Wednesday, April 9, 2025

CARA MENGISI BORANG MASUK KE CAMBODIA SECARA ATAS TALIAN

Cara mendaftar dan mengisi  BORANG KASTAM  Cambodia secara atas talian. Pautan terdapat pada tulisan yang berwarna oren. Pendaftaran ini hendaklah dibuat 7 hari sebelum masuk ke Cambodia.

Sebelum nak tekan link kastam, sediakan semua maklumat bergambar yang diminta hanya dengan menggunakan  kamera talipon. 

1. Kad Pengenalan (depan & belakang)

2. Lesen memandu (depan & belakang)

3. Passport (depan seperti gambar di bawah & bahagian belakang yang ada data gambar kita )

4. Gambar motor (ada no plat) depan & belakang.

5. Bahagian kad pengenalan tarikh dikeluarkan : tulis tarikh , bulan dan tahun masa umur 21 tahun. Yang ni kita kena kira siap-siap tahun terakhir kita ganti K/P.

6. Tarikh luput : tarikh lahir kita pada tahun 2029 ( ikut tahun paling akhir yang tersedia di situ)

7. Nama pejabat kemasukan cari nama pintu masuk sempadan yang kita nak masuk. 

Contoh : PLN11- Ketua Pegawai Eksekutif Prom. Ini pintu masuk di Pailin/ Ban Pakkad ( Thailand)

8. Tarikh kemasukan : isi dengan tepat tarikh masuk.

9. Nama pejabat keluar : ni nama pintu sempadan kita nak keluar nanti.

Contoh : KAM12- Ketua pegawai Eksekutif Lork Prek Chak

10. Tarikh keluar : isi tarikh kita nak keluar nanti.

Bila semua sudah tersedia baru kita  daftar akaun guna e-mel dan kata laluan. Ubah tetapan ke bahasa Melayu atau Inggeris.

Kemudian daftar masuk nama pengguna, kita guna email dan kata laluan tadi.

Paparan seperti gambar di bawah ni akan keluar. Isi semua maklumat yang diminta seperti nama, alamat , kad pengenalan dan  pasport.

Kemudian kena masukkan gambar kad pengenalan, pasport dan lesen memandu (jpg, png yang tidak melebihi 10MB)



Setelah selesai langkah pertama dan kedua, masuk ke bahagian kenderaan pula.


St

Untuk motorsikal, ruangan 'roda stereng' kita pilih 'lain-lain/ others'. 
Jenama motorsikal hendaklah lengkap contoh : YAMAHA / PG-1 atau HONDA/ RS150


Semak semula semua maklumat yang kita isi tadi. Jika berpuas hati boleh dihantar untuk mendapatkan pengesahan seperti gambar di bawah ini.


Langkah terakhir, kita muat turun untuk simpan kedua-dua data ni, borang dan kod QR . Lagi elok terus print.

Yang terakhir, banyakkan berdoa dan bertawakkal, mudah mudahan sepanjang perjalanan dan segala urusan ketika di semua sempadan dipermudahkan oleh Allah.

SELAMAT MENGEMBARA.






No comments:

Post a Comment