Sunday, May 3, 2015

Port berkhemah di RnR Titiwangsa [DOP]

Cerita semalam.

Hari ketiga belas -18/4/2015
RnR Titiwangsa - Gerik ( 73 km)

Menanti matahari terbit. Begini lah suasana di banjaran. Sejuk dan khemah diselaputi embun.

pemandangan di siang hari



Sebelum meluncur turun, aku rakamkan gambar kat puncak dulu. Cuaca cantik, cerah dan langit pulak membiru. Apalagi. Senyum !


Gerai makan kat RnR ni tak buka waktu pagi. Terpaksa lah mencari makan kat RnR lagi satu. Tak pasti pulak apa nama dia. Di sini ada jual masakan tengahari. Di belakang surau ni ada beberapa buah chalet, tapi macam tak digunakan lagi. Kawasannya agak bersih sebab dijaga rapi. Ada tandas, tapi kena bayar 50sen.

Surau Nur Shahadah

Sampai di Tasik Banding ingat nak berhenti rehat, tapi tengok kawasan jeti dalam pembinaan. Entah nak buat apa lagi agaknya. Jadi teruskan ja kayuhan hingga ke Gerik. Tak banyak gambar yang dapat diambil sebab cuaca terlalu panas. Lagipun aktiviti pendakian sudah bermula sejak melepasi Tasik Banding dan Dataran Juang Tentera Darat.


Ada satu lokasi perkelahan yang baru dibina di tempat tugu peringatan Lebuhraya Timur-Barat. Dulunya hanya ada tugu peringatan ja, tapi kini sudah dibina 2 buah wakaf untuk berehat serta tempat parkir kenderaan. Rupanya di belakang tugu tu ada sebuah sungai yang jernih airnya. Kita kena turun ke bawah. Aku malas nak keluarkan kamera nak ambik gambar. Rakam dalam minda ja la. Cumanya sedikit kecewa bila tengok sikap kebanyakkan orang MY memang pengotor. Di tepi sungai tu sampah bekas makanan dibuang begitu saja. Bersepah-sepah. Haish. Aku berhenti untuk bersolat dan berehat sekejap. 

Kami sampai di bandar Gerik sekitar jam 1700 petang. Isi perut dulu di restoren Nasi Lemak Ayam Berempah, kemudian singgah di Balai Polis Gerik untuk memaklumkan dan meminta izin bermalam di taman bersebelahan Masjid Jamek Gerik. Malam tu pasang hammock ja. Mandi dan solat boleh pergi ke masjid. Dekat ja pun.

Esok punya cerita..

6 comments:

  1. Salam,

    Coretan yang menarik. Betul-betul meningkatkan semangat newbies cam saya utk mengejar impian.. haha..

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Tun, kisah akak ni patut dah masuk majalah dah ni.. Mmg memberi inspirasi pada semua.. Takde post sambungan ke lepas dari Gerik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Sambungan ada cuma mood nk menulis x dtg2. Nk kena duduk dan imbas semula moments tu. Huhu. Nanti ya sedang ejas masa. Terima kasih sudi singgah dn membaca.

      Delete
  3. Salam mcm mana saya nak contact awk ye.saya ada berberapa soalan nak tanya dkt awk nie psl kembara basikal nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh email ke adinda.tunteja@gmail.com
      Tanya apasaja persoalan ttg kembara basikal dan sy akan jawab satu persatu. Terima kasih

      Delete