Semalam punya cerita
Hari kedua belas - 17/4/2015
Gunung Reng - RnR Titiwangsa (40 km)
Hari yang dinantikan telah pun tiba. Perjalanan untuk hari ni agak mencabar juga. Sebelum ni, aku dengar cerita dari rakan-rakan yang mengatakan, laluan dari Jeli ke Gerik lah paling mental sekali. Pada hari ini aku akan rasa sendiri mentalnya.
Di sinilah lokasi air terjun yang diceritakan oleh pasangan dari Estonia. Ia agak tersorok dan terpaksa menuruni bukit sikit. Trek nya agak licin. Sebenarnya airnya datang dari aliran sungai yang kecil yang mengalir melalui kolong air. Air tu yang jatuh dari tempat tinggi yang membentuk air terjun.
|
aliran sungai yang membentuk air terjun |
|
lokasi air terjun di belakang pondok tu |
|
selekoh tanda lokasi air terjun |
Gambar ni diambil dengan 'zoom' yang paling dekat. Tinggi jugak jatuhan air ni. Di bawahnya terbentuk seperti kolam kecil. Aku rasa pasangan dari Estonia tu berkhemah lebih dari sehari kat sini. Memang privasi lokasi ni. Aku pun tak turun sampai ke bawah. Ah tak kuasa aku nak mendaki naik semula. Dah la tak de trek. Mengelungsur ja nanti.
Satu lagi produk pelancongan di daerah Jeli. Kolam air panas. Pernah sampai tapi hanya di gerbang ni ja. Kali ni aku rasa patut aku masuk dan tengok sendiri keadaan di dalamnya. Pada ketika aku sampai, datang lah seorang pakcik bersama cucunya menaiki motor. Namanya Pakcik Mizi. Beliau mempelawa aku untuk masuk melihat ke dalam dengan menaiki motornya. Eh ! aku apa lagi, pucuk di cita ulam mendatang.Aku pun bonceng motor pakcik Mizi.
Rupanya masuk ke dalam di kena menuruni bukit yang sangat curam. Jarak dari pintu masuk sejauh 1 km. Mak ai. Jauh dan curam jalan dia. Aku ada gak nampak najis gajah di tepi jalan masuk ke sini. Wuu.. Pakcik Mizi ada gak menyatakan rasa kecewa kerana pihak bertanggungjawab langsung tidak menjaga dan menguruskan keadaan di sini. Anaknya pernah memohon kontrak untuk mengambil alih pengurusan di sini tapi tidak dilayan.
|
mata air panas |
|
ada 2 kolam air panas, di tepi nyalaluan air sungai. Bila bercampur jadilah air suam |
|
kalau dijaga memang cantik |
|
wakaf yang menanti saat untuk roboh |
Pakcik Mizi bercerita lagi, pernah sekumpulan pengembara berbasikal luar negara pernah datang dan berkhemah di sini selama seminggu. Makan dan minum dibeli dari restoren Pakcik Mizi di sebelah pintu masuk kolam air panas ni. Maka setiap pagi dan bila tiba waktu makan, makanan akan dihantar masuk ke kawasan kolam air panas. Perghh, memang sorga bagi mat saleh la mandi air panas. Tempat tak da orang berkunjung lak tu. Jadi cam 'private pool'.
Surau dan tandas yang mereput. Kayu yang digunakan membuat surau adalah dari kayu yang terbaik.
Di sepanjang laluan dari Jeli ke Gerik memang banyak tempat rawat dan rehat. Elok jugak lah sebab aku rasa sangat jauh. Dah la mendaki, memang aku rasa mental tahap ke 10. Kalau tak pernah lalu, kira kurang sikitlah tekanannya. Tapi aku pernah lalu, jadi dah tau keadaannya. Minda mengingatkan, ok lepas ni nanti jumpa ni, lepas tu jumpa tu..tapi tak sampai-sampai. Gila lah !
Sampai hentian ni aku dah mula goyah. Tengok ada air terjun. Lokasi pun memang sesuai kalau nak bermalam. 'Apakata kalau kita berhenti bermalam kat sini ja'. Wahid kata,' ala Tun, sama ja kalau nak mula esok, kena hadap jugak banjaran ni.' Adeh ! leccenya. ~ Dush.
|
boleh treking naik ke atas |
|
Aku pingin jumpa gajah, tak dapat gajah papan tanda gajah pun jadi lah. |
Masuk ja sempadan Kelantan/Perak dah nampak tempat pengumpulan kayu-kayu balak. Apa daaa...
Haiyoh. Kayuh terus kayuh kemudian berhenti. Tak larat aku tolak. Padahal 40km je antara Gunung Reng ke RnR Titiwangsa. Sesungguhnya memang benarlah kata-kata mereka yang telah menikmati kayuhan di sini. Sungguh jahat !
Jam 1830 baru lah aku sampai. Termengah-mengah aku mengayuh basikal sambil mencari sebatang tiang untuk berpaut. Hajat hati untuk tompang bermalam di surau. Malangnya surau dalam proses naik taraf kemudahannya. Okey la. Apada hal.
Tidur di sini sememangnya seronok, sejuk dan berangin. Cuma yang tak berapa nak nikmat adalah gangguan dari sikap pemandu lori yang menghidupkan enjin lori mereka di tepi khemah aku. Kadang terjaga bila dengar ada suara-suara yang menghampiri khemah aku. Mungkin dorang hairan ada khemah pulak.
|
pemandangan ketika malam |
Lokasi khemah aku ni adalah lokasi yang sangat strategik. Pada sesiapa yang berhajat nak cuba buat macam aku buat ni, dipersilakan. Syok oo !
No comments:
Post a Comment