Thursday, March 21, 2013

Castaway - Koh Phangan


Selamat datang ke Thailand

Kembali semula menulis setelah lama berdiam diri. Kali ini aku ke negara jiran. Negara yang menjadikan pelancongan sebagai industri dalam menjana pendapatan negara.

Hari  Pertama [9/3/2013]
KL - Padang Besar
Perjalanan aku bermula dari rumah dengan menaiki bas, kemudian naik komuter dan selepas itu mengambil kereta api malam menuju ke Hat Yai. Seperti biasa, tiada aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang perjalanan selain dari tidur. Kali ini aku bersama rakan yang juga seorang pengembara.

little totis on tour
Sekiranya korang ingin membuat perjalanan ke utara atau melepasi sempadan MY, aku cadangkan korang memilih kereta api Senandung Langkawi. Senandung Langkawi lah kereta api yang akan membawa kami dari Kuala Lumpur  terus ke Hat Yai dengan tambang RM60 (katil). Berlepas pada jam 2120 malam dan tiba pada 0927 pagi.

the must
Hari Ke 2 [ 10/3/2013]
Hat Yai & Surat Thani

Tiba di Padang Besar pada jam 0900 pagi, kami akan berhenti selama 1 jam untuk menguruskan hal ehwal passport.


Sementara menanti waktu berlepas, kami mengambil peluang untuk bersarapan di kantin.


Sebelum aku lupa, kita perlu menukar ringgit ke matawang baht sebelum meninggalkan MY. Walau bagaimanapun, terdapat seorang wanita yang memberikan perkhidmatan pertukaran wang di ruang legar stesen kereta api. Harga tukaran lebih kurang sama  macam di KL Sentral. Kami menjual 316.50MYR, dan mendapat 3,000B.


Kereta api mula bergerak pada pukul 10:00 pagi, dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Hat Yai. Aku rasa hairan kerana jam tangan aku dah menunjukkan jam 11:00, sebenarnya aku lupa, memang la waktu Thailand lewat satu jam.

Selamat datang ke Hat Yai
Apabila tiba di stesen kereta api di Hat Yai, kami terus mencari kaunter tiket untuk membeli tiket ke Surat Thani. Kalau kita tak tahu, kat situ ada kaunter pertanyaan. Jangan bimbang, komunikasi dalam bahasa Inggeris.

tiket kelas ke 3 = 550B / 5.58MYR
Bagi mereka yang ingin menunaikan solat, jangan risau, di sini mereka telah menyediakan bilik khas untuk solat. 


Sementara menunggu keretapi ke Surathani, aku mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di kawasan stesen keretapi untuk melihat kehidupan masyarakat setempat. Ramai juga penjaja yang menjual makanan segera di ruang legar stesen. Cuma kita sebagai muslim kena lah berhati-hati ketika membeli. Pastikan beli dari orang Islam.


a busy life

Masa untuk menaiki kereta api sudah tiba. Jangan pula  mengharapkan perjalanan yang selesa apabila  memilih kereta api kelas 3. Ruang dalam dia masih menggunakan kerusi kayu.  Satu lagi perkara yang membuat aku begitu teruja untuk menaiki kereta api di Thailand adalah, walaupun kelihatan lama, tapi tandasnya sangat bersih dan wangi. Semua tandas di Thailand sangat bersih berbanding MY.


Perjalanan ke Surat Thani dengan kereta api mengambil masa 7 jam, membuatkan aku rasa  bosan dan letih. Satu ja  nasihat aku, seboleh -bolehnya pakai la penutup mulut dan hidung untuk mengelakkan menghirup udara kotor di dalam gerabak.



Sepanjang jalan aku disajikan dengan pemandangan gunung ganang dan sawah padi yang indah, melintasi pekan kecil dan perkampungan.



500m train tunnel

Selepas 7 jam di dalam kereta api, kami tiba di stesen keretapi Phun Phin. Untuk maklumat, stesen ini agak jauh dari bandar Surat Thani. Oleh itu, kami perlu membuat pilihan untuk mengambil bas, teksi atau tuk-tuk. Selepas aku kaji selidik di internet, digalakkan mengambil pengangkutan awam ja. Aku memang mengelak untuk mengambil tuk-tuk kerana pengalaman aku di Kemboja dan Laos buat aku fobia.

 Surat Thani
Kalau hendak ke bandar Surat Thani dan sekitarnya, kita perlu mengambil bas warna oren. Malangnya, bas tersebut beroperasi sehingga pukul 6 petang sahaja. Aku pulak sampai lambat. Pilihan terakhir ialah kena naik teksi.

taxi fare 140B = 14MYR

Nak mengenal teksi di sini agak mengelirukan terutamanya jika tidak pasti bagaimana rupa bentuk teksi di sini. Tengok saja di papan tanda tu. Ada merah hijau dan biru. Itu belum campur teksi warna merah jambu. Kalau tak faham boleh tanya pada polis pelancong, mereka ada ja di mana-mana untuk memberi bantuan kepada pelancong. Untuk kes aku, aku serahkan kepada teman aku untuk mendapatkan maklumat. Dia mahir berbahasa Inggeris. Nak harap aku, hancur tunggang langgang. Akhirnya, polis ini memanggil kawannya untuk membantu kami pergi ke dermaga feri.


