Monday, June 6, 2016

Aku , Dia dan Gajoh di Route 185 ( Felda Aring- Kenyir ) Episod 2

Baca Episod 1

26/5/2016
Khamis

Hari kedua kami sudah bangun seawal 4.30 pagi, kerana tak mahu menganggu para jemaah ketika solat suboh nanti. Kawasan tempat tidur, sudah bersih kami uruskan seperti sedia kala. Seusai solat subuh kami pun bergerak keluar untuk mencari sarapan. Dalam gelap, nak jugak ambil gambar kenangan.


Keluar saja dari simpang Felda Aring 6 sudah disajikan dengan sarapan pagi yang lazat berkrim. Tanjakan yang menyesakkan dada. Dalam gelap-gelap aku kayuh perlahan- lahan. Katt dah jauh ke hadapan sebab dia 'chempion' bab mendaki ni. Tapi bila masa 'downhill', aku lak 'chempion' memintas Katt sambil kayuh laju-laju. ~waa wee


Untung bila kita keluar di awal pagi. Suasana sejuk dan berkabus. Mata pun tak sakit lihat bukit- bukit yang ditarah untuk ditanam pokok kelapa sawet. Semuanya dilitupi kabus. Kabus di mana-mana. Yay !


Kayuh sekejap berhenti rakam gambar, kayuh sikit berhenti sebab pemandangannya mengasyikkan. Sayang nak lepaskan 'moments' tu. Tips nak lalu kat sini adalah selepas subuh. Jika matahari sudah memancar, suasana sangat tidak cantik dan panas lit-lit.


Taman Negara Kuala Koh terletak di antara Felda Aring 6 - Felda Aring 8. Jarak dari simpang papan tanda hingga ke pintu Taman Negara Kuala Koh sejauh 8 km aja. Aja ?? Untuk kereta atau motor, 8 km tidak menjadi masalah, akan tetapi masalah pada pengembara basikal seperti aku kerana harus menempuh laluan yang sama ketika masuk dan keluar. Laluan yang berbukit bukit, kiri kanan pemandangan pokok kelapa sawet dan jalan kecil yang bertarmac kasar sepanjang 8 km. Cadangan asal mahu bermalam di situ, tapi bila memikirkan perjalanan masuk sangat tidak berbaloi, dan melihatkan keadaan air sungai yang mengalir dari Taman Negara pun cetek, keroh dan mengecewakan, maka aku tak rasa terkilan jika tidak ke sana.





Tiba di satu selekoh, aku berteriak pada Katt. " Katt ! kat situ la tempat cadangan untuk kita bermalam". Dari jauh kelihatan lori-lori penuh muatan balak sedang berhenti di sepanjang bahu jalan. Katt dengan wajah terpegunnya seraya berkata : " Wohoo..kabus tebal macam kat Kundasang Sabah ja. Betul la Tun ! aku teringat masa kat Sabah. Lori-lori yang banyak pun sama macam kat sana."

                            



Sampai sini, hati memang rasa remuk bila tengok sepanjang-panjang deretan lori penuh kayu balak. Tapi apa yang si pengayuh basikal ini mampu buat. Mampu lihat dan buat bodoh ja.
Kedatangan kami di sini telah menjadi perhatian pemandu-pemandu lori. Ada yang datang bertanya soalan yang sama ; Dari mana nak ke mana ? Berdua saja ke ? Kamu kerja apa ? dan bla bla bla..


Kami bercadang untuk berhenti untuk bersarapan dulu di sini. Semua pemandu lori yang kami temui menunjukkan kedai makan yang berada tersorok sedikit dari pandangan mata. Sampai saja kelihatan ramai pelanggan yang memenuhi kedai makan tu. Waduh, semua mata memandang. Malunya. Tapi 'kontrol ensem Cik Tun ya, relax, buat bertenang dan senyum. 


Masuk ja kedai makan sudah disapa oleh seorang pakcik bertanyakan soalan yang sama tentang kembara basikal. Terus sambung kisah pasal bola malam semalam. Bila Katt sampai lagi lah riuh, siap bagi ucapan rambang 'Tahniah sebab Johor menang.' Katt jadi terkulat-kulat sebab pelik "macamana diaorang tahu aku dari Johor ? aku baru ja sampai". Bila Katt dah bertenang 5 saat, baru dia sambut cerita pakcik-pakcik tadi. Johor menang bola eh ? Semua dalam kedai tu menjawab. Ahaks. Riuh.
Kak Zah pemilik kedai tu cerita, malam semalam sampai tengah malam kedai makan ni ramai orang sebab menonton bola. Ooo.. Aku mengangguk-anggukkan kepala sambil memikirkan sesuatu.


