Undang Luak Jelebu.

Ketika pemerintahan Moyang Salleh pada tahun 1757, Luak Jelebu mendapat kemerdekaan dari pemerintahan Sultan Johor. Beliau diangkat sebagai Raja dengan panggilan DATO MENDEKA MENTERI AKHIR ZAMAN SULTAN JELEBU.






Meriam Dato Undang Abdullah

Meriam ini dikatakan kepunyaan Dato Kelana Putera kerana pada pangkalnya ada terukir perkataan ‘Kelana Putera’. Kelana Putera adalah gelaran Dato Undang Sungai Ujong.

Meriam ini ditemui di Titi, Jelebu. Dato Undang Abdullah bin Panglima Muda adalah Luak Undang yang ke 12. Baginda mengambil meriam ini dan meletakkannya di atas sebuah bukit berhampiran dengan balainya.






JELEBU


PERTANG

KAMPUNG GEYLANG

Laluan yang paling menyumpah adalah laluan N19. Laluan dalam hutan yang berbukit bermula dari Kampung Geylang Hulu sampai ke Batu Kikir. Itu memang laluan hutan, kata penduduk setempat, dalam hutan tu banyak harimau akar. Aku cuma mampu terkebil-kebil ja sebab tanpa fikir buruk boleh duduk-duduk berehat lama-lama kat tepi hutan tu. Maklumlah, tak cukup nafas nak hadap bukit tu.

BATU KIKIR

Entah, mana pergi gambar kat sini. Lupa lah.

KUALA PILAH

TANJUNG IPOH

Seingat aku kat sini lah Katt bawa jalan berbukit yang sangat tinggi, gila punya tinggi sebab katanya ada jalan pintas nak ke Seri Menanti. Sampai kat puncak bukit tu, sebenarnya itu jalan kebun. Eh dah sesat lah ! Hrm. Nak marah, tapi kena sabar 365x.

SERI MENANTI

Masjid Tanjung Beringin

Masjid Tua Kampung Tengah (Tanjung Beringin) ini telah dibina pada tahun 1885M di atas tanah yang diwakafkan oleh Yam Tuan Tuanku Muhamad ibni Almarhum Tuanku Antah. Sehingga tahun 2023 ini, masjid tertua ini telah pun berusia 138 tahun. Masjid ini boleh menampung 200 orang jemaah dalam satu-satu masa.

Terbinanya masjid ini di tanah yang diwakafkan oleh Yam Tuan Tuanku Muhamad ibni Almarhum Tuanku Antah, membuktikan satu peninggalan sejarah tamadun dakwah di bumi Bandar DiRaja Seri Menanti sejak berabad tahun yang lalu.

Istana Seri Menanti

Singgah di sini sebab Katt belum pernah sampai lagi.

Istana Lama Seri Menanti ialah istana yang unik diperbuat daripada kayu tanpa sebarang paku pun. Ia dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus.

Bukit Senaling

GEMENCHEH

Hari makin menjelang senja, tempat penginapan masih tak cari lagi. Ke hulu ke hilir aku mengikut Katt. Kemana dia nak pergi sebenarnya?. Aku rasa dia nak bemalam di surau dan di masjid yang terdekat. Bila dah sampai masjid, dia keluar semula. La..kita ni kayuh basikal, bukan pulas motor. Penat ni. Pada akhirnya aku bertanya, nak kemana sebenarnya ni ? Kalau nak cari hotel , aku cuba cari hotel. Jangan diam dan anggap aku boleh baca fikiran ko Katt. Aku google di sekitar tengok cuma ada satu sahaja hotel yang ada di pekan ni. Alhamdulillah. dapat lah bermalam dan merehatkan diri.

MELAKA PINDAH

Pindah kat mana ?

Pantai Belimbing

Ambil gambar papan tanda ja. Tak masuk pun ke pantainya.

MASJID TANAH


Oleh kerana dalam laluan, jadi aku singgah ke rumah Acik Jun untuk menumpang solat dan rehat barang sekejap.

PENGKALAN BALAK

Macam biasa kalau lalu di Pengkalan Balak mesti kena tahan dengan abang kawasan, Abang Syaaban. Malam tu kami bermalam di chalet berdekatan dengan pantai.


JASIN





Terima kasih abang kawasan Melaka yang sudi menyantuni kami.

KEM TASIK BIRU

Tempat perkhemahan yang menarik. Dapat pulak pondok depan tasik yang memandang ke Gunung Ledang. Di sini boleh berkayak, nak mandi terjun tasik pun boleh tapi kena pakai jaket keselamatan la.












SUNGAI RAMBAI

Laman Belia Sungai Bemban


Air kat sini hijau dan jernih.

MUAR

Entah berapa kali dah aku sampai di beca gergasi ni.

RENGIT

BENUT



Kami bermalam di sini, dapat lah harga rm50.





Kampung PT Puteri Menangis

Nama kampung ni agak unik. Rakam gambar buat kenangan.

SANGLANG

Tak sangka di Johor pun ada tempat bernama Sanglang. Ingatkan di Kedah je.

JOHOR BAHARU

Di Johor perhentian yang dipilih adalah di rumah Katt di Permas Jaya.

Perjalanan kami terhenti sampai di Johor sahaja kerana arahan PKP kedua telah diisytiharkan ditambah pula dengan musim banjir yang teruk di negeri Johor. Aku buat keputusan untuk pulang ke Selangor dengan menaiki keretapi, segala barang dan basikal aku tinggalkan di rumah Katt. Mana tahu keadaan akan segera pulih dan akan disambung semula perjalanan ini.

Ternyata, makin lama makin hilang semangat kayuhan, dan projek kayuhan Semenanjung edisi Laluan Tengah menemui titik noktah.

Kesimpulannya, dalam perjalanan kembara yang singkat ini, lebih kurang 6 hari, dapat aku katakan bukan perjalanan ke sesuatu tempat tu yang menjadi cabaran pada aku, TETAPI detik, saat, masa, waktu dalam perjalanan itu yang memberikan cabaran paling besar terutama dalam hal mengelolakan emosi diri dan emosi teman kayuhan. 

Benarlah kata orang yang berpengalaman, jika nak kenal seseorang itu, pergilah bermusafir bersama. Kau akan lebih kenal.

Ok cukup sudah. ~ T A M A T



No comments:

Post a Comment