Pada pukul 7 malam, kami tiba di jeti, terus mencari kaunter tiket dan membeli tiket sehala yang berharga 400B = 40MYR. Tetapi perlu menunggu sehingga pukul 11:00 malam sebelum memulakan pelayaran ke Koh Pha Ngan.

Ada 4 jam lagi untuk berlayar, jadi aku mengambil kesempatan untuk mencari makan malam. Di sepanjang jeti terdapat banyak gerai peniaga muslim yang menjual pelbagai jenis makanan dan buah-buahan. Duduk la aku di situ sampai pukul 11 malam.

colorful



Pada pukul 10 malam, kami dibenarkan masuk ke dalam bot. Ini adalah pengalaman aku yang pertama berlayar ke pulau menaiki bot barang. Lihatlah ruang dalaman. Ada tilam dan bantal, ada juga katil kayu bertingkat dan ia sangat selesa. Aku rasa macam kembali ke zaman purba berlayar naik tongkang.


Setiap tilam dan katil mempunyai nombor. Jadi pemegang tiket akan mencari tempat tidur mereka berpandukan nombor-nombor tu.



tilam aku bernombor 9 dan 10

Perjalanan menaiki bot malam mengambil masa 7 jam juga. Dari pukul 11 malam hingga 6 pagi. Sebenarnya bot ini adalah untuk mengangkut barangan ke pulau-pulau seperti Koh Samoi, Koh Phangan dan Koh Tao. Bot juga menyediakan tandas yang selesa di bahagian bawah dek. Juga popular di kalangan semua backpackers di seluruh dunia yang mengembara ke sini.


bersih
Hari ke 3 [11/3/2013]
Koh Phangan




Tepat jam 6 pagi bot menghampiri jeti Thongsala. Setengah jam sebelum bot berlabuh, aku mengambil kesempatan untuk turun ke bawah dek untuk mandi. Nak masuk 2 hari tak mandi, rimas rasanyanya. Lepas tu tunaikan solat subuh.
Macamana aku menetapkan arah kiblat ? Biasanya aku akan bawa kompas untuk mencari arah kiblat. Aku akan periksa dulu kiraan arah kiblat di Thailand. Macam di MY 291°/292°. Di Surathani Thailand 286°.

Waktu solat di Thailand:
Dawn: 05:18
Zuhr: 12:28
Asr: 15:49
Magh: 18:27
Isha ': 19:34

* (Ia sentiasa berubah, perlu dikemas kini secara kerap)

dawn at Thongsala Pier 
Sampai di jeti suasana masih gelap. Macam biasa, kita akan terpinga-pinga dengan keadaan dan tempat yang baharu. Setelah berurusan dengan pemandu songthaew tentang harga, bermula lah kembaraan aku di Pulau Pha Ngan. Harga 100B untuk satu orang.

Ini adalah harga yang telah ditetapkan dan ditulis dalam semua risalah Koh Phangan:
Thongsala - Haad Rin 100B
Thongsala - Baan Tai 50B
Thongsala - Thong Nai Pan 200B
Thongsala - Chalokum 150B
Thongsala - Haad Yao 150B

graffity
Semasa di jeti, kami bertanyakan pemandu songtheaw di mana hotel yang termurah di Haad Rin, dan dia mencadangkan kami pergi ke Coral Bungalows. 1 malam berharga 300baht tapi kalau lebih dari satu malam diberi harga 400B untuk 2 malam. Bingo !

take a pictures of the damages is the save way
Coral Bungalows ada menyediakan motorsikal untuk disewa. Bayaran untuk sewa motor adalah sama konsep dengan sewa bilik. 200B selama 1 hari, jika lebih dari sehari kita hanya membayar 300B.

Sebelum menyewa sebuah motor, kita mesti memeriksa keadaan motor tu, bebas dari calar dan kerosakan lain. Sekiranya terdapat calar, hendaklah memaklumkan kepada mereka terlebih dahulu, itu adalah langkah keselamatan supaya kita tidak menanggung kerosakan yang kita tak buat. Jadi dapat mengelakkan daripada bayaran tambahan. 



Menunggang motosikal di sini tidak memerlukan lesen memandu, cukup jika kita memakai topi keledar dan sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.

vrooms..
Pulau ini berbukit- bukit, kebanyakkan laluan di lereng bukit sehingga 90 darjah, jadi untuk berbasikal di sekitar pulau, aku rasa tak mampu lah. Sekiranya korang jenis sukakan cabaran, mungkin boleh cuba berbasikal di sini.
Apa yang menarik di pulau ini?
Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi, yang paling popular ialah 'full moon party' yang diadakan setiap bulan.