Sedang Katt leka bersembang dengan pakcik-pakcik pasal bola, aku buka bekalan sarapan yang aku beli di Felda Aring 6 tadi. Pagi-pagi kedai makan memang belum buka tapi mereka jual makanan yang siap berbungkus. Nasi putih dan gulai daging jadi pilihan aku. Minta kak Zah buatkan air teh tarik. Pergh ! teh tarik dia sebijik rasa macam kat Siam. Sedapnya !


Bukan setakat nasi bungkus ja aku beli, kuih-muih pun aku beli juga, konon-konon nak makan sambil mengayuh sementara belum jumpa kedai makan. Gigit punya gigit tengok inti kuih gulung ni warna pink. Uik ! idea yang menarik dari penduduk Felda Aring 6. Kagum sungguh aku.


Katt masih bersembang, ada di antara pemandu lori yang bercerita tentang pengalaman mereka berjumpa dengan pengembara berbasikal 'mat salleh' yang berpaut di tepi lori ketika mendaki di laluan Gerik ke Jeli. Bila dia nampak dari cermin sisi, dia pun bawa perlahan-lahan hingga melepasi pendakian. Kau tahu kawan, sebenarnya pemandu lori lah yang paling berhemah dan bertolak ansur kerana mereka telah mengembara dari utara hingga selatan dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia. Mereka faham, dan mereka lah di antara kumpulan yang sentiasa memberi laluan ketika di jalanraya. Kadang-kadang membunyikan hon tanda sokongan.


Selesai bersarapan, aku mahu membayar harga minuman yang dipesan tadi, tapi Kak Zah menolak untuk menerima bayaran tersebut. Alasannya dia mahu bersedekah. Haish, malu pun ada. Aku meminta Kattsupaya merakamkan gambar kenangan bersama Kak Zah. Masa nak ambil gambar, kak Zah kelam kabut masuk keluar bilik, katanya pakaiannya tak ' proper'. Ha ha ha. Bila tengok kami bergambar, abang dan pakcik-pakcik pemandu lori pun minta diambilkan gambar juga. Oke layan satu kali 'cheer & peace' ! Jangan tak tahu, mereka semua ni ada FB tau. Ching !


Berhenti rakam kenangan di simpang masuk kedai makan sebentar, sambil tu aku berbisik pada Katt. Kau tahu Katt kenapa Allah beri hujan lebat mencurah-curah semalam ? Bila aku tengok keadaan suasana di sini penuh dengan lori, jauh dari kehidupan dan tadi Kak Zah cerita tentang riuh rendah orang menonton bola sampai ke pagi. Jika kita bermalam di sini juga pasti tak selesa dan keselamatan tak terjamin. Kalau terjadi kejadian yang tak diingini apa kita nak buat ? Allah tahu apa yang baik dan buruk untuk kita kan Katt kan ? Maka dia turunkan hujan tanpa henti supaya kita tak teruskan perjalanan hingga ke sini. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah.


Selesai berposing, kami nak cari orang yang membela anak lotong. Dapat tahu pun masa makan tadi tuannya minta kak Zah bancuhkan susu dalam botol. Kemudian beliau mempelawa kami untuk melihat anak lotong tersebut.


Tadaa..! Alahai.. luruh hati aku bila tengok mata dia. Manja sangat. Bila pegang dia, terus dia dakap kita macam dia dakap ibu dia. Tak mahu lepas. (Selalu-selalu lah tonton Nat Geo ya )


Rasa meronta-ronta dalam jiwa aku ni nak bawa terus si kecik ni pergi. Comel sangat macam anak patung. Bila aku gosok belakang badan dia, terus matanya lelap. Aduh, pecah hati aku tengok riak muka dia yang suci. 


Aduhai manusia, kenapa lah dipisahkan dia dengan ibunya. Walau dengan alasan apa pun kita tak berhak mengambilnya dari habitat asal. Haiwan ni specis dilindungi. Kalau terjumpa disarankan untuk menghantarnya ke Perhilitan yang ada di setiap negeri. Mudah mudahan si kecik ni panjang umurnya. Hu hu.


