Thursday, March 21, 2013

Castaway - Koh Phi Phi

Hari ke 5 [ 13/3/2013]
Surat Thani - Krabi
sambungan semalam

Seawal pukul 5 pagi kami dah bangun, solat dan berkemas, kerana songthew akan menjemput kami untuk dihantar ke jeti Songserm dan perjalanan feri akan bermula jam 6 pagi. Hari ini kami akan menuju ke Krabi kerana Krabi adalah salah satu laluan ke Koh Phi Phi dan Phuket.

Feri berhenti di Koh Samoi dahulu untuk mengambil / menurunkan penumpang dan kemudian menuju ke Dongsak Pier di Surat Thani. Di dermaga Dongsak, bas ekspres sudah pun menunggu untuk membawa kami ke Krabi. Setiap penumpang  akan diberikan pelekat berwarna yang dilekatkan pada pakaian . Aku pun tak tahu apa maksudnya.


Biasanya jika kita mengambil perkhidmatan syarikat bas seperti Seatran, Lomprayah atau Songserm, mereka akan berhenti jauh dari terminal feri. Ini menjadikan kita terus menggunakan perkhidmatan mereka dan membuat kita tidak ada pilihan untuk membeli tiket pada harga yang lebih tinggi daripada biasa. Sebenarnya membeli tiket sendiri di kaunter tiket yang terletak di jeti lebih murah.

Salah satu sebab mengapa kita terpaksa membeli tiket pakej dari syarikat bas tertentu adalah kerana kekangan masa untuk diselaraskan dengan jadual bot ke pulau-pulau. 


Pulau Phi Phi terkenal dengan keunikannya, keindahan dan destinasi pelancongan yang paling terkenal. Dengan hanya 45-60 minit perjalanan menaiki speed bot dari Krabi, pulau Phi Phi menawarkan suasana tropika, perjalanan dan gaya hidup yang menyeronokkan.  Di sini, terdapat beberapa tempat pelancongan yang indah, seperti Lo Samah, Hin Klang, Gua Viking yang boleh dijelajah dengan bot laju. Ditambah dengan keindahan tebing batu kapur, pantai yang curam, pantai berpasir putih , air laut berwarna zamrud, corak terumbu karang berwarna-warni , gua-gua besar dan pokok-pokok bonsai menarik ramai pelawat setiap tahun. Dan yang paling menarik adalah Maya Bay. Lokasi pengambaran filem Hollywood 'The Beach".
from afar
Bila sampai di pulau Phi Phi , setiap pelancong akan dikenakan bayaran 20baht sebagai yuran untuk menjaga kebersihan di pulau ini.
Tiada apa yang boleh dilakukan di sini selain pergi ke  Teluk Maya. Harga bot ke sana kira-kira 400baht setiap orang. Apabila sampai ke Teluk Maya, pelancong perlu membayar lagi 200baht untuk bayaran masuk ke Taman Negara.

Selamat datang ke  Koh Phi Phi

Maya Bay


Pulau Phi Phi terkenal kerana kecantikan Teluk Maya. Teluk Maya adalah satu teluk yang indah yang terlindung oleh tebing tinggi 100 meter di tiga sudut. Di dalam teluk terdapat beberapa pantai, kebanyakannya kecil dan akan muncul ketika air surut. Panti yang biasa dapat dilihat  adalah sekitar 200 meter panjang dengan pasir putih yang halus dan lembut.
Kita akan dapat melihat batu karang yang berwarna-warni dan ikan eksotik dalam air yang jernih.

Kebanyakan penduduk pulau ini 80% adalah Muslim. Terdapat sebuah masjid yang besar bernama Al-Islah. Jadi, untuk mencari makanan halal sangat lah mudah.



Hari ke 6 [14/3/2013]
Koh Phi Phi
Ko Phi Phi pernah musnah oleh Tsunami pada Disember 2004, ketika itu hampir semua infrastruktur pulau itu musnah. Pada tahun 2010 ia mula dibangunkan semula tetapi tidak semua dapat dipulihkan.


Perkiraan yang salah, aku tidak menjangkakan bahawa sekarang adalah 'high season' di Koh Phi Phi, jadi semua penginapan menjadi mahal. Sebuah pondok kecil dengan 2 katil dan kipas berharga 700B. Itulah harga termurah yang aku dapat. 

not bad huh !

bamboo craft
Di pulau ini, hanya basikal dan troli saja dibenarkan. Bagasi pelancong akan diletakkan di atas troli, dan mereka akan berjalan bersama-sama ke bilik hotel.



Tidak banyak yang boleh kami lakukan di sini, kecuali mat saleh, pada waktu malam, mereka akan duduk minum beer dan berseronok hingga ke pagi. Sama seperti di Koh Phangan, banyak kedai urut dan kedai tattoo di sepanjang lorong. Restoran makanan laut juga meriah di sini, dan harganya pun murah.

sea scapes

tidal
Kami hanya tinggal satu malam di pulau ini kerana kami kehabisan wang saku. Tiket bot dari Koh Phi Phi ke Krabi hanya berharga 250B sahaja, sedangkan sebelum ini kami membeli melalui syarikat Songserm yang berharga 300B. Hrm ..





Perbelanjaan di pulau ini selama 2 hari 1 malam termasuk makanan dianggarkan per kepala 150MYR. Selepas ini kita akan menuju ke Hat Yai.

La kon kha ~> Koh Phi Phi.

Diao phop kan kha ...

No comments:

Post a Comment