Malangnya, aku tak begitu berminat dengan pesta-pesta liar ni.
Tujuan utamanya ke sini ialah hendak mencari air terjun. Mengikut pembacaan, ada terdapat kira-kira 8 buah air terjun di pulau ini. Salah satunya adalah Air Terjun Phaeng terletak di Taman Negara Than Sadet.

900B for 30 minutes ride
Sebelum sampai ke  Taman Negara Than Sadet, kita akan berjumpa dengan Somporn Park. Tempat untuk menunggang gajah. Aku sekadar melihat dari jauh saja. Tak nak lah bersubahat menyiksa gajah.

here we are
Aku melihat Taman Negara Than Sadet adalah  suatu tempat yang cantik, tenang, damai dan bersih. Aku meletak motosikal di ruang parkir yang disediakan kemudian mula berjalan  masuk ke hutan.

Pencarian pun bermula. Terdapat dua air terjun yang berdekatan. Phaeng Noi dan Phaeng Yai. Sesampai ja, aku tengok kering, air mengalir lesu. Sedih lah sebab tak menjangka yang sekarang adalah musim kering. Sudah lebih dari sebulan tiada hujan di Thailand.  Bukan rezeki aku untuk melihat air terjun ni.

haiya ! no water ?
Menjelang petang, kami memutuskan untuk kembali ke hotel, dalam perjalanan nampak tanda HALAL, aku pasti itu restoren muslim. Hei ada WIFI PERCUMA lah !

Thai salad with seafood

Thai noodles with seafood

cuma ada 1 ja restoren muslim di pulau ni.

Selepas membayar harga makanan, aku ubah plan nak terus melihat matahari terbenam  di Haad Rin Nai.

tranqulity

Pada sebelah malamnya pula, kami berdua memanjakan badan kami dengan urutan Thai. Harga yang kami dapat cuma 150 baht dari 300 baht selama 1 jam. Diskaun untuk hari itu. ~ wee


a soothing aromatic

Hari ke 4 [12/3/2013]
Keesokan harinya, aku cuba mencari Air Terjun Sramanora, Air Terjun Syurga dan Air Terjun Wangsai, malangnya semua air terjun nya kering. Musim kemarau agaknya. Aku masih tak berputus asa, masih nak mencari tiga air terjun lagi. Air terjun Thong Nang, Saampan dan Deang. Ia terletak di dalam hutan, dan aku perlu melalui trek gunung dan jalan tanah merah.

danger

Pada satu peringkat, aku hampir jatuh dan merosakkan motor semasa turun dari bukit. Rasa seram jugak bila tengok laluan tanah merah yang boleh tahan dia punya bahaya. Untuk menyakinkan aku hala tuju yang aku nak pergi, aku bertanyakan pada seorang penduduk tentang jarak dan keadaan jalan. Jawapannya, tidak sesuai menggunakan motosikal. Terlalu bahaya. Akhirnya, aku memutuskan untuk berpatah balik.

argh..! kaki calar takpa jangan motor
Agak kecewa juga , tetapi apa yang aku boleh buat. Aku tak mahu ambil risiko. Teruskan meronda-ronda di sekitar pulau itu. Minyak masih banyak lagi sebab aku isi petrol dengan harga 150B, agak mahal jugak tu. Ah tak pe la harga pulau memang macam tu.

Semua yang ada di pulau ini memang menarik dan cantik. Oleh itu, amat sesuai jika kita menggunakan motosikal, kerana mudah untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain mengikut keselesaan sendiri.  

lokasinya di tepi jalan
Bergerak ke arah utara pulau pula, kami sampai ke pantai yang menarik, di mana pasir pantai sangat putih dan halus. Ia terletak di kawasan Malibu Beach Bungalows.

wee..!

aww !
Selain itu, terdapat tarikan lain di sini, sebuah pulau yang dihubungkan dengan beting berpasir. Kita boleh menyeberangi laut dengan berjalan kaki untuk sampai ke pulau yang dipanggil Koh Ma.


berani tak nak melintas ?

Perjalanan kami di pulau ini selama 3 hari 2 malam sangat melelahkan, namun ia amat berbaloi, dengan keseluruhan kos hanya RM200 per kepala. Bagaimana aku boleh membelanjakan wang dengan jumlah yang kecil ? Aku gunakan konsep berkongsi.

Baiklah, destinasi seterusnya ... kami memutuskan untuk pergi ke Koh Phi Phi pula. Dengan wang berbaki, kami membeli tiket bot + bas ke Krabi dengan harga 700B setiap kepala. Esok kami akan keluar dari pulau ini.

Bon Voyage Koh Phangan!

No comments:

Post a Comment