Ok sudah sudahlah beremosi ya Cik Tun. Jom sambung kayuh lalala. Kayuhan diteruskan dengan penuh sukaria kerana jalan lengang tiada kenderaan. Nak golek-golek atas jalan pun boleh. Apa ada hal. Sebelum tu aku nak cerita tentang perangai lembu sepanjang Felda Aring. Lembu-lembu ni akan duduk bersantai walaupun kereta, lori atau motor melintas. Akan tetapi bila aku lalu dengan basikal selembab kura-kura, dari jauh si lembu sudah memanjangkan leher untuk melihat apa lah benda tu. Bila lembu ni rasa macam tak selamat, kelam kabut semua bangun dan melarikan diri.


Di sini lah insiden keras kejung berlaku. Aku berhenti di bahu jalan untuk melihat panorama di kiri aku sambil menunggu Katt. Tak tersangka pulak ada sekumpulan lembu nun di penghujung divider yg bertulis '10 ekor lembu' sedang melarikan diri kerana takut melihat kedatangan aku dengan basikal. Seolah-olah lembu tu cakap macam filem P.Ramlee, binatang hapa dia tunggang ??
Di waktu yang sama sebuah lori treler dengan kelajuan F1 sedang memecut. Yang lembu tu pun lari melintas jalan. Sudahnya jadilah kisah "aku, lembu dan lori". Aku yang berdiri di bahu jalan  memegang basikal mencongak-congak nak ku halakan basikal ni ke mana ? Di kiri divider dan curam, di kanan jalanraya. Terangkat-angkat tayar depan sebab aku nak heret tak larat berat dibahagian belakang. Mana nak lari ?
Kalau lori tu langgar lembu SUDAH PASTI akan terbalik dan terseret mengikut anak panah berwarna merah. Sah-sah aku dan basikal kena lenyek. Dalam pada waktu yang sama otak aku boleh pulak cakap ' uih ! kalo rakam moments ni memang dah-syat ! '
Berkat kuasa Allah yang maha hebat, pemandu lori tu brek melantai dan mengelak bontot lembu yang terakhir kemudian membelok semula mengikut anak panah warna hijau sambil membunyikan honk. 
Phewss ! Abang lori cekap lah.


Aksi Katt yang masih berkeadaan keras kejung kakinya, melihat kejadian di depan mata.


Dia boleh bantai gelakkan aku sampai terduduk sebab masih setia memegang basikal tanpa memikirkan untuk selamatkan diri dulu. "Apa la ko ni Tun, selamatkan lah diri dulu, yang ko pegang basikal tu buat apa ? "


Tak habis gelak lagi tu. Geli nau hati dia ya.


Oke fokus, fokus !
Lepas pada kejadian tu, kayuhan kami lebih berhati-hati. Ye la betul-betul berhati-hati bila kayuh di tengah jalan. Kenderaan tak ada, panorama indah, jadi mahu apa lagi ? Yaa jalan raya ini kami yang punya !


Bila panas cari pokok untuk berteduh. Bila cuaca redup cepat-cepat aku kayuh basikal semula. "Katt aku kayuh dulu eh tengah redup tu." Macam tu je la cara kayuh aku sepanjang jalan. 



Ha, siapa kata aku tak jumpa gajah ? Gajah pertama aku jumpa adalah papan tanda gambar gajah. Dekat dengan papan tanda tu ada najisnya. Teruja betul aku. Harap-harap kat depan nanti jumpa lagi gajah.


Tu dia, kali kedua aku jumpa gajah besi pulak. Pelik jugak, tempat apa ni ya. Papan tanda ada tulis huruf jawi "Ga" . Permulaan perkataan Gajah kot. Mungkin inilah lokasi baru Santuari Gajah yang dipindahkan dari Sungai Ketiar. Apa peranan santuari ni eh ? Nanti aku jawab di episod ke 3.


Sepanjang jalan banyak sumber air yang dibina oleh pemandu lori atau pekerja binaan. Jadi tengah kayuh di tengah panas, bila terjumpa air yang begini dingin dan bersih rasanya nak duduk mandi ja bawah tu. Nikmatnya dunia kayuhan ni. Ye la tu, masa macam ni nikmat la, kalau tengah mendaki tu, menyumpah-nyumpah azabnya lahai.


Kayuhan hari kedua ni mensasarkan batu dan papan tanda sempadan negeri Kelantan dan Trengganu. Ya aku tahu, ia agak 'cliche' tapi yang membuatkan dia begitu 'epic' pada aku adalah sebuah pokok yang comel menjadikan pemandangan di situ begitu 'wOw' !. Kebiasaan yang aku tengok bergambar di situ adalah penunggang motor berkuasa tinggi, tapi masih tak nampak lagi pengembara berbasikal merakamkan gambar di situ berlatar belakangkan pokok comel melentuk liuk seolah-olah mengamit kita dengan ucapan Hai, Selamat Datang !


