Pada 31 Ogos, aku telah mengikuti penjelajahan berbasikal selama 3 hari dan 2 malam. Perjalanan ini dianjurkan oleh DET-C Darul Ehsan Touring-Cyclist.
Laluan ini bermula dari Kapar , Kuala Selangor dan Tanjung Karang dengan jarak kayuhan 193.81 km. Aku tidak lah nak bercerita secara terperinci, aku cuma menulis ringkasan perjalanan dan apa yang menarik / tidak menarik dari sudut pandang aku.
all ages united in cycling |
Terdapat banyak bentuk basikal dan jenama yang aku tidak pernah tahu, tetapi jujur ia tidak menarik perhatian aku kerana pandangan mata aku, ia masih tetap dipanggil basikal.
still called a bike |
Walaubagaimana pun, dari situ aku belajar perbezaan di antara setiap basikal adalah untuk kegunaan yang tersendiri.
'Touring bike' dengan gaya santai, 'roadbike' dengan kelajuan maksimum dan 'mountainbike' dengan gaya lasak apabila berada di laluan yang kasar.
Sebaik sahaja berada di lapangan seperti trip ini, perbezaan ini akan kelihatan jelas. Ia membuatkan aku tersenyum.
Laju-laju nak ke mana ? Inikan dalam mod santai.
Kali ini aku dapat merasakan betapa siksanya berbasikal di panas yang terik. Ada lah rasa mental sikit. Tak pe itukan pengalaman. Lepas ni aku kena rasa pengalaman berbasikal di dalam hujan ribut pula.
I like to be different from others |
Walau bagaimanapun, terima kasih kepada mereka yang prihatin ketika melihat aku berbasikal dengan beg digalas pada bahu. Aku orang baru dalam dunia basikal. Basikal pun baru saja beli, jadi mana tahu tentang semua ini. Terima kasih atas cadangan supaya menggunakan rak dan tukar tayar kepada saiz yang lebih kecil.
Jika tidak salah, aku ja yang menggunakan basikal GT. Ya, satu-satunya Remy Ish Haq ~ tak terkalahkan.
bikepacker style |
Untuk pertama kali aku memilih untuk tidur dikelilingi oleh alam semulajadi, tiada chalet, tiada khemah tetapi hanya tidur di buaian gantung.
Nampak selesa kan ? Lokasi di Taman Ikan Air Tawar (Kordinat N 03.33908 E 101.24534)
Malam kedua kami bermalam di Amin Homestay
Lorong Berlian B, Kampung Parit Serong, Tanjung Karang
Coordinates N 03.42330 E 101.22910
cooling time |
Pada waktu malam, setelah makan malam terdapat slot kecil untuk bengkel basikal, penceramah dari Universiti Putra Malaysia, Encik Akmal bersedia berkongsi pengetahuan tentang basikal.
Beliau ajarkan cara untuk melaras ketinggian tempat duduk, saiz basikal yang sesuai dan bermacam-macam lagi.
3rd day is the last day |
Masa untuk pulang.
Tahniah kepada penganjur terutamanya Gogo, pengasas DET-C dan semua peserta.
Semua gambar adalah ihsan dari mereka yang mempunyai kamera dslr, kompak, ipad dan hp. Terima kasih kerana gambar-gambar yang diambil akan menjadi kenangan abadi.
No comments:
Post a Comment