Dalam kepala otak aku cuma 1 ja, aku nak lompat ala-ala ke bintang dengan pokok kat belakang tu. Jika aku sampai awal sikit pasti gambar kelihatan lebih menarik dan terang. Kerana nak menyampaikan ke situ kena mendaki tak habis-habis, jadinya sampai di sempadan bila matahari pacak atas kepala. Hambekk..muka gelap segelap Dayang Senandung.


Aha ! puas hati aku. Ini tajuknya " Aku, batu, papan tanda dan pokok Teletubbies yang comel "


Setelah puas bergambar, melompat dan beraksi di tengah jalan bagi mendapatkan gambar yang acah-acah gempak, akhirnya kami menyambung perjalanan semula. Itu pun di sebabkan dah nampak tanda-tanda awan hitam di hadapan. Bermula dari batu sempadan Hulu Trengganu, suasana persekitaran berubah dari pemandangan pokok kelapa sawit bertukar kepada hutan tebal. Sepanjang kayuhan hanya mendengar bunyi kicauan burung dan laungan ungka. Damainya.

Sedang leka mendaki bukit, aku terdengar deruman motorsikal dari belakang dari laju bertukar perlahan. Dengar suara bercakap-cakap. Aku malas nak berhenti dan menoleh. Biar Katt saja yang melayan. Kemudian motorsikal tu mengekori dibelakang aku. Terus aku menoleh. Macam kenal ja.
Aku berhenti dan terus bertanya ? Kenal ke ? Orang tu mengelengkan kepala. " Bertutup macamana nak kenal", jawabnya.
Aku membuka buff dan memperkenalkan diri. Ni Tun la Abam Mc Jay. Ahaks ! baru la dia tersenyum dan memperkenalkan anaknya yang ada bersama. Kami bersembang tak lama. Dapat tangkap gambar sekeping dan Abam Mc Jay pun meneruskan perjalanannya pulang ke Kota Bharu.


Pemandangan dari hutan tebal bertukar kepada pemandangan tasik Kenyir membuatkan aku dan Katt berganti-ganti mengambil gambar dan berpusing-pusing untuk mendapatkan posisi yang tercantik. 



Di hadapan aku terpampang sebuah papan tanda ' Lorong Memotong Di hadapan'. Terus aku tanyakan pada Katt ; ' Katt ko tau tak apa maksud papan tanda ni untuk pengayuh basikal ?'
'Entah' jawab Katt.
'Papan tanda ni bermaksud, lagi 200 meter kita akan mendaki bukit'. Masa DOP (Dot Of Peninsular) dulu, asal nampak ja papan tanda ni aku dah sesak dada, lepas satu-satu bukit kena hadap, mental oo'. Aku membebel.
' Ooo..' jawab Katt lagi.
Aku terus mengayuh setelah menukar gear tinggi kepada gear paling rendah. Mental dan tekanan nafas pun sudah aku 'ejas' bagi lebih tenang. Kayuh punya kayuh makin laju pulak, aik ? Apasal menurun pulak ni ? bisik hati aku. Aku yang silap ke ? atau JKR yang silap pacak papan tanda. Malu pulak aku pada Katt sebab berikan info salah. Puas aku mengingatkan kembali lokasi setiap papan tanda serupa ini yang aku pernah jumpa. Aku yakin semuanya kena mendaki. Kenapa kat sini terbalik pulak ? Ada 3 papan tanda yang aku jumpa, yang diletakkan ketika menurun bukit. Wah ! memang aku bahagia sebab menurun bukit sesaja. Patut lah jalanraya 185 dari Felda Aring - Kenyir ni masih tidak diiktiraf. Semuanya lintang pukang.


Dari jauh aku dah nampak selekoh mendaki yang pada aku boleh dada aku pecah bila mendaki. Inilah selekoh di simpang masuk di Empangan Hydroelektrik Kenyir 2. Mendaki di waktu matahari masih memancar terik membuatkan aku memaksa kaki untuk terus mengayuh untuk menuju ke tempat berteduh. Lagi sikit ja, kayuh sikit ja lagi. Tetiba Katt memintas di sebelah dengan gigih dan laju. Huh. terus aku berhenti dan turun menolak. Cukup lahhhh oi malas dah.


Mendaki, menurun, mendaki dan menurun lagi. Sebelum mendaki satu bukit tu aku ternampak sebuah kereta di luar 'divider'. Akal aku yang cetek ni mula berfikir, macamana kereta ni boleh berada kat situ ?. Masa turun bukit dia tersasar masuk ke situ ke atau macamana ? tak kan kereta tu terbang kot ? Besi penghalang jalan tu elok ja tak rosak. Musykil gak ni.


Ku teruskan pendakian selaju kura-kura. Hampir setengah nyawa aku menghadap tanjakan yang lagi dan lagi. Katt entah hilang ke mana entah, aku dah tak lalu nak fikir. Laju ja dia tu dah kenapa ? Akhirnya aku nampak banyak lori yang diparkirkan di bahu jalan. Macam ada kedai ja kat depan tu. Ku peratikan kot-kot ada basikal Katt di situ. Haa aku nampak warna merah bag si Katt. Terus saja aku menghala ke sebelah kanan jalan menuju ke simpang masuk kedai tu. Katt memang dah menunggu aku sebab katanya dia kehabisan air minuman. Dia berdoa sungguh-sungguh agar Allah berikan sumber air di hadapan. Tempat ni lah dia jumpa, rupanya memang kedai makan dan hentian rehat bagi pemandu lori.


Di sini ada tandas, surau kecil untuk bersolat dan kolah takungan air bukit untuk pemandu lori berhenti membersihkan diri. Kami berhenti dan memesan masakan panas kerana dari pagi belum menjamah makanan berat. Nasi goreng cina dan mee goreng menjadi pilihan kami. Sambil menunggu, mata aku melihat-lihat kawasan ni. Dalam hati berbisik, kalau berhenti bermalam kat sini pun baik juga. Nanti lah minta Katt cakap untuk minta izin tumpang bermalam.


Dengan keramahan yang ada pada Katt, maka pemilik kedai makan yang bernama Pok Su dengan senang hati memberikan kami sebuah bilik untuk bermalam. Sebenarnya Pok Su memang sedang membina chalet. Jadi bilik yang beliau beri tu pun masih dalam pembinaan. Pok Su kata tidur ja kat situ. Percuma saja.


Di sebelah malam, aku menerima mesej dari El Gamilo bertanyakan lokasi aku berada. Macamana nak bagitahu nama lokasi sebab memang tak ada papantanda nama kampung pun. Jadi aku cuma bagi no kordinasi 5.178323, 102.645153 saja pada El, pandai-pandai la dia cari. Memang jiwa pengembara la si El ni. Tengah malam gelap gelita, dia boleh redah dengan motor kapcai melalui jalan tempat gajah bertendang. Tak sangka sampai juga dia dengan bekalan mee kari 3 bungkus untuk makan bersama-sama katanya. Padahal aku dan Katt baru ja lepas makan. Apa nak buat El makan sorang-sorang je la. Lebih tu aku simpan, buat bekalan sarapan esok pagi. Terima kasih EL, gigih mencari aku dari Kuala Berang ke perkampungan gajah ( KECV) sampai lah 30km masuk ke laluan 185 di tepi Tasik Kenyir. Malam tu juga EL berpatah balik ke KT kerana esoknya beliau ada 'event' untuk diuruskan. Hati-hati ya EL jangan terlanggar gajah sudah. NgEE.


Setelah EL beredar pulang, aku dan Katt balik ke bilik untuk berehat. Bilik ni kecil saja, cuma ada pangkin sebagai tempat tidur. Tak apa, asal ada bumbung, dinding dan plug untuk cas hp pun dah bagus. Tenaga elektrik di sini menggunakan generator, jadi kena cas segala bateri dengan kadar segera sebelum ia terpadam. Sedang aku baring meluruskan tulang, muncul anak lelaki Pok Su menghulurkan dua biji bantal. Alahai, terima kasih. Dah la beri tompang bermalam secara percuma, diberikan bantal pulak tu. Alalala.


Bilik ni tak ada kipas ya. Kenapa ? sebab tengah malam membawa ke pagi cuaca sangat sejuk. Al maklumlah berada di tempat tinggi bersebelahan dengan Tasik Kenyir. Sendiri mau rasa lah !
Kami memang tidur tak tutup pintu, sebab rasanya tak cukup oksigen kalau bertutup. Tapi tengah malam terjaga sebab rasa sejuk dan terkejut dengan lolongan anjing di halaman chalet. Entah apa lah yang anjing tu nampak. Babi hutan ke, gajah ke, harimau ke.. yang pastinya aku tarik 'sleeping bag' lagi ada lah. Katt ja yang bangun tutup pintu, katanya takut anjing tu lari masuk dalam bilik. Oke Katt, terima kasih. Zzzz

Jarak kayuhan hari kedua 60 km juga.


Bersambung lagi di sini

No comments:

Post a Comment